Sunday, 31 August 2008

Iklan Petronas 2008: Buat Aku Nangis Bai

Ni dia Iklan Petronas 2008 Hari Kemerdekaan arahan Afdlin Shauki. Ntah kenapa tetiba mata aku berair. Teringat kot akan aku di luar negara bertanding dengan orang- orang dari macam- macam negara lain. Dan aku berpeluang mengalaminya. Boleh bla sampai aku keluar air mata, saksikanlah!

Saturday, 30 August 2008

Media Alternatif

Selamat Merdeka Kotarayaku yang Keliru
Lu ada dengar crite ak?alaaa takkan lu takde dengar.Kita kan budak2 generasi sentiasa updated.
Tapi lu pastikan la crite yang lu dengar tu betul.Pertimbangkan sumber-sumber lain.
Kejahilan tu dosa besar bai.
Hari ni gua tolong adik gua,Zaki,belajar tuk PMR dia subjek sejarah.
Terang-terangan seterang bulan lu tau la yang buku teks dia ni adalah unilateral.

Jadik gua suruh adik gua baca buku Where Monsoons Meet.
Buku ni ditulis waktu 60an ke 70an dulu oleh budak2 Musimgrafik.Buku ni dicetak semula tahun lepas dan versi bahasa melayu juga di adakan.
Versi yang gua ada ni versi bahasa orang puteh.Biasanya buku-buku sejarah bahasa omputeh yang lain kebanyakannya dari sudut pandangan si kolonialis.
Buku ni plak dari sudut pandangan rakyat malaysia sebagai satu kolektif jadik lu dapat baca kesignifikasian sumbangan setiap kaum kepada penubuhan Malaysia moden.

Alhamdulillah kerana kita sekarang tak lagi hanya mempunyai buku teks dan surat khabar sahaja sebagai rujukan.Kita ada buku-buku alternatif dan kita juga ada blog yang boleh bla ni.

Gua nak E-bukukan buku ni tuk lu orang sebab penyampaian dia memang caya,tapi gua rasa kali ni lu orang pegi beli je la.Lu boleh beli kat satu kedai ni kat pj dekat2 UM.Disampaikan dalam bentuk komik,buku ni jadi senang dan cepat dibaca tapi input dia padat.

babai.gua nak balik gua punya gua.situ takde wifi dan susah nak updated jadik tu pasal gua jarang post.

Pergerakan Rekaan Memphis: Bukan Dari Amerika



Apa citer semua? Sebelum aku mulakan apa aku nak cakap sikit tentang satu movement dari 80an ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka kepada rakyat Malaysia dan ingat- ingat atas sifat- sifat positif yang kita kena pupuk dan saling tegur- menegur dan bantu- membantu satu sama lain, tak kira rupa, warna kulit, bangsa, saiz badan dan sebagainya. Yang kelas atasan tu, jangan asyik marah waiter kalau makanan ko lambat, ingat dia tu waiter, kalau ko bengang, marah chef, dia itu hanya bertugas untuk ambil pesanan dan handle suasana restoran. Awek- awek seperti Dina Sofia Heritage Row yang nak kawin tu, jangan marah-marah juru solek bila ko nak bernikah tu, aku tahu ko yang bayar dia, tapi ko kena appreciate skill dia, cakap macam manusia ngan dia, bukan cam orang gaji yang ko nak solek.

Aku bengang gak ngan budaya negara kita dan sektor servis. Cam tukang jahit, ko selalu sound dia nak benda cepat, tapi ko tak berterima kasih akan tugasnya yang tapper seluar ko, yang singkatkan seluar panjang ko. Kat negara Eropah, orang- orang sektor servis dikatakan agak tinggi profilnya. Macam orang yang buat blazer dan seluar tu, kalau tukang jahit tu kata diorang siapkan dalam masa 6 minggu, orang- orang kaya Eropah terima bai, dan jugak terima kasih atas penerimaan diorang dalam membuatkan blazer untuk orang-orang kaya ni. Itu kita kena renung- renungkan. Nak kata kita berbudaya ke tak. Tapi fikir balik, ramai juru solek tanah air tu aku tak tahu nak panggil abang ke kakak sebab diorang pun memang lain maciaammm ah.

Jadi kenapa abang Kwai nak cakap pasal Pergerekan Rekaan Memphis ni:
Oh ya, kembali kepada topik kita, pada zaman 70an, banyak benda- benda yang post Bauhaus dan semua benda terlalu sharp, terlalu brutal (ye, zaman tu pun arkitek ada pergerakan brutalist) dan takde kegembiraan dan benda yang menceriakan dalam rekaan.

Jadi Pergerakan ini (Memphis, nama tersebut diambil dari Bob Dylan) ingin menukar konsep tersebut. Dan mereka bukan reka produk yang baru, tetapi proses pemikiran yang baru. Diorang lebih terpengaruh kepada Art Deco dan Pop Art ( Mesti awek suka kan, sebab ada produk- produk yang agak 'cute' dan boleh memuntahkan abang Kwai )

Pada citarasa abang Kwai, aku tak minat sangat produk- produk diorang. Tapi aku suka akan proses pemikiran yang lain yang membolehkan kita keluar dengan produk- produk yang lain rupanya. Orang Malaysia ingat kadang- kadang kreatif tu ko kena jadi gila atau buat produk yang terlalu lain. Bukan, proses pemikiran yang kreatif tu pun boleh dilabelkan sebagai kreatif. Ko tak leh fikir benda sama je, penyelidikan ko kena lain. Malaysia ada banyak bahan- bahan mentah yang kita boleh selidik dengan teliti dan kos nak buat kat negara kita pun murah, jadi apa lagi, cuba ah buat pergerakan rekaan baru. Aku yakin dengan anak- anak muda kita, tapi kita cuma kena ada otai yang boleh ajar pemirkiran kreatif dan selidik dengan betul, dah la negara kita muda, merdeka pun tak la lama gila, jadi sama- sama berazam untuk menghidupkan sebuah pergerakan kreatif yang bukan macam Bon Zainal. Hidupkan zaman otai- otai pereka negara kita seperti Jimmy Choo, Hjias Kasturi dan Ken Yeang. Adios, Assalamualaikum

Ingat! Kita boleh baii!!

Kwai Pumacat

Thursday, 28 August 2008

Kepentingan Sarapan: Amat Penting?

Tak elok makan waktu subuh

Amacam semua, blog hari ni tak panjang, tapi sempena bulan kemerdekaan, aku nak bagitahu korang sikit tentang apa yang aku perhatikan oleh rakyat tanah air kita. Kita ni malas nak sarapan pagi, ye lah, suka lepak sampai lewat, dan kerja keesokan hari. Kita korbankan masa untuk kita sarapan pagi, dan cuba tidur lebih sikit, supaya kat tempat kerja nanti kita tak nampak la macam orang kalah bisnes. Tapi tahukah anda, yang tidak bersarapan adalah punca kepada


a) kegendutan ( ye, perut kita cam enjin la basically. Malam ko bagi rest, tapi esok kalau ko tak sarapan, ko terus makan lunch, enjin tu tetiba je dinyalakan, habis la lintang pukang. Tu yang ko rasa perut kembung, cepat ngantuk dan sebagainya. Ko bagi perut ko kejutan lalu dia tak mampu menghadamkan makanan tengah hari ko dengan betul)


b) darah tinggi ( macam punca pertama, ko bagi badan ko menggelabah, lagi la tekanan naik, betul?)


c) kolestrol tinggi ( ye, sebab perut ko kosong, jadi bila tengah hari, mesti ko nak bedal benda- benda mengenyangkan seperti mee kuning, nasi kandar dan sebagainya, sigh, perut kosong ko letak kolestrol tak baik-ye kolestrol ada bagus dan tak. Apa lagi, boom!)


Jadi, semperna bulan merdeka, amalkan sarapan, dan serious tak tipu hari ko akan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, amalkan makanan yang berkhasiat seperti banyakkan gandum, roti coklat (brown bread), bijirin- bijirin dan kurangkan makanan yang berlebihan garam dan sebagainya. Sama- sama kita menjadi warganegara sharp cats! Jangan jadi tak berkhasiat lalu kreativiti kita tersekat atas makanan- makanan tak elok, lalu kita jadi bebal dan conform kepada suapan Barat.


Blog ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang mulakan hari anda dengan sarapan!


Sekian,

Kwaidan 'kerja banyak sial/esok presentation' Tarmizi

Wednesday, 27 August 2008

Robot Menggunakan Otak Tikus: Ye, Tikus



Ini kajian dari para saintis Reading University. Saksikan dan renung- renung sikit. Teknologi sekarang semakin canggih, dan hari demi hari, manusia bekerja keras untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadi inspirasi kehidupan seharian korang.

Habis, takkan usya Facebook je kat pejabat tu sambil layan SMS. Kita kena step-up bai! Sempena bulan medeka ni, cuba kita buat azam baru dan cuba menjadi rakyat yang lebih berguna, ini termasuk aku sekali. Oh ya, aku dah putus tunang. Kena tipu dek pompuan bai. So kalau ada yang single- single baca blog ni tu, don't worry, abang Kwai takkan bite....much! ;D

Yang Setia kepada Syarikat Kerja,
Kwaidan Bolt

Dari mana?

Analytics