Sunday, 31 August 2008
Iklan Petronas 2008: Buat Aku Nangis Bai
Saturday, 30 August 2008
Media Alternatif
Tapi lu pastikan la crite yang lu dengar tu betul.Pertimbangkan sumber-sumber lain.
Kejahilan tu dosa besar bai.
Hari ni gua tolong adik gua,Zaki,belajar tuk PMR dia subjek sejarah.
Terang-terangan seterang bulan lu tau la yang buku teks dia ni adalah unilateral.
Jadik gua suruh adik gua baca buku Where Monsoons Meet.
Versi yang gua ada ni versi bahasa orang puteh.Biasanya buku-buku sejarah bahasa omputeh yang lain kebanyakannya dari sudut pandangan si kolonialis.
Buku ni plak dari sudut pandangan rakyat malaysia sebagai satu kolektif jadik lu dapat baca kesignifikasian sumbangan setiap kaum kepada penubuhan Malaysia moden.
Alhamdulillah kerana kita sekarang tak lagi hanya mempunyai buku teks dan surat khabar sahaja sebagai rujukan.Kita ada buku-buku alternatif dan kita juga ada blog yang boleh bla ni.
Gua nak E-bukukan buku ni tuk lu orang sebab penyampaian dia memang caya,tapi gua rasa kali ni lu orang pegi beli je la.Lu boleh beli kat satu kedai ni kat pj dekat2 UM.Disampaikan dalam bentuk komik,buku ni jadi senang dan cepat dibaca tapi input dia padat.
babai.gua nak balik gua punya gua.situ takde wifi dan susah nak updated jadik tu pasal gua jarang post.
Pergerakan Rekaan Memphis: Bukan Dari Amerika
Apa citer semua? Sebelum aku mulakan apa aku nak cakap sikit tentang satu movement dari 80an ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka kepada rakyat Malaysia dan ingat- ingat atas sifat- sifat positif yang kita kena pupuk dan saling tegur- menegur dan bantu- membantu satu sama lain, tak kira rupa, warna kulit, bangsa, saiz badan dan sebagainya. Yang kelas atasan tu, jangan asyik marah waiter kalau makanan ko lambat, ingat dia tu waiter, kalau ko bengang, marah chef, dia itu hanya bertugas untuk ambil pesanan dan handle suasana restoran. Awek- awek seperti Dina Sofia Heritage Row yang nak kawin tu, jangan marah-marah juru solek bila ko nak bernikah tu, aku tahu ko yang bayar dia, tapi ko kena appreciate skill dia, cakap macam manusia ngan dia, bukan cam orang gaji yang ko nak solek.
Thursday, 28 August 2008
Kepentingan Sarapan: Amat Penting?
Amacam semua, blog hari ni tak panjang, tapi sempena bulan kemerdekaan, aku nak bagitahu korang sikit tentang apa yang aku perhatikan oleh rakyat tanah air kita. Kita ni malas nak sarapan pagi, ye lah, suka lepak sampai lewat, dan kerja keesokan hari. Kita korbankan masa untuk kita sarapan pagi, dan cuba tidur lebih sikit, supaya kat tempat kerja nanti kita tak nampak la macam orang kalah bisnes. Tapi tahukah anda, yang tidak bersarapan adalah punca kepada
a) kegendutan ( ye, perut kita cam enjin la basically. Malam ko bagi rest, tapi esok kalau ko tak sarapan, ko terus makan lunch, enjin tu tetiba je dinyalakan, habis la lintang pukang. Tu yang ko rasa perut kembung, cepat ngantuk dan sebagainya. Ko bagi perut ko kejutan lalu dia tak mampu menghadamkan makanan tengah hari ko dengan betul)
b) darah tinggi ( macam punca pertama, ko bagi badan ko menggelabah, lagi la tekanan naik, betul?)
c) kolestrol tinggi ( ye, sebab perut ko kosong, jadi bila tengah hari, mesti ko nak bedal benda- benda mengenyangkan seperti mee kuning, nasi kandar dan sebagainya, sigh, perut kosong ko letak kolestrol tak baik-ye kolestrol ada bagus dan tak. Apa lagi, boom!)
Jadi, semperna bulan merdeka, amalkan sarapan, dan serious tak tipu hari ko akan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, amalkan makanan yang berkhasiat seperti banyakkan gandum, roti coklat (brown bread), bijirin- bijirin dan kurangkan makanan yang berlebihan garam dan sebagainya. Sama- sama kita menjadi warganegara sharp cats! Jangan jadi tak berkhasiat lalu kreativiti kita tersekat atas makanan- makanan tak elok, lalu kita jadi bebal dan conform kepada suapan Barat.
Blog ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang mulakan hari anda dengan sarapan!
Sekian,
Kwaidan 'kerja banyak sial/esok presentation' Tarmizi
Wednesday, 27 August 2008
Robot Menggunakan Otak Tikus: Ye, Tikus
Ini kajian dari para saintis Reading University. Saksikan dan renung- renung sikit. Teknologi sekarang semakin canggih, dan hari demi hari, manusia bekerja keras untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadi inspirasi kehidupan seharian korang.
Tuesday, 26 August 2008
merdeka merdeka merdeka, mari dengar lagu metallica!
1. gaji orang malaysia yang tak pernah mencukupi
2. terdapat ramai broker yang konon nya boleh solve masalah pengusaha pengusaha.
3. mentaliti malaysia boleh
4. sifat manusia yang nak jadi world, sama ada kaya, alim atau pun kedua duanya sekali
5. hukuman perasuah yang kurang garang.
wa bagi lima cukup la, pas ni wa try goreng goreng kan apa yang wa tulis di atas tu ye?
Lagu Warisan - Sudirman (aku bukan seorang ultra, tetapi lagu ni untuk semua)
ala wa tulis panjang panjaang asal beb? cuba lu tengok polis la, walau pun ari tu baru naik gaji, awal bulan je memang banyak la roadblok pasal abg abg polis cari makan.
2. memang ramai broker yang klaim bawak projek kaw kaw je bai. kiranya boleh tolong dapat diskaun interest rate la, tak yah bayar loan selama 4 tahun, grace period dan macam macam la cerita dongeng si broker ni. padahal, pasai si hantu broker ni la membuat benda benda atau projek mahal bai, pasal keje broker ni bukan mengurang kan atau menambah effisiensi sesebuah projek. tetapi dia ni sebenarnya penjual projek le. itu pon kira rasuah jugak kot pasal tak buat apa apa tapi nak ada apa apa? makan duit tanpa usha yang patut di ushakan dengan reward yang di beri lah.
3. mentaliti yang sangat berbahaya, malaysia boleh. macam kat indonesia. semua pon bisa pak. malaysia boleh ni bahaya bai, pendek kata semua boleh la kat malaysia ni. naik bulan boleh, naik gunung boleh, swimming merentas calais-dover boleh, apa yang tak boleh di malaysia? semua boleh la kalau lu tau lobang mana nak masuk. rasuah pon? boleh la en. jadi apa moto baru malaysia? pasal wa rasa mentaliti malaysia sekarang ni memang menambah kan konfident dikalangan rakyat. tapi nanti over konfident kang macam mana pulak, dah pancut buat anak baru nak sesal?
4. bak kata ramli sarip, "hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan". gila bai, ramli sendri dah cakap nak wat gano? memang manusia ni suka berlumba lumba, sama ada kereta, motor, boat, karya, melukis, dan macam macam la, semua nya berlumba. kalau lu main game pon lu berlumba, tapi bila lu dah konfident aka malaysia boleh, musti lu mau try cheating bai eg- bagi rasuah. macam main game duke nukem la bai, time main lu type "IDDKFA" sure awek bogel punya. hehe wa memain je bai, tapi bila lu type tu lu dapat semua weapon la kot. kiranya lu bisa kaw tau la main game tu bai. sama jelah sama ada nak cheating jadi alim atau jadi kaya. jadi alim pun boleh rasuah gak bai, kiranya lu nak jadi imam ke apa ka. bukan boleh percaya sekarang imam kat masjid masjid sekarang. musti ada segelintir yang berpolitik jugak. aku tak tau la bapa banyak. tetapi masih bernombor la jugak.
5. iye lah lu dah korap banyak gila tapi lu bayar duit saman atau duit reman sebanyak 50k je? apadehal, ko buat korupsi tu bukan semalam aje. mungkin dah berzaman dah lu buat, duit semua masuk offshore bank akaun kat labuan ke cayman island ke malta ke? apa dehal sangan 50k bagi orang orang yan korap? si pakcik aku belah tokcik aku yang bernama lingam pon senyap je skarang? apa hal?
harap bulan merdeka ini dapat memberi renungan kepada sahabat, teman dan soulmate merenungkan pekara yang sedang dan ongoing di malaysia. adakah mungkin pegawai badan pencegah rasuah sendiri mempunyai gaji yang sikit, sehinggakan wang sebanyak 2,000 ringgit bisa membuat mulut seorang pegawai senyap bagai kan kucing yang telah dimandul kan (kiranya tak leh wat anak lagi la sikucing tu).
apa la nasib kita?
merdeka merdeka merdeka
Mencari Kerja di Malaysia
KERJA KOSONG
Monday, 25 August 2008
Perkataan Menjadi Rekaan: Apakah?
Sunday, 24 August 2008
Renungan: Disiplin, Kewarasan, Belia
Amacam semua, hari ni aku nak cerita sikit tentang disiplin dan bebudak- bebudak muda kat negara kita ini. Sebelum itu, klip yang aku tunjukkan di atas adalah satu klip Acara yang dibuat oleh negara Korea Utara iaitu Mass Games, dan perhatikan koreografi diorang bai, takde kesalahan langsung, dan kalau ko kat Youtube, ko tengok Klip- klip yang berkenaan dengan acara tersebut seperti Sorakan Militant dan sebagainya, memang sharp bai. Aku kat sini tak nak cakap sangat tentang komunisme, kapitalisme etc etc, abang Kwai bagi topik- topik macam tu kepada Jack Lingam, sebab dia suka ah tulis pasal tu. Nak citer sikit tentang, asal kaum golongan muda Malaysia tidak berdisiplin dan ikut peraturan berbanding dengan apa yang kita lihat dalam upacara- upacara Olimpik atau Korea Utara punya mass games ni.
Saturday, 23 August 2008
Laman Web On: Hassny
Laman web ini bai, buat abang Kwai boleh keluar air mata. Dia dah simpan segala arkiv lagu- lagu melayu yang power zaman dulu, dari pop yeh-yeh hingga 80an yang abang Kwai akan emo bila dengar sebab teringat zaman study kat Luar Negara dulu. Khatijah Ibrahim penyanyi kegemaran abang, dan lagu Ku Pendam Sebuah Duka Memang aku takleh tahan ah. Jadi, semoga terhibur, dan jangan lupa tonton 5 Jingga kat 8TV Selasa 9.30 malam sambil layan ubat batuk dan mengkhayalkan kepada chikaro- chikaro. Asal Malaysia suka tiru orang luar, ni kira tiru High School Musical, tapi audio representation ngan lakonan takleh mix langsung. TAPI CUN BAI ada satu awek tu. Sekian.
Thursday, 21 August 2008
Marilah belajar ZEBRA CROSSING!!
Filem minggu ini: Semangat Sarang Tebuan
Gabungan Sensasi: H&M Dan Rei Kawakubo
Berita baik kepada chikaro- chikaro 'trendy' yang gemar membeli- belah, dan juga yang ingin menambahkan penampilan balak korang masing- masing. Syarikat pakaian dari Sweden H&M telah bergabung dengan pengasas label Comme Des Garcons iaitu Rei Kawakubo untuk membuat satu koleksi yang cukup 'wow' dengan harga yang berpatutan. Aku minat gak la CDG ni, dulu abang Kwai beli kemeja diorang saje nak tayang tunang yang abang Kwai ni macam kumpulan Public Image Limited. Tunang abang pun 'turn-on' gak ah. Jadi dari ko suruh kazen- kazen ko yang belajar di Eropah tu kirim baju collar Hackett atau Polo, apa kata korang tukar feel skit, suruh diorang belikan Rei for H&M. Orang KL tengok lu pun respek bai sebab ko unik, kah kah kah kah kah.
Wednesday, 20 August 2008
Negaraku vs. Terang bulan
Tuesday, 19 August 2008
Renungan: Klip RTM
Setahu aku, Filem Negara Malaysia dah lama buat klip ni, tapi aku hairan, kenapa diorang tak kumpul arkiv- arkiv ini dan buat DVD? Macam negara lain buat dan letak di Festival Filem Antarabangsa? Hmm, itu aku tengah dok fikir. Dan pada pendapat aku, klip ni la agak menunjukkan sesuatu yang Malaysian, kerana Sang Kancil mungkin dijadikan binatang staple cerdik di tanah air kita ini.
Monday, 18 August 2008
Situation Heavy: Renungan
Bai, lost bai. Aku buat satu pandangan dan tengok banyak bebudak kat negara kita minat metal, tapi ramai minat kategori metal yang tidak naikkan bar dalam teknik,skill dan kehandalan dalam kugiran (tightness), jadi aku nak bagi klip ni dan bagi inspirasi skit kat korang. Dragonforce memang naikkan taraf dalam maksud 'solo' dalam gitar. Dan lagi satu aku hairan, asal ramai kategori metal kat negara kita hanya jerit jenis ngilai atau garau? Adakah kerana ianya lebih senang dicapai? Atau sebab- sebab lain? Itu korang renung sendiri. Nak jugak tengok metal nyanyi ngan ruang vokal yang luas. Best tu, nyanyi dalam BM lak tu. Pergh, teringat abang Kwai dulu first time tengok kugiran Iklim masa zaman study.
Kota Kinabalu: Dalam 5 tahun akan jadi macet macam KL
aku dekat bandar ni masa bulan lepas. kiranya datang misi untuk membuat field report untuk membuat sebuah bangunan di sana. aku agak kagum dengan bandar itu. makan best, diversiti yang membolehkan membuat sesoarang tak mo balik ke peninsula, dan senyuman asyik cek mek kadazan kacukan cina senyum kat lu wa bajet lu terus pindah pulau gaya bai.
Kota kinabalu sebuah bandar di barat sabah, dan juga ibu negeri negeri dibawah bayu itu. masa wa kas situ, development di situ memang heavy. satu pusat beli belah cum hotel sdang di bini, wooden seafront yang paling panjang sudah 90% siap (projek kuwait finance house), port kontena yang di pindah kan dekat dengan naval dockyard untuk membuat dua biji hotel yang mempunyai tema seperti awana porto malai di langkawi dan menurut direktor pembangunan sabah, negeri di bawah bayu ini memang kekurangan hotel dengan 10,000 bilik.
sekarang ni, memang, banyak dan projek masa depan yang akan berlaku di sabah. ramai orang orang yang tinggal di rumah flat kerajaan telah dipindah kan ke bandar bandar baru di keliling kota likas. Kadang kadang fikir kesian kerana value added yang ada di bandar itu memang hilang begitu sahaja.
Wa forecast, pasar philipino akan jadi seperti Pasar seni di KL. Traffik di sana akan menjadi heavy. jalan dari jessleton point ke likas (UMS etc) yang lalu tepi laut itu akan di buat highway. Bukit bukit di downtown KK akan di toreh untuk buat bangunan. Golongan golongan miskin dari luar negara (tapi kaya di Malaysia) akan pindah ke sabah untuk beli rumah (skim warganegara kedua), lalu harga rumah di sabah naik. Sama juga dengan tauke tauke semenanjung. Mereka juga akan pindah ke sana bila pencen. Kota kinabalu akan di banjiri oleh tetamu barat dan invesment dari barat yang akan membuat bumiputra di sabah tak kan bleh sewa kedai untuk jual anyaman anyaman atau bahan bahan kreatif yang di buat mereka kerana mahal.
walau pun pembangunan sabah yang akan menjadi lebih pesat dalam masa 2-4 tahun lagi, kiranya banyak bangunan cermin ah yang post modern, dan avant garde-, kota yang seksi ini akan kehilangan identiti nya sebagai ibu kota negeri di bawah bayu ini.
so apa pendapat you all huh? setuju ke pembangunan di Kota kinabalu? nak hilang identiti atau ubah identiti? nak tau gak cam ne para pembaca berfikir
Jack"mana msian dreamgril ni bai" Lingam
Bahasa Pasar 101: Kapten Malam
Kapten malam
Cara Penyebutan: KEP-'TEN MA'- LAM"
Definisi/Maksud: Seorang yang bisa membawa/menavigasikan/melayan seseorang pada waktu malam sehingga subuh, tetapi pada jam 8.30 pagi, dia akan ada di ofis dengan mata yang tak barai macam orang tak tido 3 jumaat.
cara penggunaan:
nisfu: wei jo, jom gi kelabing malam ni kat kelabit? aku ada member sorang suke dressing cam koboi melaya la jo. dia tu memang kepten malam bai. lu nak suruh dia bawak lu gi centro oder tanik satu dapat free french fries bai. orang lain dapat kacang je..
albab: ye ke jo? gila heavy seh. kalau dia dapat kan kacang M.A.S boleh ke bai?
Nisfu: Kata kepten malam. lu nak arbok pon dia boleh carik kan la jo...
Albab: stylee.....
Jack lingam
Sunday, 17 August 2008
Arkitek Spam: Visi Baru Dalam Rekaan Peringkat Percubaan
Saturday, 16 August 2008
Filem Minggu ini:
Film di bawah ini tajuk nya Le roman de renard" mengisah kan sebuah raja singa pemusik kucing puteri musang.
Cerita ni heavy blad. kalau lu nak try aku ada tinggal kan link di bawah
aku rasa aku tak yah la nak explain cerita ni pasal apa. lu tgk gambar dibawah pun aku rasa dak dak arty atau yusoff haslam masa depan pun akan dload filem di bawah ini.;
oh ye, tolong baca nota di bawah
LiNk 1
lInK 2
liNK 3
LINK 4
Jack Lingam
Nota dari Pihak Pengeluar:
Just extract, but activate 'Keep Broken Files' (right click on part1.rar-file, and 'extraxt files; new window opens,where you can choose destination-folder, with option 'Keep Broken Files' AT THE LEFT BOTTOM) !!The movie will be OK - DESPITE ERROR-MESSAGES !!I've downloaded some of them, extracted (with corrupted files !!) and everything went well !!!!!!!!(I COULD fluently SKIP WITH 1-MINUTE-STEPS THROUGH THE WHOLE MOVIE and where I stopped, it played absolutely NORMAL, without any delay)
Thursday, 14 August 2008
Bahasa Pasar 101: Arbok
situasi di sebuah hotel:
Ali Jamlus - weh nawas, cube kau usha miss mexico tu bai gerek seh body dia, baju pun berwarna warni..cam hippie sehhhhhh..
Abu nawas- Wei kau gila ke bro? itu bukan miss mexico la, itu miss hj taib la sewel.
Ali Jamlus - ha? arbok ke tu bai? aiseymen bil air wa dah tertunggak la nak wat cane ha?
Abu nawas- iye la. ala lu bagi biznez kard lu sudah ah sure dia roger lu balik nye
jack "yang tengah cilok gambar myspace" lingam
Wednesday, 13 August 2008
Single Minggu Ini
The Stills- Being Here
Tuesday, 12 August 2008
Pakaian Lost: Acronym
Label ini untuk aku boleh dapat anugerah pakaian rekaan paling sharp 2008. Jacket yang mempunyai pelbagai fungsi, korang tengok ah contoh kat klip tu. Aku pun rasa trend akan lebih kepada arah teknikal, daripada minimalis yang agak membosankan bukan. Kerana sejak kebelakangan ni, ramai pun telah menyongsangkan konsep minimalisma ini. Jadi label ini boleh bla, usya laman web dia. Dan ingat, siapa funky fresh? Kwaidan funky fresh!
Monday, 11 August 2008
Siri TV Baru: House Of Saddam
Sunday, 10 August 2008
koreographi yang muka chikaro cam jantan.
bai, cuba chekedaud video di atas. apa apa pun jgn la lu orang tgk benda ni time kat office pasal wa memang panas bila orang tgk youtube time kerja kerana dia bisa merendah kan bandwith internet. wa nak hantar proposal projek mega mega pun susah bai.
apa apa pun benda yang agak pelik atas ni di buat oleh pak cik reich. kira nya dia ni memang bapak segala minimal lah. wa persembah kan wayang kulit pak cik reich yang berjudul "pancut" atau pun (come out).
nanti wa akan tulis lagi pasal brother reich ni. korang buat ah research pasal mamat ni. mula mula cari nama penuh. pastu korang wiki la. kalau semua benda nak kene bagi tau bila nak kembang. hihi
anyways, wa cabar lu tgk sampai habis
J.Li
mana nak beli magazine sharp cats?
wa ada penyelesaian-nya. tak perlu lagi lu orang telan panadol berbiji biji..tahu kah anda bahawa panadol akan ada dalam badan lu selama 5 tahun. gila bai bapak segala dadah bai.. kalau lu zoot pun paling busuk pun 3 bulan dalam badan lu.
anyways, aku baru tahu pak cik aku selvan lingam ada bukak kedai majalah bai. kalau lu nak carik majalah yang abang KT cite tu semua, lu sila la gi ke kedai pak cik aku. lu sebut je nama aku. sure boleh gamble nye ngan uncle sel.
Kedai Majalah Selvan (amacam artsy fartsy ak?)
kalu lu nak cari majalah monocle, pun bisa. ko usha website (pak cik wa semua world class) tuk carik alamat
anyways salam sejahtra
Abg jack lingam
Mainan Baru Dari Aston Martin
Katil Ajaib
Memperkenalkan The Floating Bed dari Bakker Magnetics. Katil ini hasil rekaan seorang arkitek Dutch bernama Janjaap Ruijssenaars.