Selamat Sejahtera pembaca-pembaca BBBBLK. Masih tak terlambat untuk gua wish Selamat Berpuasa kepada semua readers blog ni yang beragama Islam.
Harap-harap puasa lu orang tahun ni tak menjadi palat seperti yang terjadi dahulu kala. Apakah erti kata puasa yang palat? Bukan setakat lu orang drive thru kat restoran Maulana Corner kat Seri Serdang tu, dan kepulan asap menghisap rokok di siang hari dengan kelajuan cahaya akan membuat puasa luorang semua menjadi palat, malah tindak-tanduk kurang bijak seperti di bawah juga akan membuat lu orang semua menjadi seorang yang palat.
Brader Pailang : rasa macam cowboy placing berdiri macam ni.
Tindakan ini merujuk kepada ketidakpekaan sesetengah golongan terhadap sensitiviti kaum lain. Apa kejadah lu orang usung kepala lembu, bawak pergi Pejabat MB, buat demo, bantah orang nak bina Kuil? Siap ugut ada bloodshed bagai kalau bina jugak kuil tu kat Seksyen 22 ke 23 entah. Bukan main pailang lagi.
Memetik kata-kata filusuf Perancis, Blaise Pascal : Men never do evil so completely and cheerfully as when they do it from a religious conviction.
Dan dari apa yang gua baca, buat lepas sembahyang Jumaat semalam, tengah-tengah puasa?
Apa kata lu orang yang sibuk berdemo pasal benda ni sambut sahutan Jack untuk membaca kitab dari langit pada bulan Ramadhan ni? Member gua info gua, dalam buku reference Muslim yang terulung, Al-Quran, Surah Al-An'am ada menyebut yang lu orang takleh suka-suka nak diss Tuhan orang lain, apa kes lu orang buat perangai macam ni?
Perbuatan yang agak kurang waras ini boleh mengakibatkan unnecessary racial tension di kala keadaan ekonomi tempatan yang rapuh. Ekonomi rapuh, masalah sosio-politik, sosio-ekonomi meruncing, ketegangan, hey hey that smells like 1969.
One Malaysia? Kalau mindset macam ini, macam mana lu nak bersatu?
Gua harap sahabat-sahabat gua yang beragama Hindu bersabar, dan fahami, tak semua Muslim macam ni.
Tak elok kutuk orang dalam bulan yang mulia ini, tapi lepas buka, aku harap ko tengok clip ni sambil menjerit "AK ELLA MAMAT NI OFF KEY SIOT, DAH LA ENGLISH PUN BERTERABUR, DARI SEMBAWANG TAPI SWAGGER KALAHKAN ORANG ATLANTA"
Selamat Berpuasa guys,
KT 'mending a broken heart in bulan Ramadhan aint easy'
Apa cerita, aku harap semua en-forme time puasa ni semua. harap harap takde siapa yang telanjur makan pisang goreng time time bulan puasa atau tarik pisang sendiri. harap harap juga tidak ada juga para pembaca yang ketagih minum air soya yang tak bergula time time tengah hari ini jugak.
anyways, gua rasa macam lama la pulak tak feed lu orang info boleh bla tentang filem filem yang heavy, avant garde dan yang epic. terima kasih kerana menunggu pasal gua ada filem pendek yang agak epik jugak ah.
Filem pendek yang aku nak bagi kat lu orang ni berjudul Madame Tutli Putli atau Puan Tutli Putli dalam bahasa melayu. Anyways, filem ini pernah menang Cannes filem festival pada tahun 2007. Tapi gua bajet mesti ramai yang tak tengok lagi cerpen (cerita pendek) ini. Asyik tengok clip cerpen Saladin aja. apa barang, gila tak heavy.
Cerpen ini punya pendek memang lah pendek. hanya 16 minit dan aku berjaya carik kat youtube so, korang tak payah lah berjenuh untuk menunggu filem ini habis download enn?
Anyways, filem ini telah di buat oleh dua pioneer short filem di canada. Satu yahudi hidung panjang dan satu lagi yahudi polish. Chris Lavis (C.L) ngan Maciek Szczerbowski (M.S) ini sememang nya otai sampai pioneer filem animasi macam Michele Cournoyer yang bikin filem ngan Marjan Strapi pon gentar dengan otai Montreal ni beb.
ANYWAYs, filem pendek ini sememang nya epic, heavy dan sharp. Penuh dengan info info udang sebalik batu, sememangnya penonton akan kurang faham apa yang ingin disampai kan oleh CL dan MS. Aku masa first time tengok pon tak faham atau tak dapat tangkap apa yang ingin di sampai kan oleh Pembikin filem ini.
Setelah aku tontoni filem 15 minit ini sebanyak 6 kali, baru la aku faham. Bak kata Manu Chao, " las palabras o grafiti en la calle seran significancia despus seis dias".
Secara rumusannya,
...Kisah Madam Tutli Putli ini mengisahkan tentang pentingnya seseorang itu lari daripada "comfort zone" masing masing untuk membuka minda dan meneroka pekara pekara baru atau lain dari pada pekara pekara normal yang di tempuhi. Seperti juga filem pendek ini, ia mengisah kan pengalaman Madame Tutli yang ingin kan kelainan dengan cara berpindah dari satu tempat lama ke sesuatu tempat yang baru. Konsep Renaissance yang di ilham kan oleh prajurit prajurit eropah sememangnya telah di taburkan dalam filem ini dengan penuh gaya. Renaissance atau Reborn sememangnya penting dalam hidup setiap insan untuk rejuvenasikan daya nafsu, daya pemikiran dan daya kehendak seseorang. Cara Renaissance sememangnya tidak susah di cari, malahan tidak perlu langsung di cari. Kehendak diri atau kebebalan seseorang itu sendiri yang menentukan arah tuju renaissance itu sendiri. Semakin bebal, semakin payah la untuk sesorang itu untuk mencari kesedaran. Dan kebebalan itu juga menentukan cabaran atau ketinggian dinding yang perlu dipanjat untuk memberi kekuatan mental dan kesegaran mental kepada seseorang itu. Di scene terakhir filem pendek ini, CL dan MS telah berjaya menunjukkan cara rejuvinasi yang paling tight dan simple. Kupu kupu itu diibaratkan sebagai Madame Tutli yang lepas daripada cangkungan beban beban nya yang lalu. Semua nya hilang bagaikan dicuri oleh kaki kaki samun. Suspen dan tidak mahu mengalah, akhirnya, mengalah kerana itulah yang di impikan oleh Madame Tutli...
Gua harap lu tak pening.
Enjoy!
Jack " so, dak dak visual MMU, lim kok wing kotek bila nak buat benda camgini? asyik buat, visual yang macam baru makan mushroom atau baru kena LSD je apa barang, baik aku tgk visual kat iTunes sial " Lingam
Kematian Yasmin Ahmad baru baru ini mungkin bagi segelintir umat Malaysia ini seperti kematian romantisma. Bagi Kebanyakan yang lain, mungkin kematian si yasmin hamid ini hanyalah kematian Zulkifli Ahmad. Artikel di akhbar melayu, dengan bangga nya memecah kan tembelang dan mencerita kan segala gala ke-aiban si mati. Bak pepatah melayu, harimau mati meninggal kan kulit, manusia mati meninggalkan nama. Kontradiktori yang di buar buar kan oleh akhbar melayu itu bukan sahaja melampau, malah semata matanya sebuah "cheque book journalism". Siapa sahaja yang tidak tahu tentang si Zulkifli Ahmad. mungkin kah penduduk penduduk luar bandar yang semakin hari semakin di kongkong oleh akhbar akbar yang cara penulisan nya adalah agak sinis untuk pembacaan harian.
Mungkin lah sebab itu Romantisma dikalangan pembacaan pembacaan atau nukilan nukilan harian di negara kita ini di katakan low class, low content dan low visibility of hatred. Lebih lebih lagi akhbar melayu. Nama kan sahaja, berita harian, utusan, metro, harakah, sinar, URTV, Mangga dan yang lain lain. Adakah salah mereka kerana tidak mampu atau lost track untuk membaca majalah majalah yang di import atau kurang fasih membaca artikel artikel dari internet atau masalah membaca dalam bahasa ingeris? Bukan nya ingin membangga kan nukilan nukilan dari majalah majalah kulit glossy di malaysia yang berbahasa ingerris. Kadang kadang aku baca, memang tak boleh blah pon. lebih lebih lagi Off The Edge. Yang baru baru ini sahaja menulis tentah 13 may. Front cover 13 may. Padahal majalah itu adalah edisi bulan July. Kadang kadang, memang dah meluat melihat majalah majalah atau artikel artikel yang mempunyai agenda politik yang tersendiri. Biasa lah, printing medium sememang nya benda yang paling senang dan murah untuk seseorang berhujah. Sama ada secara terus atau berselimut.
Romantisma dalam penulisan di bumi malaysia kini sememang nya lesap. Tandus merupakan perkataan yang paling tepat untuk menerangkan situasi di Malaysia kini. Apa itu tandus? Tandus adalah seperti tapak semaian padi yang kering kontang, dimana tanah nya retak bagaikan ekoran gempar bumi yang baru sahaja meletus 100 kilometer dari pusat gemparan. Kering yang seamat amat nya, hanya hujan dari yang dibawa oleh monsoon timur laut sahaja boleh mengaktifkan dan juga melembabkan tanah yang tandus dan lagi kering dan kontang itu.
Begitulah secara am nya, zaman gelap romantisma di negara ini.
Penulisan yang panas, jenis musik yang sedih tetapi tidak syahdu, lukisan yang terlampau minima dan unsur unsur warna tidak menjadi peranan yang penting, filem komersil yang berunsur penceraian dan masalah komuniti dan masalah keluarga. Sememangnya mereka semua cuba menunjukan masalah masalah "common" di bumi malaysia. tetapi apakah solusinya?
Tiada makna nya? semua nya hanyalah selama lama nya hanyalah hiburan untuk gelak tawa. Macam dulu bila aku tengok cerita bohsia mahu pun remp-it di panggung wayang. last call, moral cerita itu adalah kematian. hidup dan mati itu ajal manusia, manusia imortal tiada tuhan. tanpa manusia, siapalah tuhan? oleh kerana ada nya manusia, adakah menghadap tuhan di akhir hayat itu sepatut nya di jadi kan moral untuk perkara yang di sangka kurang moral di mata khalayak ramai? Dimana lari nya romantisma di kalangan di kalangan media massa? hilang atau pupus.
itu baru dari segi seni? dari segi komuniti. Janggal tentang 1 malaysia? ada kah kamu rasis? sememangnya rasis di bumi malaysia ini sememangnya, boleh tahan jugak kata nya. aku di besar kan di kawasan yang agak multi-kaum. itu semua nya masa sekolah rendah sahaja. tetapi setelah masuk ke sekolah menengah pula, sememangnya terjumpa dengan golongan golongan yang hidup kaum berkelompok. Budak taman datuk harun, budak seri chempaka, budak taman megah, anak anak lord kampung tunku, dan budak budak baiduri. memang mentaliti dan cara hidup semua berbeza. semangat berpupuk antara kaum sesama sendiri memang lah bukan main lagi. di situ la rasisma yang aku penah nampak. Nasib baik aku otai skin SHARP dulu. roaming dekat sunway piramid pakai trenchcoat time panas dan kasut doc mart yang aku angkat dekat cambell memang on ah. so aku kira ok lagi. mungkin kah konsep 1 malaysia ini sesebuah, peng-revive romantisma antara komuniti komuniti yang agak segregated ini?.
Di zaman hitler, konsep kerajaan ke-tiga juga musnah. semua nya di sebab kan tamakkan hitler dan konco konco nya. semua nya taksub atas kejayaan kejayaan yang lepas. masa itu emas. dan emas adalah segalanya. semua nya mahu tunjuk hero dan last call semua kantoi kena serang dari atas bawah, kiri,kanan, depan dan belakang. memang last call otai besar pon tension sampai bunuh diri. Sama juga dengan konsep 1 malaysia. perosak konsep ini adalah dari segi ekonomi yang secara langsung nya akan terletus nya ledakan sosial di bumi negara ini. Polisi yang di dicipta oleh bapa kepada perdana menteri kita sekarang pada 1971. Mungkin kah kunci segala kunci untuk keharmonian dan romantisma negara kita ini akan di bubar kan? atau akan kita lihat kan sama ada kaum yang tidak mendapat kenikmatan dasar ekonomi baru 1971 akan mempunyai toleransi terhadap kaum yang menikmati polisi tersebut? Isu ini adalah sangat penting kerana benda benda sebegini telah diheboh kan dalam mana mana sahaja ceramah politik sejak wujud nya negara ini. Nilai nilai kebencian seperti ini sering sekali di gunakan untuk menggerak kan hati pendengar. memang boring dan sadis.
Jadi, apa kah peranan kita untuk mengharmoni kan segala benda ini. aku pasti lu orang semua pernah bercinta. romantisma merupakan cara baru kita secara beramai ramai maju ke hadapan. kalau ingin hidup berkelompok ala ala firaun sememangnya not the way foward. bak kata yang maha esa...
Here all matters are decided according to the Law of Mukafat (Undang undang firaun). The rise and fall of nations as well as the success and defeat of individuals are due to their own deeds. Whosoever amongst you chooses, can either move forward or lag behind. (The purpose behind the guidance and the struggle between right and wrong is that whosoever wants to move to the higher stages of evolution, can do so by his own effort. If one wishes to, he can stay behind).
Apa kita bulan ramadhan ni kita letak tepi buku buku tebal macam buku "crime and punishment", "the gay science","harry potter", "the wretched earth", puisi puisi pushkin atau yang benda benda lain yang heavy. apa kata kita baca ke empat empat kitab yang di turun kan dari langit.
So akhir kata,
so many have been left out. look around you and think how did they grew up and how did i grew up? the day you realize the surreality of the people around you. the song below does not reflect anything about us. yet.
jack"kelab pencinta alam memang tak romantik langsung" lingam