Saturday, 24 January 2009

SELAMAT MAJU JAYA PROTON!

Per cerit blad? Tahun baru ko ada on? Pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada readers BENDA BENDA BOLEH BLA LA KIRA. Aku mintak maaf kerana lama menghilang. Sebab-sebab kenapa aku lama hilang, itu tak penting so aku takkan citer. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jacky, KT, dan Shaf kerana tak putus-putus usaha nak educate kan ko semua walaupun ada yang kena sound. Soldier on bai.

Mungkin ada antara ko semua dah terdengar akan news: PROTON MUNGKIN JOIN BALIK WRC BAI!!!

Kejohanan rally dunia musim 2010, kita mungkin akan dapat melihat kereta Malaysia beraksi di litar-litar rally seluruh dunia. Kereta yang akan digunakan adalah berdasarkan Proton Satria Neo, tapi telah dimodifikasikan oleh Mellors Elliot Motorsport supaya mematuhi spesifikasi kelas Super 2000 yang telah ditetapkan oleh FIA. Sebenarnya kelas Super 2000 ni direka bertujuan untuk mengurangkan kos dalam perlumbaan rally dan juga kereta touring. Buat masa kini, British Touring Car Championship, Intercontinental Rally Challenge, dan Production Car World Rally Championship semua beroperasi dibawah spesifikasi Super 2000.

Kepada mereka yang gila tuning kereta dan tak tau malu nak buat kereta ko pun Super 2000, sini aku terangkan. Bagi mematuhi kelas Super 2000, kapasiti enjin kereta ko tak boleh melebihi 2 liter dan haruslah bersifat naturally aspirated. Dalam kata lain ko takleh letak turbocharger ataupun supercharger. Enjin ko gak takleh menghasilkan lebih dari 280 kuasa kuda. Pasal gearbox pulak, six-speed sequential je boleh.

So siapa yang akan memandu kereta rally Proton kali ni? Adakah ia akan dipandu oleh Sikh Terbang AKA Karamjit Singh? Belum ada kata putus yang telah dikeluarkan tetapi bekas juara dunia tahun 2003, Peter Solberg sedang dalam proses berbincang dengan Proton dan kemungkinan besar beliau akan memandu kereta rally Proton musim 2010. Dulu Solberg memandu untuk Subaru, tetapi untuk WRC musim 2010, Subaru tarik diri. Siannn member. Well, bak kata Jacky, "C'est la vie mon ami, c'est la vie."

Aku harap Solberg akan memandu. Ye ah, banyak kepakaran dapat dikongsi bai.

Walaubagaimanapun, semua ni belum confirm lagi. Tapi macam dah ah.

Sempena post aku ni, aku nak ambik kesempatan mengucapkan KUNG HEI FAT CHOI kepada para pembaca yang bermata sepet-sepet tu. APA LAGI BAI? YUMMMMM SEEEENNNGGG AH!

Yang takde idea nak tulis apa kat sini lastu aku call Shaf member suggest tip-top cat (?), aku reject, dia snappy buat perangai sebab tengah lost bai,
Armaya Maaroff


Thursday, 22 January 2009

Apakah pendapat anda?

ANALITIK MODE!

Tidak dapat dinafikan, scholarship diberi kepada pelajar pelajar Malaysia.
Ini merupakan tindakan bijak kerana scholarship merupakan satau bentuk pertolongan kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari segi keuwangan.

Secara idealnya, aku percaya scholarship seharusnya diberi kepada pelajar yang berjaya mendapat gred gred yang mantap tetapi tidak berkemampuan dari segi keuwangan untuk melanjutkan pelarannya.

Tetapi kenapa terdapat sebilangan pelajar yang bernas memperolehi scholarship walaupun mereka mampu untuk membiayai kos kos untuk melanjutkan pelajaran?

Tenangkan otak anda, dan marilah ANALITIK!

Peace out

Hamdan

Tuesday, 13 January 2009

Bersatu


(Lagu Lily Allen - The fear berkumandang)

Gelak la kalau nak aku tak kisah. Aku tengah mengalami minggu yang rough. Kereta aku eksiden, data data pergerakan batu pulau Cyprus (sebanyak 547 data) yang aku kaji bulan 7 itu hari hilang, climate control rumah aku rosak, draft projek aku due lagi 14 hari, aku hampir putus tunang, bos aku cakap performance kerja aku jatuh, rambut aku berserabai, duit sengkek, kulit aku kering gila dan aku rindu kampung halaman.

Semoga tahun baru korang bahagia.

Saje je nak terangkan gambar kat atas. Sini aku explain. Member tua kanan sekali dengan budak kecik tu pun Yahudi. 2 orang kat sebelah kiri tu orang Palestine. Dorang pegang sign cam "Jews for justice in Gaza" dan sebagainya (korang boleh baca sendiri). Aku terkejut masa tengok derang so aku tangkap gambar.

Bro??? Apahal dorang tak bergaduh bro???

Sebab dorang bersatu.

Dorang dah bersatu dah. Bila masa aku tatau. Yang aku nak tanya ni, bila kita orang Malaysia nak bersatu dah justice kepada semua?

Kita memang bersatu ah bro.. pebenda lu cerita ni??

Itula kau, asyik asyik baca FHM je. Buat penat je mak kau langgan surat khabar.

Justice untuk apa bro? semua adil apa?

Tolonglah baca surat khabar dan proses article article tu sendiri. Analytic sikit je.

Give up aku.

Shaf

p.s: Bebudak kamera bergantung kat tengkok sebab pengcukup image, bukan hari tu aku dah sound ke pasal tangkap? Sudah sudah la ngan tangkap gambar candid member pastu cakap intrest fotografi. Gambar kat atas tu aku tangkap guna polaroid atok aku yang berharga RM100 je tapi aku rasa gambar aku lagi cun dari korang.Camera korang beribu ribu tangkap gambar member Baik guna handset.

Wednesday, 7 January 2009

Bahasa Pasar 101: Pika


Pe citer blad? Sebelum ko belajar bahasa pasar ni ko kena tahu binatang Pika ni apa. Dia bukan jenama coli awek ko yang dari Eropah tu, itu La Senza. Pelukis Pokemon pun ambik inspirasi dari binatang sial ni. Binatang Pika ni rupa cam hamster sikit dan ko leh jumpa dia kat Asia atau Eropah Utara. Pasal kes pemanasan bumi atau global warming, binatang ni akan pupus sebab kulit dia tebal bai, semakin panas cuaca, semakin crack ah diorang. Ko Wikipedia je la.

Jadi camana nak guna Pika sebagai perkataan?
Contoh ayat: (berdasarkan gambar pertama) 
Budak baju hitam: "Wei, ko tau tak camana nak baca?"
Budak baju putih: "Err...err...er...therree...was...a...crok-..o..dilay"
Budak baju hitam:"Crocodile la! Ko ni, kerut muka macam Pika, kalau tak tahu cakap je la"
Bebudak kecik: "Ha! Ha! Ha! Pika! Pikaa!"
Budak baju putih: *berlinangan air mata* 

Sekian,
Kwaidan 'masih sharp' Tarmizi

Tuesday, 6 January 2009

2009: Satu Langkah Heavy Untuk Blog Ini

Apa cerita blad? Aku, Kwaidan Tarmizi ingin mengumumkan bahawa blog telah kembali aktif pada tahun 2009. Aku tahu korang akan tanya tentang kehilangan aku. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk cerita sikit tentang kelesapan blog dan blogger-blogger sejak kebelakangan ini. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang taat kepada blog ini. Pada pendapat aku, apabila satu benda/produk/blog mendapat ekpos yang ketara, memang amat sukar untuk memuaskan hati orang yang meminatinya dan maintain gempak dari semasa ke semasa. Jadi kehilangan aku dan para blogger merupakan satu 'hiatus demi kreativiti' masing- masing. Maklumlah, ekonomi semakin lost dan aku pun semakin tertekan dalam kehidupan peribadi aku. Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk bagitahu korang apa telah jadi dengan para bloggers dalam blog ini, dan apa akan datang pada masa akan datang.

So, abang Kwai. Cerita sikit tentang apa yang baru kehidupan dan status para bloggers.
Takde hal, kita mulakan dengan diri aku.

a) Kwaidan Tarmizi
Selepas bertunang lagi, aku mengambil masa untuk berehat dari alam blog ni dan berbincang ngan tunang aku tentang hidup aku, merancang untuk masa depan dan sebagainya. Aku juga telah berhenti bekerja di syarikat lama, kerana ingin membuat sesuatu yang lebih mencabar. Jadi tahun 09 ni, aku tidak bekerja 5 hari seminggu, dan cuba untuk meng-heavykan blog ini. Aku juga telah mengumpul duit dan membeli sebuah akuarium besar untuk letak kat ruang tamu. Kalau korang nak tahu, aku ni suka ikan.

b) Jack Lingam
Jack dapat naik pangkat dalam kerja hariannya, dan juga telah naik pangkat dalam hairaki blog ini, dan dia akan menjadi Vice CEO blog ni. Aku mengucapkan tahniah kepada Jack kerana layan karenah aku dari hari pertama dan tabik atas jasanya dalam blog ni. Maklumlah, aku lebih kepada topik- topik yang tidak se-heavy Jack. Dia kena selidik gila babi, gi temu bual bos-bos besar syarikat bank dan sebagainya untuk bagi korang info paling top. Aku pula hanya temu bual orang- orang ternama di alam rekaan dan pada pendapat aku, lebih senang la handle orang dalam industri rekaan daripada taiko- taiko korporat ni. Jack juga masih tidak berpunya, jadi aku syorkan chikaro- chikaro single tu, kalau minat Jack, make a move la chiky.

c) Shaf Hamdan
Shaf telah tamat kontrak beliau sebagai intern dan naik posisi dalam blog ini sebagai penulis penuh masa. Dia akan menceritakan korang lebih kepada cinta pertamanya, iaitu alam sekitar dan hal luar negara. Aku tabik Shaf atas jasanya juga dan kesabarannya masa dia jadi intern dulu. Jack selalu buli dia, suruh beli nasi bungkus la ni la tu la. Shaf sabar je. Memang dia ni Top Boy.

d) Armaya Maarof
Member ni juga telah naik posisinya sebagai penulis penuh masa. Aku takleh bagitahu korang banyak sangat pasal mamat ni, sebab dia ni penuh misteri, datang opis pun pakai semua hitam, tapi tak pakai celak, kalau pakai celak, memang dah lama gua pecat. Armaya akan tulis lebih lanjut tentang teknologi kenderaan dan sukan, kot. Apa- apa hal, Armaya ni kira macam Bezita dalam Dragon Ball la, turun padang bila perlu je. Kata mat Dark.

e) Ayman Aiseyman
Member ni dah lama jadi penulis penuh, tapi jangan risau atas kehilangannya, sebab dia ni kuat berjelajah dan tahun ni, aku rasa dia akan travel banyak negara kot. Tapi apa-apa hal dia ni memang aset penting dalam blog ni, Jadi aku tabik Ayman atau dikenali sebagai "the youngest top boy" dalam blog ini.

Para blogger lain yang hiatus. Diorang freelancer je. Kalau diorang tak tulis, diorang tolong selidik untuk kita. Cunz.

Jadi, apa yang kita boleh dapatkan dalam blog ni pada tahun 2009?
Banyak blad. Ada segmen-segmen baru dalam blog ni, jadi baca la bingai.

Abang Kwai. playboymelayuterakhir.blogspot.com tu apa?
Oh ya, blog baru ni telah ditubuhkan dan akan bermula aktif awal tahun 2009. Blog ni akan memuatkan cerita-cerita pendek tentang kehidupan playboy-playboy melayu terakhir yang patut mendapat penghargaan dalam masyarakat kita. Blog ini juga mengajar cara-cara untuk menjadi seorang playboy melayu handal, dari segi pakaian, masakan, dan lain lain. Pendek kata, kalau ko nak dapat chikaro, blog ni la akan tolong ko. Siap ada sesi soal jawab lagi. Azman- Azman lain takleh lawan blog ni bai. Tak tipu ko. 

Jadi, oleh demikian, aku mengucapkan selamat tahun baru dan terima kasih atas sokongan anda tentang blog ini. Dan kolaborasi antara blog ni dan blog sharp cat akutakpeduli.blogspot.com juga akan diadakan. 

Wasalam.
Kwaidan Tarimizi 09

Dari mana?

Analytics