Friday 3 July 2009

Album crack minggu Ini: Staff Benda Bilili


sememangnya lagu memain kan banyak peranan dalam hidop. kadang kadang bila berfikir sambil mendengar lagu, lagu sendiri dapat mengubah persepsi pemikiran seseorang dengan lirik dan alunan perkakas yang di main. Pendek kata lagu sememangnya agak personal. tak percaya, cuba lu dengar lagu tupac. walaupun dia cite pasal orang kena tembak tapi bila lu dengar sememangnya rasa macam member lu dah mati kena tembak. lu tak caya cuba dengar lagu "how long will they mourn me".

anyways, ari ni wa bukan nak bukak cite falsafah doestoevsky atau pun pushkin pasal musik, pasal wa dengar tchaikovsky pon belom abis khatam lagi. ari ni wa nak intro lu orang satu musik afrika yang berasal daripada Kinshasa, Republic of Congo. Aku tau bila sesetengah orang dengar pasal congo, diorang mesti ingat pasal cite Congo (1995) yang pasal gorilla yang agak snappy. Anyways, aku bajet lu orang mesti tak penah dengar band Congo ini yang bernama "Staff Benda Billi". Aku pon tak penah dengar bai. tapi tadi lepas aku makan apam balik kat depan masjid kampung baru masa orang tengah sembahyang, aku pon download ah album ni. Menurut research aku, band ni terdiri daripada golongan mangsa mangsa perang Congo dulu beb. biasa la beb, lepas perang mesti ada "all stars" punya bai. macam kat belgiam dulu, django reindhart jadi "all stars" sana.

Anyways, lu jangan underestimate abang abang tempang ni semua beb. Suara memang tiptop macam lagu melayu zaman before-p.ramlee. Gitar dia kalah malmsteen. lagi organik memang street boys yang tak belajar main gitar kat bently atau yamaha. kiranya gitar dia agak rojak beb. tiap lagu memang line line beza. ada yang heppi, ada yang bikin lu nak joget tango dengan chikaro, satu yang bikin lu nak jadi macam tokoh politik pon ada, ada bunyi gitar macam lagu the libertines ada gak. tapi dia punya rojak memang bukan takat kuah rojak je beb, pesembur ada, telur gantung ada, timun ada ngan cucur ikan bilis beb. Solo dia bukan main lagi. kalau kat luar fret pon aku bejet kalau boleh dia nak petik bai. dram dia lagi ah beb. memang tight.

Serious bai, album ni memang terbaik. kepada abang abang yang mencarik inspirasii buat solo gitar yang bikin chikaro terkangkang memang sila lah tekan kat sini beb.



try ah bai, belom try belum tahu.
kalau nak try, ko tekan kat try.

Try CD1
Try CD2

oh ye. Staff Benda Billi itu bermaksud "look beyond appearances". TIGHT BAI NAMA





"Jack" Lingam a/l Osmankeling

No comments:

Dari mana?

Analytics