Saturday 30 August 2008

Media Alternatif

Selamat Merdeka Kotarayaku yang Keliru
Lu ada dengar crite ak?alaaa takkan lu takde dengar.Kita kan budak2 generasi sentiasa updated.
Tapi lu pastikan la crite yang lu dengar tu betul.Pertimbangkan sumber-sumber lain.
Kejahilan tu dosa besar bai.
Hari ni gua tolong adik gua,Zaki,belajar tuk PMR dia subjek sejarah.
Terang-terangan seterang bulan lu tau la yang buku teks dia ni adalah unilateral.

Jadik gua suruh adik gua baca buku Where Monsoons Meet.
Buku ni ditulis waktu 60an ke 70an dulu oleh budak2 Musimgrafik.Buku ni dicetak semula tahun lepas dan versi bahasa melayu juga di adakan.
Versi yang gua ada ni versi bahasa orang puteh.Biasanya buku-buku sejarah bahasa omputeh yang lain kebanyakannya dari sudut pandangan si kolonialis.
Buku ni plak dari sudut pandangan rakyat malaysia sebagai satu kolektif jadik lu dapat baca kesignifikasian sumbangan setiap kaum kepada penubuhan Malaysia moden.

Alhamdulillah kerana kita sekarang tak lagi hanya mempunyai buku teks dan surat khabar sahaja sebagai rujukan.Kita ada buku-buku alternatif dan kita juga ada blog yang boleh bla ni.

Gua nak E-bukukan buku ni tuk lu orang sebab penyampaian dia memang caya,tapi gua rasa kali ni lu orang pegi beli je la.Lu boleh beli kat satu kedai ni kat pj dekat2 UM.Disampaikan dalam bentuk komik,buku ni jadi senang dan cepat dibaca tapi input dia padat.

babai.gua nak balik gua punya gua.situ takde wifi dan susah nak updated jadik tu pasal gua jarang post.

No comments:

Dari mana?

Analytics