Thursday, 7 May 2009

semua salah kerajaan?: Pak cik sebelah


Salam fren? apa cerita. ini hari agak hectic gak ah. Pagi pegi pusat sains hantar proposal "not for profit private equity fund" untuk dapat surat kata sokong daripada board Pusat Sains Negara. Tgk ah cam mana. kalau dapat memang mandi kucing untuk 3 minggu berturut turut ah. 

 

Pastu wa gerak MIHAS pulak beb. Wa rasa lu orang patut pegi pasal banyak produk makanan baru tuk di rasai. Tapi lu kene carik satu booth kat khemah J, dia jual ikan salai ngan daging salai. pergh bai, rasa lain beb, dia bakar guna pokok maple. kalau macam kak suzy punya rasa kelat kelat gak. Menurut En. Zohri, dari Beranang, kalau kat malaysia selalu nya guna pokok getah atau daun pokok nipah. Tapi kata nya produk nya di bakar guna pokok maple. memang bau daging tu  macam bau deck skateboard Maple yang kau beli kat Sg. Wang beb. wangi je bai.

 

Anyways, check da scene out ah bai kat MATRADE.  Masuk pon free, lu bawak ah chikaro lu ke, tunang lu ke, mak lu ke, bini lu ke, adik perempuan lu ke, akak lu  ke atau bini lu ke sana lunch hari sabtu ni. wa cakap sama lu, lu kenyang beb. kalau kau nak carik duit pulak kat negara yang time bomb open market yang akan letup kejap lagi (lancau gila, Malaysian punya equity participation makin berkurang beb untuk Foriegn direct investment kat negara ini? are we being vacated in our own backyard?), lu gerak ah sana pasal banyak gak local product yang agak menarik. Tetapi malang nya orang tak pandai buat marketing. Lu jadi ah diorang punya distributor, pastu jual kat facebook ke jual kat blog ke? BARU real, aku tengok ada sorang dua je sukses jual baju kat blog, semua pon ikot. bukan salah. takde orang lain ke nak exploit benda jual benda? Lu tak yah ah nak angan angan bukak giant, tesco atau jusco kau sendiri. Benda benda camni dah tak relevan dah untuk masa akan datang. nape marketing kebanyakan business nye kantoi beb? iye ah bai semua dulu nak angkat finance, engineer dan doktor pasal kata marketing tu keje yang senang boleh belajar sendiri. tetapi untuk khatam supaya cara berfikir seperti seorang marketing officer yang sharp memang lah payah beb dan akan membuat lu seasoned sebelum lu jadi champion marketeer.

 

Tapi kalu lu nak jadi Leninist Marketeer, lu kena belajar marketing guna otak bai, ia merangkumi pelbagai benda bukan sahaja cara pemikiran sesuatu komuniti/market. Banyak la lagi, costing (cara nak mark-up), advertising (logo, slogan, propaganda), pitching (cara nak kelentong) apa lagi? lu cite ah pasal ari ni aku bukan nak cite ni.

 

Anyways, aku bukan nak cerita benda atas atas tu bai ari ni. saja je bagi renungan ringan ringan tuk para pembaca blog yang di sanjungi ramai ini. anyways ape cite semua beb. seperti yang aku cerita tadi, siang tadi aku gerak ah MIHAS kat Matrade. Kat sana banyak ah benda benda yang menarik. tapi bisnes bisnes artificial seed memang banyak gak ah kat malaysia. kesian pulak, tengok bila ada 10 company yang buat benda sama, selain itu market telah di pegang oleh giant giant seperti Nestle, Meggi, F&N, Boh. payah beb cam tu.

 

Pastu malam nye pulak ada la lepak ngan pak cik sebelah yang sedang mengalami tegangan hidup pasal recession yang melanda syarikat syarikat prebet multinational giant yang ada kat malaysia. Contoh, western digital, panasonic, motorola, intel. pergh satu syarikat berapa riban orang kerja beb. itu tak kira riban riban orang yang lain kalau syarikat ni lingkop. Domino effect beb atau chain errection. eh chain reaction.  dia pon datang ah kat aku.

 

P: amacam lingam? u kerja tak esok?

 

L: kerja la uncle macam biasa le.

 

P: Hmm bagus ah, ko tu masih muda maintain je lah. 

 

L: tau takpe. pakcik ape cerita? business spa ok? bila nak bawak masuk doll doll baru? 

P: haih kau ni, aku mana ada bukak pusat kesihatan. kepten kat sana pun bini aku. aku bagi capital je. Hmm pak cik ingat nak bukak business baru lah. ingat nak bukak restoran ke, bukak kedai alat alat solek perempuan pon ok kot. satu hari dapat 200, satu hari tu cukup lah. 

 

L: hmm memang. tapi pakcik nak dapat 200 tu bukan senang. Restoran yang kat Bangsar pun banyak lingkup nak bayar sewa RM20,000 sebulan.

 

P: pergh itu lah, nak mintak loan kat bank bank GLC ni bukan nye senang dah la lembab. process nye lama sangat. ari tu kawan uncle mintak loan kat SME bank kene tunggu 1.5 tahun untuk dapat loan. ada lagi sorang, kat agro bank, mula mula mintak collateral tanah 20 ekar, pastu ada guarantor pulak, member pakcik mintak 7 juta je. macam macam la dia mintak.

 

L: saya tahu pakcik. tapi nak buat macam mana? follow procedur je kot.

 

P: tapi bukan ke procedur ada untuk menyenang kan hidup orang.

 

L: iye lah, tapi ini buat perniagaan pakcik, bukan pateri logam kat litar. nak kasik pinjam duit tinggi kos dia pakcik, senang senang pulak orang nak bagi duit. bukan itu je, nak buat decision memang lah perlahan. nak tau apa sal? berapa kerat sangat golongan professional kat malaysia ni yang ada dalam sektor kerajaan dan jika di kompare kan dengan golongan sektor prebet. pergh, ratio nya sememang nya lebih tinggi kepada sektor prebet. 

 

pak cik tu pun senyap je. lepas tu dia cite pasal pengalaman dia kat jepun. aku pun dengar. namun hakikat nya sememang nya golongan professional agak kurang dalam sektor kerjaan. oleh sebab itu la bai, panel panel masa dalam decision making punya meeting mata lelap dan buat decision yang tak pikir panjang. menyebab kan low quality decision making practice. kenapa beb ramai masuk prebet sektor? konon boleh belaja cara orang asing buat kerja. ramai sangat melayu nanti banyak sangat politik, gossip. keje tempat melayu tak boleh buat nakal nakal, boleh gi drink ngan collegue, boss. boleh ponteng semayang jumaat. susah nak cite pasal benda avantgarde. kalu kat gomen, setiap isnin kene keje pakai tie coporate, klau keje gomen ari khamis kene pakai baju batik atau seniority kat gomen sana lain macam. dan banyak la ulasan ulasan. pergh memang penting untuk lebih kan golongan professional dalam gomen sektor bai, asal? cuba kau bayangkan shariah punya council di ketuai oleh blogger di sini beb? memang hancus ah dan memang non-compliant punya body ah beb. so bai? camne na perbetulkan gomen sektor ini beb yang banyak di kritis dan di titis oleh masyarakat kita sendiri? kata bersatu kita teguh bercerai kita lobos. so bai, demi masa depan anak anak dan cucu kita? what say u? apa kata kita masuk gomen sektor demi bangsa dan negara?  iye ah beb, lu sakit tekak mana boleh elok kalau lu bau minyak cap kapak je beb. got to get in deep bruv. Innit?

 

Ada beran ke beb? (Farid Kamil, 2007) tekan sini 

 

Jack " 1.16" Lingam

 

Wednesday, 6 May 2009

Penari Waktu Malam, sebuah lakonan Bjork: Filem Minggu ini


Filem ini sememang nya agak berbaloi jugak ah untuk nak tgk. persembahan dan musik di dalam filem yang dilakoni oleh Bjork ini sememangnya boleh dikatakan epic. Boleh kata agak masyur la jugak bai persembahan awek mata sepet dari belah kutub utara, Bjork.

Anyways, aku penah jugak tulis pasal penerbit cite ini, Lars Von Trier. Bai, lu tekan sini ah kalau lu belum khatam blog ini. Sepertia biasa, abang Lars Von Trier akan mengamalkan polisi DOGME95 bila bila masa dia amik shoot filem.

Anyways, tersebut lah kisah seorang chikaro yang bernama Selma (di lakoni oleh Bjork), seorang pekerja kilang yang berkerja siang dan malam untuk menyara hidup yang penuh pancaroba. Selma dahulu tingal di Eropah tengah dan kini tinggal di bumi Amerika pada awal sembilan belas enam puluhan. Kini tahun 1964. Salma kini berkerja 2 shift sehari dan hanya dapat tidur 4 jam setiap hari siang dan malam kecuali hari Ahad untuk menyarai keluarga dan juga membeli ubat untuk anaknya yang ada penyakit Gangren yang boleh menyebab kan seorang gaut dan buta. Walau pun berkerja sehari suntuk, beliau mempunyai tenaga batin dalaman yang membolehkan dia berkerja siang dan malam macam seorang bohjan malam. Walaupun stress, tension, period pain, gersang beliau dapat mengatasi semua ini, dengan memangkin kan hidup nya dengan membawa minda nya ke alam musikal.. sasau tak sasau minah ni? 

kalau nak usha hasil kerja Lars Von Trier yang di calon kan di oscar dan juga piala emas kelapa sawit di Cannes.. lu gi ah carik link bawah ni bai

http://rapidshare.com/files/228930336/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part1.rar
http://rapidshare.com/files/228940565/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part2.rar
http://rapidshare.com/files/228952347/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part3.rar
http://rapidshare.com/files/228965006/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part4.rar
http://rapidshare.com/files/228977848/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part5.rar
http://rapidshare.com/files/229228216/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part6.rar
http://rapidshare.com/files/229240537/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part7.rar
http://rapidshare.com/files/229245249/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.part8.rar
http://rapidshare.com/files/229213061/DITD97-en-fr-es-cr-ro-dk.sfv


Amacam bendera aku? arty dok?


Jack Lingam

Karaoke: Filem Yang Masuk Cannes Tahun Ini



Zahiril Adzim tu yang bawak kencang!!
actor tanah air paling cunz bagi aku.
tak percaya tengok Merah Putih

KT

Monday, 4 May 2009

Amaran Keras terhadap Playboy-Playboy Melayu Terakhir.

Gua terpanggil untuk beri peringatan kepada lu orang PMT semua.
Perbuatan yang dilakukan di dalam artikel di bawah mungkin menyeronokkan, dan mendatangkan kepuasan tanpa risiko kehadiran "pihak ketiga" di masa-masa akan datang.

Tetapi, bajet-bajet arrr sikit enn buat kat mana. Tengok macam abang boss kita yang separa sharp. Di kemudian hari mungkin tidak boleh pacak lagi.

Hahahaha.


Sila klik di sini untuk mengetahui apakah yang gua carutkan diatas.

p/s : hockey adalah permainan yang menyeronokkan.

Lagu Minggu ini


Salam semua?

amacam cuti panjang lu orang? ada ke yang kene keje taim hari buruh itu hari? anyways, abang jack relek je, selain gi memancing ikan patin kat ulu langat ngan gi hiking kat bukit belacan seoarang diri. memang trankil jugak ah. takde ingat pasal cashflow, valuation, business strategy, cost improvement plan and etecera.  oh ya ada gak sesi cit cat lewat tengah malam ngan buah hati  abang jack (u kno who u are *tetiba*).

anyways, wa nak kasik lu pilihan lagu minggu ini. tapi minggu ni di khas kan untuk abang abang yang suka dengar musik lewat malam pada hari rabu, mlm jumaat dan malam sabtu di no black tie.

aku persembah kan james taylor, seorang pakar instrumentalist pada zamain ini.  album yang berjudul (New World) di hasil kan dengan koloborasi 11 pemain musik. James (co writer) Corina Greyson (pembantu writer), John Parricelli (gitar), Andy McKinney (bass), Adam Betts(Dram), Nick Smart (trompet/flugelhorn), Gareth Lockrane (flut),, amacam ada cukup sebelas tak>? lu orang kira la sendiri (oh ya, mereka semua graduan Royal Academy, London).

Fokus album ini adalah untuk mempersembahkan mood mood yang berbeza yang tertonjol dan disekelilingi bunyi piano, flugelhorn yang agak empatik (empathic) dan tahap musicianship yang tinggi juga telah membentuk sebuah musik yang senang untuk didendangkan di dalam telinga pendengar. 

Pendek kata, lagu lagu kat allbum ini mempunyai dasar dasar yang agak berbeza, dari jazz campur funk campur rnb campur workout campur lagu james bond 60an, psaikedelik dan jazz bebas.

apa apa pun, ENJOY. kalau nak dowload tekan sini, kalau nak testing kat myspace tekan sini


Jacko "so dill bila nak bawak kite main layang layang?"

Dari mana?

Analytics