Tuesday 6 January 2009

2009: Satu Langkah Heavy Untuk Blog Ini

Apa cerita blad? Aku, Kwaidan Tarmizi ingin mengumumkan bahawa blog telah kembali aktif pada tahun 2009. Aku tahu korang akan tanya tentang kehilangan aku. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk cerita sikit tentang kelesapan blog dan blogger-blogger sejak kebelakangan ini. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang taat kepada blog ini. Pada pendapat aku, apabila satu benda/produk/blog mendapat ekpos yang ketara, memang amat sukar untuk memuaskan hati orang yang meminatinya dan maintain gempak dari semasa ke semasa. Jadi kehilangan aku dan para blogger merupakan satu 'hiatus demi kreativiti' masing- masing. Maklumlah, ekonomi semakin lost dan aku pun semakin tertekan dalam kehidupan peribadi aku. Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk bagitahu korang apa telah jadi dengan para bloggers dalam blog ini, dan apa akan datang pada masa akan datang.

So, abang Kwai. Cerita sikit tentang apa yang baru kehidupan dan status para bloggers.
Takde hal, kita mulakan dengan diri aku.

a) Kwaidan Tarmizi
Selepas bertunang lagi, aku mengambil masa untuk berehat dari alam blog ni dan berbincang ngan tunang aku tentang hidup aku, merancang untuk masa depan dan sebagainya. Aku juga telah berhenti bekerja di syarikat lama, kerana ingin membuat sesuatu yang lebih mencabar. Jadi tahun 09 ni, aku tidak bekerja 5 hari seminggu, dan cuba untuk meng-heavykan blog ini. Aku juga telah mengumpul duit dan membeli sebuah akuarium besar untuk letak kat ruang tamu. Kalau korang nak tahu, aku ni suka ikan.

b) Jack Lingam
Jack dapat naik pangkat dalam kerja hariannya, dan juga telah naik pangkat dalam hairaki blog ini, dan dia akan menjadi Vice CEO blog ni. Aku mengucapkan tahniah kepada Jack kerana layan karenah aku dari hari pertama dan tabik atas jasanya dalam blog ni. Maklumlah, aku lebih kepada topik- topik yang tidak se-heavy Jack. Dia kena selidik gila babi, gi temu bual bos-bos besar syarikat bank dan sebagainya untuk bagi korang info paling top. Aku pula hanya temu bual orang- orang ternama di alam rekaan dan pada pendapat aku, lebih senang la handle orang dalam industri rekaan daripada taiko- taiko korporat ni. Jack juga masih tidak berpunya, jadi aku syorkan chikaro- chikaro single tu, kalau minat Jack, make a move la chiky.

c) Shaf Hamdan
Shaf telah tamat kontrak beliau sebagai intern dan naik posisi dalam blog ini sebagai penulis penuh masa. Dia akan menceritakan korang lebih kepada cinta pertamanya, iaitu alam sekitar dan hal luar negara. Aku tabik Shaf atas jasanya juga dan kesabarannya masa dia jadi intern dulu. Jack selalu buli dia, suruh beli nasi bungkus la ni la tu la. Shaf sabar je. Memang dia ni Top Boy.

d) Armaya Maarof
Member ni juga telah naik posisinya sebagai penulis penuh masa. Aku takleh bagitahu korang banyak sangat pasal mamat ni, sebab dia ni penuh misteri, datang opis pun pakai semua hitam, tapi tak pakai celak, kalau pakai celak, memang dah lama gua pecat. Armaya akan tulis lebih lanjut tentang teknologi kenderaan dan sukan, kot. Apa- apa hal, Armaya ni kira macam Bezita dalam Dragon Ball la, turun padang bila perlu je. Kata mat Dark.

e) Ayman Aiseyman
Member ni dah lama jadi penulis penuh, tapi jangan risau atas kehilangannya, sebab dia ni kuat berjelajah dan tahun ni, aku rasa dia akan travel banyak negara kot. Tapi apa-apa hal dia ni memang aset penting dalam blog ni, Jadi aku tabik Ayman atau dikenali sebagai "the youngest top boy" dalam blog ini.

Para blogger lain yang hiatus. Diorang freelancer je. Kalau diorang tak tulis, diorang tolong selidik untuk kita. Cunz.

Jadi, apa yang kita boleh dapatkan dalam blog ni pada tahun 2009?
Banyak blad. Ada segmen-segmen baru dalam blog ni, jadi baca la bingai.

Abang Kwai. playboymelayuterakhir.blogspot.com tu apa?
Oh ya, blog baru ni telah ditubuhkan dan akan bermula aktif awal tahun 2009. Blog ni akan memuatkan cerita-cerita pendek tentang kehidupan playboy-playboy melayu terakhir yang patut mendapat penghargaan dalam masyarakat kita. Blog ini juga mengajar cara-cara untuk menjadi seorang playboy melayu handal, dari segi pakaian, masakan, dan lain lain. Pendek kata, kalau ko nak dapat chikaro, blog ni la akan tolong ko. Siap ada sesi soal jawab lagi. Azman- Azman lain takleh lawan blog ni bai. Tak tipu ko. 

Jadi, oleh demikian, aku mengucapkan selamat tahun baru dan terima kasih atas sokongan anda tentang blog ini. Dan kolaborasi antara blog ni dan blog sharp cat akutakpeduli.blogspot.com juga akan diadakan. 

Wasalam.
Kwaidan Tarimizi 09

9 comments:

mr. hafis said...

gila-gila punya plan ni.
aku tunggu bai.

Anonymous said...

woop bai! lama lu hilang

perghh macam2 plan lu org nak buat baru la sharp

ok wa tunggu semua plan lu org nak mengrevivekan blog ni jgn citer je lebeh beb

Z said...

yeay!

Melayu Minimalis said...

gua jumpa shaf hamdan hari tu.
bai, template design gua camna? guna tak?

groundzero said...

mmg teaser habis, i loike.

kitt said...

gile ah...moving fwd 2009..
cam cmpany aku, nak target another perfect 10 execution..haha

haha...azman2 xleh lawan ek blog playboy tu...

Jack Lingam said...

apa azman2 bodo nye melayu

Anonymous said...

azman la tu la ni la.. are we too close minded to look anywhere beyond ourselves, our local temples or whatever our personal jebus say is rightful? take it easy hemingway

Shafi'e Hamdan said...

chilleks la dalek

ni baru plan dasar je
ko comment cam serious gila

Dari mana?

Analytics