Saturday, 23 January 2010

Shanghai: Jangan percaya cerita cerita hollywood


kiranya A20 menglilingi radius shanghai. Skala julat 1.00cm:20km

Info Ringkas Shanghai

1. Bandar terbesar China
2. Populasi : Aku rasa 24 juta termasuk pendatang
3. GDP bandar shanghai perkapita : (218 usd billion)- macam satu malaysia,11-12k usd per kapita
4. Bila nak pergi? bulan 6- 12 tahun ini, pasal semua construction akan siap dan berhenti pada tahun 2010


Salam fren,

sorry lama tak posting, gua ni baru saja balik dari Shanghai di China. hu. memang bandar raya besar, pesat, canggih dan stim.

memang benar, lu orang pun tahu bertapa pesatnya china. sememangnya bandar ultrapolis itu sememangnya luar dari imiginasi kepala aku. baca di mana mana memang tak boleh diumpama kan dengan pesat nya negara itu dari segi ekonomi dan sosio.

mungkin kebanyakan abu hackett ingat kota raya london itu mewah atau si jintan manis mengatakan kota paris itu cultured. dari pendapat gua, kota raya yang mahal ini sememangnya mewah dan berbudaya. tak kira la kalau si ah kia suka meludah kahak di tepi jalan, atau si amoi bermekap tebal suka tunjuk muka cun (mmg cun pun).




tapi beb, kalau la gua kahwin nanti, memang bini no 2 aku aku bawak pergi shanghai untuk berbulan madu. lebih lebih lagi kalau aku kahwin bulan november pastu gi honeymoon bulan 12. just nice. sejuk bagaikan telur gantung yang tak boleh berfungsi sememangnya akan kami berdua menjadi belangkas sepanjang honeymoon itu. mana tak, kat sana sejuk dia bukan main beb. bukan setakat asap keluar kat mulut bila lu bernafas. memang bibir lu pon kalau terpacak isap rokok kat luar boleh kasik rokok tu tersasa di hujung bibir lu.

pesat memang pesat. budi perkerti orang di sana cukup stabil. dari segi servis yang di beri (gua belum masuk topik mandi kucing lagi ni joi) memang lagi power dari singapura. mana tak, turun saja di nanjing road, tiba tiba ada dua amoi sejoli dah menjemput aku secara tiba tiba. ho memang aku rasa aku separuh tuhan dan separuh manusia. ingat nak jalan jalan sama sama. tiba tiba pula si minah sorang tu cakap kat aku yang dia haus. jadi kita rekei la kedai kopi. sampai kat satu tempat dia cakap kopi situ boleh bla la kira. so aku pon ke sana. memang best jugak la, satu bandar boleh nampak. minum punya minum, tiba tiba waiter tu bawak air bukan bukan. mula mula gua steady lah. lepas tu gua buat la sasau, dua dua tu rasa lain macam. tapi beb. aku rasa kalau lu orang jumpa amoi tu, memang lekat beb. lu tak caya lu tgk la gambar awekx awekx oriental abang pelir manis (mm). memang lu pon toceng tgk gambar awekx kat posting posting dia.

sembang sembang aku pon malas nak layan lastu mintak bil, aku cakap air yang bukan bukan ni bukan aku yang order lepas tu amoi amoi sexay ni yang order. jadi aku bayar kopi aku jela. nasib baik servis sana baik, waitress itu pon paham konsep order and supply. so gua lepas. so memang sistem servis sana tip top. lu tak leh kena tipu punya melain kan lu bukan top boyz.

dari segi ekonomi pulak. semamangnya falsafah for mankind memang bagus di terapkan. kadang kadang aku harap di malaysia memang patut di buat macam itu. sebagai contoh, kalau nak import barang perlu di berikan cukai. palaing busuk 25%. amacam lu nak bayar ke kalau lu nak invest benda benda tu dari luar negara? gua bajet. mesti lu pikir sepuluh kali, kalau benda benda yang berlatar kan volume, lu beli 4 dah boleh dapat free satu. jadi memang si abang abang partai kominis memang mendukung para entrepreneur tempatan. memang best. bukan itu saja, kalau lu orang malaysia nak export servis kat sana, memang business tax lebih kurang 15%. ho bai, mana lu punya margi 25%? kalau biznez lu dapat average gross profit margin 30% aje, lu nak venture china dengan makan 5% je pon dah tak bleh bla. macam mana nak berkembang ni?

oleh itu dengan sikap dan budaya net exporter, memang nak bawak barang kat sana memang susah, ari tu gua meeting dengan client pon memang dia nak tekan gua kaw kaw. memang tak leh bla, tapi apa kan daya?

dari segi pembangunan, memang bangunan nya tinggi tinggi. elevated highwaynya kalau ikut kan boleh macam dari mulanya elevated highway di malaysia pergi ke genting highlands ulang alik dua kali. jambantan nya pulak, paling tinggi , tinggi separuh klcc (tak ada fjords pun, cuma merentas sungai paling sibuk di dunia. memang kota cina kota masa kini.

tapi bai, jerubu sana lain maca, aku rasa kalau lu punya spek tebal setengah inchi, memang visibiliti level 750 metre aja. lebih lebih lagi kalu lepak kat atas salah satu restoran macam di skybar malaysia.

Shanghai memang stim. mana tak? kalau awek muka macam zhang zhi yi keje kat reception tapi nama dia "I.N.T.E.R.N.E.T"? memang nak gelak pun lu akan menyesal seumur hidup.

Nukilan dari Shanghai, 2010/01/23
4.19 am

4 comments:

Anonymous said...

hahaha wa pun kena benda sama kat nanjing road

cindir-rela said...

kamu ni banyak info ea!!

Jack Lingam said...

jom ar couple ngan kite

cindir-rela said...

wah..muke pun tak penah tengok, orang pun tak penah jumpe, nak ajak kapel!! cubaan berani dari kamu jack!!!

Dari mana?

Analytics