Sunday, 6 September 2009

Kemandulan Asas Sosial Negara: Episod dua; Abang Long Mengamuk Dihadapan 2 Khalid dan satu Ma'am


Salam Semua,

apa cerita, aku bajet korang pon dah jemu dengan kesah kesah yang berlaku di bulan puasa. pada segelintir ada yang kesian melihat kaum yang di tindas. Bagaikan bangkai kepala lembu di guling dari satu tempat ke satu tempat dan kesatu tempat yang belum pasti lagi. Segelintir golongan terasa amat hebat apabila mentaliti mereka berasa mereka buat ini semua untuk agama, apatah lagi bulan puasa ini, nafsu untuk konon nya meneggakkan shiar islam bukan main lagi, kalah osama ben laden. Mufti mufti negara pon tahu bila time rileks dan bila nak buat kerja.. dari pandangan yang tidak mengambil endah tentang kejadian di shah alam baru baru ini, sememang nya seperti kemandulan Asas Sosial Negara/Negeri.

So apa yang kita boleh buat untuk negara/dunia semasa kita hidup ini??

Sememangnya semua kaum adam dan hawa ingin untuk berbakti kepada semua benda hidup. bak kata Trostsky, "for mankind", seperti juga motto universiti aku, "for mankind". tetapi, otak setiap manusia akan di penuhi dengan konfusi dan kuasa masing masing agak infinitesimal atau tidak tahu apa limitasi. Pendek kata, mereka semua gagal atau despair.

Minat yang berbeza, latar belakang yang berbeza, mentaliti yang berbeza dan kebanyakan diantara mereka agak Liable terhadap agama dan spiritualisma masing masing kerana tidak mempunyai impian yang sejagat.

apabila kita berfikir panjang tentang masa hadapan, kita pasti akan terasa kita tidak akan dapat buat banyak atau berbakti untuk masa hadapan. Ini kerana secara automatik kita akan terasa bahawa kita tidak dapat menghentikan benda benda yang tidak di ingini akan jadi pada masa hadapan. Kerana, kuasa kuasa luar dari kawalan sendiri sememangnya bukan nya mudah untuk di padam kan seperti memadam kan lampu sebelum tidur.

Sememangnya edukasi bukannya cara yang ideal untuk mengubah nasib masa hadapan. cara yang rebel ala Ali la Pointe sememang nya diperlu kan untuk asas sosial negara bernafas kembali.

Menurut filosof Ali La Pointe,

1. Kita beramai ramai seharus nya mengiktiraf bahawa, asas sosial negara sememangnya rosak. Dan cara perubahan atau perombakan sistem asas sosial tidak akan berlaku pada suatu hari atau ke-esokkan harinya.
2. Perubahan aspektasi. Kita tidak seharusnya berfikir tentang generasi akan datang. Tetapi, pada waktu atau masa perubahan itu di ingin kan. Iaitu, Sekarang. Bukan besok.
3. Pekara pertama yang kita harus lakukan adalah, memastikan kehidupan yang di ingini (tidak semestinya ideal) dan juga perubahan yang di ingini di bumi sekangkang kera ini.
4. Kesabaran dan Keberanian akan mendorong harapan dan juga memberi inspirasi untuk mengstimulasi unsur unsur negatif menjadi tenaga dan passion.

Lu orang buat ar research pasal ali la pointe. kat Peranchis dan negara negara meditereanean memang anggap mamat ni sebagai legend.

banyak agi buku yang di tulis oleh mr Ali time perang algeria dulu. memang deep stuff. Abang Brel sure suka

Jack "tomorrow is yesterday and now will never be forgotten" Lingam

Saturday, 5 September 2009

Bahasa Pasar 101: Mat Tetiba



Masih kekal dengan topik minggu kita hari ini "Melayu Singapore". Saksikan-lah klip / dokumentari ini dan terdapat beberapa "mat tetiba" kat dalam dokumentari bosan ini.

DINEEZYYY! Im richest too!

KT

Thursday, 3 September 2009

Hiburan Waktu Sahur



Salam 1Malaysia bro, aku dapat info diorang ni dari Singapore, sama gang ngan Ya Boy pRINZE tu ah. Amacam, Jack Lingam? Teruja tak? FZ aku tahu dah usya belakang takut bini dia kantoi dia tengok toron ni.

Apparently, minah ni kata penyanyi yang nyanyi merdu kat lagu ni, demam bila masa rakaman. So apa pendapat you all huh?

1malaysia

KT 'still in love'

Wednesday, 2 September 2009

Mana nak Re-chill atau Ponteng Puasa ?

Adakah anda konfius? stress buat kerja sampai lewat malam sehingga lupa sahur? saja saja nak buat pe'el? atau adakah anda terlampau liberal? untuk tidak menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ini?

Meh sini aku bagi tips tempat tempat untuk rechill dan juga tempat nak ponteng puasa time tengah hari buta?

1. Traders Lounge (MATRADE)


Tempat ni sememang nya epic untuk lu orang nak lelap mata time tengah hari bila lu stress dan tension apabila kakak kakak kat pejabat dah tapau semua tempat lelap mata. Jangan risau beb, dari gambar memang nampak posh, dan exquisite. tetapi time puasa ni tempat ni tutup. So, line memang clear dan budak budak Matrade jarang lepak sini tengah hari pasal konfirm tak dapat bonus raya tahun ini. Sofa yang empuk dan terbenam bila lu orang duduk dan sandar, memang boleh lelap paling busuk 10 minit dan segala penat dan beban akan hilang. Oh ya, abang abang yang jaga maintainence Matrade selalunya ada surat khabar seperti Metro atau pun Kosmo untuk korang mengetahui liputan berita tentang cerita Linda Jasmin yang tengah mengandung.

2. Burger King KLIA



Sememangnya tempat ini khas untuk para pekerja pekerja yang berkerja di Sepang, Cyber Jaya dan juga Putra Jaya. Kalau nak makan kat Alamanda apa cerita, nampak abang yang pakai tux secara tiba tiba akan membuat kan diri anda sedar supaya agar teguh untuk berpuasa. Kalau kat port lain di kawasan kawasan yang sama waktu berbuka pulak lain macam pulak jadinya. Karang kantoi dengan akak akak yang cuti berpuasa pun payah. So nak senang cerita, gerak saja ke KLIA untuk makan mushroom swiss atau double whooper. Pasti lu akan kenyang dan masuk meeting mulut korang tak kan bau air liur kering je beb, sure paling busuk bau Coke Vanilla. Amacam?

3. Kueh Teow Subang Ria? gila beb

Kalau dulu time puasa boleh suruh orang runner atau kalau telor korang besar sikit korang terus runner makan kat sana. Tapi kini nyonya kueh teow tu pon dah cabut pergi kedai Jamal sebab kenaikan harga sewa. Tak kan nak makan sana? memang lu orang kena lecture dengan mamak mamak kat sana. Lebih lebih lagi kalau korang regular pulak kat sana en?

Ada satu tempat kueh teow yang boleh tahan jugak kalau korang nak bedal time tengah hari di bulan puasa ni. Tempat ni terletak nya di Plaza Kelana Jaya. Aku tak ingat nama kedai, tapi bila on the way ke damansara kalau korang lalu LDP, belok kiri sebelum Tasik Kelana jaya kat sebelah kiri korang. Bila dah masuk lengkok ke kiri, first junction ke kiri korang terus belok kiri. Kedai tu kedai cina dan kueh teow dia boleh bla gak. tapi kene bilang kat akak tu supaya jangan letak ajinamoto. Memang syiok bai. Kalau nak lagi syiok, lu order ah telur ceplok (telur tengah cair). Memang leleh bai...



4. Sky Park, Subang

Kalau korang nak lepak minum kopi pulak, aku rekemen lu orang lepak kat Sky Park Subang. Sememang nya tempat ini khas untuk abang abang urban yang suka benda benda post modern dan tempat tempat yang masih bau simen lagi. Semua ada kat Skypark ni, Maybank, tempat urut, starbucks, dan kedai jual rokok. Sememang nya boleh kata heaven lah di bulan puasa ini. Bukan itu aja, nak flirt dengan stewardess pon no hal dan sememangnya chikaro AirAsia memang boleh buat lu nak bersifat nakal aja.



So bai, aku bagi empat cukup la, kalau lu nak tambah port port yang lu selalu buat hal share la..

Selamat Berbuka

jack "bukan jin notti" Lingam



Cerita Pendek Minggu Ini: Los Asesinos





Kabare fren?

apa cite? harap harap semua on form dan tengah stay true dengan uji kaji the real PAFA (macam sebelum amik spm tu dulu), jangan jadi macam aku pulak. Sekarang ni gua tengah lepak kat Ara damansara tengah minum kopi kurang manis kat little Rangoon.

Anyways, aku nak kongsi sikit sebuah short filem yang agak Heavy dan aku bajet ramai gak yang akan lost bila korang tengok cerita yang agak to short to be true dan terlalu immediate ending sequence.

Apa dahal, cerita yang bajet nya sebanyak 1000Usd ini, sememang nya boleh bla la kira. Tetapi nukilan kali ini di tujukan kepada abang Manolo yang sering memberi sokongan dan dorongan kepada blog yang sejagat ini.

Anyways friend, yang aku ingin kongsi ini berjudul Los Asesinos atau The Assasins dalam bahasa omputih, atau si pembunuh upahan dalam penterjemahaan bahasa melayu. Filem ini di bikin oleh seorang aspiring director yang bernama Alejandro Lopez. Takde sapa kenal mamat ni. aku dapat info ini pon daripada one of the top informer dari Cadiz.

Anyways, kalau lu orang memang peminat ernst hemmingway lu orang mesti akan terus clik dengan short filem ini (tetapi aku tak blame korang kalau lu orang tak baca hemmingway, pasal buku kat malaysia ni bukan nye murah macam beli satu packet rokok.). tetapi kalau lu orang peminat quentin tarantino, lu orang mesti akan teruja ringan ringan dengan cara pertuturan filem ini. Boleh di katakan tight jugak lah. tepi untuk low key budget filem 7 minit, sememangnya boleh bla la kira.

Anyways, sila enjoy filem yang back drop dia macam cerita blue yang shoot/main kat dalam pub di southern state. jangan u all terpancut sudah..

Safe

Jack "Li" Lingam

Dari mana?

Analytics