First off, fuck your bitch
And the culture you claim
1Malaysia when we ride
Come equipped with game
chey, gua bajet nanti kalau gua posting ini macam 2 pac dan konco konco nya sure datang mintak blog ni suruh kita bayar royalti pasal guna tag line lagu maut diorang. Anyways? Gua tak bovverd (bothered) ah geng. Isu benci membenci antara adik beradik dari benua yang serumpun ini sememang nya telah lama di bendung dan kes kes ini hanya tunggu masa saja untuk meletus. Nampak gaya macam dah meletus. Provokasi King of Sapu untuk menyapu Malaysia sebijik seperti ledakan "annihilation of jews" semasa perang ke2 dahulu. Lu cuak ke beb? Gua agak cuak juga. Tetapi takde hal la kan. Biasa la, adik beradik yang sering sahaja mengusik dan mem-provoke semesetinya sebuah lumrah keluarga. Macam la lu tak pernah nak usik adik kau bai...
anyways, apa cerita ni kata kita cilok budaya budaya yang disanjungi besar? Apa salah kongsi budaya ? kongsi tuhan boleh la pulak kan? Tak paham betul aku dengan sikap sikap ethnocentric yang terdapat didalam budaya orang asia. Tapi nak buat macam mana. Penduduk asia adalah sememangnya golongan ethnocentric. Dalam buku management yang ditulis oleh Richard L. Daft, secara saintifik nya golongan golongan dari asia mempunyai sikap ethnocentric. Ethnocentrism merupakan sebuah budaya yang memandang rendah terhadap budaya lain tetapi budaya nya sendiri di agung agung kan. Dari segi bisnes dan juga decision making, ketika membuat business dengan masyarakat asia semestinya unsure unsur budaya mempunyai weightage yang tinggi untuk seorang dari Negara luar untuk membuat investment yang tight. Macam la kes Corning (time raya nanti lu usha la kat kampong lu, majority glassware nenek, tokcik atau makcik lu majority nya dibuat oleh Corning), bukan main lama untuk tauke tauke Corning nak buat investment periuk beb. Unsur unsur budaya mereka membuat business dan model model pinggan semua dipilih mengikut cita rasa penduduk Indonesia yang puratanya setiap rumah mempunyai 2 set periuk procelin.
Contoh contoh enthocentrism di Kawasan Asia yang lain
- Di India, sememangnya orang orang india tidak makan lembu. Lalu pihak mcdonald terpaksa mengubah suai rasa kambing menjadi rasa lembu.
- Di serata asia, syarikat multi national terpaksa mengikut cuti cuti umum seperti nuzul quran, hari raya, hari buruh dan wesak. Kalau tak nanti kitorang ganyang diorang ah beb.
Contoh contoh lain lu orang fikir sendiri la beb.
Apa dehal la nak gadoh gadoh lagi beb, mak gua minang, bapak gua jawa totok. Pak cik gua yang masih menetap di Ponorogo semua nya King of Jawa Kendal. Lu nak makan ayam penyet tak payah nak pegi jauh jauh. Restoran restoran ayam steam roller semua nya senang nak dapat dah sekarang. Diorang takde pon nak kena bayar royalty. Bukak puasa minggu lepas gua makan dendeng. Malam semalam mak aku masak pecal. Memang jawa habis la aku. Kain batik ungu nenek aku masih aku gunakan untuk menunaikan solat. Kadang kadang aku pakai belangkong kalau menziarahi kubur kubur keluarga yang telah meninggal dunia. Seluar katok aku selalu aku pakai semasa tido atau main bola. Rokok gudang garam sememang nya menjadi citarasa kontraktor dan abang abang yang berkerja keras di waktu panas. Masa bekerja di kilang National dulu, akak akak contract dari seberang selalu berkongsi epok epok yang di buat daripada kulit lembu atau pun beras. Perkataan seperti mentong, rewang, jajan, maktok, ngebrok dan rembes masih lagi aktif digunakan oleh keluarga aku sejak kedatangan mariam barko dari Kendal (150+/- tahun lepas).
Lu nak panggil kitorang pelarian dari jajahan Holland? Gua panggil lu orang tali barut Holland. Amacam? Siapa realist sekarang? Kalau lah wali songo hidup lagi sememangnya dia akan keluar fatwa baru supaya menghenti kan segala epokrasi yang tak boleh bla ini.
So bai, gua call segala siapa yang membaca benda ni supaya kita membuat Ngok Ngek dan tak payah nak melayan segelintir golongan ganyang ini pasal
- Tak boleh bla
- Provokasi ini macam adik beradik gaduh.
- Setiap orang mempunyai pendirian yang tegah terhadap budaya dan kesenian (termasuk la orang Malaysia)
- Banyak benda harian yang perlu dibuat selain begaduh.
- Ekonomi baru nak pulih dan kalau nak beli beberapa bijik kapal terbang baru mahal beb,
- Kita semua jawa totok, mongol, bugis, minang, pashtun, nepali, boyan, india, shen, dan banyak lagi.
- Media freedom, cheque book journalism
- Budaya mikro culture? Valid lagi ke? Your call man
Kata kata terakhir, influx imperialism telah lama berlaku dan telah banyak mengubah dasar kemahuan tok nenek kita dulu( seperti idea soekarno untuk membuat IndoRaya) dan jugak hero hero yang terkundas berperang dengan kuasa kuasa imperialism. Sahutan tok nenek kita masih lagi berbuak buak di dalam hati. Lu carik la buku Oriantalism, yang ditulis oleh Edward Said kalau lu nak selidik tentang postcolonialism. Memang sharp tight dan heavy. Lu nak fight mengunakan bendera lama apa dehal? Ingat ini filem star wars ke beb?
Jack Lingam
3 comments:
Itu la caranya orang nak menyembunyikan inferiority complex. Diorang tak puas hati yang kita yang lagi lambat merdeka, yang lagi kecik, yang tak sekaya dema dari segi natural resources ada banyak benda yang diorang takde.
Nak layan orang gila, buat apa? Habuk pun tarak.
LAYAN BLUE BAI
jack, lu massif.
Post a Comment