Wednesday, 8 October 2008

Pengumuan: Blog Kembali Sharp

Amacam semua? Aku harap korang beraya sakan ah tahun ni. Aku takleh raya, sebab kerja aku kena travel sini sana blad, ini pun aku tengah tulis blog ni kat lapangan terbang nak gi Munich, sebelum ni aku kat Paris ngan Milan. Heavy bai kerja baru ni. 

Tapi aku ingat berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jack untuk sambungkan blog ini secepat mungkin selepas raya, dan bro, aku memang tak suka carbs. Haha.

Pengumuman kedua, aku dah berpunya. Minta maaf kepada chikaro- chikaro yang inginkan Abang Kwai dulu. Tapi jangan risau, semua surat- surat korang aku akan balas tak lama lagi.

Dan pengumuman terakhir, aku akan mula aktif dalam arena blog maut ini selepas aku balik Munich, oleh itu. Armaya, cuba ko dark-sharp kan situation bila aku takde.  

Rindu nak blog. Saya rasmikan BLOG BENDA- BENDA BLA BOLEH KIRA berjalan semula seperti dulu!

Sekian,
Abang "miss u hihi" Kwai

Bahasa Pasar 101: edisi bumber (ini bukan bahasa pasar yang aku nak cite)

hello.
pe cite fren? pada sesi hari ini aku nak cite kan sikit pasal dua perkataan yang ada sama maksudnya. dua perkataan tersebut ialah

a) cikedis
b) jajan
kalau korang tak pernah dengar atau tak tau macam mana nak sebut, rilek. jangan menggelupur macam katak yang kene goreng dekat jalan alor. aku akan ajar cara sebutan dan cara penggunaan ringkas dalam dunia yang penuh global ini.

a) cikedis
cara sebutan
ci (macam bunyi ci dalam perkataan cibai)-ke (macam bunyi ke dalam perkataan kepam)- dis (macam bunyi dis dalam perkataan kudis)

b) jajan
ja (macam bunyi ja dalam perkataan zapin *cara orang jawa sebut= japin*) - jan (macam bunyi jan dalam perkataan "kopi jantan")

so bai, seperti apa yang aku bilang tadi, kedua dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama tetapi lain bunyi.

maksud "cikedis" dan "jajan" adalah seperti gambar yang aku tunjuk, kecuali air sarsi ngan air kikapoo. atau lebih dikenali oleh orang orang bandar sebagai snacks, junk food, ruffles, makanan makanan ringan, atau lebih dikenali oleh saudara kwaidan sebagai makanan yang buat berak kau nipis pasal takde "carbs"

cara pengunaan cikedis dan jajan

banyang kan sebuah situasi masa kau kecik, time tu baru pukul 4.30, badan lu dah resah nak main selipa tiga, chopping (baling bola tenis kat kengkawan kau cam bola beracun), tangkap ikan kat longkang atau main basikal. pada waktu yang sama lu tinggal dengan orang gaji lu dan nenek lu yang dari batu pahat datang duduk sekali ngan ko. tiba tiba, dalam keadaan yang sepi dan senyap pada 4.30 petang hari rabu (sepi pasal member member habis belaja mengaji kat sekolah agama pukul 4.45), ko terdengar bunyi hon. pet, pet pet pet, roti, roti

Kau - nenek nak pinjam singgit, boboi nak beli jajan la (high pitch pasal blum baligh).

nenek - eh engkau ni, aku baru je sapu minyak cap kapak kat muka aku ni. baru je nak lelap. kau dah terpekik terlolong macam kat tijah kau tu sorang.

kau - ala rilek la nek boboi lama la tak beli jajan.. teringin nak beli tora. kawan boboi cakap tadi dekat sekolah dia dapat stikle (stiker) free semalam.

nenek - iye sudah. nah seringgit. beli kan nenek cikedis yang warna oren, yang macam cicin tu sekali.

kau - ooo, nenek suke tu eh nek? mana cukup seringgit nek pasal boboi nak beli shingam (chewing gum) sekali.

sembang punya sembang, bai roti tu pun cabut..
yang benar,

jack "hello ladyesah. kenal kan kat fren u yang pakai baju putih jarang jarang tu eh. btw bila nak reply e-mail? lama dah saye tunggu. nanti kalau tunggu lama lama layu la abg jack ni" lingam

Tuesday, 7 October 2008

15 Fakta Random Tentang Armaya Maaroff Yang Mungkin Ko Tak Tau.

Apa cerit semua? Sebab aku dah lama hilang pastu tetiba muncul time raya pulak tu, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada pembaca-pembaca blog yang berumat Islam. Hari ni aku nak citer pasal 15 fakta tentang aku yang mungkin ko tak tau. Mesti ko semua cam potong sial mamat ni, tengah stim cerita pasal pinggan dengan robot, tetiba je aku cerita pasal diri sendiri. 

Anyways,

1. Aku dulu time sekolah memang kaki ponteng. Kalau nak kira dalam time satu tahun, ada la dalam 2-3 bulan je aku betul-betul kat sekolah. Aku dan geng-geng aku selalu ponteng gi main game starcraft dan counter-strike kat sebuah cybercafe di kawasan Flat San Peng. Pernah sekali ni aku dengan member aku lagi sorang tengah ponteng on the way pergi cybercafe, terserempak pulak dengan cikgu PE aku keluar Sports Toto usya nombor baru beli muka senyum je. Kalau aku tak ke cybercafe, aku aku ke KLCC tengok wayang free lalu pintu belakang. Masa tu memang aku up to date ah dengan movie-movie yang keluar, movie cun/palat semua aku usya. Kena rotan dengan cikgu dan kejar dengan pak guard KLCC dulu boleh dikatakan routine sehari-harian.

2. Aku gemar memandu. Kengkadang tu aku akan sesaje keluar bawak kereta pusing-pusing sambil dengar lagu. Putrajaya ah paling best bawak kereta malam-malam. Sekarang harga petrol dah naik aku pun jarang ah buat benda ni.

3. Aku juga gemar menggayakan pakaian berwarna hitam.

4. Aku pernah naik bas selama 16 jam dari London ke Lyon. Memang epic ah.

5. Masa aku umur 4 tahun camtu, bapak aku cukur misai dia clean aku nangis gila babi sebab time tu aku ingat tu bukan bapak aku. Sejak tu bapak aku dah takde misai.

6. Masa aku umur 9 tahun, aku gatal gila nak pakai spec. Aku pun convince la gila babi kat parents aku yang aku tak nampak apa cikgu tulis kat papan putih semua. Padahal, power sikit je, nampak clear, saja mengada. Bila siap spec tu aku pakai 2 hari je. Sampai sekarang aku tak pakai spec.

7. Aku juga suka berkaraoke. Favourite spot aku kat Plaza Yow Chuan tepi hotel Crown Princess.

8. Aku memang fobia dengan jarum. Pernah sekali ni aku gi GP dekat rumah aku nak buat normal check-up. Nurse cucuk jarum nak ambik darah, darah aku tak keluar bai. Aku genggam tangan buat penumbuk pastu lepas laju-laju banyak kali still keluar sikit-sikit je. Ada ah dalam seminit lebih nak isi test tube tu.

9. Sebab tu jugak aku dah setahun lebih tangguh buat STD check up. Aku dengar doktor akan inject kat lubang punai lu untuk check Gonorrhea. Crack sial.

10. Currently, album  kegemaran aku adalah Sunset Mission dari kumpulan Bohren dan Kelab Gore Itu. Ada member aku sorang cakap lagu-lagu dia macam lagu dalam filem porno.

11. Aktiviti kegemaran diwaktu lapang: APA LAGI, BLAZE AH BLAD!

12. Aku tak pernah tengok apa-apa movie Star Wars. Aku pernah try nak tengok sekali tapi robot gold C-3PO tu annoying sangat sampai aku terus tutup.

13. Band paling cun aku pernah usya live semestinya BRMC. Aku pergi tengok derang ni 2 kali masa zaman-zaman aku belajar dulu. Sekali dekat London pastu tak puas gerak Brighton pulak usya kat sana. Gila bai masa kat London Shaf Hamdan dapat drumstick, sebab blad nye pasal, dia passing la drumstick tu kat aku sebab aku memang minat gila band ni. Kat Brighton pulak aku sampai curik-curik masuk backstage. Band members pun cun derang tak panggil security halau aku. Instead kita sembang-sembang tangkap gambar semua. Memang lost ah time tu.

14. Gambar aku tengah tahan bodysurf Emily Haines pernah keluar NME magazine suatu ketika dulu. Time tu aku banyak dengar lagu indie.

15. Suatu hari, aku akan beli motor ni.

Yang esok ada date dengan awek indon-german,
Armaya Maaroff

Monday, 6 October 2008

Para pembaca, marilah berkenalan dengan ASIMO


Inilah Asimo, sebuah robot buatan honda. Dah lama dah dorang buat benda ni tapi wa cakap satu benda ah, benda ni gila style beb.

Dorang buat benda ni cam ada otak sendiri.

Pertama sekali, dorang buat benda ni cam seorang bayi manusia. Bayi manusia akan belajar benda dari memori. Contoh kepandaian Asimo adalah seperti senario seperti di bawah:

Manusia menunjukan sebuah kerusi, robot ni baru 1st time nampak kerusi.

Asimo: Object tak boleh dikenal pasti (suara robot baek punya)

Manusia: Ini nama dia KERUSI!

Asimo: Kerusi? cakap ya untuk confirm.

Manusia: YA!

So sekarang benda ni dah kenal kerusi yang berbentuk typical cam kerusi meja.

Tapi ni dia kepandaian robot ni. Ko tunjuk kerusi meja die panggil kerusi. Ko tunjuk Kerusi cam stool ke bangku ke, die akan kenal tu sebagai kerusi jugak. Ko tunjuk meja yang nampak cam bangku, die kenal benda tu meja bukan bangku.

Gempak bai, robot ni dah boleh bezakan mana salah mana betul dan jugak mana yang logik.

Mana tau la kan, ni adalah masa depan artificial inteligence (kepintaran buatan). Satu hari ko punya cucu punya housemate robot robot camni. Cuak bro.

Selamat hari raya! (kata malaysia raya sebulan ek?)

n-a-d-m-a-H f-a-h-S

Melamine: Sebuah Teknologi Rebel

salamualaikom kawan,
apa cite semua. aku bajet ramai antara pembaca yang kurang bulat raya tahun ini pasal makan kuih pun agak agak. Kiranya, memilih jugak la bila nak makan kuih yang dibeli atau di buat oleh bini bini ngkorang en? fasal sejak apidemik susu yang heboh dekat china aku rasa mebuat ramai orang termasuk diri aku ni tak makan kuih london almond bai melain kan lu buat kuih tu guna dark chocolate. tapi mengikut tekak rakyat malaysia ni, tak ramai yang ske kalau makan kuih london almond tu kalau guna dark chocolate pasal rasa dia macam air laut campur air sungai. Pendek kata payau macam air paya la bai.

Aku pon baru je tau apende melamin ni. mula mula wa ingat macam racun rupa rupa nya benda ni memang legit bai. tetapi memang takleh la nak letak kat susu. kalau kau nak letak dekat bahan bahan mengecat seperti syelek atau cat nippon tu takde hal lah tuk memekat kan benda tu. tapi kalau lu letak dekat susu bagi bayi buat nenen memang tak boleh bla la bai.

Asal la tokey susu ni guna melamin? secara usul nya memang bukan salah pengeluar seperti Dumex atau Dutch lady (contoh). Kes ni mulanya bila syarikat syarikat besar ni meng-outsource sumber sumber susu kepada small time taukey susu. biasa lah bila lu outsource mesti lu set kan standard tuk susu yang lu nak beli. Kiranya benda ni dah sign dalam "sales and purchase contract". Sebagai contoh jumlah protien dalam satu tong yang lu jual kat dumex atau dutchlady mesti ada X% protien. Kalu tak lu punya susu kene rejek.

So bai, macam mana food scientist yang keje dekat dumex dan dutchlady tau kadar protien dalam satu balang susu ni. Protien yang di perbuat dari asid amino mempunyai kandungan Nitrogen, carbon, oksigen dan hidrogen. salah satu cara tuk detect ketumpatan protien yang paling senang adalah mencari kepekatan hidrogen lah bai. pendek kata, bila saintis ni buat content test katbalang balang yang tokan nenen ni bawak dari pada ladang ladang diorang mesti ada banyak susu yang di rejek kerana kadar protien nya yang tak cukup standard. Biasa ah, ada lembu makan salad, ada lembu makan rumput, ada lembu kena urut, ada lembu duduk kandang. sebab tu la kadar protien yang berbeza. ala macam manusia ah, ada yang boleh berak cangkung ada yang boleh berak duduk.

oleh sebab standard yang terlalu tinggi dan cara cara penternakan yang berbeza, susu ni dia punya variation dia memang lah melampau sehingga menyebab kan seorang taukey yang bijaksana memperkenalkan konsep melamin ini secara underground tuk membohong saintis ketika upacara content test. lepas lu bubuh melamin ni, memang kadar hidrogen dalam susu tu menjadi lebih pekat lah bai. so memang banyak la susu yang tak lepas di lepas kan dengan begitu sahaja.

lepas dah process buat susu tepung tuk bayi dan tuk bermacam macam produk lain, dan dah digunakan selepas beberapa bulan, baru la dapat rasa impak melamin ini yang telah membunuh 4 orang bai, 1200o masuk hospital dan 53ooo orang menjadi sakit.

so bai benda benda ni nak salah kan sapa? pengeluar susu atau pembeli susu (dumex dan dutchlady)

pengeluar susu yang menggunakan melamin atau pembeli susu yang mempunyai standard yang sangat tinggi dan tidak memberi guideline kepada tokey susu cara cara organik untuk mendapatkan susu yang berprotein tinggi?

jack "baru lepas potong rambut (chekedaud gambar profile..ahakz) "lingam

Dari mana?

Analytics