Tuesday, 12 May 2009

Beg Louis Vuitton: Apakah Dan Manakah?

Salam blads. Aku kat sini sihat sejahtera, kejap kejap depression, kejap- kejap okay. Mana tak, aku kan dalam lingkungan penganggur. Hidup atas saving sahaja. Anyway, enough pasal aku, hari ini aku nak cerita pasal something different pulak. Asyik serious je korang, ketat je korang. Aku nak menganalisa sesuatu yang aku alami kelmarin.

Sempena hari ibu dan hari jadi mak aku haritu, aku ronda- ronda la Kuala Lumpur kan, ngan adik- beradik aku, usya hadiah nak bagi kat mak aku. Aku ni bukannya tahu sangat nak bagi apa hadiah kat mak gua, jadi aku ikut kata orang 'follow the crowd' la kira.

Petang tu aku usya ah kedai jenama ni, gila ramai orang bai. Majoriti yang masuk kedai tu bangsa Cina, semua teman mak diorang shopping, atau nak beli untuk mak. Suasana di LV tu macam kedai emas bai, pak guard la, runner la, macam- macam lagi. Yang aku tahu, mak aku suka warna merah, dan aku suka beg LV atas kualitinya, tapi bukan model- model yang ada banyak logo tu, atau dikenali sebagai monogram.

Dengan macho-nya aku tengok bag di atas dan kata, "ni sesuai untuk mama ni, sure dier terkejut".

Jadi aku kata "Excuse mee (dengan loghat orang kaya) berapa harga beg ni?"

"RM 18,400"

Aku hampir terkencing dalam seluar. Walau apa jua, mak aku gembira malam tu.

So, apa pendapat you all huh?

KT

Monday, 11 May 2009

Nampaknya Blog ini Agak Kurang Interaktif.

Hello fren.
How are you doing?
West Side is the best. Booyakasha.

Amacam lu orang follow tak cerita Perak? Smart ah Nizar nak move for fresh election. Sekarang boleh la lu orang kat Perak pilih lu orang punya pemimpin lagi sekali. Memang sharp ah sharpener. Baru lu orang tau mana padang mana belalang mana badang mana sekarang.

Apa-apapun, gua harap lu orang waras semasa membuat pemilihan. Gua malas ah nak tengok benda ni berulang lagi. Gua tak pinpoint kepada sesiapa, tetapi yang pasti, lu, gua, bini gua, Jack Lingam, Dill, Kwai, dan semua rakyat di Malaysia mengharapkan kita semua berada di dalam keadaan aman dan damai.

On another note, Jack bagitau gua reader blog ni dah cecah 40,000 siakkkkk.
Lu orang terus setia membaca, dan gua akan tubuhkan persatuan ala-ala Fight Club untuk membuat satu revolusi pemikiran di kalangan kita, rakyat-rakyat jelata. Haha. Maafkan gua abang Po-Po. Gua buat lawak je. Jangan tangkap gua.

P/S : gua nak tangkap celaka mana yang curik credit card gua sambil cuba men-withdraw RM1000 kat RHB bank. Memang cantek ah lu celaka. Gua rain down hell fire kat lu bila gua dapat lu nanti.

lagu malam ni : Cap Pepek. eh Apek





lain kali bila lu orang gi karaoke di Club de macau atau club de vegas, jangan lupa angkat Sammy (club de macau) no 18 atau Samantha (club de vegas) no 13. Diorang lain macam beb. lu datang nak menyanyi sekali tengok diorang pasang feng tau kat dalam bilik tu bai. lastu dia boleh belly dancing pula dan bagi lu gelek gerudi bai. lain macam tempat tu beb.

Selain itu, lu orang juga jangan lupa lagu atas. kalau lu pegi karoke ngan client lu pula. confirm terus sign lu mandate letter. memang ngan ah.  no lagu tu S-143.

goodnight,

yaa'kob al-ing'am 


Saturday, 9 May 2009

Selamat Hari Ibu

Salam fren,

Apa cerita? wa bajet lu orang banyak yang sedang sibuk atau sudah lepas membawa ibu lu jalan jalan pergi nagoya, euromoda, masjid india, jalan TAR dan roaming pusing pusing kat KL tu. mungkin ada juga yang buat surprise untuk ibu seperti membeli drum set, novation sl compact 49 dan banyak lagi. ada juga yang membuat surprise seperti setup kan account facebook. ada juga yang mengambil watak seperti menjadi head chef di dapur dan membuat sunday roast untuk mak lu orang. wa biasa je, cuci kan kete untuk mak aku.

kepada sesiapa yang kat obersea (oversea) pulak, rileks bai, jangan la lu bersedih hati. wa pasti mak lu paham lu sedang belajar bersungguh sungguh tuk dapat kan markah TIP TOP untuk membuat ibu lu sebak bila lu graduate nanti. 

anyways, mana datang nya hari ibu ini? adakah ia untuk menyambut kerja kerja mother theresa? bukan beb. mother theresa tu andartu.hihi. dia belom kahwin dan wa saspek dia masih teruna lagi.

adakah ia untuk menyambut pahaman atau falsafah oprah winfrey?

adakah ia untuk mengingati legend legend feminsm seperti Voiltairine de Cleyre atau Margaret Sanger?

bai, wa tak yah cite panjang ah. lu ingat sikit memori lu dari lu lahir sampai ari ini? dan mengingati jasa jasa ibu lu kepada lu, selain bagi nenen kat lu dan mengosok baju lu? Secara teknikal, tiap tiap ari hari ibu...

apa kata kalau ada pembaca kat sini atau lu ada member yang kuat lari rumah, bagi tau kat mereka tentang posting ini.






sekian,

Jack " i lap u maman" Lingam

P.S - kalu ada sesiapa yang teringin nak bagi ucapan tuk ibu tapi tanak ibu lu tau, sbgai contoh, jantan jantan yang telur besar sebelah. sila la beri ucapan di ruang BUARAN kami.

Friday, 8 May 2009

Sugarstacks.com: Perhatian Rakyat Malaysia!



Amacam semua? Aku rasa aku nak ke arah yang lain sikit hari ni, sejak kebelakangan ini, aku lihat ramai abang- abang ofis kita semua berperut, boroi- boroit, misai tak terurus, bau badan 'ba-eng' dan seluar dua pleat yang memang tidak flattering dengan badan mereka. Sejak aku dah permanent kat sini, aku pun analyze la, gaya hidup average Jo kat sini. Masuk kerja, ada karipap disediakan, then kalau ko kerja gomen, teh tarik manis, kopi susu manis semua free flow, then lunch break, lu gi tala nasi kandar la, nasi bryani la, then petang ada pisang goreng ngan air manis dan ini, dan itu, malam pulak gi keluar makan satay la, ni la , tu la.

APA DAH JADI DENGAN GAYA HIDUP SEDERHANA BAI?!

Jadi aku terjumpa laman web ini, actually, ada satu chicky ni bagi aku tengok, dia tahu aku suka bab- bab senaman dan kesihatan ni. Dulu aku lagi fit la, lari stengah marathon semua, skarang gua chillin jek, tapi still lari 5k 3 kali seminggu sekadar buang asap- asap Dunhill Merah aku. Tapi slack skit sugarstacks.com ni takde tentang makanan- makanan Melayu yang aku caya lagi heavy dari makanan lain, dah la kita makan nasi campur.

korang tahu tak campur lebih daripada dua binatang untuk protein penyebab gout dan kanser prostat?

Ye, Pak Abu. Tak caya cuba kencing malam ni tanpa bini ko teman...

Ko tahu tak satu karipap boleh memberi tenaga untuk berlari sebanyak 2.5km?

Korang tahu tak 1/10 Malaysians menghidap penyakit KENCING MANIS.

So, abang- abang makan banyak sangat karbo tu...

LU PIKIR LAH SENDIRI!

KT

Dari mana?

Analytics