Friday, 28 August 2009

Satu Langkah Ke Belakang

Selamat Sejahtera pembaca-pembaca BBBBLK.
Masih tak terlambat untuk gua wish Selamat Berpuasa kepada semua readers blog ni yang beragama Islam.

Harap-harap puasa lu orang tahun ni tak menjadi palat seperti yang terjadi dahulu kala. Apakah erti kata puasa yang palat? Bukan setakat lu orang drive thru kat restoran Maulana Corner kat Seri Serdang tu, dan kepulan asap menghisap rokok di siang hari dengan kelajuan cahaya akan membuat puasa luorang semua menjadi palat, malah tindak-tanduk kurang bijak seperti di bawah juga akan membuat lu orang semua menjadi seorang yang palat.













Brader Pailang : rasa macam cowboy placing berdiri macam ni.


Tindakan ini merujuk kepada ketidakpekaan sesetengah golongan terhadap sensitiviti kaum lain. Apa kejadah lu orang usung kepala lembu, bawak pergi Pejabat MB, buat demo, bantah orang nak bina Kuil? Siap ugut ada bloodshed bagai kalau bina jugak kuil tu kat Seksyen 22 ke 23 entah. Bukan main pailang lagi.

Memetik kata-kata filusuf Perancis, Blaise Pascal :
Men never do evil so completely and cheerfully as when they do it from a religious conviction.

Dan dari apa yang gua baca, buat lepas sembahyang Jumaat semalam, tengah-tengah puasa?

Apa kata lu orang yang sibuk berdemo pasal benda ni sambut sahutan Jack untuk membaca kitab dari langit pada bulan Ramadhan ni? Member gua info gua, dalam buku reference Muslim yang terulung, Al-Quran, Surah Al-An'am ada menyebut yang lu orang takleh suka-suka nak diss Tuhan orang lain, apa kes lu orang buat perangai macam ni?

Perbuatan yang agak kurang waras ini boleh mengakibatkan unnecessary racial tension di kala keadaan ekonomi tempatan yang rapuh. Ekonomi rapuh, masalah sosio-politik, sosio-ekonomi meruncing, ketegangan, hey hey that smells like 1969.

One Malaysia?
Kalau mindset macam ini, macam mana lu nak bersatu?

Gua harap sahabat-sahabat gua yang beragama Hindu bersabar, dan fahami, tak semua Muslim macam ni.

Tengs for reading.

11 comments:

Anonymous said...

too much corruption in this world,
the Hour is near,
people are too concentrated on division when we should be focusing on unity.

wake up people. learn to put our differences aside and work towards happiness in this life and the next.

one love. one ummah.

Azlan Zed said...

sape mastermind demo tue memang kepala palat... serius...

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

lagi palat siapa yang macam lembu mengikut kata tu. bodoh palat..

mr. hafis said...

haha.

songkok tinggi.

gua dah tau geng mana.

Mat Not said...

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)

Jack Lingam said...

ini lah apa yang terjadi bila pembaca alquran salah mengintepretasi cerita cerita dalam alquran.

nabi s.a.w dan konco konco menghancur kan berhala berhala di dalam kawasan ka'abah dan juga patung patung. Abang long kat sini pulak dan konco konco nya nak hancur kan semua benda yang ada berhala dan patung di dalama malaysia

APA CER?

rakan seberang said...

asal la nak kene bawak kepala lembu in the picture. ape nak jadik ni bro. anyway, gua baru denga pasal cite ni drp blog korang ni. update informasi topboyz memang terkini, from now on i will be your everyday-reader. wa caya sama lu!

topboyz, stay sharp!

Anonymous said...

hahaha;))

"ini lah apa yang terjadi bila pembaca alquran salah mengintepretasi cerita cerita dalam alquran."

memahami lbh penting dr membaca dgn hati yg buta.btoi 2.;)


"nabi s.a.w dan konco konco menghancur kan berhala berhala di dalam kawasan ka'abah dan juga patung patung. Abang long kat sini pulak dan konco konco nya nak hancur kan semua benda yang ada berhala dan patung di dalama malaysia"


hey abang long.kao bukan nabi lah.

mr. hafis said...

jack.

fathul makkah tak sama dengan kes ss23.

▲▲▲ said...

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/09/02/kepala-lembu-berdarah-siapa-dalangnya/

apex said...

bodo punya olang...

ape la punya racist sgt abg long tu...



S.H.A.R.P. MALAYSIA

Dari mana?

Analytics