
Wa percaya bahawa kalian semua sudah pun didesas-desuskan dengan isu mahupun protes terhadap penggunaan BI dalam pembelajaraan Sains dan Matematik beberapa hari ini. Keadaan yang menjadi semakin tidak terkawal dan meruncing ini agak memalukan juga, tidak begitu? Lebih-lebih lagi apabila politikus-politikus dan juga menteri-menteri memberi ulasan yang diluar konteks yang seadanya dalam hal ini.
Ada yang menyatakan isu yang dibangkitkan ini melibatkan dasar politik yang menjadi strategi dan juga cetakan biru untuk penentangan kerajaan kita. Sengsara wa dibuatnya. Sebelum ini kita sudah pun membicangkan permasalahan ekonomi bersifatkan rempit, dan isu kali ini tidak tersasar jauhnya daripada tersebut, atau mentaliti lembu mengamuk yang buta akan keadaan sekeliling dan taksub kepada satu haluan sahaja, asalkan 'merah', kita lenjan.
Dalam kemurungan pencapaian intelek pemuda-pemuda negara kita, ramai yang menafsirkan bahawa kelemahan untuk memahami keilmuan Sains dan Matematik, yang rata-rata dibincangkan di dalam penulisan bukan BM menjadi faktor penyebab utama. Dan keghairahan untuk berdiri sama tinggi bersama-sama ahli ilmuan terkemuka dan pencapaian negara-negara maju di atas pentas dunia telah membawa kepada polisi pendidikan pasca-1999 ini, kononnya jika para-para ilmuan kita
lebih cekap untuk menimba ilmu-ilmu dalam bahasa Inggeris, mungkin hari ini kita telah pun mempunyai beberapa roket sains ke bulan, jentera penjuang Melayu bersatu dan sebagainya.
Persoalan di sini timbul apabila kegagalan untuk memantapkan penguasaan ilmu Sains dan Matematik bukan dari hasil usaha untuk mengubah, ataupun memperbaiki penguasaan terhadap keilmuan terhadap subjek itu sendiri?
Ataupun permasalahan yang lebih lagi releven ialah, jika kita mahukan anak-anak jati kita fasih berbahasa Inggeris, mengapa kita tidak memperbetulkan kecacatan di dalam penyampaian ilmu bahasa Inggeris tersendiri?
Kesanggupan kerajaan untuk meletakkan BM di dalam ancaman kepupusan bahasa merupakan aspek yang juga perlu dititikberatkan. Walaupun daripada pandangan linguistik, tidak akan ada bahasa maju atau mundur, akan tetapi, sesebuah bahasa itu akan boleh berada pada kedudukan yang diabaikan, atau tidak berkelebihan. Dan apabila kita bercakap tentang bahasa yang mundur, ia seoalah-olah menggambarkan bahawa sesebuah bahasa itu tidak boleh dimajukan. Apa yang pasti, ianya dibantu, bermakna kita menolongnya untuk berada dikedudukan yang mempunyai kelebihan dan ianya akan maju dan mencapai relevensi yang amat diperlukan.
Genocide etnik merupakan kelupusan kebudayaan dan peradaban. Kita boleh bandingkan gambaran itu dengan kehidupan seseorang, contohnya, secara berperingkat ñ bermula, bertransaksi dan juga berakhir. Jika dia berakhir atau berkubur setelah melalui kehidupaan yang indah dan penuh bermakna, maka ini tidak menimbulkan masalah. Jika dia mati dibunuh, dan kita tidak membantunya semasa dia berada di dalam bahaya atau ancaman, ini merupakan satu nafas agenda yang berbeza. Implikasi ini sama dengan peradaban dan penglestarian sesebuah bahasa.
Apa yang bermakna di dalam kepupusan bahasa ialah bukan kepupusan itu tersendiri. Sebaliknya apa yang dibawa oleh kepupusan atau kematian itu. Apa bila sesebuah bahasa itu tidak bermaya, semua permikiran disebaliknya, semua pandangan dunia yang dipegang oleh pengguna BM akan juga turut tidak berkemampuan (Sila rujuk Noam Chomsky - Philosophy of Cognitive Science).
Ini hanya akan membawa kepada kepapaan peradaban rakyat Malaysia secara rata, dan juga keupayaan untuk memahami dunia sekeliling mereka.
Apa yang dipetakan di sini mungkin berunsur pemeliharaan akan tetapi ianya sama sekali bukan bersifatkan chauvinistic, atau xenophobic.
Solusi untuk penguasaan BI sudah pun tersedia maklum dan kegagalannya harus tidak diabaikan dan dikaitkan dengan agenda lain. Terdapat juga segelintir penuntut dan para ilmuan Sains dan Matematik negara kita yang sudah berjaya untuk menempatkan diri mereka di Ivy Leagues dan mencipta nama di dalam bidang-bidang tersebut, yang mana menjadi bidang untuk titik pengukur dunia baru, berani, dan moden.
Sebetulnya, mari kita bincangkan bagaimana kanak-kanak di kawasan-kawasan felda dan pendalaman memperoleh sumber ilmu untuk menuntut Bahasa Inggerris. Mari kita pastikan kegagalan diri kita yang menjadi punca untuk kecapi sesuatu dan perbaikinya. Bukankah mempelajari sesuatu ilmu yang disempitkan di dalam cabang yang tertentu sahaja, tanpa memahami pemahaman akar umbinya adalah satu kerugian?
Wa tak mahu kanak-kanak masa depan hanya tahu bertutur bahasa Inggeris apabila membincangkan teori Axiomatic, dan tidak dapat memahami sepatah dua perkataan apabila membaca Samuel Beckett mahupun sejarah perang dunia kedua.
Yang benar,
KT bergabung dengan penulis yang beliau tak nak namanya diberi.
