Tuesday, 10 November 2009

ubi telemovie

Selamat malam geng siber sekalian yang rajin membaca. Gua baru-baru ni berkeadaan leka sungguh. pemalas tak terbimbing. Sehinggalah suatu malam tu,syukur alhamdulillah,pemikiran gua diberi rangsangan secukupnya untuk bersemangat semula..apabila gua menonton TV.

Ironik eh.

Mengingat semula,susah gua nak fikirkan filem2 kat panggung yang caya.Dalam senarai pendek gua berkenaan filem2 moden yang boleh dikata bla,gua rasa kebanyakannya telemovie yang hanya ditayangkan 2-3 kali kat tv. Gua pelik siot.Tak berapa faham kenapa. Apakah limitasi yang ada pada pembikinan filem panggung tetapi bebas dinikmati pembikin telemovie? Filem layar perak semua benda produksi cukup ak.Bajet berjuta-juta.Bekal bagi telemovie pula hanya keperluan asas produksi seperti pelakon dan kamera DV je enn.. Gua tak berapa pasti kenapa situasi perfileman kita sebegini.Jadi gua rasa terbaek kalau kita renungkan dan bualkan sama sama kat BBLK.Pembaca-pembaca BBLK kan rajin komentar. Ini beberapa andaian gua.

Apa-apa yang berkenaan duit yang banyak,sudah pasti ada politaik.


Cane nak buat.Bikin filem tu bukan murah.Jadik lu punya vision camane gempak pun atau idea lu unik tahap dewa ke tak kira la geng.Lu nak filem lu tayang kat panggung,lu nak kena member dengan tan sri ke dato jugak.Biasa la.

Penonton
Penonton kita cetek bai.Kalau poster filem tu bukan awek cun ataupun bukan watak bangsa melayu yang terpampang muka dia kat depan sebagai hero,takat 10 orang je la dalam panggung satu hari tu.Gua heran.Kalau mat saleh suka dia.tapi kalau filem malaysia,filem melayu boleh la laku kat tanah air(tu pun susah),tapi kalau bukan filem melayu malaysia,singaporean je kot yang sanggup beli tiket.Ini la yang jadik dengan filem "Sell Out" (click
link untuk trelar) yang reviunya berkepujian tapi sambutannya habuk.

Panggung

Kita ada kawalan kat sini,filem-filem tempatan mempunyai tempoh "Wajib Tayang" selama 2 minggu.Tapi gua bajet pengusaha panggung pun bebulu
terpaksa nak tayang filem orang tak datang tengok.Gua hairan kenapa filem calonan Camera d’Or di Cannes "Karaoke" pula hanya akan ditayang selama seminggu dan hanya akan ditayang di Gsc Mid Valley sahaja.Adala tu crite di sebalik pintu opis The Man.



Sudahla dengan andaian gua..gua bukannya tau sangat..dan bukannya boleh buat apa sangat.Yang gua tau filem2 tempatan sebenarnya banyak yang boleh bla,dan peluang untuk anda melihat potensi filem kita adalah pada telemovie.Kalau kat luar orang kontraskan filem Blockbuster dengan filem Indie,di sini kita berikan tumpuan kepada aliran telemovie.


Yang bikin potong adalah telemovie ni bukan senang nak tonton.Ikut nasib la kalau time tu lu tengah duk depan t.v. pastu elok lak telemovie tengah disiar.Gua hanya bernasib baik dalam berkesempatan untuk menonton telemovie hanya 3 kali.Di mana 2 daripada 3 telemovie yang gua tengok tu boleh bla manakala yang satu lagi tu menghampakan

Gua boleh kongsi link dengan lu salah satu telemovie yang gua sempat tengok suatu lewat malam tu.Tajuk filem tu Antara Garisan.Apa yang menarik dalam filem ni adalah dinamik watak-wataknya,dan juga lakonannya(Noor Khiriah power siol belakon,disupport oleh Sharifah Amani).Citer pasal umat Islam mengambil tindakan sendiri menghukum pelaku maksiat.Caya gak pengarahan filem ni,walaupun ada shot yang kelakar seperti shot celah tangga,penggunaan mis en scene dia agak arty,tapi agak menjatuhkan apabila narrator explain maksud2 mis en scene dlm citer ni(sayang bila direktor merasakan dia harus berbuat begitu).Twist kat ujung skrip ni juga agak menarik.



Satu lagi telemovie layan gua tengok adalah "Orang Minyak Naik Minyak".Sayang video ni dah ditarik oleh youtube sebab wa rasa kantoi bab copyright kot.(jadik wa syor lu layan "Antara Garisan" sebelum ia ditarik gak).Citer arahan Afdlin ni setting dia adalah di penggambaran filem remake crite "Sumpah Orang Minyak" oleh P.Ramlee.Jadik filem ni kiranya cam komentari filem sekarang la,membanding filem lama dan filem sekarang.Watak Que Haidar dilawati "roh" P.Ramlee di set penggambaran dan dia diskolahkan oleh roh P.Ramlee.




Ok.
Teruskan berterusan wahai Top Boyz Sekalian.

2 comments:

∴∴∴ said...

The Man. (berak sembur)

Anonymous said...

macam mana nak layan cerita ni?kat mana boleh tengok?

Dari mana?

Analytics