Thursday, 20 November 2008

STD 101




Aku bajet sure ramai tau pasal Sexual transmitted diseases (penyakit yang disampaikan melalui hubungan seks)ni. Tapi aku bajet ramai yang tau benda cam AIDS dan HIV. Ye lah sebab seingat aku masa aku kecik dulu aku selalu dengar AIDS ngan HIV je. 

Ingat tak lagu AIDS/AEDES yang selalu pasang tengah hari kat TV1? Bongok betul gi buat satu lagu pasal AIDS ngan Aedes, takde kene mengena langsung. 

OK! Hari ni wa nak sembang pasal, Gonorrhea (GO-NO-RE-A). Ni penyakit alat kelamin la lebih kurang.

Penyakit ni disebabkan oleh bakteria yang senang membiak dalam alat kelamin seperti di dalam tiub kencing, uterus dan juga tiub fallopio bagi perempuan. (Jangan salah sangka, benda ni boleh jadi kat laki atau awek). Selain yang diatas, benda ni boleh jangkit kat mulut, tekak, mata dan juga anus. Jadi jangan sangka kalau anda menjilat lolipop pasangan anda anda tak dapat jangkitan!

Jangkitan ini boleh berlaku melalui hubungan seks. Anda tak seharusnya kena pancut dalam untuk dapat jangkitan, masuk saje dah cukup. 

Semua orang boleh dapat ke?

YA! jadi kalau nak main orang tu fikir dulu mana die dah letak alat kelamin die tu.

Apa symptom  dia?

1) Ko kencing rasa berapi gila babeng.
2) Kekadang masa ko kencing, ada bendalir warna putih, kuning atau hijau keluar (crack bai)
3) Telo bengkak.
4) Gatal, berdarah anus.
5) Vagina berdarah diantara period bagi kaum hawa.

Yang heavy kekadang takde symptom bai, jadi lu tatau yang lu kene jangkitan until lu pegi check ngan doktor!

Camana nak elakan dapat jangkitan?
1) Jangan main awek/laki ikut sukati
2) Pakai condom, bukan mahal pun, dari ko gelak gelak tengok kat 7eleven ada yang nama tiger la apa semua baik ko beli.
3) jangan main pelacur. memang tak baik pun.

ALAMAK! AKU DAH DAPAT!! APA AKU NAK BUAT???

Lepen ah, doktor lu sure akan kasi ubat. Ni bukan kes ko akan mati Penyakit ni ko boleh ubatkan.
Doktor kasi antibiotics atau penicilin injeksyen sudey.


Yang steady

SHAF-FLE



8 comments:

Fariz Bakar said...

lepen aeh. lama aku x dgr. haha.
thanks.

nadja said...

kalau nk cek, boleh pegi klinik. kalau govt, free je tp akibatnya akan diumpat oleh nurse, doktor dan orang2 disekitarnya.

*ex govt servant*

berus jamban said...

i guess you guys might wanna see this...

http://www.microsoft.com/SURFACE/index.html


cheers!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

saje senamkan minda jom

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

bukan ape... baru minda kita kembang gitu dan ada muscle

tk

Anonymous said...

OTAI. lame gila.....boo-hooo....

Anonymous said...

kalau kau biasa kena maka jangan la minum BEER walaupun dah dibaik pulih oleh antibiotik. Ianya akan berulang lagi... Ingat kepala bana ko boleh luruh bai... heheheh


cigarette

Weed and Bandages said...

info yang bagus.

haha

jumpakamu said...

takkan dah berhenti menulis kot? info baik punya

Dari mana?

Analytics