Kematian Yasmin Ahmad baru baru ini mungkin bagi segelintir umat Malaysia ini seperti kematian romantisma. Bagi Kebanyakan yang lain, mungkin kematian si yasmin hamid ini hanyalah kematian Zulkifli Ahmad. Artikel di akhbar melayu, dengan bangga nya memecah kan tembelang dan mencerita kan segala gala ke-aiban si mati. Bak pepatah melayu, harimau mati meninggal kan kulit, manusia mati meninggalkan nama. Kontradiktori yang di buar buar kan oleh akhbar melayu itu bukan sahaja melampau, malah semata matanya sebuah "cheque book journalism". Siapa sahaja yang tidak tahu tentang si Zulkifli Ahmad. mungkin kah penduduk penduduk luar bandar yang semakin hari semakin di kongkong oleh akhbar akbar yang cara penulisan nya adalah agak sinis untuk pembacaan harian.
Mungkin lah sebab itu Romantisma dikalangan pembacaan pembacaan atau nukilan nukilan harian di negara kita ini di katakan low class, low content dan low visibility of hatred. Lebih lebih lagi akhbar melayu. Nama kan sahaja, berita harian, utusan, metro, harakah, sinar, URTV, Mangga dan yang lain lain. Adakah salah mereka kerana tidak mampu atau lost track untuk membaca majalah majalah yang di import atau kurang fasih membaca artikel artikel dari internet atau masalah membaca dalam bahasa ingeris? Bukan nya ingin membangga kan nukilan nukilan dari majalah majalah kulit glossy di malaysia yang berbahasa ingerris. Kadang kadang aku baca, memang tak boleh blah pon. lebih lebih lagi Off The Edge. Yang baru baru ini sahaja menulis tentah 13 may. Front cover 13 may. Padahal majalah itu adalah edisi bulan July. Kadang kadang, memang dah meluat melihat majalah majalah atau artikel artikel yang mempunyai agenda politik yang tersendiri. Biasa lah, printing medium sememang nya benda yang paling senang dan murah untuk seseorang berhujah. Sama ada secara terus atau berselimut.
Romantisma dalam penulisan di bumi malaysia kini sememang nya lesap. Tandus merupakan perkataan yang paling tepat untuk menerangkan situasi di Malaysia kini. Apa itu tandus? Tandus adalah seperti tapak semaian padi yang kering kontang, dimana tanah nya retak bagaikan ekoran gempar bumi yang baru sahaja meletus 100 kilometer dari pusat gemparan. Kering yang seamat amat nya, hanya hujan dari yang dibawa oleh monsoon timur laut sahaja boleh mengaktifkan dan juga melembabkan tanah yang tandus dan lagi kering dan kontang itu.
Begitulah secara am nya, zaman gelap romantisma di negara ini.
Penulisan yang panas, jenis musik yang sedih tetapi tidak syahdu, lukisan yang terlampau minima dan unsur unsur warna tidak menjadi peranan yang penting, filem komersil yang berunsur penceraian dan masalah komuniti dan masalah keluarga. Sememangnya mereka semua cuba menunjukan masalah masalah "common" di bumi malaysia. tetapi apakah solusinya?
Tiada makna nya? semua nya hanyalah selama lama nya hanyalah hiburan untuk gelak tawa. Macam dulu bila aku tengok cerita bohsia mahu pun remp-it di panggung wayang. last call, moral cerita itu adalah kematian. hidup dan mati itu ajal manusia, manusia imortal tiada tuhan. tanpa manusia, siapalah tuhan? oleh kerana ada nya manusia, adakah menghadap tuhan di akhir hayat itu sepatut nya di jadi kan moral untuk perkara yang di sangka kurang moral di mata khalayak ramai? Dimana lari nya romantisma di kalangan di kalangan media massa? hilang atau pupus.
itu baru dari segi seni? dari segi komuniti. Janggal tentang 1 malaysia? ada kah kamu rasis? sememangnya rasis di bumi malaysia ini sememangnya, boleh tahan jugak kata nya. aku di besar kan di kawasan yang agak multi-kaum. itu semua nya masa sekolah rendah sahaja. tetapi setelah masuk ke sekolah menengah pula, sememangnya terjumpa dengan golongan golongan yang hidup kaum berkelompok. Budak taman datuk harun, budak seri chempaka, budak taman megah, anak anak lord kampung tunku, dan budak budak baiduri. memang mentaliti dan cara hidup semua berbeza. semangat berpupuk antara kaum sesama sendiri memang lah bukan main lagi. di situ la rasisma yang aku penah nampak. Nasib baik aku otai skin SHARP dulu. roaming dekat sunway piramid pakai trenchcoat time panas dan kasut doc mart yang aku angkat dekat cambell memang on ah. so aku kira ok lagi. mungkin kah konsep 1 malaysia ini sesebuah, peng-revive romantisma antara komuniti komuniti yang agak segregated ini?.
Di zaman hitler, konsep kerajaan ke-tiga juga musnah. semua nya di sebab kan tamakkan hitler dan konco konco nya. semua nya taksub atas kejayaan kejayaan yang lepas. masa itu emas. dan emas adalah segalanya. semua nya mahu tunjuk hero dan last call semua kantoi kena serang dari atas bawah, kiri,kanan, depan dan belakang. memang last call otai besar pon tension sampai bunuh diri. Sama juga dengan konsep 1 malaysia. perosak konsep ini adalah dari segi ekonomi yang secara langsung nya akan terletus nya ledakan sosial di bumi negara ini. Polisi yang di dicipta oleh bapa kepada perdana menteri kita sekarang pada 1971. Mungkin kah kunci segala kunci untuk keharmonian dan romantisma negara kita ini akan di bubar kan? atau akan kita lihat kan sama ada kaum yang tidak mendapat kenikmatan dasar ekonomi baru 1971 akan mempunyai toleransi terhadap kaum yang menikmati polisi tersebut? Isu ini adalah sangat penting kerana benda benda sebegini telah diheboh kan dalam mana mana sahaja ceramah politik sejak wujud nya negara ini. Nilai nilai kebencian seperti ini sering sekali di gunakan untuk menggerak kan hati pendengar. memang boring dan sadis.
Jadi, apa kah peranan kita untuk mengharmoni kan segala benda ini. aku pasti lu orang semua pernah bercinta. romantisma merupakan cara baru kita secara beramai ramai maju ke hadapan. kalau ingin hidup berkelompok ala ala firaun sememangnya not the way foward. bak kata yang maha esa...
Here all matters are decided according to the Law of Mukafat (Undang undang firaun). The rise and fall of nations as well as the success and defeat of individuals are due to their own deeds. Whosoever amongst you chooses, can either move forward or lag behind. (The purpose behind the guidance and the struggle between right and wrong is that whosoever wants to move to the higher stages of evolution, can do so by his own effort. If one wishes to, he can stay behind).
Apa kita bulan ramadhan ni kita letak tepi buku buku tebal macam buku "crime and punishment", "the gay science","harry potter", "the wretched earth", puisi puisi pushkin atau yang benda benda lain yang heavy. apa kata kita baca ke empat empat kitab yang di turun kan dari langit.
So akhir kata,
so many have been left out. look around you and think how did they grew up and how did i grew up? the day you realize the surreality of the people around you. the song below does not reflect anything about us. yet.
jack"kelab pencinta alam memang tak romantik langsung" lingam
4 comments:
Original ini mmg heavy blad.
Apebenda nak promote 1Malaysia kalau kat itm sendiri, cuba nak men-doktrin budak2 Melayu, ckp h1n1 tuh satu agenda, satu virus dicipta oleh bangsa lain utk hapuskan bangsa Melayu. Tak ke bunyi rasis blad?
Benda keluar statement tuh dari pengarah kampus sndiri apa lanciao. Siap ckp byk kali, 'tlg jgn rekod statement saya ni'
Kelakar beb gua panasss je duduk dlm dewan 3 jam dengar psl 'perjuangan Melayu'. Tak habis2 sedih lah dah tuh sibuk promote 1Malaysia lagi. Funny people.
Lu rasa boleh berjaya ke 1Malaysia kalau ini mcm dorang nk didik anak bangsa?
tak
apacer ngan dak itm tue? aku rasa tu utk bdk2 yg tlalu taksub dgn kemelayuan dia tue. aku pun ex-uitm tp tada pun mcm tue.
jack lu ada copy visi and misi 1malaysia tak?
gua nak baca.
Post a Comment