Saturday, 2 August 2008

ini basikal saya, awak dia, mereka dan kami...



hello geng apa cerita malam minggu ini? wa gi pasar malam aje bai, beli kopok leko singgit, mee goreng letak ayam, bli air soya kurang manis dan bli dvd "laksamana malam" (dark knight). aku dgr rating cite tu macam lain macam je wa pon bli la dvd yang semi clear tu bai..nak wat gane? keje menimbun bai, mmg takda time ah nak tengok.. apa apa pon cite tu gerek seh..

anyways,, ari ni aku nak cerita sikit pasal konsep yang telah lama berada di lyon, perancis dan akhir tahun lepas benda ni di perkenalkan di bandar yang chikaro chikaro bermimpi mimpi nak pegi, Paris.

So jack, pe yang ngko nak cite sangat ni?
bai bai bai, ilek ah wa blom abis lu dah tanya. apa apa pun benda yang aku nak cerita ni pasai itu hari member wa ayatolla ada cerita sal hutan hutan di malaysia ni. betul gak cakap dia kalau tak jaga khazanah alam ni memang jadi macam restoran pusako bondo (restoran padang dulu kat pj). apa apa pun, benda yang aku nak cite ni nama dia Velo'v. Velo dalam bahasa perancis maksud dia basikal. Masa aku kat lyon dulu memang gerek seh tengok benda ni. tak tau pulak benda ni boleh success dalam negara yang penuh dengan penyangak dan hayun hayun rasis.

So velo tu basikal, asal Velo'v..?
biasak ah mamat perancis ni semua nya arti, kalu velo je mana boleh jual beb. letak apostrophe kat depan ngan hurup v kat depan tu baru nampak arti sket.

iye tak ye gak eh? so, bagus ke benda ni? cite ah sikit..
benda ni adalah benda yang paling bagus dan dapat membantu kocek ku lebih sikit. iye ah gila lu nak gi kelas time dulu nak naik metro mau kene bayar 2 euro. itu baru satu jalan, kalau gi balik. ko cuba la kira sendiri.

iye ke? asal ko tak amik student travel pass?
mcam mana nak amik, wa blaja sana pon illegal. kalu lu takde cop dari menteri dalam negeri memang tak lepas bai.

oo ye ke?
ha la.. ala kalau aku dapat amik student travel pass ke, aku naik gak basikal sewa ni..

asal lak?
harga dia murah bai. kira nya 30 minit pertama free. lepas 30 min, minit selapas 30 minit ke 1 jam selepas dia kira 1 euro. lepas tu satujam berikut nya 50 sen. dah la aku ke sekolah tak sampai 30 minit. memang hari hari naik free ah.

ooo bagus seh. abis kalau lu dah pakai nanti lu bayar cam ne?
lu kene ada debit kad atau kad creditbai, tiap 2 minggu lu kene register. itu pun tengok ah ko pakai pass yang cam ne.. ada yang setahun. sebulan dan lain lain. wa amik dua minggu, pastu masa register, dia amik 170 euro dlm account lu kasik buat deposit. kalau tiap kali lu guna kena charge, dia tolak dlam debit kad lu terus ah.

wa... senang ah idop cam tu, tak yah la pening pening ada bil..
memang bai, benda ni memang senang konsep dia. tiap ari ahad mesti orang orang DBL (dewan bandaraya lyon) mesti ada buat check ngan servis basikal, chek angin dan lain lain. kalau ada basikal yang perlu di ganti..lu nak tau asal derang buat ari ahad? pasal orang kat lyon ni tak suka kluar ari ahad. kiranya ari ahad tu hari keluarga la.. kalau lu gi tengah banda, lu akan jumpa tourist aja. pasal kedai dia tutup bai lepas kol 12 tengah hari. boleh kata banda tu mati lah.

Wa still tak faham la macam mana lu sewa benda benda ni. cerita ah!
kkk re-chill (relax +chil) la bai.. kiranya kat lyon ni memang terdapat banyak gila stesen ni. lebih lebih lagi di kawasan kawasan perumahan dan tengah bandar lyon itu sendiri. Ok bayang kan lu dalam satu situasi bai, tapi tak la heavy sangat... lu kluar rumah lu pusing kanan pastu cross jalan, ada satu stesen velo. lu amik card velo lu, lu tekan password lu ngan pilih basikal. lepas dah pilih lock basikal tu akan terbuka. lu bawak tarik velo lu dan lu merempit ah ngan basikal lu tu.

kata kanlah umah chikaro lu kat kampung bahru dan ko datang dari kelana seafood. lu cycle dari kelana seafood, lu gi lrt kelana jaya kan bai. bayang kan kat sana ada satu stesen velo, (kalau takde lu cukur rambut si khalid tu) pastu lu parking kat situ ah. lepas dah parking lu naik lrt sampai stesen ampang. kata kan awek lu kerja kat restoran darul naim kat kampung bahru tu, lu turun kat stesen lrt dang wangi pastu bayangkan lagi sekali ada lagi satu stesen velo kat atas tu, pastu lu repeat ah process memilih basikal dan lu lenjan basikal ah tu sampai ke restoran tu. bayang kan lagi sekali ada stesen velo kat hotel koperasi polis yang kat kampung bahru tu.. lu parking situ pastu lu jalan ah kaki dari situ ke restoran bai..

cuba lu bayang kan bapa inggit je lu spend nak jumpa chikaro lu? lu bayar duit lrt je bai. pasal lu bawak basikal dari kelana seafood ke lrt kelana jaya mana ada lebih 30 minit. dang wangi ke kmpg baru lu lalu straight je kat jalan raja abdullah. bkan jauh mana mesti tak lebih 30 minit..(konon harga cam kat perancis)

bai..lu punya ni memang visionary ah bai, lu tak tau ke kat kl ni panas? sure peluh gila..
mesti ah peluh lu pakai sluar ketat ngan trench coat cam orang kat perancis naik basikal apa sal bai? apa apa pun bai, berpeluh tu elok ah.. lagi baik badan kau berpeluh dari pada lu bagi peluh minyak kat kereta lu bai.. pikir ah skit pasal maya karin dan projek hijau dia.

so malaysia boleh ke buat benda ni?
aku rasa boleh tapi benda paling utama dan yang tak konkrit manusia komen iyalah, tak praktik pasal malaysia panas. memang ah panas, asap kereta lu yang buat panas beb. antara cara nak buat benda ni kat malaysia:

1. buat trek basikal
2. tanam pokok supaya trek basikal redup
3. sistem ini tak boleh dibawa oleh kerajaan negeri. paling tinggi pon hanya boleh dikawal oleh majlis bandaraya. pasal kalau peringkat negeri memang tak jalan. kiranya ada basikal'pj, basikal'subang, basikal'kL, basikal'pantaidalam dan lain lain. baru maintainence boleh di jaga. ada kan KPI (key performance indeks) tuk tiap tiap pekan yang jaga basikal ni.

Kenapa kene ada benda benda ni? ko ni memang francophile ah jack. hujan emas di negara orang hujan batu di negeri sendiri!

ak ela lu ni apa hal bai? wa bkan apa wa nak beri idea dan visi kepada lu orang. pe salah tiru idea? kalau lu tak tiru idea russia atau pun amerika, ku rasa si mamat melayu yang dapat naik ke angkasa lepas tu bajet skarang bergurau senda ngan member dia kat barrak kat jalan semarak tu. kita kena tiru idea ni pasal..

1. tukar gaya hidup
2. pencemaran semakin menjadi jadi di bandar dan pekan2
3. dapat jaga koceklu
4. hidup anda,kawan dan kaum keluarga makin sihat
5. hidup kawan kawan dan kaum keluarga sihat
6. kaki berotot
7. pegi keje pagi pagi terus segar
8. kurang kan jam di jalan raya; kemalangan yang berkaitan ngan basikal –pasal kereta akan kurang
9. ada chance chat up ngan chikaro di stesen stesen basikal;dan yang akhir sekali,
10. boleh merempit baiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!



ae baik wa beli basikal wa sendiri.?!

apasala lu nak beli bila lu boleh sewa?

Jack lingam

Friday, 1 August 2008

MELANTAK SEBERAPA BANYAK DENGAN HANYA RM10!!!

Bai itu hari gua kemaruk carik buffet tapi bajet gua kureng kot.sengkek bai
Gua usha buffet kat mana mana paling kurang pun RM40.

Tapi tekejut gua tengok,ada poster ALL YOU CAN EAT FOR RM10 kat kedai durian kat ss2.Kalah buffet dinner kat hotel Traders.

Jomla bai.Musim raja segala buah sudah tiba.RM10 je kot.sesapa nak gi sekali,komen la kat bawah ni kita buat rombongan beramai ramai.Kalau lu nak pegi 2 ball je ngan chikaro lu pun takpe.Tapi jaga sket bau mulut.



Ini cara makan durian yang salah.Mat saleh apa tau.Tapi gua rasa caro begini mulut lu tak bau.


Buku Untuk Jejaka: Action Hero's Handbook

Dalam satu penyelidikan, purata orang Malaysia hanya baca satu buah buku setahun (ye, macam cibai). Lelaki aku rasa, lebih malas baca daripada kaum Hawa. Diorang lebih suka berjoli, suka kacau pompuan kat sms sambil sidai tuala diorang kat tingkap, tepi tingkap ada bancuhan Milo. Dan juga gaduh (abisss). Jadi, nak mulakan pembacaan sebagai hobi, aku recommend buku ini.

Antara skill buku ini mengajar korang adalah cara bergaduh dengan betul, cara nak tilik masa depan, cara nak halau hantu (kegemaran aku), cara menari ngan chikaro dengan betul (bukan bump and grind sampai terpancut kat jeans), camana nak tembus tingkap macam filem Steven Seagal tanpa menyeksa diri dan banyak lagi. Ko habis buku ni, ko leh jadi macam MAGNUM P.I bai. McGuyver ke..CicakMan ke. 

Menarik bukan?

Yang akan bercuti selama 3 malam mulai esok
KwaiTar

Bahasa Pasar 101: BTRT

BTRT: Botak Tengah Rambut Tepi

Contoh (di kedai Mamak potong rambut)
"Halo boss, hari ini saya boleh bikin rambut kamu macam mana?"
"Saya mahu nampak macam ahli korporat la, macam orang kaya. Apa stail bagus ah?"
"BTRT la. Itu ahli-ahli politik buat, Dato' dan Tan Sri semua saya bikin stail ini macam"
"Ya ka?! Ok macha, kasi bikin rambut BTRT sama saya!"

Sekian,
Kwaidan Frust Tarmizi

Sakit Belakang?: Katil Lomme Jawapannya.


Memperkenalkan, katil Lomme yang direka oleh Gunther Thony yang menduakan rupa dan fungsi. Rupanya seperti pod ataupun telur dan direka untuk keselesaan yang maksima.

Bang Kwai, macam U.F.O je. Betul ke selesa?
-Betul bro, tak tipu ko. Katil ni bukan sebarang katil kerana ada beberapa jenis fungsi lampu untuk dipilih, mengikut mood anda. Aku ngan tunang aku secara terus terang suka warna lavender blue.

Wow. Tapi warna je, lagi selesa ke dengan katil Courts Mammoth aku?
-Bai, bukan setakat lampu je bai, ada juga fungsi-fungsi urutan terapi untuk keselesaan ko, jadi kalau ko balik dari futsal ke, dari kerja ke, bawak kereta berjam-jam ke, ko leh rehat di kediaman ko sendiri, bersama lampu- lampu yang menenangkan fikiran ko.

Gilalah brooo. Aku nak katil ni, berapa harganya?
-42000 Euro. Amacam? sedia ke tak sedia untuk mengeringkan kad kredit ko tu?

Sekian,
Kwaidan 'high life' Tarmizi

Dari mana?

Analytics