Thursday, 14 January 2010

pomo - amenda ni?


Mungkin ada yang suka benda benda sharp heavy dan post modern. Lebih lebih lagi si armaya maarof. Tetapi kalau lu orang buta huruf semesti nya lu akan ingat gua nak tulis pasa cerita toron.

anyways,

ini hari kita akan cerita pasal bangunan, walaupun aku bukan major bangunan aku try analyze benda ni dari segi pandangan seorang welder tangki maut. maklum lah, para pembaca pembaca tersayang pun tau yang aku dah kluar dari career private ekuiti dan kini aku telah terlanjur dalam bidang fabrikasi.

girl yang aku toja masa kat prague dulu ada call mintak advice dari topboyz tentang isu pembinaan bangunan yang anti baroque. mungkin ramai yang terfikir apa itu baroque dan apa itu anti-baroque. tak kesah, kalau lu nak kahwin ngan arkitek atau nak jadi arkitek lu patut nye tau benda benda ini supaya lu tak lost bila sedang kongkek tetiba bini arkitek lu tertiba dia terjerit perkataan itu sewaktu dia nak hehe.

mungkin ramai yang tahu tentang pembinaan bangunan yang berupa kek jelly semi cair. memang tak bohong beb. Nama bangunan ini ialah the eye above prague. Bangunan ini di jangka akan dibina untuk dijadikan sebuah perpustakaan awam.

walau pun dari segi perspektif nation building, projek itu telah di tahan oleh ketua negara itu sendiri. Ini disebabkan oleh design bangunan yang outofplace dari segi environment prague.

aku malas nak tulis panjang pasal mak aku dah masak speghetti ala daging bubuh tomato.

gua bagi dua gambar bawah ni. lu pikir la sendiri dan diskas bersama sama.





Jack

Wednesday, 13 January 2010

Single Minggu Ini: Sade



Sebelum aku ucapkan selamat tahun baru, aku nak korang jangan emo- emo asal blog lama tak post, kita kena jadi soldier bai. Lupakan 2009, 2010 sudah datang. Jadi, apa azam korang? Citer ah kat kitorang dalam blog ni.

Blog mengucapkan semoga berjaya kepada Shaf Hamdan kerana beliau akan melanjutkan pelajarannya di luar negara. Jadi, 2010 ni, yang akan aktif hanya aku dan Jack Lingam. Dulu aku ada bagitahu korang kan tentang video projek aku ngan Jack nak buat. Tapi skarang aku dah relocate kat Taipei dan Jack pun tengah sibuk dengan kerja kawin dia.

Anyway, aku nak bagitahu korang. blog ini akan kembali kencang. Lupakan blog lain. Serious.

Banyak blog tunjuk diorang berbasikal fixed gear je. Bosan ah, on to the next one ah friend. Asal takde gang melayu buat long distance running? Tak cool ke sebab takleh gantung SLR sambil lari?

KT the President

Kompas Halatujuan: Isu pembakaran rumah rumah sembahyang puak kristian?



Mungkin segelintir yang tertanya- puak?. Iye sememangnya hidup demi-bangsa ini telah wujud sejak dahulu lagi. Tertanya Tanya pula, apa itu demi-bangsa. Di dalam bahasa peranchis, demi bermaksud separuh. Separuh bangsa. Itu dia sikap sikap dan masalah kita sekarang. Ada yang separuh melayu, separuh jawa, separuh bugis, separuh arab, separuh scouse, separuh cockney, separuh inuk (inuit) dan macam macam lagi. Sebagai majority nya. Ramai yang kata, aku orang bugis, Ek ela jawa, mana lu ilang? Atau mek ja mu balik klate jua budu la’we.Dan macam macam lagi.

So, apa isu nya sekarang? Penggunaan perkataan allah di dalam kitab injil. Persoalan nya mengapa? Untuk memudah kan para penganut kristian dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak? Orang Filipina kini lebih fasih berbahasa melayu dari ingerris(in tak leh tipu, awek kat Labuan masa aku buat interview semua cakap melayu)? Atau ingin menarik para pembaca melayu untuk lebih faham kitab injil versi bahasa melayu?

Dengan liputasi dimahkhamah yang minimal (termasuk akbar dan televisyen). Sepatut nya cerita cerita panas seperti bengini di liputasi kan seperti apabila New York di serang. Mungkin para penasihat di Jabatan Informasi atau Jabatan dalam Negeri tidak membenar kan liputasi yang transparen. Mungkin untuk tidak lebih memanaskan keadaan. Tetapi, secara terjadi nya, kekurangan liputas yang tepat dan juga transparent, ia telah menyebabkan spekulasi spekulasi di kalangan bigote (chauvinis agama). Dengan adanya platform yang agak terang untuk di ambil kesempatan untuk mempergelegakkan lagi keaadan yang sudah lama dipendam. Dengan adanya laman laman internet, stesen television seperti CNN, Aljazera, sumber inspirasi dikalangan publik untuk menjadi lebih radikal adalah mudah. Siapa yang tak inspired bila tengok benda benda real walaupun benda benda itu snuff X punya line. Ini semua disebabkan oleh sikap simpati.

Dengan itu, pemikiran untuk berjihad membakar gereja sememangya ada dikalangan pemuda pemudi dan juga yang tua tua. Jihad, perkataan yang sukar, Untuk di intepretasikan dan juga untuk ditafsir kan. Bak kata Bush sebelum Obama check-in masuk white house ‘I did everything for you’. Sememangnya benar. Tetapi cara yang rebel itu telah menunjukkan kekecilan telur para seluruh ummah. Bak kata, playboy melayu terakhir, “aku shotgun Siti”. Orang orang macam tu dari segi islam, patut di pancung dan di hukum rejam. Mungkin secara individu atau sesebuah kumpulan mereka mempunyai niat baik secara sekelompok. Malang sekali, Allah SWT pernah berjanji, bahawa tiada siapa yang dijaminkan akan masyuk syurga walaupun mereka berketurunan nabi.

4 gereja kini sudah terbakar. Lampu spotlight menunjuk kepada sketsa Negara pada awal tahun (takde cite cite lain beb, kat Negara Negara hemisfera utara semua tengah proper cold; untuk memanas kan telur, cite cite ini memang best untuk musim sejuk. Kalau tidak cerita pasal enjin tak boleh start, tempat kerja cuti pasal salji dan berkaitan dengan musim salji), dan kekecohan dikalangan kaum pekerja memang hangat lalu menyebabkan effisyensi pekerjaan menjadi kurang.

Sebagai pembelajaran, kekurangan disiplin dan sikap suka ikut hawa nafsu menjadi masalah utama. Ini bukan saja dari segi agama. Tetapi gaya hidup dan semua aspek. Kalau boleh semua pun nak hentam kromo. Ini sememangnya hidup seperti seorang perogol. Bontot ayam pon nak bedal jugak.

Jay

Thursday, 10 December 2009

Keindahan Bahasa Hanyalah Mitos


salam fren, pagi ini ada orang ajak masuk kesebuah group facebook yang di berinama "saya cinta bahasa melayu" boleh kira ada 1,354 ahli la dalam group itu mediskusi kan atau memberi sokongan dan dokongan. setelah selesai untuk memberi nukilan aku kepada group itu, tiba tiba dia kata nukilan aku terlampau panjang pula. dengan itu sesiapa yang ada di group itu, silakan sambungkan lingkaran ini kepada ahli ahli yang menyertai kumpulan itu.

Sekian,

bahasa melayu merupakan nadi pengerak hidup. bahasa melayu banyak membantu saya menempuhi keadaan keadaan yang agak rumit seperti, mengambil peperiksaan setiap tahun sejak dari tadika hingga ke tingkatan lima. tanpa bahasa melayu, apa kah erti hidup di dunia ini, kemungkinan besar, tanpa bahasa melayu, saya mungkin akan belajar sampai darjah 6 sahaja. tetapi disebabkan bahasa melayu, saya lulus upsr lalu ke sekolah menengah dan lulus kesemua peperiksaan. tanpa mu bahasa melayu, apa kah erti hidup?

lihat sahaja sesiapa yang tidak fasih dalam bahasa melayu atau terlalu lewat belajar bahasa melayu? kebanyakan mereka telah membuang masa sebanyak setahun untuk belajar bahasa melayu di kelas kelas peralihan. namun jua, kebanyakan nya gagal akibat pengaruh sahabat pada umur 12-21 adalah amat tinggi. di sesuatu kelas (secara midium nya ada 40 pelajar) dimana majoriti pelajar nya masih terkapai kapai untuk khatam bahasa rumi dan cara pengajaran yang kurang efficient (ini telah terbukti, lihat saja phonetik dan tatabahasa pengguna bahasa melayu dikalangan pengguna kedua [malahan juga penguna prima], boleh dikatakan serabut). tanpa pengajaran yang ilusif dan ekslusif, pelajar pelajar yang masih terkapai kapai itu mungkin hanya akan mendapat 20%-30% proefiyensi selepas belajar bahasa melayu. justeru itu, dalam 5 tahun atau tahun tahun yang akan datang, mereka mungkin akan terkapai kapai lagi untuk memahami apa yang telah di didik kepada mereka dan cara penyampaian mereka akan menjadi lebih songsang. Jadi siapa kah yang patut di persalahkan?

1.para pelajar yang kurang minat untuk belajar bahasa akibat keadaan kelas yang penuh dengan "kos peluang" (opprtunity cost) untuk membelajar banyak pekara baru di luar kelas?

2. guru guru yang mempunyai peralatan yang kurangan dan juga harus mengajar 40 pelajar didalam satu kelas dalam masa satu tahun?

3. ibu bapa yang kurang menggunakan bahasa melayu di rumah?

4. atau sistem pengajaran?

untuk menjadi lebih maju, rakyat tidak sepatut nya memikirkan masalah dalam (batin) negara seperti politik isu socio dan juga isu ekonomi. jika ada itu bererti negara masih lagi bermasalah dari segi kebatinan. apakah fungsi sebuah kerjaan? apa yang saya fahami, kerajaan adalah sebuah badan yang memikirkan dan memulihkan masalah batin dan zahir negara. - kata kata dari ali le pointe, seorang penentang penjajahan peranchis di algeria.

untuk menjadi raja bahasa, hanya 4 pekara sahaja yang perlu di beri fokus,

1. Bacaan
2. Phonetiks (cara bunyi setiap huruf dan perkataan)
3. Pilihan perkataan
4. Pengunaan Tatabahasa

Tanpa bunyi, frekuensi apa yang di sampai kan!
tanpa membaca apa ilmu yang ingin disampaikan!
Tanpa perkataanan yang sesuai, diskripsi akan mejadi kucar kacir!
tanpa tatabahasa, jalan cerita akan menjadi berbeza!
Tanpa ke-empat empat itu, keindahan bahasa hanyalah mitos semata mata.

bahasa jiwa bangsa? salah sekali, jika kini di pertubuhan bangsa-bangsa mempunyai 192 ahli (negara) dan kita masih lagi sibuk untuk menyeru dan juga sibuk menobatkan budaya dan bahasa ibunda.

yang maha esa selalu memberi tahu kepada hamba hamba nya di dunia, dan berkali kali tentang sikap keduniaan yang telah diberitahu didalam quran.

Short is the enjoyment of this world. And the Hereafter is the best for those who do right. And you will never be dealt with unjustly in the very least. Wherever you are, death will find you out, even if you are in towers built up strong and high.”

Sekian,

J.ack Li.ngam

Sunday, 6 December 2009

Persoalan 101: Patut kah Chin Peng di benarkan untuk bersemadi di Sitiawan?



“Saya lahir pada tahun 1920, Malaya masa tu. Lahir di kampong Bangau parit seberang Temerloh Pahang. Kemudian saya bersekolah melayu sampai tahun 6. Pada masa itu saya telah dilatih menjadi guru latihan. Tapi kebetulan pada masa itu, emak saya meninggal dunia. Bila meninggal dunia, itu pikiran sudah lain lah. tak mau mengaji lagi. Kemudian keluar dari mengaji, Masa itu british, saya masuk tentera itu tentera.. sukarela atau askar volunteer dan semasa jepun masuk Malaya masa itu saya penah mengambil bahagian dalam petempuran pertahan kan Malaya saing dengan british di Kelantan. Pengkalan Chepa. Tapi tak berhasil lah, kemudian orang putih lemah lah undur sampai ke johor bahru.

Kemudian orang putih nak bawak saya ke Singapore. Tapi saya tak mau, lalu saya lari balik kampong. Tahun 1941 orang jepun memerintah Malaya. Penghulu kampong nak hantar saya pergi ke Burma sama sama dengan askar jepun. Saya tau sikit sebanyak lah. Jepun membina jalan raya di Burma. Jadi, banyak orang orang yang di hantar itu mati, lari separuh japun, mati kena pelbagai penyakit Jepun macam tu lah.

Saya pun register masuk polis jepun

Kemudian jepun surrender, orang putlh balik semula. Memerintah semula, 2-3 bulan gituh lah, orang putih menangkapsaya dengan tuduhan berkerja dengan Jepun. Ada aduan dari orang, saya kerja semasa jepun ada pukul orang lah katok orang lah macam macam lah. Orang putih bawak saya ke mahkamah. Kat temerloh masa tu.

Dia Tanya “kenapa mu kerja dengan jepun?”

Saya Tanya “kenapa mu lari? kenapa orang putih lari, sekarang orang putih cabut lari saya kerja dengan Jepun nak tangkap saya, ini tak ada undang undang”

waa dia berkeras lah, dia bagi saya satu tahun di taiping....”

Pak Kasim (1920 -2009) @ Chulaborn, Pattani


1. Semua pun tahu isu hangat sejak akhir akhir banyak berita tentang permintaan dari pada Chin Peng dan juga rakan rakan seperjuangan mereka ingin pulang ke Kampung halaman sebelum masing masing menemui ajal. Gua ada jumpa video terbaik punya untuk lu orang menganalisa situasi yang berlaku ke atas komuniti Parti Komunis Malaya di Utara Siam. Patut kah mereka di berikan pengampunan oleh mohor mohor besar? Mari kita renungkan.

Link 1 Link 2 Link3

Link 4 Link 5 Link 6

Video di atas berjudul "Apa Khabar Orang Kampung" sebuah filem yang di buat oleh Amir Muhammad (seorang pembikin filem yang namanya agak masyur dikalangan Kementerian Dalam Negeri.

Akhir kata, mari kita renungkan sonata siam yang sudah di alih bahasa ke bahasa omputih...


"I cannot weep, but my heart bleeds, I am cursed to carry out this oath. Farewell..."


Sekian,

J.Li

Dari mana?

Analytics