Tuesday 18 November 2008

Snapshot : ekonomi tahun hadapn

so bai, korang semua dah prepare ke untuk tahun hadapan? menurut analyst analyst cabuk, dunia akan menhadapi sesuatu turnaround yang menarik untuk tahun hadapan. ada juga yang menyatakan bahawa kelantikan Obama di amerika adalah sebuah perubahan baru di alam semesta kita ini. iya lah, siapa tak suka pak tam jadi presiden kat amerika. lebih lebih lagi negara negara dunia ke-tiga di mana kebanyakanya tidak ada ciri ciri seperti orang putih. unsur harapan sememangnya penting dalam hidup manusia yang penuh dengan pancaroba ini. apa lagi kalau lim kit siang jadi pm di malaysia. siapa yang tak suka? en? aku rasa abang abang perkida je la kot bai. oleh itu kelantikan saudara obama sememangnya sebuah cara untuk meng-aman kan dunia yang agak mengelegak ini. dengan sistem ekonomi yang agak palat, sistem perhakiman yang agak kalut (eg. tahanan tanpa pembicaraan di bumi guantanamao), dan polisi polisi dunia yang bersayap dollar walaupun ia sepatut nya seimbang dengan sayap tukul besi.

Memang sah dengan motto atau slogan saudara Obama, "perubahan yang sepatutnya". Banyak perubahan yang sepatut nya ada supaya dunia ini menjadi tenang, semua nya o.k, tak perlu berdrama swasta dan yang paling penting lu orang sama aku pon happy.

dengan adanya seorang pak tam di dalam ofis di washington DC. apakah impaknya terhadap dunia? manusia yang putih, hitam, sepet atau sasa akan berasa motivated dengan perubahan sejarah yang di buat oleh saudara O B A M A. sudah tentu bukan?? sekrang semua orang pun akan berasa lebih konfiden untuk buat apa saja? nak rompak bank CIMB guna propane gas pon orang berana apatah lagi merompak teller dengan menggunakan mercun? kita semua telah lihat semua itu sejak kebelakangan ini kesengsaraan manusia di dalam dunia yang serba gelap ini. bak kata kawan aku yang bela kucing kat ofis kata, " kiranya macam dah jumpa pelita dekat akhir terowong la kan bai?"

sememangnya, tahi tahi dan najis najis bush memerlukan jangka masa yang agak panjang untuk di salurkan kedalam jamban dan banyak banyak lagi pekara yang perlu di fabricate untuk menjadikan dunia ini berkembang. apa bisa si pencacai atau si fabricator itu melakukan semua itu dalam term ini? mungkin ia mengambil masa lebih dari itu? tetapi dengan sokongan dan dokongan yang di berikan kepada saudara Obama ini seperti mana dia menang pilihan raya itu, mungkin paling cepat dia boleh bikin/ finetune semua nya dalam masa 2-3 tahun lagi.

oleh itu, keadaan ekonomi yang agak palat ini akan menjadi lebih palat oleh di sebab kan negara China yang muncul sebagai salah satu super power yang agak besar selepas Amerika dari segi bidang ekonomi. 

Sikap semi terbuka china sememangnya  telah membantu perkembagan ekonomi dunia. tanpa china, banyak lagi negara yang konfirm akan meminta bantuan IMF atau world bank. Seperti apa yang telah terjadi dengan Iceland yang meminta bantuan dari pada Russia. Oleh itu, dengan ada nya seorang ketua baru di white house yang boleh buat muka PR macam abang jual handfone, sememang nya memberi wajah baru kepada client nombor satu dan client paling penting yang dapat sustain kemajuan amerika untuk masa yang akan datang.

tahukah anda bahawa pembangunan pembangunan (DALAM NEGARA- Gross Domestic Income) di negara negara utara seperti amerika, peranchis, england, germany telah berada dalam tahap terakhir sebelum perkembangannya mati pucuk? kebanyakan negara ini meng-amal kan dasar penanaman modal di negara asing seperti mana yang mereka lakukan sejak di zaman zaman kolonial. oleh itu sekarang ini, pembangunan yang agak memesat sedang berlaku di negara negara dunia ketiga.

Sebagai contoh, penanaman modal kedalam business kuprum yang kebanyakannya ada di Chile, Indonesia, India, Zambia dan China. kebanyakan konsesi konsesi kuprum di pegang oleh syarikat syarikat besar seperti Anaconda Mining Co. yang merupakan sebuah monopoli kuprum di Chile (mereka kini memegang 6 atau 7 konsesi di Chile juga merupakan sebuah negara yang kaya dengan kuprum). Bukan itu sahaja, walaupun sebuah negara yang kaya dengan Kuprum negara China tidak mempunyai jumlah yang banyak dan beliau terpaksa mengimport kuprum untuk membangun kan ekonominya. Minmetals, sebuah syarikat yang listed dalam Forbes 100, adalah seorang player dalam kuprum di Indonesia. 

Begitulah hakikatnya di dunia dunia ke-tiga, dimana perkembangan yang agak pesat dan tak terkawal telah menyebab kan produksi yang melebih menyebab kan harga harga seperti kuprum menjadi kurang aktraktif (sekarang satu tan -4500 USD, dahulu masa awal tahun setinggi 8000- 9000 USD se tan). dengan kehilangan fokus oleh Amerika yang sejak august tahun ini telah memfokus dalam membangun kan dan menyusun (restructure) sistem per-bank-kan mereka dengan cara cara yang tidak betul (dengan cara bail-out tetapi management serupa). 

bukan industri kuprum sahaja yang terlebih ekspoitasi, tetapi banyak lagi sumber sumber mineral seperti minyak yang telah di eksploitasi dengan selebih nya kerana ketamakan manusia yang menggila kan harga tinggi sesebuah komoditi itu. Dahulu contoh minyak mencecah USD14+.oo tapi sekarang USD 6+.00. iye la bai nak buat adjustment production bukan macam buat adjustment dalam acccounting, dengan sistem foward sale (baca awal punya blog; interview dengan hassan merican). nak buat adjustment satu hal, nak buat contract baru untuk foward concept pun mengambil masa, mana ada orang beli minyak cash bai.

seperti yang aku cakap, banyak lagi komoditi komoditi seperti arang batu, gas, mangan (dah la dekat Buol dekat Kalimantan (lokasi utama mangan), indonesia baru lepas gempa bumi), cobalt, besi, lu cakap je la apa. semua harga komoditi tengah turun selain dari padi emas. Emas je la yang naik sekarang, lu beli emas pun buat apa, bukan dia boleh generate elektrik pon. 

oleh sebab harga komoditi yang agak rendah, ia memang bagus untuk konsumer, tetapi apkah ia bagus untuk pelabur dan juga pengeluar. dengan kemajuan teknologi yang sepatut nya merendahkan kos, tetapi dengan sikap tamak manusia juga telah membawa pemerlahanan ekonomi dunia. jika kita mahu argue pasal teknologi, apa kah teknologi yang paling canggih untuk pengorekan batu bara, chocolite (sumber kuprum)dan apa apa lagi jenis batu? setahu aku tenaga manusia masih lagi di perlukan untuk mengorek arang batu untuk dijadikan tenaga. teknologi hanya  di gunakan dalam pengekstrakan. tetapi kita harus ingat, konsep ekonomiks of scale. juga kita harus ingat bahawa bukan semua pengekstrak mampu memproses sesebuah batu menjadi arang batu atau pun kuprum. selalunya mereka ini akan menjadi trader kepada kompani kompani besar. kompani kompani besar saja yang akan melakukan pemprosesan. jika harga tak menarik trader sudah tentu akan cakap "stock tada" seperti mana yang orang di malaysia sudah experience ketika kepalatan ekonomi kita. mesti ada je yang cakap stok tada kalau lu gi warehouse nak beli konkrit ke apa. en?

jadi apa ke betul dengan encik obama ni? A change we need dari aspek apa? dari segi mentaliti mungkin kita boleh terima tetapi perubahan dalam hati masih jauh lagi.

so what say you?


jack Lingam



8 comments:

Anonymous said...

crisis #1: decline of manufacturing
crisis #2: huge trade deficits
crisis #3: seesawing oil price
crisis #4: shrinking middle class
crisis #5: exploding federal budget deficits
crisis #6: ......

the list goes..

apa yang pasti kemelut ekonomi yang berlaku pada masa ini tidak akan pulih, atau berada di kedudukan yang lebih stabil pada tahun hadapan mahu pun 2010.

dan juga, presiden pak itam amerika yang kedua hanya akan dilantik pada 100 tahun lagi, sekurang-kurangnya..

Faisal Zakaria said...

impressive.
very impressive.

Anonymous said...

sori jack, gua tak tau apa yg lu melalut pasal obama ngan benda2 komoditi tu. di manakah linknya? Obama naik, tak ada nya keadaan berubah (of course la perubahan dpd white president yang bodoh dapat black president yang nampak seakan-akan pandai, well..)

PAsal China. China bukan client bai. Itu taiko kepada Amerika. China punya national reserve sangat besar in USD. So USD tenggelam, China pun akan affected.

Oklah, pasal komoditi. Bull run sekejap yang lepas ni lebih kepada bull shit je bai.. Apa yang diorang cakap pasal demand-supply to bullshit je. Mana ada fundamental. Kalau aritu masa bullshit run tu, ada satu swiss-based firm ada exposure sampai 11% of oil trade, apekahh? Fundamental celah mana tu?

Anyway, pasal Obama. Ah bai, retorik je bai. Macam Mawi menang AF. Macam kalau tiba2 Anwar masuk UMNO jadi PM. Ah retorik bai... Harapan ja la.. Mende same gok..

Kalu dah imperialis tu tetap imperialis lah bai.. Obama tu naik sebab lobyist belah sana nak naikkan dia. McCain apa ada? Bukan sebab people power. Bukan sebab Kanye Wesy ngan Snoop Dogg nye support. Ape jadah? Wa bet la bai, polisi kat Iraq, Afghan, Iran tu semua akan MAINTAIN bai.. Itu semua faktor ekonomi. Diorang nak minyak je tu, (err maybe poppy kat Afghan - lu tau berapa billion worth of sales tu?).

Ini semua dah programmed bai. Kita tak yah citer la.. The moment Obama submit nomination form, dah tau dah memang dia menang ah.. Kalu tak apsal diorang kasi keluar series 24 tu (black president tuh!)a few years sebelum Obama menang? Tu nak kasi tune kepala Americans and the world lah tu...

Imperialis tetap imperialis bai. Kalau lu lah, family lu beratus tahun control banking ngan oil and gas. Beratus tahun meloby supaya dapat American president yg lu boloh contorl, Takkan tiba2 lu nak scrap monopoly, nak sedekah kat homeless lu punya periuk nasi?? Apa jadah?
Alahh.. berapa ratus tahun, Rostchild, Rockafeller, Loeb, Kuhn ngan JP Morgan build up bank diorang.. Takkan sekelip mata boleh jahanam bai... Cuba kita tgk apa yang beyond kejahanaman bank tu semua. Maybe sebab valuations became too rich/high, perhaps?

Kena ingat bai, capitalism ni partner dia socialism. Socialism kena ada untuk support capitalism. Ni la yang berlaku sekranag ni. Duit state jugak kena pakai nak bail out...

Anyway bai, semua ni dah programmed dah. Tak guna la sangat nak gosip ke, speculate ke, ramal ke.. Kita orang2 biasa ni kena sendiri mau ingat la.. Ikut jela 10-year cycle tu.. (Walaupun ini kali gua ingat through period bukan dot, tapi L shape bai. Ye ah, mana nak carik catalyst nak push semua benda ni naik balik within relatively short period? Gua tak nampak..)

Well... just my 2 sen.

~Semi-clairvoyant (yg lu kata analyst cabuk)

Anonymous said...

org keliling gua meroyan sawit jatuh

desas desus kata sawit tak leh jual...supply dah lebih dr demand

wa bleh survive...wa takder hutang

tapi bank manager dah start calling2 offer tanah....harga reasonable sebab bank just nak recover jer

cruel world eh?

nak amik kesempatan ke tanak?

Jack Lingam said...

bro, wa pon analyst cabuk gak

Anonymous said...

OMG we've got a chomsky fan boy over here LOLZ

thou art he thy indoctrined shall be condemned: thy life shall be in the neck of false simulacra; thy father's children shall bow down to the axis simulacrum

Anonymous said...

Bro Jacko Wacko Lingam,

Lu sell side ke buy side?


-S.C-

Anonymous said...

takde benda la bai pasal obama tu

yg kontrol rumah putih adala polisi maker, president hanya ikut je, US mmg sharp bai, obama tu retorik pasal imej dowang dah teruk bai

so pada aku obama jd president pun aku percaya not much US akan berubah, jd makin gengster mungkin kot...but the sub prime isu mmg kasi shock kat dowang la, bagus gak kita recess ni bleh aku resign kasi alasan takde future kat opis pastu strike business aku sendiri bai

keep our ass tight je, the rest as per economist say akan jalan ngan sendirinye

pasal minyak lak, aku skrg tgh berusaha keras nak go into green living. left urban masuk kampung la, tp broadband mesti ada la. aku dah tak percaya kat fossil oil ni, aku nak jd cam org kampung2 dulu, live to the fullest tp minimal sudahhhh

tp sebnarnya yg merosakkan bumi adalah pada hari kita mula kenal dengan perkataan PERTANIAN bukan INDUSTRI

i hate cars, fume, and jem

patut nak masuk KL gomen caj tol tinggi2 skit cam RM4 ke, baru kurang keta

Federal hiway pun patut caj gak la say RM6 ke cam harammmm

masalah jem bukan byk sgt keta, tp masalahnya jalan kat KL free

kalo start charging every single dem road go into KL aku rasa masalah jem boleh diatasi pasal baik naik LRT komuter bas ke lg murah bai

pastu slowly mesti gomen akan improve public transport kan?

cam haram teori ni, tp aku percaya itu je solution kepada masalh dunia = jem

pasal obama, dia breed US so ttp gengster gak la nnt

Dari mana?

Analytics