Hari ni aku nak cerita pasal Wisdom tooth (aku tatau nama ni dalam bahasa melayu), Gigi yang keluar belakang sekali selepas gigi graham (gigi yang korang guna untuk kunyah daging rendang masakan mak).
Gigi ni selalu menyababkan ketidak selesaan kepada manusia manusia sebab die tumbuh cam tak betul. Disebabkan kedudukan die kat belakang sekali, ini menyebabkan manusia susah nak bersihkan gigi ni walaupun menggunakan berus gigi Oral B yang sama harga cam rantai emas Poh Kong. Sebab susah nak gosok gigi ni jadi rosak dan korang akan sakit gigi.
Gigi ni pun selalu keluar senget. Aku selalu tanya tanya apa pasal die keluar senget tak straight cam gigi lain?
Jawapan dia:
Sebab manusia telah mengalami Evolution!!!!
Manusia primitif ngan manusia sekarang ada jumlah gigi yang sama banyak. Tapi manusia primitif ada tulang rahang (jaw bone) yang lagi besar dari manusia sekarang. Disebabkan tulang rahang manusia moden kecil tapi gigi yang banyak, wisdom tooth ni tade ruang nak keluar jadi nak tak nak keluar je la senget. Tu yang sakit tu.
Treatment: pegi jumpa doktor buang.
Terima kasih!
ShAfI'E HaMdån~~69
Ps: Kwai aku jumpa lu sabtu amacam? buka sama sama?
11 comments:
dem dohhhhh~ aku ade gigi bodoh ini!! mule2 tengok macam ade gigi baru nak tumbuh, so biarkan je la. pastu aku meneruskan hidup tanpa mempedulikan gigi itu. 2-3 tahun lepas tu terperasan balik: "eh? lame btol gigi ni nak tumbuh..?" wisdom tooth la cilakeee! kene buang ke? mcm dalam gamba tuh? berdarah sampai 5 kilo? no thanks! fobia. takut. seram. cemas. lutut longgar.
*panik mengenangkan masa2 akan dtg.. ape agaknye akan jadi kat gigi tu*
Tak silap aku wisdom tooth dalam bahasa melayunya ialah geraham bongsu. Tak dibuang pun tak pe, memang susah nak gosok. Tapi bleh berkumur dengan Listerine (bukan iklan, sekadar contoh)
tu ah
korang buat apa yang korang rasa patut ah
aku rasa baik buang sebab kalau tak buang sakit gigi, buang dapat makan ice cream
memang maklumat yang berharga.
baru2 ni aku baru buang gigi-gigi wisdom tersebut kerana mengalami kesakitan dahsyat akibat kerosakan. hidup berubah kepada super ceria selepas mereka dicabut.
aku mengucapkan tahniah kepada kau eman
sesungguhnya,benda seperti harus menjadi pedoman rakan rakan sekalian
eman ko buang tu sakit x? lepas buang tu, kire kat gusi kau ade satu lubang yg besar la? boleh mampatkan nasik dlm tu? arghhhhh~~~~~ dilemma dilemma
taknak cabut pun ok cuma banyak hal skit ar.
yang masalahnye kebanyakkan orang confirm kene cabut pasal gusi lu dah takde ruang ar kan, cam shafdan tu citer, untuk pertumbuhan gigi bongsu lu.
lepas tu, satu hal lagi, tisu-tisu gusi area gigi bongsu ni bukan cam gusi lain yang boleh pegang gigi lu dengan baik. macam mana lu jaga gigi lu bersih pun, gusi lu akan berkemungkinan besar untuk kene jangkitan. lebih2 lagi ar kalau lu sap rokok ke yao ke...
dah la kedudukan gigi bongsu ni menyebabkan kesukaran untuk kau hindarkan dari pertumbuhan plague atau berlubang lastu kau bleh kasi mulut lu bau bawal walaupun lu makan mentos satu kotak.
kalau lu nak cabut, cabut ar awal2. jangan tunggu sampai pertumbuhan gigi bongsu dah lengkap, macam akar gigi lu dah kamcing dengan jawbone lu.
wa sarankan cabut ar. wa tahu banyak pasal ni pengalaman pertumbuhan gigi bongsu wa sangat epik ah. tapi 2 hari lepas surgery dah bleh minum bourbon dengan hashies.
kesakitan area tisu gusi memang bleh dikira paling gangster ar seseorang bleh rasa tapi tisu tu jugak la paling cepat proses pulih sembuh. so kalau lu kene cabut biasa tu tara hal la een??
peh mahal ni kat klinik gigi cabut mau 500hengget!
tula kau ngok. amik la insurance. tu la kegunaan dia bahalol
oh oh aku pun ade.....doktor suh buang tp aku sayng le nak buang gigi yang xrosak...nasib baik xrosak2 lagi...tp punye le susah nak jage....gosok gigi sampei nak termuntah....
saya bru ja lpas tretment gigi blkang ni...smlah mcm kes korang...gusi brlubng..1st mmang tk nak cbut tp dktor ckap klu tak cbut...skitny brtmbh..so tpksa lh...gpun sblum ni pun dmam seminggu sbb gigi ni...
Post a Comment