Friday, 5 September 2008

APAKAH MAKSUD GAMBAR GAMBAR INI??????







Gambar 1.
Soalan: Apakah sedang berlaku dalam gambar ini?

Jawapan: Nampak cermin kereta aku? nampak divider jalan? Jalan belah aku menuju arah Flamingo dan jalan sebelah kanan dalam gambar tu menuju arah bertentangan. Tapi kenapa kereta Kembara tu menghala arah yang sama dengan aku tapi pada jalan yang salah?


Gambar 2
Soalan: Dalam gambar ini, apa pula yang sedang terjadi?

Jawapan: Dalam gambar ini, kite boleh nampak terang benderang kereta perdana ni punya number plate, yang bawak ni pun makcik. aku nampak aku tak tipu.pastu kat depan tu ada nampak taka da kereta dah datang arah dia. Die sempat lagi kasi signal pusing kanan macam die di jalan yang betul. Tengok kat side mirror aku, nampak lagi kereta dari belakang datang nak buat perangai yang sama. 1 minit sebelum ni, Van polis buat perangai sama. Kalaulah aku sempat angkat gambar, sigh.


Gambar 3
Soalan: Yang ni lagi clear la eh evidence orang bawak kereta tak pakai otak?

Jawapan: Tepat sekali! Tak kan aku nak explain benda sama 3 kali ek?


Gambar 4
Soalan: Ni apa pulak?

Jawapan: Ni ada makcik sorang ni pegi buat illegal U-turn. Tak lepas pulak akhirnya die block jalan orang mengakibatkan jam yang melampau lampau lagi.


Renungan dan Kesimpulan:

Ni lah benda yang berlaku. Aku saksikan ngan mata aku sendiri masa jam kat Ampang. Aku tak nak cakap aku terkejut benda ni berlaku sebab aku memang tak terkejut. Sebab memang aku expect benda ni dari pada pemandu pemandu malaysia. Tapi apa itukah yang kita mau? Di label sebagai pemandu yang tak berotak?

Bukan apa, aku berani cakap ni sebab aku memang percaya aku betul. Tidak susah, kita dilarang memandu di atas jalan yang trafik nye bertentangan ngan kita. Kenapa aku tau aku betul? aku malas nak jawab. Cubalah korang buat benda sama masa test lesen, pastu call aku, lulus ke tak?

Logiknya simple je. Kalau dah jam, jam la,ikut la turn. Macam abang Kwai pernah cakap dulu, Ramai rakyat Malaysia tak percaya proses, inilah buktinya, prosesnya senang,tunngu sampai turn kau corner kat trafik light,tapi tidak sabar. Kalau tak nak lekat dalam jam, takyah keluar rumah masa rush hour. Aku terpaksa keluar rumah masa rush hour sebab kakak aku masuk hospital, ada tak aku pegi buat perangai yang kurang senonoh macam dalam gambar? Tidak, aku ikut turn je. Ya aku faham. Nak balik rumah dari kerja sebab nak buka puasa ngan keluarga. Alhamdulillah, masih ingat keluarga. Tapi tak cukup ingat. Ko buat perangai bodoh camtu, accident, memang forever ko takkan berbuka ngan keluarga kau.

Kalau accident, salah siapa? (Sapa buat lawak dengan jawab salah mereka dan keluarga mereka kat sini memang kena tempelang ngan aku). Yang aku tak tahan benda ni bila dah masuk newspaper, nak kasi keluar headline yang sayu seperti "Ibu bergegas pulang hendak berbuka dengan keluarga, NAHAS" buat kasi nampak cam bukan salah die padahal clearly tu salah dia.

Setiap tahun kita ada kes kes accidentyang mengarut ngarut je. Bawak di jalan salah, speeding tahap tak masuk akal dekat jalan yang speed limit 40km/h (ada sebab apa pasal die 40km/h ko tau?) Mabuk tahap lost terbalik bawak kereta memangla kereta tu terbalik. Tapi bila kita nak belajar bab bab ni? Belajar pasal buat duit nak. Pasal teknik main awek lagi power nak. Last call benda ni kita buat bodoh je sebab kite fikir "AAHHHHH AKU TAU LA APA AKU BUAT! KO KE AKU BAWAK KERETA?"

Aku tak kisah pun ko ke kucing kau ke yang bawak, masalahnya cara ko bawak kereta tu membahayakan orang lain. sama cam makcik makcik kat atas tu, ko accident korang sorang je mampos pastu kereta korang je rosak, aku tak kisah,masalah kereta aku telribat bermakna aku dalam masalah jugak!

ALA BRO,, TAKKAN LA TAK BIASA, INIKAN KUALA LUMPUR!!

itulah sikap primitif ramai rakyat Malaysia, suka ambil things lightly.

Aku pun dah tatau nak tulis apa lagi, aku nak panaskan enjin kereta sebab nak gi angkat awek kesayangan aku sorang untuk berbuka puasa sekali. Harap harap aku yang bawak kereta mengikut undang undang tidak terjebak dalam masalah pemandu yang tak berotak.

Terima kasih

Shafi'e Hamdan.

Ps: Bebudak "arty" yang bawak SLR camera ke hulur kehilir kat tengkok korang, tangkap la gambar camni sikit. Bukan susah. aku tangkap guna camera Handset je. Ni korang asyik asyik tangkap gambar Member yang candid tengah lepak kat Pavilion so boleh letak kat Facebook. Bila orang puji cakap interest photography last call tangkap gambar guna auto mode, Aperture ngan shutter speed satu haram tak faham cara guna.




Puasa

so bai, amacam puasa korang? aku sendiri pon belom start lagi. itu yang sedih nya itu.. apa lah aku ni. semayang jumaat pon dah lama tak pergi.. apa apa pun meh sini aku nak cerita pengalaman aku berpuasa dan apa yang aku telah belajar daripada puasa


ramai yang selalu tanya asal lu orang puasa atau lu pon mesti tak tau apa nak bagi tau member member lu yang sepet atau pun yang itam macam abang jack ni.. kadang kadang aku dengar member aku explain kenapa orang islam berpuasa pun membuat aku macam malas je nak berpuasa.. benda yang agak tipikal orang selalu cerita pasal puasa ialah "saje je nak try hidup cam orang miskin yang takdapat makan 3 pinggan satu hari". bagi aku itu adalah benda yang agak minimal lah yang ko boleh cakap pasal puasa.


aku dapat interpretasi pasal puasa masa aku kat lyon (walau pun aku kat sana puasa satu hari *1st day je bai, pastu kepak). dah la seorang je melayu kat sana, yang arab pun tak macam arab aku pun apa lagi terpengaruh la..bak kata member aku yang baru dapat pancing awek kat l'apartement yang kat KLCC tu, "western discourses" arr..


Puasa ni pada pendapat aku sebuah cerita pasal hidup. kiranya satu hari lu hidup, pastu lu mati. bayang kan la kan bai lu puasa, lu struggle melalui segala lumrah dunia, air, chikaro, makan nasik lemak, usha longkang akak kerja satu offis ngan lu, mencarut, kissing, isap yau, chit chat pasal jiran sebelah dengan jiran sebelah kiri kau, beronani, pergi mandi kucing, usha website toron, isap okok, beli rokok, mandi lepas asar, pimpin tangan awek, belai rambut awek, betul kan tudung awek, naik motor ngan awek, dan banyak lagi lah lumrah dunia yan lu teringin nak buat bai.


pastu time puasa ni pulak lu kene buat benda benda yang beriman extra macam, membaca quran, buat semayang hadjat, berpuasa, tak makan, tak minum, pikir tenang, tak bleh tension, pendek kata buat benda benda yang bisa mengawal iman lu la bai..


selepas lu dah satu hari buat benda tu kan bai, cuba lu pikir balik kan time lepas maghrib, syiok tak kalau lu minum seteguk air sirap bandung yang sirapnya lebih daripada susu. gila bai, wa rasa itu punya klimakx memang lagi best dari pada lu main dengan awek kat Hotel Citrus yang nama dia yani, hehe lu cari bapak ayam dia melayu bai nama beckham..haha


pendek kata puasa ni ibarat life la. setelah 1 hari lu sengsara/beriman lepas time magrib lu berbuka rasa dia memang kalah bai tengok cite blue 4 awek satu laki.


pendek kata;


Sahur (renaissance) ----->puasa (buat benda benda yang elok; tak kesah la cari makan atau beribadat------> maghrib tu macam tiupan sangkakala-----> bila lu berbuka cam lu dalam syurga bai


so apa pendapat you all huh?

Thursday, 4 September 2008

Don LaFontaine


Siapakah member ni? 
Korang pasti pernah dengar suara die. Tidak die bukan phat febs hitz Fm morning crew.

Korang pernah la kan, tengok wayang, ngan chekaro chekaro korang masa time panas panas baru kapel tu kan, celah celah iklan arak tu semua, ada trailer movie movie yang akan datang, pastu suara member yang yang voiceover kat belakang tu memang epitome suara lelaki sejati buat korang tertanya tanya sapa yang buat suara tu?

Mamat kat atas tu la yang buat. Nama die Don Lafontaine. Die dah lama ah buat benda ni. Dalam 5000 movie trailer die dah buat.

Tapi sayang, di situlah penghujung nombor itu sebab member sorang ni baru je menghadap Tuhan 1st september itu hari.

Bukan apa, saje je nak cerita. Jadi next time kalau korang ngan chekaro baru panas kapel tengok wayang suara member lain, taklah terkejut dan takdelah nak teringat time korang panas kapel ngan ex gf dulu.

Shaf "yang tengah menahan lapar sebab tengok menu McD ramadhan special spicy chicken McNuggets" Hamdan

rasis dan malaysia: orang putih dan orang pandai cakap orang putih tapi bukan orang malaysia

sejak kebelakangan ni kalau lu orang baca malaysia kini mahupun the star, memang isu isu seperti perkauman sedang berkumandang bai, walaupun sekarang ni bulan ramadhan, mulut mulut laser dari semua kaum makin on bai.

antara isu isu nye ada lah.
1. uitm milik melayu
2. kes pak mat di pematang pauh yang memangil orang cina sebagai pendatang yang tak layak dapat hak sama dengan orang melayu.

gila bai apa ni semua?
memang tak boleh blah la kira..sebagai negara yang dah merdeka buat ke 51 tahun, tapi perangai admin memang macam kanak kanak. so wa amik pekara ni agak serious kerana kenapa kita harus bergaduh sama sendiri tetapi ramai orang orang putih yang kaya sedang sibuk kacau ank ank malaysia di changkat. abang abang nepal, pilipino atau myanmar yang lebih pandai cakap bahasa orang putih daripada orang malaysia mengekspoloitaisi kelemahan masyarakat kita sendiri sedang berkerja di restoran di KLCC, changkat atau pun di pavillion.

PENDEK KATA KAN BAI, LU NI ETHNOCENTRIK AH BAI.... MANA SKINHEAD AP ATAU JB RIOT? ATAU BUDAK BUDAK S.H.A.R.P? KECOH LA KORANG.. orang putih dengan mat mat nepal, myanmar dan pilipino tengah berluluasa di kota raya yang tercinta. jom la buat riot bai kasik caci dan maki sama diorang? dari pada gaduh sesama sendiri, baik kita gaduh dengan expatriate expatriate yang sedang sedut gaji mak bapak dan gaji anda..

GRINGO DE LA PUTA!
jack "kene saun ngan bang kwai pasal tak post lama" lingam.

Wednesday, 3 September 2008

Alat Untuk Menentang Rasa Lapar: Voice Stick




PENGUMUMAN: UNTUK BULAN RAMADHAN POST- POST SEPERTI "CHIKARO MINGGU INI", "BAHASA PASAR 101", DAN APA- APA YANG UNTUK MENGUTUK ORANG, AKAN DIKURANGKAN/ DI BATALKAN. 
(ini untuk aku je, aku nak try slow down skit bab Ramadhan. Maaf lama tak post, aku baru start kerja baru. dan kerja ini memakan masa yang lama).

Amacam semua?
Aku ada satu alat yang lost nyer bagi korang. Korang mesti nak tentang rasa lapar kan bulan puasa ni, dan yang bukan Islam tu, ada yang nak baca tapi takde masa sebab kerja menimbun, lepas tu hari minggu, mesti kena keluar beli barang la, lepak ngan bini la, ngan anak la, jumpa member la. Jadi aku ada alat yang tip top untuk korang. 

Memperkenalkan "voice stick" atau kayu suara yang direka oleh Sungwoo Park. Alat ini sebenarnya direka untuk orang buta, kerana dia menggunakan alat optik yang amat berkaliber, jadi dia boleh detect perkataan bila ko tekan benda saiko ni. Aku rasa alat ni memang boleh bla sebab rakyat Malaysia pun malas membaca, lagi lagi bulan puasa ni, korang nak tentang lapar, takkan nak tidur petang je, cari la benda- benda yang berfaedah untuk buat, macam baca buku ke, majalah ke, surat khabar ke. Aku rasa voice stick ni boleh detect blog gak (kah kah kah). Jadi sambil ko nak terlelap akibat kelaparan, ko hulur je benda ni kat screen laptop ko, sure diorang akan bacakan untuk ko!

Syabas buat anak buahku Syamsul yang kini seorang anak Melayu pertama menjadi pereka fesyen di Marc Jacobs (dia ni orientasi lurus by the way)

Yang benar,
Kwai me a river

Dari mana?

Analytics