
Thursday, 5 June 2008
Presiden Pak Tam Pertama?

Bahasa Pasar 101: Abu Nuwas

Tuesday, 3 June 2008
Granada: Tempat renaissance Jack Lingam
Pandangan dari Alhambra ke Albaicin
harini abang jack nak cerita kan pasal Granada lah. Bak kata orang kat sana, "Granada, *long pause* de puta madre!" maksud nya Granada, lost bai. Walau pun sesetengah daripada anda mungkin tahu maksud sebenar de puta madre itu adala pu*i mak. Tapi selepas ulang alik cop passport dekat sana lebih kurang 4 kali, selama 4 bulan, korang akan tau maksud maskud disebalik percakapan. Kiranya macam slang atau pon twang lah...
Mana dia granada ni? Tempat ni letak nya di andalusia spain. Kalau tak tau kat mana tu, cuba bukak peta dan belaja tengok peta. Aku rasa malaysian tak suka sangat tempat ni pasai tempat ni agak panas lepas tu masa aku tinggal kat sana dua bulan jual kari, memang hujan 2 kali je. Kiranya masa musim panas hujan sebulan sekali lah. Masa bulan sejuk pulak tempat ni memang sejuk, tapi memang lost lah view dia masa musim sejuk. Kiranya boleh nampak "topi salji" atau pun snow cap di atas Sierra Nevada.
Kiranya granada ni di kelilingi oleh banjaran banjaran yang tinggi lah. lepas tu, sierra nevada ni kiranya banjaran yang tertinggi di penisular iberia. Boleh kata macam banjaran titiwangsa dekat penisular negara kita ni lah.
Ape dia sejarah tempat ni? Sebelum kejatuhan ketangan kuasa kuasa islam, tempat ni dibawah naungan raja raja castilla. Lepas beberapa kurun, tempat ni jatuh ketangan kuasa kuasa islam afrika utara. Kiranya, orang orang bukit dari Banjaran Atlas cross tangier lepas tu hampir dapat seluruh peninsular iberia ni lah kira. Adalah dalam beberapa dekad dan zaman diorang kat negara ni. Boleh kata dah nak sampai france, lepas tu taklepas kene sekat dekat negara basque dan andorra.
Lepas tu, ada member aku sorang kat sana. Dia memang dah tua, keje dia mengecat bangunan dan tampal simen. Bini ada dua, tapi tinggal ngan mak bapak dia. Nama dia Paco. Dia tanya, apa beza france, england dan Spain. kata nya...,
"dari segi tradisi dan cara hidup, negara ini telah berjaya menanam semangat nasionalis dan sayang kan negara walhal negara seperti france dan england telah hilang budaya klasiknya kerana negara ini pernah dijajah oleh islam. Jadi kalau bukan kerana islam, negara spain tidak lagi macam ini" aku dan member aku hembus asap rokok dan berkata "como eso, tio?" atau pun dalam bm "ye ke bai?"
So apa ada kat Granada ni? tempat ini memang tempat re-chil (relax dan chill) lah kira. Nak kenyang murah sini. Kalau kau order apa apa air tak kira todi ke, tanik ke, air potong ke atau air tapai, mesti dapat tapas free. Sebab sini memang cara adat dia macam tu. Kiranya kalau korang pegi la bodega semata mata nak makan tapas, baik korang simpan duit korang dan pergi ke granada dalam masa 3-4 tahun. Dah la benda benda kat la bodega tu tak sedap.
Lepas tu, granada ni memang tempat untuk bawak tunang atau scandal kat sana. Pasal kalau bini, mesti diorang dah stereotype kan tempat tempat seperti Paris, london, bermuda dan pulau ketam sebagai tempat honeymoon. Karang takbawak kang terus cerai pulak, baru je beberapa hari kahwin, nak tst pon tak lepas nanti.
Selain itu, tempat ni memang macam dekat palestin zaman zaman dulu. Pasal kat sini ada 3 quaters. Satu tempat untuk orang lokal (spanyol;dimana semua nya orang kristian) orang arab (dimana terdapat orang yahudi dan islam). Jadi kalau yang rasa dah meleleh air otak memikirkan keseronokan yang telah ditarik selepas membaca post ini, tetapi risau tentang makan minum, jangan risau, dekat sini memang banyak pak pak arab. Jadi nak carik makanan halal senang.
Selain tapas, dekat sini ada kebab paling best kat dalam dunia yang aku telah makan. Kebab paling bes adalah kebab "shawarma de pollo, con queso, con champinon, con huelvos" nak tau apa tu? kebab ayam letak keju, letak cendawan lepas tu letak telor. GILA BAI, aku yang tulis ni je naik lapar dan teringin nak makan walau pun baru je lepas makan Ikan parang masak asam pedas yang ama aku baru lepas masak.
Monday, 2 June 2008
Buku yang susah nak baca waktu berak

Gua nak mintak maaf pasal itu hari gua sound lu orang pasal tak baca buku. = (
Gua tak terpikir lak pasal takat kemampuan lu orang yang terkopak tido dalam kotak. =~ (
Gua setuju ngan lu orang yang harga buku memang mahal dan gua turut tak setuju bersama lu orang dengan pihak-pihak swasta yang CEKIK DARAH ORANG NAK BACA BUKU!!!!!!! ilmu pengetahuan pun kena tawan oleh si kapitalis-kapitalis.
tapi takla bermaksud lu kena mogok tanak baca buku.itu mogok bongok.
Kalau lu nak beli buku kat 'Pay Less Books' pun tak boleh gak.cubala baca Buku-E.Bukan buku pasal ecstacy,bongok!lu nak otak lu sharp ke nak otak lu makin jahanam!!
Buku-E atau,E-buku(hehe) adalah hasil-hasil mata pena si penulis yang telah dibuat percuma dan boleh dimanfaatkan oleh siapa siapa pun boleh!!!!
E-buku boleh ada macam macam jenis bai.ada yang dalam format PDF yang lu boleh carik kat www.planetebook.com.takpun ada jugak webmaster yang begitu rajin sekali,hinggakan dia salin balik seluruh isi kandungan sesuatu buku itu ke dalam website dia dan oleh kerana ini dia terus menjadi seorang WIRA dalam masyarakat yang kedekut ilmu ni.E-buku yang macam ni pulak lu orang boleh usha dalam website online library cam www.american-buddha.com .
Tapi dalam artikel ni gua nak ketengahkan format E-buku yang coooool as fuck ni.
inila majalah online gua dapat dari www.issuu.com .Click majalah tu kalau lu nak usya yang lagi besar dan lebih senang nak baca dan kat situ lu boleh zoom gak kalau masih gak susah nak nampak.Kat website ni memang dah tersedia ada belambak-lambak majalah dan buku buku fesyen,shopping,travel,seni dan apa benda pun citarasa lu orang la.Yang lagi buat benda ni boleh bla,lu boleh upload apa apa file PDF lu kat website ni dan jadikan ia satu naskhah E-Buku yang coooool as fuck!.gua ada amek satu fail PDF dari planetebook.com
dan jadikan buku friedrich nietzsche bukan sahaja FREE,tapi juga COOOOOOOL AS FUCK!