Thursday, 20 November 2008

STD 101




Aku bajet sure ramai tau pasal Sexual transmitted diseases (penyakit yang disampaikan melalui hubungan seks)ni. Tapi aku bajet ramai yang tau benda cam AIDS dan HIV. Ye lah sebab seingat aku masa aku kecik dulu aku selalu dengar AIDS ngan HIV je. 

Ingat tak lagu AIDS/AEDES yang selalu pasang tengah hari kat TV1? Bongok betul gi buat satu lagu pasal AIDS ngan Aedes, takde kene mengena langsung. 

OK! Hari ni wa nak sembang pasal, Gonorrhea (GO-NO-RE-A). Ni penyakit alat kelamin la lebih kurang.

Penyakit ni disebabkan oleh bakteria yang senang membiak dalam alat kelamin seperti di dalam tiub kencing, uterus dan juga tiub fallopio bagi perempuan. (Jangan salah sangka, benda ni boleh jadi kat laki atau awek). Selain yang diatas, benda ni boleh jangkit kat mulut, tekak, mata dan juga anus. Jadi jangan sangka kalau anda menjilat lolipop pasangan anda anda tak dapat jangkitan!

Jangkitan ini boleh berlaku melalui hubungan seks. Anda tak seharusnya kena pancut dalam untuk dapat jangkitan, masuk saje dah cukup. 

Semua orang boleh dapat ke?

YA! jadi kalau nak main orang tu fikir dulu mana die dah letak alat kelamin die tu.

Apa symptom  dia?

1) Ko kencing rasa berapi gila babeng.
2) Kekadang masa ko kencing, ada bendalir warna putih, kuning atau hijau keluar (crack bai)
3) Telo bengkak.
4) Gatal, berdarah anus.
5) Vagina berdarah diantara period bagi kaum hawa.

Yang heavy kekadang takde symptom bai, jadi lu tatau yang lu kene jangkitan until lu pegi check ngan doktor!

Camana nak elakan dapat jangkitan?
1) Jangan main awek/laki ikut sukati
2) Pakai condom, bukan mahal pun, dari ko gelak gelak tengok kat 7eleven ada yang nama tiger la apa semua baik ko beli.
3) jangan main pelacur. memang tak baik pun.

ALAMAK! AKU DAH DAPAT!! APA AKU NAK BUAT???

Lepen ah, doktor lu sure akan kasi ubat. Ni bukan kes ko akan mati Penyakit ni ko boleh ubatkan.
Doktor kasi antibiotics atau penicilin injeksyen sudey.


Yang steady

SHAF-FLE



Wednesday, 19 November 2008

Tikus = Rambo??

Ya memang, inilah tikus. Aku sangat benci dengan binatang ni sebab aku rasa die kotor gila beb.

So story aku ialah, hari tu aku tengah stim lain macam (dapat dam baek), aku bosan ah. Asyik asyik stim dengar lagu atau tengok movie, this time aku stim aku masuk lecture yang disampaikan oleh seorang Professor Zoology (kerja dia belajar pasal binatang). Lecture tu sangap ah tapi tetiba die cakap yang benda yang bagi aku sangat intresting.

Dia cakap, kat negara Tanzania dan Mozambique,  periuk api bersepah ko tau. Jadi, ada seorang product designer dari Belgium, Bart Weetjens, telah pun mengambil sekumpulan tikus untuk dilatih menjadi pencari periuk api. Die cakap tikus lagi senang dilatih dari anjing dan tikus tak sebrat anjing jadi kalau tikus tu berdiri ditempat periuk api, tade benda yang meletup.

Sekarang si Weetjens tengah train 30 tikus yang dipanggil "HeroRATS". HeroRATS telah berjaya untuk clear kawasan periuk api sebanyak 1/4 batu persegi (boleh blah la memandangkan dorang ni kecik je).

Member Weetjens ni sekang tengah train tikus untuk kesan manusia mangsa gempa bumi yang tertanam dalam tanah.

Amacam? Boleh Blah? 
Ko rasa PETA nak bikin kecoh pasal ni ke tak??

Shaf 

Tuesday, 18 November 2008

Snapshot : ekonomi tahun hadapn

so bai, korang semua dah prepare ke untuk tahun hadapan? menurut analyst analyst cabuk, dunia akan menhadapi sesuatu turnaround yang menarik untuk tahun hadapan. ada juga yang menyatakan bahawa kelantikan Obama di amerika adalah sebuah perubahan baru di alam semesta kita ini. iya lah, siapa tak suka pak tam jadi presiden kat amerika. lebih lebih lagi negara negara dunia ke-tiga di mana kebanyakanya tidak ada ciri ciri seperti orang putih. unsur harapan sememangnya penting dalam hidup manusia yang penuh dengan pancaroba ini. apa lagi kalau lim kit siang jadi pm di malaysia. siapa yang tak suka? en? aku rasa abang abang perkida je la kot bai. oleh itu kelantikan saudara obama sememangnya sebuah cara untuk meng-aman kan dunia yang agak mengelegak ini. dengan sistem ekonomi yang agak palat, sistem perhakiman yang agak kalut (eg. tahanan tanpa pembicaraan di bumi guantanamao), dan polisi polisi dunia yang bersayap dollar walaupun ia sepatut nya seimbang dengan sayap tukul besi.

Memang sah dengan motto atau slogan saudara Obama, "perubahan yang sepatutnya". Banyak perubahan yang sepatut nya ada supaya dunia ini menjadi tenang, semua nya o.k, tak perlu berdrama swasta dan yang paling penting lu orang sama aku pon happy.

dengan adanya seorang pak tam di dalam ofis di washington DC. apakah impaknya terhadap dunia? manusia yang putih, hitam, sepet atau sasa akan berasa motivated dengan perubahan sejarah yang di buat oleh saudara O B A M A. sudah tentu bukan?? sekrang semua orang pun akan berasa lebih konfiden untuk buat apa saja? nak rompak bank CIMB guna propane gas pon orang berana apatah lagi merompak teller dengan menggunakan mercun? kita semua telah lihat semua itu sejak kebelakangan ini kesengsaraan manusia di dalam dunia yang serba gelap ini. bak kata kawan aku yang bela kucing kat ofis kata, " kiranya macam dah jumpa pelita dekat akhir terowong la kan bai?"

sememangnya, tahi tahi dan najis najis bush memerlukan jangka masa yang agak panjang untuk di salurkan kedalam jamban dan banyak banyak lagi pekara yang perlu di fabricate untuk menjadikan dunia ini berkembang. apa bisa si pencacai atau si fabricator itu melakukan semua itu dalam term ini? mungkin ia mengambil masa lebih dari itu? tetapi dengan sokongan dan dokongan yang di berikan kepada saudara Obama ini seperti mana dia menang pilihan raya itu, mungkin paling cepat dia boleh bikin/ finetune semua nya dalam masa 2-3 tahun lagi.

oleh itu, keadaan ekonomi yang agak palat ini akan menjadi lebih palat oleh di sebab kan negara China yang muncul sebagai salah satu super power yang agak besar selepas Amerika dari segi bidang ekonomi. 

Sikap semi terbuka china sememangnya  telah membantu perkembagan ekonomi dunia. tanpa china, banyak lagi negara yang konfirm akan meminta bantuan IMF atau world bank. Seperti apa yang telah terjadi dengan Iceland yang meminta bantuan dari pada Russia. Oleh itu, dengan ada nya seorang ketua baru di white house yang boleh buat muka PR macam abang jual handfone, sememang nya memberi wajah baru kepada client nombor satu dan client paling penting yang dapat sustain kemajuan amerika untuk masa yang akan datang.

tahukah anda bahawa pembangunan pembangunan (DALAM NEGARA- Gross Domestic Income) di negara negara utara seperti amerika, peranchis, england, germany telah berada dalam tahap terakhir sebelum perkembangannya mati pucuk? kebanyakan negara ini meng-amal kan dasar penanaman modal di negara asing seperti mana yang mereka lakukan sejak di zaman zaman kolonial. oleh itu sekarang ini, pembangunan yang agak memesat sedang berlaku di negara negara dunia ketiga.

Sebagai contoh, penanaman modal kedalam business kuprum yang kebanyakannya ada di Chile, Indonesia, India, Zambia dan China. kebanyakan konsesi konsesi kuprum di pegang oleh syarikat syarikat besar seperti Anaconda Mining Co. yang merupakan sebuah monopoli kuprum di Chile (mereka kini memegang 6 atau 7 konsesi di Chile juga merupakan sebuah negara yang kaya dengan kuprum). Bukan itu sahaja, walaupun sebuah negara yang kaya dengan Kuprum negara China tidak mempunyai jumlah yang banyak dan beliau terpaksa mengimport kuprum untuk membangun kan ekonominya. Minmetals, sebuah syarikat yang listed dalam Forbes 100, adalah seorang player dalam kuprum di Indonesia. 

Begitulah hakikatnya di dunia dunia ke-tiga, dimana perkembangan yang agak pesat dan tak terkawal telah menyebab kan produksi yang melebih menyebab kan harga harga seperti kuprum menjadi kurang aktraktif (sekarang satu tan -4500 USD, dahulu masa awal tahun setinggi 8000- 9000 USD se tan). dengan kehilangan fokus oleh Amerika yang sejak august tahun ini telah memfokus dalam membangun kan dan menyusun (restructure) sistem per-bank-kan mereka dengan cara cara yang tidak betul (dengan cara bail-out tetapi management serupa). 

bukan industri kuprum sahaja yang terlebih ekspoitasi, tetapi banyak lagi sumber sumber mineral seperti minyak yang telah di eksploitasi dengan selebih nya kerana ketamakan manusia yang menggila kan harga tinggi sesebuah komoditi itu. Dahulu contoh minyak mencecah USD14+.oo tapi sekarang USD 6+.00. iye la bai nak buat adjustment production bukan macam buat adjustment dalam acccounting, dengan sistem foward sale (baca awal punya blog; interview dengan hassan merican). nak buat adjustment satu hal, nak buat contract baru untuk foward concept pun mengambil masa, mana ada orang beli minyak cash bai.

seperti yang aku cakap, banyak lagi komoditi komoditi seperti arang batu, gas, mangan (dah la dekat Buol dekat Kalimantan (lokasi utama mangan), indonesia baru lepas gempa bumi), cobalt, besi, lu cakap je la apa. semua harga komoditi tengah turun selain dari padi emas. Emas je la yang naik sekarang, lu beli emas pun buat apa, bukan dia boleh generate elektrik pon. 

oleh sebab harga komoditi yang agak rendah, ia memang bagus untuk konsumer, tetapi apkah ia bagus untuk pelabur dan juga pengeluar. dengan kemajuan teknologi yang sepatut nya merendahkan kos, tetapi dengan sikap tamak manusia juga telah membawa pemerlahanan ekonomi dunia. jika kita mahu argue pasal teknologi, apa kah teknologi yang paling canggih untuk pengorekan batu bara, chocolite (sumber kuprum)dan apa apa lagi jenis batu? setahu aku tenaga manusia masih lagi di perlukan untuk mengorek arang batu untuk dijadikan tenaga. teknologi hanya  di gunakan dalam pengekstrakan. tetapi kita harus ingat, konsep ekonomiks of scale. juga kita harus ingat bahawa bukan semua pengekstrak mampu memproses sesebuah batu menjadi arang batu atau pun kuprum. selalunya mereka ini akan menjadi trader kepada kompani kompani besar. kompani kompani besar saja yang akan melakukan pemprosesan. jika harga tak menarik trader sudah tentu akan cakap "stock tada" seperti mana yang orang di malaysia sudah experience ketika kepalatan ekonomi kita. mesti ada je yang cakap stok tada kalau lu gi warehouse nak beli konkrit ke apa. en?

jadi apa ke betul dengan encik obama ni? A change we need dari aspek apa? dari segi mentaliti mungkin kita boleh terima tetapi perubahan dalam hati masih jauh lagi.

so what say you?


jack Lingam



Renaissance

SALAM kepada rakan sepejuangan,

wa hari ni baru settle kerja dengan auditor dari E.Y ini hari. tapi oleh sebab syarikat perubatan yang aku kerja ni agak special ada lagi sekor nak datang tuk audit. memang haram lah.  apa apa pon wa nak tuju kan lagu ni tuk semua sebagai pengerak motivasi yang dapat rejuvenate segala blogger di dalam blog ni pasal semua nya layu termasuk aku.

apa apa pun lagu yang ingin ditujui sebuah lagu yang agak lama. tak la lama sangat tahun lepas baru kluar tv. aku ngan si kwaidan tu tgk masa dia perform dekat studio bbc. kat tv ah en.. apa apa pun wa persembah kan lagu yang berjudul "tiada dilema puki" atau dalam bahasa ingeris nya "no pussy blues" yang di goreng oleh abg. nick cave, warren ellis, martin cassey dan Jim Sclav. Mereka semua ni dalam band yang bernama Nick Cave and the Bad Seeds. Tetapi dalam sesi kali ni mereka lebih di kenali sebagai "Grinderman".

musik dia lain macam sikit. nak kata mcm drone bukan drone tapi dia punya treble lain macam, tapi kalau lu nak dengar time time spm ni buat teman memalam buta ok la.. tapi gerenti dapat A untuk subjek yang lu nak amik tuk esok hari nya wa tak gerenti... 

apa apa pun semoga berjaya pada chikaro chikaro masa hadapan, pasal lu orang ni memang harapan malaysia. dan dunia. kalau obama boleh.. tak kan lu tak boleh... 


Monday, 10 November 2008

mana blog?

Harap maklum bahawa, blog ini akan ambil cuti buat sementara waktu pasal nak prepare abang K.T punya angkat nikah dengan chikaro dia yang bernama amanda dollah. oleh sebab itu, ramai dikalang blogger tengah sibuk membantu emak mr.kt, untuk buat bunga plastik.

para sesiapa yang minat untuk membantu untuk buat bunga plastik sila kontak abang KT di

+44(0) 74138496114


Sakian...

Best man win ,

jack lingo

Saturday, 1 November 2008

Single Minggu Ini


Okay, bulan baru ni aku rasa kita patut kickstart dengan single minggu ini yang bergenre doom/noir jazz. Lagu diatas bertajuk Prowler yang dipetik dari album Sunset Mission dan dipersembahkan oleh Bohren & Der Club of Gore. Bohren & Der Club of Gore adalah sebuah ensemble yang berasal dari Mulheim, Germany dan pada aku memang top habis. Hari tu aku ada peluang untuk tengok derang live siap dah beli ticket apa semua tapi sebab venue dia jauh gila dan malas punya pasal aku tak gi. Sekarang menyesal gila.

Lagu-lagu begini sesuai didengar dari pukul 2 hingga 5 pagi bertemankan sebotol scotch (tetiba), bila apa yang ko ingin hanyalah solitude dan ketenangan. Barulah dark sharp. BARULAH REBEL!

Armaya Maaroff

PS: Videoclip ini wajib ditonton. Memang dark.

Dari mana?

Analytics