Saturday 1 August 2009

Album Maut : Murcof; La Sangre Illuminada

Pergh bai, memang muka vatos locos kat san quentin bai
Salam fren,

apa cite? walaupun gua cirit dalam trak bila roaming bahagian utara malaysia, tapi gua happy pasal dapat cuti camgini selepas 1 tahun 3 bulan kat pejabat kesayangan aku. walaupun tetap lelah, menguji kepanasan orang orang atasan, membuat report report yang berjenis ala kadar, kerja lewat malam, duduk di tingkat 30 sambil isap rokok dan satu botol kopi cap kapal layar, ponteng puasa 30 hari, jadi setan di pejabat 99% kaum melayu dan 1 % singh, kacau pak guard, naik lrt pagi pagi, gelagat direktor direktor yang bagi arahan yang tak serius, jalan jalan visit syarikat yang di labur, terbang ke jakarta, pikir kan masalah masalah hutang setiap investee dari syarikat kami, peluk bini orang, kacau kejar bibik/kakak buat kopi kat dalam ofis, tido dengan akak akak kat ofis dalam bilik file, sembang dengan Manolo dalam bahasa spanyol kuat kuat kat dalam ofis macam abang abang bank yang kat lobby cerita pasal deal ngompol, pasang lagu hindustan,lagu soundtrack sivaji, lagu lagu heavy, lagu tinariwen, lagu data, lagu melayu kangkang, orang mengaji quran kuat kuat kat dalam ofis, kacau nak spoon kakak sumber manusia, jadi bos kecik, jadi chairman meeting, kacau gayut dengan sekreteri sekreteri boss syarikat yang dilabur, masuk website blue masa pasang projector kat meeting room dan bermesra dengan akak akak indonesia yang kerja kat warung sebelah. Bukan main lagi beb, lepas chow, isnin telepon aku, selasa telepon aku, rabu telipon aku, khamis telepon aku suruh datang kerja. nasib baik la aku dah chow ke utara bai, memang betul pendapat aku "harimau mati tinggal kan kulit, analyst maut mati cashflow tak balance". tapi bai, dalam trip ni wa memang belajar benda yang paling penting bai dalam hidup. walaupun gua cirit guat demam, gua bubuh koyok kat dahi macam nenek lu, gua belajar satu benda yang penting ni blaad, " a journey is written but destiny is not". heavy tak heavy? gila bai, kalah puisi puisi Inferno yang ditulis Dante bai.

Anyways, aku saja nak kongsi dengan lu orang beb, ada album baru baik punya bai. dulu aku penah usha mamat ni perform live masa dekat elephant and castle memang tight walau pun aku lutut aku bukan main punya longgar dengan arkitek maut yang keje kat marks barfield beb dan rakan rakan sejoli yang lain..

Meh sini aku perkenal kan mamat ni yang bernama murcof. jangan risau bai, mamat ni bukan russian tetapi mamat ni mexican. biasa ar bai, products of world war 2. heavy tak heavy, album murcof yang berjudul la sangre ilumminada atau dalam bahasa orang putih "The exposed blood" atau dalam bahasa kita, "darah yang berahi". deep tak deep bai nama lagu ni.

Setelah mendengar 21 dalam album ini, memang gua rasa memang kental lah bai album ni. tetapi agak pelik kerana dalam album albu murcof yang lain, memang mamat ni selalu buat lagu tak lebih 10 dalam satu album pasal satu lagu tu mesti lebih 16 minit punya bai. memang kalau lu punya daya ingatan lu rendah, lagu lagu cam gini la yang boleh try lu improve memori lu bai. CONFIRM. bak kata Jools Holland "intelligen music".

Kalau lu suka pansonic, murcof ni memang salah satu ivy league dalam musik initeligen. memang tight, dengan memgunakan midi material organik, aabang solo ini telah mengubbah lagu menjadi lebih manis dari kata kata chikaro. memang heavy, bunyi celo, bunyi piano steinway, cello, gong, biola, casternet, triangle, dan macam macam lagi. bunyi yang tight, lagi tight dari efeck yang lu buat dari guna Korg MS 2000 atau MicroKorg lastu guna sample dari Kontakt Orchestra beb. Memang power.

Aku bajet, bila lu dengar lagu ni album ni lepas tu lu mesti suruh papa atau mama lu orang ajar bermain instrumen instrumen klasikal pada hujung minggu. serious bai. Mamat Murcof ini bukan saja power bikin lagu, dia punya video yang di buat masa concert concert beliau pon memang power. bukan macam damn dirty apes bai time urbanscapes, aku bajet diorang pakai visualiser itunes bai. tak bleh bla. Lu orang pon kena usha video video yang dia bikin bai. memang setaraf dengan video video phillip glass beb. aku bajet kalau allayarham yasmin hamid hidop lagi pon dia mesti akan guna track track murcof untuk buat scene scene epic beb. serious bai,

kalau jay-z kata death to autotunes, aku kata death to post rock, pasal this is the real crack bai, aku rekemen lu delete album album ambient atau post rock kotek lu semua macam sigur ros, mogwai, mono, godspeed, damn dirty apes, migala dan line line seperti itu ke dalam recycle bin, pasal gua rasa album ni memang lu orang puja lagu lagu abang murcof ni bai dan video video nya sekali bai

Gua bagi 5 bintang bai kat abang album ni, memang boleh bla dan tight macam album album lama nya. lu carik ah bai album album yang lain. gua bagi satu je kat sini

yang rasa penang so'hai,

Jack Lingam




3 comments:

Anonymous said...

haha..sasau seh kat tempat kerja lu..

TAPI ALBUM NI BEWST! aku rasa orang malaysia ramai yang tak boleh digest kene slow slow jack, lagu lu heavy ar

k pun ok said...

bila masa yasmin hamid meninggal doh.. susah aa analyst salah facts. kahkah tesedak2 serdak yasmin hamid kat umah

Jack Lingam said...

sorry ah. malam semalam ada cerita yasmin hamid. sori bai, yasmin ahmad

Dari mana?

Analytics