Saturday 25 July 2009

Pakar Jerit: Screamin' Jay Hawkins


Salam semua,




wa, semua mesti dah dgr bahawa cik yasmin ahmad masuk wad ari tu. aku bajet pasal ari tu dia ada baca blog ni pagi tu. mana la tau gua rasa dia terkejut tengok kat blog ni tak de sapa pon bagi post pasal filem dia beb. anyways, kami dari pihak BBBBLK ingin menyedekah kan doa dan kalimah kalimah dari yang maha esa.

anyways, lama dah tak tulis pasal legend legend ni semua beb. ini dia gua perkenal kan abang jay hawkins beb. dia ni memang otai jerit. kalau lu kata mawi jerit tune lari, kalau ning baizura jerit bikin lu stim atau fasha sanda jerit bikin lu mau lari kat dia, si abang hawkins ini pula mesti akan buat lu dengar lagu dia berulang ulang kali. memang pakar lah mamat ni. bukan itu saja beb. kalau lah aku dapat masuk akademi fantasia secara utopianistik nya, aku kalau boleh nak dia sebagai guru vokal. gila beb, bila cikgu tu tekan key kat piano, kalau boleh aku nak jerit macam abang jay jerit macam salah satu lagu mashyur dia "i put a spell on you" (atau dalam bahasa melayu bermaksud; aku beri mu nasik kangkang).

Anyways beb, bukan itu je mamat ni punya quartet pon dia punya songwriting memang sharp dari semua aspek. lyrics tip top. Melodi dia boleh bla. Musical composition dia memang boleh masuk menang juara lagu beb. tak bohong bai.

Bukan lagu "i put a spell on you" yang top of the list beb. lagu "Frenzy"atau bermaksud "sasau" memang tepat dengan title lagu nya itu. bunyi gitar yang ber-ala koboi. suara husky campur ekstra treble dan kurang bass. memang lost ah bai. tapi bila dia buat bunyi orang tengah muff-ing memang gua bajet boleh bagi chikaro makan julap tiap pagi supaya nampak seksi untuk abang yang suka jerit ni beb.

Bukan itu saja. lagu "constipation blues" atau "blues buasir" juga memang agak meriang kan. tetapi lagu ini boleh kira agak deep kerana beliau telah berjaya mengintepretasi kisah putus cinta nya dengan buasir. memang heavy. tone piano oleh serge gainsbourg juga telah menjadi kan lagu ini tidak menjijikan langsung di sebab kan ekspresi ekspresi bunyi yang telah dibuat oleh encik Hawkins. memang sharp.

Aku rekemen kan lu orang cilok lah lagu ini kat internet tu. pasal gua rasa benda benda yang di tulis dan di wartakan oleh Jay Hawkins memang boleh bla la kira.

kalau nak gua sapu tekan di link yang diberi


esok ari ahad. kalau lu nak rechill kat umah layan panas terik dan air limau ais kat depan umah lu, aku rekemen lu cilok lagu ni lastu pasang kuat kuat memang lu terus jadi abang long/ kak long kawasan lu la beb!

link lain lu carik ah sendiri.

Jack " 1.4.3 " Lingam


1 comment:

rai said...

cenggini jack,

"britain,england,united kingdom,scotland,wales,scotland yard,london"

berdasarkan yg kat atas tu, boleh tak ko terangkan secara panjang lebar dalam bahasa pasar ko... tentang sejarah,politik dan apa-apa yang berkaitan la.
aku musykil la,
cthnya : england tu negara dalam britain ke atau negara dalam united kingdom.atau united kingdom tu bandar dalam england dan england tu dalam britain.london tu dalam england ke atau dalam united kingdom.kenapa scotland dan wales tu macam selalu dkaitkan dengan england.scotland yard tu pulak apa dia?dalam peta pun cuma ada united kingdom dan london je.pernah terbaca dalam majalah,united kingdom tu cuma bandaraya di pinggir england je, ye ke?

ok jack.

Dari mana?

Analytics