Thursday, 26 November 2009

Persoalan Monarki: Patut atau Tidak Patut?


Salam 1Malaysia,

Baru baru ini abang jack telah di beri link tentang satu artikel yang ditulis oleh seorang gadis PhD dari cambridge yang berjudul "questioning the monarchy". Nak kata artikel yang di tulis merupakan satu artikel yang kontroversial, tak la jugak. pasal persoalan tentang monarki semangnya telah wujud dalam hati setiap insan yang mempunyai kad pengenalan malaysia. Tak kira yang legam, sawa matang, sepet mahupun yang bertoncet persoalan tentang monarki telah wujud sejak zaman kesultanan melayu di muka dunia ini. Bukan saja di dunia, malahan di mindanao, britain, afrika, india dan juga china persoalan ini merupakan persoalan sosial. Pendek kata bak kata Charles Degout "l'argent parle bien que nous" atau duit boleh berbicara lebih dari manusia.

Setelah beratus tahun di dunia ini, tidak banyak kuasa monarki yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Di Peranchis, kepala louis di penggal di gunakan sistem yang di cipta oleh tok moyang kerajaan louis. Di Afrika, kerjaan zulu di steam-rolled oleh askar askar Flanders dan kuasa kuasa imperial yang lain di sebab kan kekurangan senjata moden yang mepunyai "killing rate" yang tinggi. Di Filipina, kerajaan Melayu dan kerajaan Sulu di bubar disebabkan umat umat pinoy yang lebih gemar untuk hidup lebih panjang daripada mempertahan kan nasib nasib raja raja dan agama, oleh itu operasi konvertasi membuak ketika pendudukan spanyol pada satu masa. Di Germania, kerjaan terakhir otto von bismark terpaksa dibubar kan akibat ke-egoan rakyat jelata yang ingin menebus maruah setelah kalah perang. Di Russia, keluarga Tzar cari hingga ke lubang cacing akibat jurang kemewahan antara raja dan rakyat serupa graph yang mempunyai kecerunan = infiniti.

Persoalan yang di cetuskan oleh saudari Rachel dari cambridge itu boleh dikatakan kurang keras walau pun persoalanya semua relevan. anatara persoalan yang di cetuskan berunsur

  1. budget: akibat pembinaan istana baru (RM 1.1 billion)
  2. keadaan ekonomi pada 2008-2009
  3. nasib rakyat
  4. cara britain mengawal dan bebas mengkritik monark mereka
  5. sustaining royal cost
Pada Pandangan Abang Jack
1 & 5. kos pembinaan tidak akan tercetus apabila tiada intention untuk membina. Segala intensi akan membabit kan kos. pendek kata kalau ada siapa rasa nak kahwin pon mesti ada kos, kalau takde rasa nak kahwin kos kahwin pon tak ada. Jadi pendek kata kos 1.1 billion itu tidak boleh lari, apa beza RM 400 juta dengan kos RM 1.1 billion? kita pon semua tahu tahun lepas semua barang harga naik, aku rasa beli teh pon harga naik. ini pulak nak bina istana 96 hektar. variance dia mesti tinggi.

2 & 3. Dengak keaadaan ekonomi yang tergugat pada tahun 2008-2009, sememangnya banyak mengubah minda class pertengahan (middle class) supaya berfikir dengan lebih was was dan lebih kritikal. sememangnya benar. Di negara yang mempunyai kelas pertengahan yang tinggi, Malaysia tidak lari seperti di britain, di amerika, di singapura, di thailand dan juga dimana mana tempat yang menghadapi masalah ekonomi pada tahun 2008-2009. Dan persoalan tentang budget yang makin sengkek dan pemotongan benefits sana sini semestinya membuat kan kesemua orang kurang senang. apatah lagi bila sesetengah budget yang kurang penting pula tidak dipotong. Lebih lebih lagi pula apabila ada berita seperti Federal Reserve tidak approve bonus untuk orang orang besar di AIG setelah Federal Reserve telah buy out AIG daripada pupus. Sememangnya orang yang membaca berita atau artikel itu telah menjumpa model "people orientated" pendek kata "for mankind". Jika Amerika yang dihina dan di caci boleh buat macam itu, kita pun boleh jugak lah.

4. kebebasan rakyat britain untuk menyoal sistem monarki mereka sudah memberi lampu hijau untuk menyoal sistem monarki. di malaysia pula berbeza. walaupun kedua dua mempunyai sistem monarki yang ber konstitusi, tetapi isi kandungan konstitusi jauh berbeza. Persoalan itu seperti menyoal harga minyak, contoh asal harga minyak di venenzuela jauh lebih rendah dari harga di malaysia.

anyways, gua rasa isu ini dah basi dan gua semangnya detest historian. Dari segi pendirian sendiri, dunia bermula pada satu titik dan akan akhir pada satu titik. Tetapi cabangan diantara dua titik itu adalah berserabut. Jika tujuan sejarawan atau sejarawati untuk membentuk dunia yang ideal sememangnya pergolakan yang benar dan yang salah sememstinya akan terbentuk. Lebih lebih lagi, perbezaaan baik dan buruk itu masih tidak di kentahui oleh sesiapa. Jika sesuatu cara/konsep itu telah di buktikan efektif pada sesuatu zaman (tak kira kuno), tidak semestinya cara/konsep itu merupakan sesuatu konsep yang ideal.

Sains dan teknologi adalah cara kehadapan dan politik harus lah di ketepikan atau paling busuk dibuat cerita kedai kopi dengan pakcik pakcik tua. Selain itu motto Arbeit Macht Frei merupakan motto paling best, tapi bila kerja kerja yang lu orang buat memikir kan pasal masalah, masalah pun akan tiba.

Are the royal families not, according to the precepts of constitutional monarchy, legally bound to the Malaysian constitution, and thus at least financially accountable to the people? Should we, the people, not have some say in how we ourselves are financing our Supreme Heads of State?

I would not consider my tax payments made to the government nor the kings as "financing our supreme heads". It is my obligation to pay tax and once ive paid my tax i have no control over the arrangements made for the money paid to. I may choose not to pay, but how can i make money by not paying any money?


salam 1 malaysia,

Jack "mari kita cari duit dan simpan duit dalam ASB 1Malaysia" Lingam

4 comments:

lolita quarantasei said...

bak kata Engels

" The state is nothing but an instrument of opression of one class by another - no less so in a democratic republic than in a monarchy "

nota kaki: lovin the soviet
propaganda poster!

Anonymous said...

Huh,
Chairman Mao dengan rilek jer bertakhta kat China.Takde monarki cuma autocratic jer.hah!

∴∴∴ said...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/27/nation/5194428&sec=nation

1.1 billion seems like it's just a number with no value.
same like that time it was 400 million.

Anonymous said...

Kalau takde raja, bile lepak kat kedai mamak ko nak kutuk sape duh.

Dari mana?

Analytics