Sunday 6 December 2009

Persoalan 101: Patut kah Chin Peng di benarkan untuk bersemadi di Sitiawan?



“Saya lahir pada tahun 1920, Malaya masa tu. Lahir di kampong Bangau parit seberang Temerloh Pahang. Kemudian saya bersekolah melayu sampai tahun 6. Pada masa itu saya telah dilatih menjadi guru latihan. Tapi kebetulan pada masa itu, emak saya meninggal dunia. Bila meninggal dunia, itu pikiran sudah lain lah. tak mau mengaji lagi. Kemudian keluar dari mengaji, Masa itu british, saya masuk tentera itu tentera.. sukarela atau askar volunteer dan semasa jepun masuk Malaya masa itu saya penah mengambil bahagian dalam petempuran pertahan kan Malaya saing dengan british di Kelantan. Pengkalan Chepa. Tapi tak berhasil lah, kemudian orang putih lemah lah undur sampai ke johor bahru.

Kemudian orang putih nak bawak saya ke Singapore. Tapi saya tak mau, lalu saya lari balik kampong. Tahun 1941 orang jepun memerintah Malaya. Penghulu kampong nak hantar saya pergi ke Burma sama sama dengan askar jepun. Saya tau sikit sebanyak lah. Jepun membina jalan raya di Burma. Jadi, banyak orang orang yang di hantar itu mati, lari separuh japun, mati kena pelbagai penyakit Jepun macam tu lah.

Saya pun register masuk polis jepun

Kemudian jepun surrender, orang putlh balik semula. Memerintah semula, 2-3 bulan gituh lah, orang putih menangkapsaya dengan tuduhan berkerja dengan Jepun. Ada aduan dari orang, saya kerja semasa jepun ada pukul orang lah katok orang lah macam macam lah. Orang putih bawak saya ke mahkamah. Kat temerloh masa tu.

Dia Tanya “kenapa mu kerja dengan jepun?”

Saya Tanya “kenapa mu lari? kenapa orang putih lari, sekarang orang putih cabut lari saya kerja dengan Jepun nak tangkap saya, ini tak ada undang undang”

waa dia berkeras lah, dia bagi saya satu tahun di taiping....”

Pak Kasim (1920 -2009) @ Chulaborn, Pattani


1. Semua pun tahu isu hangat sejak akhir akhir banyak berita tentang permintaan dari pada Chin Peng dan juga rakan rakan seperjuangan mereka ingin pulang ke Kampung halaman sebelum masing masing menemui ajal. Gua ada jumpa video terbaik punya untuk lu orang menganalisa situasi yang berlaku ke atas komuniti Parti Komunis Malaya di Utara Siam. Patut kah mereka di berikan pengampunan oleh mohor mohor besar? Mari kita renungkan.

Link 1 Link 2 Link3

Link 4 Link 5 Link 6

Video di atas berjudul "Apa Khabar Orang Kampung" sebuah filem yang di buat oleh Amir Muhammad (seorang pembikin filem yang namanya agak masyur dikalangan Kementerian Dalam Negeri.

Akhir kata, mari kita renungkan sonata siam yang sudah di alih bahasa ke bahasa omputih...


"I cannot weep, but my heart bleeds, I am cursed to carry out this oath. Farewell..."


Sekian,

J.Li

1 comment:

Perempuan Pemimpi said...

ada sumber mengatakan, mendiang bapa chin peng sendiri tak nak terima chin peng balik. chin peng pula nak dikuburkan di sebelah kubur bapa dia. camana tu.

berkubur je la kat siam tu. sama juga.

Dari mana?

Analytics