Thursday, 12 March 2009

Number (N)ine Tetap Dalam Ingatan



Amacam blad? Berita sedih dalam dunia rekaan. Syarikat pakaian fesyen lelaki Number (N)ine yang dicipta oleh seorang mamat gangster Jepun bernama Takahiro Miyashita telah pun "tutup kedai". Pada pendapat aku, sejak pos- tahun 2000, label ini telah memberi kami pakaian- pakaian yang kreatif, innovatif dan juga sharp. Label ini selalu dipamerkan di Minggu Fesyen Paris dan telah mendapat cult following yang amat ramai. (termasuk aku)

Klip di atas menunjukkan koleksi akhir label ini dan berinspirasi-kan sebuah bilik hotel yang Takahiro tidak dapat keluar. Dia melihat sekeliling bilik hotelnya dan kemudian menggabungkan material dan suasana tersebut kepada pakaian lelaki yang istimewa. Number (N)ine, ko masih dalam ingatan.....

Kwaidan "PMT lebih ramai pembaca semalam?" Tarmizi

Wednesday, 11 March 2009

Agenda belakang RM 60 billion.

Bai bai bai,

Apa cerita, aku bajet mesti ramai sudah baca paper ini hari tentang budget yang di war war kan dapat “stim” kan ekonomi Negara yang semakin parah ini. Mari kita re-cap. Kadar pegangan ekuiti bumi putra 16%, kadar pegangan ekuiti non-bumi putra 44% dan selebih nya di pegangi oleh Foriegner dan juga tauke tauke arab, cina  dan yang tiada passport Malaysia.  So bai, apa penting nya stimulus ni untuk Negara? Katanya untuk membantu ushawan ushawan SMEs (Small Medium Enterprises) yang merangkumi 90% dunia bisnes di Malaysia. 10% Lain lain adalah GLCs dan juga MNCs.

SO bai, mari kita go through secara detail apa yang di bentang kan semalam dalam parlimen yang di katakana boleh mengembangkan ekonomi Negara dan mencipta banyak pekerjaan kosong untuk para para mahasiswa yang tak dapat kerja dan kepada sesiapa yang saja yang baru di buang kerja. Gila bai, tahun lepas UiTM punya graduates 16% tak dapat carik kerja dan masih menganggur. Anyways…

a)      Cukai pendapatan untuk para penanam sawit hanya akan di kenakan jika para peneroka dapat menjual sawit pada harga RM 2500 se-tan (di Peninsular) dan RM 3000 se-tan (Sabah Sarawak). Sekarang, Cukap pendapatan dikenakan pada kadar RM 2000 se tonne.

b)      Tax Relief setinggi RM 10,000 selama 3 tahun kepada sesiapa yang membeli rumah sudah memgambil loan untuk beli rumah. Harga yang eligible adalah RM 200,000 ke RM 250,000.

c)       RM 3 billion telah di alokasikan kepada Khazanah Nasional untuk di injek kan ke dalam sector Telekomunikasi untuk memantapkan lagi infrastruktur broadband di Malaysia. BUkan itu sahaja, RM 2.4 billion juga telah di alokasi kan untuk Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) untuk pekara yang sama, memantapkan infrastruktur di luar Bandar.

d)      RM 480 million telah di alokasikan untuk Syarikat Syarikat Toll Malaysia untuk mengelak kan kadar toll naik.

e)      RM 674 million telah di alokasi kan untuk menyubnyidi Rakyat Malaysia supaya dapat beli tepung, gula dan roti dengan harga yang berpatutan

f)       RM 200 juta untuk AUTO development fund. Jumlah yang tidak di announce- oleh najib semalam untuk member pertolongan kepada Proton dan Produa

g)      Working Capital Fund Sebanyak 5 billion akan di lancarkan oleh MOF untuk membantu syarikat syarikat yang mempunyai modal kerja yang tidak lebih RM 20 juta

h)      Konstruktion-

                                                                                 i.            RM 18 billion di alokasikan untuk sector konstruktion

                                                                                ii.            RM 8.8 billion untuk repair longkang dan jalan jalan yang berlopak dan jugak facilitas public seperti tandas awam dan juga amenities yang lain

                                                                              iii.            RM 0.2 billion untuk pembinaan rumah kos rendah

                                                                              iv.            RM 2 billion untuk membaik pulik 752 sekolah di Sabah dan Sarawak

                                                                               v.            RM 0.6 billion untuk menambah infrastruktur eletrik dan air di kawasan kawasan pendalaman di sabah. RM 0.6 billion itu juga akan di gunakan untuk menyambung pekan/Bandar dengan kawasan kawasan pendalaman.

                                                                              vi.            RM 1.2 billion di alokasi untuk menaik taraf airport di sibu, aktiviti aktiviti mendalam di airport di Miri. Membaik pulih infrastruktur yang di jahanami banjir, Menaik taraf sekolah, pembinaan Pusat Latihan Industri di Kota Samarahan dan pembinaan infrastruktur infrastruktur untuk industry pelancongan di sabah dan Sarawak. Selain tu, pembinaan Kota Kinabalu Transmission System dan pusat pusat giat mara juga telah di alokasi kan dalam RM 1.2 billion untuk sabah.

                                                                            vii.            RM 1.7 billion untuk Khazanah Nasional untuk melaksanakan project mega di iskandar, johor. RM 1.7 billion itu adalah untuk membina Hotel, infrastruktur, university dan taman tema (kata nya Disney nak bukak satu di johor)

                                                                           viii.            RM 2 billion untuk pembinaan pusat perindustrian di Tanjung Agas, skim kewangan untuk bio-tech sector, dan membaik pulih infrastruktur trafik dia kawasan KL Sentral

                                                                              ix.            RM 2 billion untuk membina LCCT baru.

So bai, wa dah geladah dah info untuk lu orang. Sama ada lu nak pegi ketuk pintu agency agency kerajaan dengan proposal lu yang sharp.

Tapi bai, apa pendapat you all hah pasal RM 60 billion yang di lelar kan oleh ahli ahli politik semalam? Kombinasi fiscal dan monetary semalam bukan saja tidak mencukupi, tetapi  banyak lagi pekara pekara yang boleh di ubah selain mengayakan tauke tauke besar dan yang telah well establish dan juga berkoneksi dengan pihak kerjaan. Lu tengok projek projek yang di table itu pun sudah cukup. Semua projek mega mega dan mega. Yang pasti kaw tim dapat mesti syarikat syarikat seperti  YTL, TNB, UEM, KLK, IJM , UMW dan banyak lagi. Kebanyakan syarikat syarikat ini sekarang tengah suffer kerana banyak projek projek di luar Negara banyak di batal kan di sebabkan kegawatan ekonomi dunia. Jadi untuk membangkit kan nilai nilai share syarikat syarikat mainboard ini (sekarang semua sesak beb, cuba lu usha KLSE),  apa susah bagi project kat syarikat syarikat ini la bai. Cashflow projection sure top punya lepas kena award. Apa lagi bai beli la share syarikat syarikat yang tengah sesak ni. 

Aik aku ingat misi kerajaan nak bantu SMEs? Apa cerita?

Bantuan kewangan memang lah tidak akan pernah mencukupi untuk entrepreneur entrepreneur Malaysia.  Penukaran polisi polisi seperti struktur cukai, cukai import dan eksport, pemberian grants, penghapusan lesen  import dan export, bantuan bantuan yang dapat membantu syarikat syarikat SME ini berkembang ke luar Negara (macam Matrade la bai, tapi lembab sangat nak tolong geng, banyak gila paper dan condition precedent yang perlu dihalui) sememangya akan membantu syarikat syarikat SME ini berkembang. Walaupun kerajaan telah berjanji RM 25 billion akan di alokasi kan untuk membantu SMEs mendapat kan loan atau finance facility, mengapa kita harus mengalakkan syarikat syarikat ini berhutang di saat saat genting ini?

Dengan projek projek besar sahaja yang di table kan untuk stimulus kali ini, aku memang tak yakin SMEs akan dapat godak dan lenjan masuk untuk tender sub contract kecil kecil ini. Yang pasti nya hanya kroni dan sanak saudara yang akan kaya. Dan kita hanya akan ternga-nga bila kita dengar siapa yang akan di awardkan dengan projek projek ini.

Misi lain adalah untuk memgembangkan kuasa pen-jolian (consumer spending power) konsumer, mungkin tidak akan terjadi jika sekadar tax relief setinggi RM 10,000 setahun untuk 3 tahun dan subsidi beli beras dan subsidi tol yang diberi kan kepada consumer. Gila bai, dah la si zeti tu baru turun kan interest rate dari 3.5% kepada 2.0%. haih.. ini hanya akan mengalak kan pembelanjaan dan orang berhutang. Kalau hutanga ada duit ok, ini semua tengah sengkek lu nak suruh orang pinjam duit. Bukan itu saja, kad kredit punya rate pon makin turun. Gila beb.

aku harap kan kita kerajaan dapat la dapat beri informasi yang lebih transparent untuk kita tahu kemana duit tu merayap. Apa susah, buat disbursement monitor dekat satu website pon dah cukup dah bai.

Aku speculate stimulus ini tidak akan membuat ramai ushawan yang muda mahupun yang tua stim walau pun dah telan pil dan sembur ubat kuda kat pelir masing masing.=

Anyways,

Apa pendapat you all huh?

 

Jack " bojan malam" Lingam

Lagu Minggu ini: Metric

Chekedaud bai,









bai, ini dia salah satu album yang aku tunggu tunggu selama ini namun akhir nya terkeluar juga. Album yang di spekulasi akan kluar pada 14 april 2009 nanti telah di samun oleh para lanun lanun internet dan kluar lebih awal daripada apa yang telah di spekulasi kan. 

Suara emily haines mmg on form boleh membuat semua jantan jantan seperti abang armaya ma'arof meleleh ketika membonceng kereta satria gti neo baru nya yang berwarna kuning. Gila bai, lu pegi concert minah ni memang kalau boleh lu sanggup bertengkar dengan seorang "englishman" yang menemani anak nya yang berumur 15 tahun semata mata nak tgk peha molek cik emilyhaines ini bai.

Album fantasies mempunyai 10 lagu lagu yang mempunyai aura yang berbeza pada setiap lagu. Pendek kata, tiap lagu memang mempunyai situasi situasi yang berbeza. Selain itu, rif rif synth yang di gunakan oleh emily haines juga memang lah "stupefiant" dan sharp. Pendek kata minah ni mmg sharp cats.


Kalau lu nak try dload tekan di sini

apa apa pun album ni bagi aku memang boleh bla la kira.


Jack "retour a forme" Lingam

Tuesday, 10 March 2009

PENGUMUMAN!


So bai, 

lu nak tau cerita cerita bojan bojan, player player dan info info yang STYLO MYLO. ataupun kalau lu suka berfoya foya pada tiap malam atau tiap malam minggu di Kuala lumpur? atau, kalau lu tengok KLCC pada waktu malam terus jadi inspired macam ada member aku sorang. Atau pun lu suka di panggil mamat URBAN.. apa lagi bai? GODAK dan TEKAN AH sini

Monday, 9 March 2009

Dari mana?

Analytics