Friday, 27 February 2009

Patut Filem Ni Menang Oscar Haritu



Ini dia filem animasi arahan Ari Folman, yang merupakan salah satu nominee untuk Oscar baru- baru ni untuk kategori Filem Asing Terbaik. Pada pendapat aku, filem ni merupakan salah satu filem yang paling mantap pada tahun 2008. 

Pendek citer, filem ini mengisahkan seorang mamat yang hilang ingatan dari Perang Lebanon yang beliau lalui pada tahun 80an. Dan dia menjelajah dan menyelidik demi mengingatkan kembali peristiwa pahit tersebut. Filem ini ada adegan lucu, ada adegan sedih dan mesej yang disampaikan pada akhir filem ini amat mendalam. Lebih lagi, animasi filem ini sharp nak mampus jadi kalau saya membuat keputusan Oscar haritu, filem ini dah juara dah.

Carilah DVD filem ini di internet atau cuba 'stream'. Kalau tak boleh, aku syorkan korang gi Taman Tun berdekatan Restoran Muhibah, sebab sana terdapat koleksi- koleksi DVD sharp. Tak pun kat Jaya One. 

Sekian,
KT

Lindsay Lohan Digambar Oleh Hedi Slimane




Ini dia gambar Lindsay Lohan, pelakon Mean Girls dan selalu kecoh kat media pasal hubungan dia ngan DJ Samantha Ronson la, dia ni kaki dadah la dan sebagainya. Aku tak suka sangat dengar pasal orang, tapi pada pendapat aku Lindsay Lohan boleh bla atas perangai dia yang tak hirau kata- kata orang. 

Gambar ini diambil oleh Hedi Slimane, bekas pengarah kreatif Dior Homme, dan kalau bebudak skinny jeans nak tahu, dia lah bertanggungjawab untuk memasarkan jeans- jeans ketat ko sampai ko nak cari merata tempat, tapi last call ko gi tapper atau gi Topman sebab ko tak nak aim high untuk Acne, Dior Homme mahupun Balenciaga. Dan juga pakai kasut Supra sebab Diet Butcher Slim Skin mahallll la broooo *buat muka sedih*

Aku post gambar ni untuk merehatkan minda korang atas perbualan heboh economic culture dari post Jack Lingam. At least pompuan boleh lawat blog ni sekali-sekala kan?

Yang always sharp,
KT

Thursday, 26 February 2009

Single Minggu Ini



Francis and the Lights- The Top

Amacam semua? Setahu aku, korang mesti dah serik dengar alasan aku asal aku asyik tak menjalankan tugas. Kalau korang nak tahu, pendek cerita, aku kena pergi berubat sementara, doktor kata aku mengalami tekanan jiwa yang sedang atau dalam bahasa orang putih Mild Depression. Aku kena la telan pil dua tiga biji sehari dan cuba mengembalikan tahap kesihatan aku seperti normal. Alhamdulilah, sekarang aku dah 'back sharp' jadi korang akan dapat post dari aku sehari sekali. 

Aku taknak buat korang down la pulak, jadi aku mulakan post pertama aku dengan single minggu ini. Kugiran ni berasal dari New York dan pada pendapat aku, diorang boleh bla. Diorang ni bukan jenis kugiran-kugiran 'tapis' lain. Ko tahu la muzik sekarang, semakin bertapis bunyi dia, takde yang real. Tekan sini kalau ko nak tahu lebih lanjut pasal diorang. 

Macam impian orang gak ah ditapis. Tak mampu nak beli Lanvin, terus cita- cita nak beli kasut Supra je. Nak impikan benda, beli yang paling sharp. Baru ko target tinggi, betul tak Jack Lingam? Dengar- dengar target baru ko sharp gak. Aku tengok pun pening ngan ko kena pukau. Arahan Clint Eastwood okay tak dalam citer ko tengok kat wayang haritu? *peluk kuat*

Sekian,
Kwaidan 'sharp shooter' Tarmizi

Sunday, 22 February 2009

economic culture: ape hal lu mat?


"Germany.
Gua tak pernah pergi. Tapi gua teringin nak pergi. Tapi gua tak tau cakap German. Yang gua tau cakap hanya Deuscher Fussball Bund dan Gutentag.

How it took them only 60 over years to re-emerge as another economic powerhouse.

Aku rasa Malaysia is lacking the economic culture. At these turbulent times, maybe you can point out and share what Malaysia could have done better in terms of handling the economic downturn. Maybe there are some traits of Germany that we can instil into our economic ways. I mean, stop trying to beat Singapore. Look further. 

Mungkin kau boleh tulis sikit?

Stop all those political shites, not worth thinking about them."

salam fren, 

sudah sekian lama aku mendiam diri tapi kini aku dah onform 30% dah pasal smalam dapat jumpa sorang chikaro melayu yang baik punya. mana lagi nak cari awek melayu yang kaki pernah kena ekzos moto bai..susah mau cari sekarang..

anyways, aku dapat komen daripada avid reader kitorang yang top gak.. soalan nya mmg membuat aku lama untuk aku merenungi nya. kata nya dari statement yang aku copy paste dari komen nya  dia kata malaysia ni kurang ekonomik culture lepas tu dia suruh aku bagi pendapat mcm mana nak handle kegawatan ekonomi ini sendiri. lepas tu pulak dia bagi cadangan mungkin kita boleh follow style german pulak. 

budaya ekonomi sememang nya ada di dalam jasad seorang insan. mahu pun melayu, india, cina, bugis, jawa totok, minang atau iban. nak kata lebih atau kurang itu aku tak tau la banyak mana en. tapi mesti ada. oleh di sebab kan pada zaman 1980, waktu zaman pemerintahan en. mahathir, dia telah mengubah polisi pandang ke timur. kiranya, benchmark kita dulu jepun, taiwan, korea, macau (judi -mcm kat genting) dan negara negara lain di timur. pendek kata era industrial pun bermula. kita pun mula la buat kereta proton, buat kilang simen, dan mcm macam la.

pada waktu sebelumnya, mungkin kita tanam padi, tanam nenas dan bahan bahan agriculture. fokus pada waktu itu sememang nya kepada heavy industri dan banyak special purpose fund di lancar kan. pendek kata macam Boom IT ah.. Malaysian debt venture ( MDV) dapat duit bank negara 1.6b tuk bikin contract financing untuk syarikat syarikat IT di malaysia. tapi masa zaman industrial revolution malaysia aku rasa dulu lagi banyak fund fund yang menarik tuk tauke tauke kontraktor, tauke simen, hicom, proton dll.

oleh di sebab kan banyak sangat incentives untuk sektor perindustrian, orang pun makin ramai berpusu pusu untuk membuat biznez bizznez yang dalam sektor ini sampai kan mereka lupa pasal sektor lain seperti agriculture. mcm program felda ah bai, lu bagi duit lebih sikit kat pakcik pakcik yang dulu tanam manga durian rambutan koko dan lain lain tapi sekarang semua tanam sawit sekarang. 

nak kata orang malaysia kurang economic culture mmg tak ah.. pasal kita ikot mana duit pegi. itu mmg driver nombor satu economic kulture selain inovasi, creativiti dan yang lain lain lah... klu buat benda yang tak boleh buat duit buat apa en? mcm mana nak sara anak bini kat umah? tak kan ari ari nak makan umah je? kene la singgah sebulan sekali kat rosdad, kampung baru kene tomyam sikit en?

nak kata kita ni kurang inovasi atau kreativiti tak boleh jugak. pasal setau aku kita mmg pandai buat keropok lekor, ikan masin, udang kering, tempe dan lain lain. cuba ko bagi kacang soya dekat orang amerika(biggest producer of soy). nak suruh diorang buat kicap pon kena tiru  cina bukit. apa lagi kalau buat tempe. aku rasa tempe pon diorang tak penah terpikir nak buat en?

oleh sebab zaman perindustrian kita ni kebanyakan benda yang di guna kan atau di joli kan oleh tauke tauke besar adalah beli mesin. tetapi yang kurang nya R&D. mungkin kita banyak R&D pasal kelapa sawit atau R&D benda benda biotech. tetapi, what happened to the inventors of mesin parut santan kelapa? sekarang nak crane pon kena import. tak penah aku tengok crane atau skylift buatan malaysia. tadi call tanya sewa skylift 60 metre berapa mamat tu kata RM 7000 . apa cerita? kesian tauke tauke tangki kat malaysia. nak sewa pon kena sewa kat singapore dan siam. pendek kata, technology development atau technology transfer dari segi buat heavy machineries takde ar en? iye la. lu pon tau kat kilang kilang satu hari nanti robot yang akan take over. tapi lu research pasal benda yang niche apa cite? nanti sapa yang nak pasang brick and mortars bai. mungkin dari segi itu kita kurang ah. tapi klu nak low cost manufacturing mmg sakit ah lu nak bayar gaji 5000 orang lain ah kita ni idop mcm orang kat afrika. tapi klu ari ari makan ayam, daging dan ikan, mcm mana nak sara diri bila lu bagi gaji yang agak sengkek lepas tu idop malaysia yang penuh dengan benda benda buatan asing. huiyo takdapat beb. orang nak keje sapu sampah pon pikir 10 kali bila nak sign contract. bila bangla atau abang nepal datang kita bising. kata chow kit macam delhi la apa lancau. 

mungkin kat malaysia ni di penuhi dengan dugaan2 adegan adegan cepat kaya macam bintang bintang hollywood, dan suka sangat buat comparisson dengan orang lain. sebagai contoh germany. mana boleh compare ngan germany mr faizal. diorang dulu brentton woods dah back up bagi duit dan semangat post war mana boleh compare dengan semangat wawasan 2020. takdapat jek. 

mungkin apa yang kurang adalah inspirasi di kalangan orang orang malaysia. tapi kalau semua nak jadi bill gates, norman foster dan lain lain agak susah juga lah. dengan pemimpin pemimpin yang berpikaran beruk, heroin cite blue, katak dan yang nak jadi raja mmg susah la kita semua nak maju. we are just peasants on their eyes. kalau lu nak jadi champion, lu kena la cari inspirasi sendiri. tak kan nak tunggu PM decalare wawasan baru, baru kau nak motivated. susah la macam tu.


yang benar,

jack "angau awek cun" lingam

Thursday, 19 February 2009

Bernas

2 orang pelancong mat saleh gerak gi tokyo. Derang nak record scene dalam restaurant sushi yang dorang makan. Inilah hasil ideal yang simple tapi menjadi




Wednesday, 11 February 2009

katak jalan alor

salam fren? mungkin ramai dah tahu dan dah jemu tentang cerita cerita politik malaysia sejak akhir ahkhir ni en?... aku pon dah agak give up dah jugak dengan situasi situasi ni bai... nak kata katak ada misai, nak kata kangaroo poket seko seko takde anak, aku fikir mereka ini serupa beruk yang tak tak tau berdiskusi.. cuba tgk mcm abang karpal singha, dia kata anwar patut turun dia direk je ckap... takde arr nak melompat atau cabut negeri...

APA pendapatan lu orang ha fren?


Tuesday, 10 February 2009

lagu heavy minggu ini: Nona Asiah & Ismail Kassim

http://www.youtube.com/watch?v=vZZDyg6LB5k


lu orang kene usha link atas ni bai... mmg heavy..

enn..


Jack "sorry fren lama tak posting" Lingam

Sunday, 8 February 2009

SIAPAKAH??? (Teaser www.playboymelayuterakhir.blogspot.com)




Siapakah identiti top boyz ini?? Adakah mereka kelihatan seperti sharp cats?

Sms: 
"Topboyz 1" ke 88888 untuk Mr. Kwaidan "aku happy ngan tunang aku" Tarmizi

"Topboyz 2" ke 88888 untuk Brader Jack "aku kerja keras" Lingam

"Topboyz 3" ke 88888 untuk Mat SHAF-le- Hamdan

"Topboyz 4" ke 88888 untuk  Armaya "rebel 101" Maaroff

UNTUK MEMENANGI SEBUAH JAM TANGAN LICORN!

Dari mana?

Analytics