Saturday, 7 March 2009

Malaysia Kini: Dokumentari Tentang Pengkid


Pengkid: Perceptions, mine and of me from madharris on Vimeo.

Aku post ni sebab ada member karib aku kena temu bual kat klip ni. Aku memang respek minah ni ah, dia memang untuk aku salah satu sharp cat. Nak kata Top Boyz nanti dia bengang lak. Dia tahu dia siapa, dan aku rasa ko minah sharpppp!

So apa pendapat you all huh?

Thursday, 5 March 2009

Parking: Kuala Lumpur danll. Apa Solusi nya?




Salam fren,

tadi wa meeting heavy jugak. bukan main sesat aku dari Kuala lumpur ke bukit kemuning. wa lalu nkve lepas tu nak carik kesas bukan lain macam susah nya. sepatut nya jam 2.30 mula. aku dan chief chief aku tiba pada jam 3 petang. Lepas tu kita jumpa la taiko taiko parking ni. dia pon bermula la cerita dan cerita dan cerita dan cerita tentang parking di malaysia. 

Menurut fakta DBKL 15% sahaja pemaking pemaking di kuala lumpur ini yang membayar tambang parking. Katanya, kekurangan tenaga pekerja di DBKL dalam sektor enforcement untuk menulis saman juga adalah faktor faktor terbesar yang menyebab kan konsesi konsesi yang bernilai 20 juta setahun untuk lima tahun musnah kerana tidak para pengkongsi konsesi ini tidak dapat membuat pulangan setelah membuat cashflow yang membuat datuk datuk di DBKL meleleh air liur bila tengok nombor nombor besar.. tetapi secara praktiknya, hanya 15% yang membayar  parking meter zaman isi koin dalam tiang.. 

Selain faktor faktor penguatkuasaan yang kurang dan kurang tegas, faktor faktor seperti urban planning yang koboi juga menjadi faktor faktor yang memeningkan pengkongsi pengkongsi konsesi ini.

Jadi, aku nak tahu pasal aku nak tahu apa pendapat you all huh dalam info ini. kalau boleh bagi la idea idea yang boleh bla dan termaktub dalam kuasa dan wang kocek orang malaysia. Jangan kau propose bina satu bangunan lepas tu propose "mechanized parking operator" atau "multilevel parking operator" kat aku. Pasal, di jepun sahaja orang bayar 400 yen untuk servis macam tu. apa lagi Volkswagen Autostadt. aku nak benda benda realistik untuk orang mampu bayar, pendek kata RM 2 ringgit untuk satu hari punya line...amaciem?


Jack "so b. besok kita dating main bowling ok? " Lingam 

Wednesday, 4 March 2009

Buku Sharp: The Storyboard Design Course


Amacam semua? Harap korang masih cuba 103 dan gelak cam sial akan loghat awek tersebut. Ini dia ha, aku nak syorkan korang satu buku aku beli haritu. Secara basic, diorang ajar la dengan penuh teliti cara nak buat jalan cerita dengan betul.

Ko tahu la kan, negara kita kalau bukan cerita hantu, mana jual. Jadi kalau orang ada idea nak bikin satu filem atau satu komik, dapatkan buku ini kat internet. Aku dah bosan dah dengan cerita- cerita tanah air. Kasi la cerita up skit, jadi kita boleh masuk Sundance Festival Filem ke, Cannes ke, dan kalau korang aim tinggi terus masuk Oscar la dalam kategori Filem Asing Terbaik. Amacam? Cun ke tak cun?

Aku ada idea untuk filem tentang SUDIRMAN . Aku nak korang bagi idea korang dalam comment. Amacam? Bagi sikit okayyyyy!! Serious ni..

Sekian,
KT

Monday, 2 March 2009

sangap 101: direktori malaysia


setelah aku sampai opis tadi siang setelah mengharungi pekan tandus cyberjaya yang serba panas macam hanjing, aku angkat ah telepon untuk mendail pizza. bai lu kena try pizza kampung baru yang masyuk, nama dia hadija pizza (siap ada nombor 786 kat dia punya logo).  lu kene try pizza guna ayam lemak cili api (gila bai memang ah tak ada kuah atas pizza tu, dia masak ayam tu dulu lepas tu dia ekstrek ah dia punya daging nya) bubuh cendawan dan keju mozarella yang di buat dari minyak kelapa sawit.

aku pon dail la 103. lepas tu dia tanya bahasa orang putih atau bahasa melayu. aku tekan dua. aku rasa lu kena dgr apa dia offer..enn


jack ling a ling

Sunday, 1 March 2009

Tontonan Minggu: Marc Newson, Urban Spaceman











Kadang- kadang aku fikir betapa bertuahnya kalau aku ada orang cam Marc Newson jadi jiran aku, atau member aku. Aku rasa definasi seorang 'individual' memang dia patut pegang. Oh Marc, jasamu memang lost dan aku tak tahu nak puji betapa sharp-nya ko ni. 

Saksikan untuk cuti minggu korang ok? Ingat, berangan dan impikan benda- benda yang luar petak. Hidupkan sekumpulan pereka- pereka tanah air yang heavy.

Sekian.
KT

Dari mana?

Analytics