Sunday 6 September 2009

Kemandulan Asas Sosial Negara: Episod dua; Abang Long Mengamuk Dihadapan 2 Khalid dan satu Ma'am


Salam Semua,

apa cerita, aku bajet korang pon dah jemu dengan kesah kesah yang berlaku di bulan puasa. pada segelintir ada yang kesian melihat kaum yang di tindas. Bagaikan bangkai kepala lembu di guling dari satu tempat ke satu tempat dan kesatu tempat yang belum pasti lagi. Segelintir golongan terasa amat hebat apabila mentaliti mereka berasa mereka buat ini semua untuk agama, apatah lagi bulan puasa ini, nafsu untuk konon nya meneggakkan shiar islam bukan main lagi, kalah osama ben laden. Mufti mufti negara pon tahu bila time rileks dan bila nak buat kerja.. dari pandangan yang tidak mengambil endah tentang kejadian di shah alam baru baru ini, sememang nya seperti kemandulan Asas Sosial Negara/Negeri.

So apa yang kita boleh buat untuk negara/dunia semasa kita hidup ini??

Sememangnya semua kaum adam dan hawa ingin untuk berbakti kepada semua benda hidup. bak kata Trostsky, "for mankind", seperti juga motto universiti aku, "for mankind". tetapi, otak setiap manusia akan di penuhi dengan konfusi dan kuasa masing masing agak infinitesimal atau tidak tahu apa limitasi. Pendek kata, mereka semua gagal atau despair.

Minat yang berbeza, latar belakang yang berbeza, mentaliti yang berbeza dan kebanyakan diantara mereka agak Liable terhadap agama dan spiritualisma masing masing kerana tidak mempunyai impian yang sejagat.

apabila kita berfikir panjang tentang masa hadapan, kita pasti akan terasa kita tidak akan dapat buat banyak atau berbakti untuk masa hadapan. Ini kerana secara automatik kita akan terasa bahawa kita tidak dapat menghentikan benda benda yang tidak di ingini akan jadi pada masa hadapan. Kerana, kuasa kuasa luar dari kawalan sendiri sememangnya bukan nya mudah untuk di padam kan seperti memadam kan lampu sebelum tidur.

Sememangnya edukasi bukannya cara yang ideal untuk mengubah nasib masa hadapan. cara yang rebel ala Ali la Pointe sememang nya diperlu kan untuk asas sosial negara bernafas kembali.

Menurut filosof Ali La Pointe,

1. Kita beramai ramai seharus nya mengiktiraf bahawa, asas sosial negara sememangnya rosak. Dan cara perubahan atau perombakan sistem asas sosial tidak akan berlaku pada suatu hari atau ke-esokkan harinya.
2. Perubahan aspektasi. Kita tidak seharusnya berfikir tentang generasi akan datang. Tetapi, pada waktu atau masa perubahan itu di ingin kan. Iaitu, Sekarang. Bukan besok.
3. Pekara pertama yang kita harus lakukan adalah, memastikan kehidupan yang di ingini (tidak semestinya ideal) dan juga perubahan yang di ingini di bumi sekangkang kera ini.
4. Kesabaran dan Keberanian akan mendorong harapan dan juga memberi inspirasi untuk mengstimulasi unsur unsur negatif menjadi tenaga dan passion.

Lu orang buat ar research pasal ali la pointe. kat Peranchis dan negara negara meditereanean memang anggap mamat ni sebagai legend.

banyak agi buku yang di tulis oleh mr Ali time perang algeria dulu. memang deep stuff. Abang Brel sure suka

Jack "tomorrow is yesterday and now will never be forgotten" Lingam

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih jack.
buaran berbakti.

Dari mana?

Analytics