Ye betul, kami memakai RAF SIMONS AUTUMN WINTER 09/10. Satu gang pakai. Kecuali Faisal Zakaria yang masih mencintai tux Alamanda lamanya. (hehe)
Thursday, 4 June 2009
Apa Blogger-Blogger Blog Ini Pakai Semasa Berjumpa dan Bekerja?
Ye betul, kami memakai RAF SIMONS AUTUMN WINTER 09/10. Satu gang pakai. Kecuali Faisal Zakaria yang masih mencintai tux Alamanda lamanya. (hehe)
Di Mana?
Utility function adalah rather impossible untuk dibina, andaian-andaian tidak menggambarkan realiti kehidupan manusia.
Macam mana kau dan aku boleh mencapai tahap optimum Pareto di dalam konteks Malaysia?
Mungkin perubahan dasar? Tapi gua nampak dengan abolishment bumiputra quota didalam 27 sub-sectors yang diumumkan baru-baru ini, menggerakkan kita ke arah keParetoan. Atau mungkin keadaan kebutoan.
Feedback sikit.
Wednesday, 3 June 2009
another Asher Roth yang aku rasa worthy cover
Tuesday, 2 June 2009
Single Minggu Ini: Asher Roth
Monday, 1 June 2009
Isu Rempit atau Isu Ah Long?
Salam fren,
Terima kasih atas buaran buaran yang lu orang telah bagi kepada wa, pasal wa nak tau gak persepsi manusia tentang dua isu yang sedang mengelodak dia bumi Malaysia ini selain kes anak sultan yang berumur 31 dan bini atau janda (wa tak tau dah confirm janda ke belom pasal kat kosmo asyik menonjolkan gambar asik nya yang menderaukan beberapa jantan di ofis dan juga akak akak kat ofis yang menanya kan soalan, “dia makan jamu apa ha kau rasa”?).
Anyways blad. Big up kepada shaf yang membangkit kan semangat pantun berpantun atau rapping dalam Bahasa orang putih. Selain itu, big up kepada mr. sharpener yang berani memakai tux dan blazer di plaza alamanda di putra jaya pada hari minggu yang lepas.
Anyways bai, tentang isu rempit ini sememang nya wa rasa orang orang politik agak terkejut beruk apa bila tak tgk budak buat ap, 90 darjah dan juga buat wikang (wheely belakang; kepada sesiapa yang tak tau). Iye ah bai, racing tepi jalan memang ah best, wa bajet kalau rossi pon dia dapat peluang dia mesti nak racing dari mahameru, masuk parlimen pastu masuk jalan loke yew, tembus jalan kucing, terus sampai round about jalan duta, masuk sentul pastu keluar kat pwtc, pastu masuk balik jalan kuching, pastu naik kat elevated highway, dan terus masuk mrr2, lastu naik duke highway, pusing masuk kat karak lastu garisan penamat kat entrance genting. Sapa tak nak beb? Cuba cite sikit kat aku?
Oleh di sebabkan zaman globalisasi dunia, orang semakin pandang jauh sangat sampai lupa kan hal tempatan dan pemikiran menjadi terlampau sharp tetapi tak macam sharpener beb. Atas segala informasi dunia yang ada, dan siaran tv di bumi Malaysia, semua yang dilihat di kaca tv di angap sebagai pekara yang ideal dan sepatut nya ada di Malaysia? Betol tak betul? Tapi ada kah kita perlu ada jalan yang bersih macam denai di dalam hutan? Atau adakah kita perlu ada taman taman atau tasik tasik seperti di hydepark atau central park? Dengan tahap min suhu 35 darjah selsius setiap hari. Aku pon tak pasti sama ada kite perlu semua benda. Last call bila time angin angin atau sepi waktu malam, lu nak lepak ngan awek kat taman pon agak kelam pandang kiri Kanan tunggu JAIS datang beb, boleh terus kahwin ngan baya mas kahwin je tak yah buat besar besar.
Lastu tengok pulak kat Bandar sendiri, ada pulak golongan rempit. Atas minda masyarakat majmuk di kolumpur, sememangnya secara ideal nya mat mat rempit ni patut jadi mat mat urban (golongan bila tgk klcc agak inspired), tak pon mat mat seniman (main music, buat lukis lukis). Mana boleh beb,orang nak jadi apa pon orang punya hal la en? Nak angkut jubin ke, nak angkut chia ke, nak lepak kat dorai ke, nak kacau awek kat dangwangi time semanyang jumaat ke, diorang punya beban ah. Yang abang abang reporter utusan heboh heboh apesal? Memang nak makan kasut Johnson ah jawapannye. Ennnnnnn?
Sekarang ini pula sibuk otek otek tengah pulun rempit macam dbkl tangkap anjing beb. Pusing sana road block., pusing sini road block, panjat sini road block, gostan belakang road block. Ini satu hal juga, sebagai pengemar pengeneralisisikan (generalization) sesuatu pekara, bila mak cik kena ragut lastu jatuh kat jalan tar ngan peragut peragut yang bonceng motor, semua blame rempit. Pasal apa? Ada motor. Wak lu beb, lu ingat semua naik motor semua rempit ke bai? Agak agak. Aku rasa kita kena buat satu majalah bulana pasal rempit supaya makcik makcik atau pakcik pakcik tau lebih termaklum tentang rempit. Iye ah beb. Lu buat monthly report tentang scene scene dalam atau luar Bandar. Pastu kita niche kan ah, ada news pasal rempit jb, rempit kl, rempit ipoh, rempit penang. Baru ada vibe dan orang lebih terumum. Pastu kau buat ah, fesyen bulan ini, - sebagai contoh fesyen corporate shirt peon mana paling sharp untuk bulan ini? Dhl? Nationwide? ADX? Dan macam macam agi? Orang nak buat business pon lebih terumum. Last call semua abang abang rempit lepak kat pertama, plaza alam sentral dan tempat tempat yang lain. Kena ah tolong entrepreneur lain untuk buat duit. Bagi tau mana nak hot dan mana bore. Pastu buat ar satu kolum, jubin minggu ini ke? Aweks aweks lagi lebih menonjol, jadi model. Semua nak masuk Malaysian dream girl payah ah. Banyak agi beb benda boleh buat untuk member tahu masyarakat tentang rempit ni. Kalau sekadar nak sahut cabaran sharul yuzi (‘kalo nak race race kat trek ah”) pun payah. Nak isi borang A. B dan K. pastu ada pulak minister yang nak buat trek trek baru kat tiap Negeri. Ada ka bangang benda tu? Sapa nak bayar? Duit cukai rakyat? Bila dah buat thrill tak sama? Habuan pond ah lain, dapat trofi je ala baik aku gi kat joe’sport buat trofi custom made aku sendiri . Malaysia ni memang tak ubah untuk menjadi Negara yang agak superficial dari segi imej dan identiti. Nak ubah senang je beb. Bongkar la semua? Takut kenapa? Takut orang orang kampong atau kat hulu tau benda benda ni terjadi pastu last call kerajaan hilang vote pada waktu pilihan raya (mana ada beb PM asal kuala lumpur, pasal orang luar KL tau yang orang kolumpur ni agak sabol)?
Isu ahlong pulak? Ha memang peminjam peminjam tu memang patut di ikat macam kambing atau lembu pastu bagi makan roti je. Dah takde duit nak pinjam duit, kalau pinjam duit bikin duit memang on ah. Ini lu pinjam pasal gaji masuk lambat pastu lu bajet gaji masuk dalam masa dua hari pastu gaji dah masuk buat buat lupa nak bayar hutang ah long. Memang palat gak ah credit control kat Malaysia ni, aku rasa bank bank memang patut buat style ah long supaya orang tau duit atau berhutang itu bukan sebuah amalam yang mulia disisi agama atau pun secara common sense. Lu tak de duit, buat cara tak duit. lu kahwin tak buat family planning main balun bini tiap malam memang sesak ah duit.
Aku ada 20 portfolio yang Nampak gaya macam tak boleh bayar balik quasi debt equity insrument kami. Patut ke ha kami ikat sekor sekor tu macam anjing ? pasal duit itu semua duit mak bapak dan duit cukai lu orang. Tolong Bagi pendapat.
Jack lingam