Sunday, 28 September 2008

Single Minggu Ini


TV On The Radio- Dancing Choose

Maaf kerana lama menghilang, aku nak cuti raya jadi aku kena kerja hari minggu jugak nak habiskan projek-projek dan kerja aku susah gak bai, bukan layan Youtube je kat pejabat. 

Ini dia single terbaru dari kugiran TV On The Radio Dari New York. Bebudak 'blipsters' ni telah muncul dengan album baru bertajuk Dear Science, dan setelah mendengar album ni dua kali, aku bagi diorang 7/10. Aku pilih diorang untuk single minggu ini kerana minggu ni single- single tak cukup sharp pun, kalau nak sharp, dengar album Grails baru la jing!

Apa- apa hal, betul kata Jack, sibuk nak Hari Raya. Jadi persiapan semua lah. Harap maklum.

Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam yang membaca blog ni. Terima kasih atas sokongan korang. Tanpa korang, aku takde inspirasi nak tulis, tapi kalau korang nak benda yang lain sikit. aku syorkan korang www.manggaonline.com . OK?

*CIUMAN BESAR DARI KWAIDAN*

cuti raya.

bai blog ni akan di servis buat sementara waktu..pasal kitorang dah start rewang nak buat open house besar besaran taun ni..

apa apa pun kita akan kembali lepas raya (bukan akhir syawal)

Saturday, 27 September 2008

Bahasa Pasar 101: budak kepala bawah kaki atas

kalau beran masuk ar!

maksud:-

Budak budak kepala bawah kaki atas, kebanyakan nya buat "street show" dekat depan maybank, menjadi tarikan orang ramai seperti mat mat rempit yang tunggu jubin, pelancong makcik makcik, dan golongan kepala bawah kaki atas. Lebih dikenali sebagai "bboi" di malaysia

Contoh penggunaan:-

Osman: dude, takde chikaro arr sini.. awek awek semua dah balik raya la bro.

Kering: itu lah bro, I think kan we better go to Kl la bro.

Osman: tapi kan bro aku rasa baik kita gerak O.U...

Kering: why? got event ke?

Osman: yeah man.. ari ni ada "b-boy GIGz" dekat sana! i heard ada minister nak datang?

Kering: damn cheesy la bro.. got minister summore.. gila tak underground... anyways since when ada minister suka tengok budak kepal bawah kaki atas, ?

Osman: ala itu kan bapak jojoe bro.. mesti la support anak dia dude..

Kering: Kewl..bro taxi ke dude?

Osman: sigh.. lu siang siang nak sasau apa cite? take ure time la bro

yang boleh puasa besok

Jack " walau pun mata berkelip, mata mu lebih bersinar daripada bintang dan bulan tija" lingam

* wei bai lu sailang wa shave misai lu


Wednesday, 24 September 2008

OUCH!!!! kenapa aku ada gigi yang sakit ini?




Hari ni aku nak cerita pasal Wisdom tooth (aku tatau nama ni dalam bahasa melayu), Gigi yang keluar belakang sekali selepas gigi graham (gigi yang korang guna untuk kunyah daging rendang masakan mak).

Gigi ni selalu menyababkan ketidak selesaan kepada manusia manusia sebab die tumbuh cam tak betul. Disebabkan kedudukan die kat belakang sekali, ini menyebabkan manusia susah nak bersihkan gigi ni walaupun menggunakan berus gigi Oral B yang sama harga cam rantai emas Poh Kong. Sebab susah nak gosok gigi ni jadi rosak dan korang akan sakit gigi.

Gigi ni pun selalu keluar senget. Aku selalu tanya tanya apa pasal die keluar senget tak straight cam gigi lain?

Jawapan dia:

Sebab manusia telah mengalami Evolution!!!!

Manusia primitif  ngan manusia sekarang ada jumlah gigi yang sama banyak. Tapi manusia primitif ada tulang rahang (jaw bone) yang lagi besar dari manusia sekarang. Disebabkan tulang rahang manusia moden kecil tapi gigi yang banyak, wisdom tooth ni tade ruang nak keluar jadi nak tak nak keluar je la senget. Tu yang sakit tu.

Treatment: pegi jumpa doktor buang. 

Terima kasih!

ShAfI'E HaMdån~~69

Ps: Kwai aku jumpa lu sabtu amacam? buka sama sama?

Bahasa Pasar 101: Webster

Contoh: "Bai, ko tahu tak anak sedara aku tu punyalah sial.Dia suka gigit tangan orang tau,dia ingat manja ah konon padahal sakit gila bai"

             "Ini anak sedara ko? Budak webster cam ni. Ceh, aku ingatkan dia tu kecik lagi."

-Kiranya webster ni cam badan budak besar tapi perangai dia konon lincah, macam dia tu petite and flexible.

Sekian.
Kwaidan

Dari mana?

Analytics