Saturday, 5 July 2008

Cikgu Sitar: Mr Ravi Shankar

Asyik main gitar atau pun main dengan gergaji ala "amiina (bukan altantuya)". Apa apa pun abang jack nak perkenal kan sebuah instrument yang macam gitar tapi bukan gitar. Nama alat ni adalah sitar. Sitar ni instrument yang pernah di dominasi oleh pemuzik pemuzik kelasik Hindustan sejak zaman 400. Kiranya, alat ni memang dah lama dah. Apa apa pun, kenapa nama benda ni sitar? mengikut al kisah zaman raja raja persia, dalam bahasa persia ia bermaksud 30 tali. Kira nya sitar ni ada banyak tali lah. Gila bai, 30 tali? aku rasa jimi hendrix pon mati lambat sikit sebab nak belajar main instrument ini. Pasai main benda ini perlukan kesabaran dari segi mental dan rohani.

Salah seorang otai yang main benda ni adalah ravi shankar (bukan ravi si penggunting rambut di area kelana jaya; mamat tu dah meniggal dah). Ravi Shankar ni di lahir kan pada tahun 1920, bulan april hari bulan tujuh. di sebuat negeri yang di beri nama Benares. Kiranya, mamat ni memang seorang Pioneer dalam bermain alat ni. Dia ini juga belajar main musik di sebuah sekolah yang di beri nama
Maihar gharana, Sekolah Musik Kelasik di india.



Otai tak otai, mamat ni pernah menjadi seorang guru kepada seorang ahli pemuzik pop di britain (bak kata orang di malaysia; oldies), the beatles. Siapa kah gerangan mamat ini? nama dia george. George harrison. Gila bai, mamat ni pun terkejut beruk bila ada orang famous cam si george ni nak belajar main sitar. Kiranya, macam pak ngah pun terkejut bila Tiesto suruh Pak Ngah buat sample rebana atau pun kompang.

Musik mamat ni memang layan bai, lebih lebih lagi pagi ahad macam hari ni bila korang tengah malas dan sambil memikirkan nasib keluarga.

Oh ya, selain itu, mamat ni memang dapat banyak award, kira nya dapat jadi "Ahli Mangku negara India" pada tahun 1999. Selain itu, mamat ni juga bapa kepada Pemuzik yang kutip hadiah kategori jazz tak lama lalu, Norah Jones



Apa apa pun korang carik la torrent si Ravi ni. Bagi aku mamat ni memang main sitar boleh bla la kira, tade cam metalicca try main.

Jack Lingam

Hidupku Indah Jua La Vita e Bella

Pening.Sedih.Tertekan.Mungkinkah ini saat-saat pre depression yang jack katakan?
biasanya gua lepas tekanan dengan meluahkan perasaan
gua kat lu orang dalam blog ni,tapi camane nak bikin,gua ditanam hidup-hidup oleh bil itu dan bil ini termasuk lah bil internet gua.Gaji gua pun tak keluar-keluar jugak,jadi gua mintak bos gua advance RM2 untuk gua gi cyber cafe untuk memberi gua setitis harapan untuk kebahagiaan.

hey y'all.gua rindu you all semua.

Selain dua keping duit seringgit,benda lain yang bagi gua semangat nak boleh bla semula adalah cerita penuh dengan harapan Roberto Benigni,'Hidup Indah Jua' atau 'La Vita e Bella'.
cerita klasik yang agak popular dan mesti tonton.

Latar masa cerita ni waktu lewat 30an dulu.Budak-budak sekarang selalu mengaku fesyen diorang fesyen hippie 60an lah,rocker 70an lah,lap sap 80an lah takpun grunge 90an.Sekarang gua nak umpakan masa kita ni dengan zaman menyayat hati 30an dan 40an.
Waktu ni,askar fasis Jerman sedang membunuh berpuluh ribu nyawa dengan selambe sambil senyum ketawa.

Di Itali,Guido Orefice (Roberto Benigni) dan anaknya Giosué ditangkap askar Jerman dari kehidupan senang sederhana mereka dan dibawa ke kem tumpuan.
Kat kem tumpuan ni,Guido memberi ilusi kepada anaknya yang diorang dalam satu permainan yang kalau diorang menang,KERETA KEBAL jadik milik derang dua anak beranak ni.Cara Guido
hiburkan anak dia dalam kem tumpuan ni memang p
intar dan boleh bla.Diorang dua anak beranak ni jadi dua orang paling ceria kat dalam kem kematian.


Kalau lu jangka cerita ni cerita drama sedih,jangkaan lu dah terbabas.Cerita ni cuma tirai latarnya sedih tapi kalau lu tak terperangkap dalam kotak lu dapat hargai kebolehan Roberto Benigni memanipulasi realiti untuk kegembiraan dan kebahagiaan.Gua rasa bakat Benigni ni serupa bak teori Aristotle.Kebahagiaan tu terserah kepada keupayaan manusia untuk mengkontemplasi realiti.

Jadik sekarang gua dah boleh bla dan menulis semula tak kira keburukan sekitar gua.

Ayman 'bak datang la' Ayatolla

Lagu hari ahad





bai lama bai tak dgr lagu melayu bai, ini dia lagu azuuuuuuuuuuuuuuuuuuuraaaa.. pasti kan kalau korang nak praktis menarik (bukan tarik daging la dol, tarik vokal la) kat red box ke bundle kota damansara korang harus pilih lagu ni bai, memang GRO yang melayan korang pun terus tangkap lentok baiiiiiiiiiiiii

Sungai Petani: Makan best bai


Bai, wa baru balik dari sungai petani bai. Bandar ni memang lost lah bai, masuk kat sungai petani (selatan) punya exit terus nampak lampu lip lap terang benderang. Menurut seseorang, bandar ni memang sebuah bandar perindustrian yang agak di penuhi oleh tauke tauke Jepun dan korea. Boleh kata memang nak dapat makanan jepun selain sushi king tu takda padahal lah.

Apa apa, kalau korang nak tau, makan sini memang best. Kalau korang kesempatan singgah di Sg. Petani, cuba lah singgah kat dataran ikan bakar, kedai ni kat sebelah sungai yang ada kat sungai petani tu.
kalau dah singgah cuba makan:-

1. siakap bakar
2. sotong goreng kunyit
3. udang masak merah
4. kangkung goreng belacan
5. tiga pinggan nasik putih
6. limau ais

aku bajet kalau korang makan apa yang aku tulis kat atas tu, besok pagi sudah tentu kau nak lagi.
apa apa pun dataran ikan bakar memang lost bai



oh ya, lepas ni kalau korang nak makan oats jangan beli quaker oats lain la kalo ko beli kat uk. Quaker oats kat malaysia ni guna oats yang rendah qualiti. Apa apa pun cuba makan "mornflake" itu gandum top qualiti bai, harga lagi murah dari quaker, tapi gandum dari uk bai..



Jack Lingam

Era Baru Malaysia - Pre depression






Assalamualaikom sedara dan sedari. Hari ini kita nak cerita kan sedikit pasal zaman zaman. Sekarang ni makin banyak dengar term term modernism la, post modern lah ultra modern lah, dan macam macam lagi. Pikir pikir balik, dunia mengalami zaman modern sejak US dan russia sedang berperang beku "cold war" ia itu pada zaman 1960-an. Tetapi demam modern tak pernah hilang sejak dari pada itu. Keluar lah term term post modern, dan macam macam lagi term term yang diguna kan untuk mendiskripsikan sebuah benda itu, sama ada bangunan atau pun kapal.


Sejak awal tahun 1990 an lagi seluruh dunia telah mengalami sesuatu resesi (recession) yang agak teruk. Tetapi sesiapa yang baru saja lahir pada tahun 1980 an atau akhir tahun 70 an dan yang lahir pada tahun 90-an tentu tak terasa impak benda benda ini kerana kita semua masih kecil dan sedang sibuk menenen susu, melompat bagaikan beruk jumpa bunga dan merengek bagaikan seekor bangau yang tidak dapat berdiri satu kaki.


Apa apa pun, kesesakan ekonomi telah membawa pelbagai perubahan visual dari segi design sebuah bangunan sama ada rumah kampung atau pun bangunan 60 tingkat.


Cuba lihat bangunan Komtar di penang yang di bina pada tahun 1986. Kira kira kalau nak bina bangunan komtar lagi sebijik kat Selangor ni harga dia sama tak kalau dengan jumlah kos Pembinaan komtar pada tahun 1986. Kalau dikirakan, mesti tidak sama walaupun tanah kerajaan di gunakan.


Mengapa sedemikian? harga minyak, simen ytl dan konkrit yang telah naik telah mengubah imiginasi seseorang arkitek yang berjaya. Cuba bayangkan kalau harga simen dan harga kongkrit dan harga cermin sama dengan harga 1986 (time buat komtar) tentu design KLCC berbeza dengan apa yang ada sekarang.


So, sejak akhir akhir ini ekonomi telah merosot bagai nak rak, KLSE pon jatuh mendadak dari pada 12++ kepada 11++ yang amat merisau kan pakar pakar ekonomi negara. Dengan harga simen dah naik 60%-70%, dan harga konkrit pun sama (pasai guna besi). Adakah design design yang berciri konkrit dan cermin ala ala postmodernism atau pun design design yang berciri kan konkrit ala ala Bauhaus (german) harus di renungkan kembali (review)


Mungkin kah untuk menampung beban dan menggelakkan "the great depression" seperti di USA pada awal tahun 1920-an kita harus mengadakan rombakan semula dari segi pembinaan bangunan dengan mengunakan plastik atau pun polimer polimer yang lebih murah berbanding konkrit dan besi?


Apa pendapatan anda?

Dari mana?

Analytics