Thursday 10 December 2009

Keindahan Bahasa Hanyalah Mitos


salam fren, pagi ini ada orang ajak masuk kesebuah group facebook yang di berinama "saya cinta bahasa melayu" boleh kira ada 1,354 ahli la dalam group itu mediskusi kan atau memberi sokongan dan dokongan. setelah selesai untuk memberi nukilan aku kepada group itu, tiba tiba dia kata nukilan aku terlampau panjang pula. dengan itu sesiapa yang ada di group itu, silakan sambungkan lingkaran ini kepada ahli ahli yang menyertai kumpulan itu.

Sekian,

bahasa melayu merupakan nadi pengerak hidup. bahasa melayu banyak membantu saya menempuhi keadaan keadaan yang agak rumit seperti, mengambil peperiksaan setiap tahun sejak dari tadika hingga ke tingkatan lima. tanpa bahasa melayu, apa kah erti hidup di dunia ini, kemungkinan besar, tanpa bahasa melayu, saya mungkin akan belajar sampai darjah 6 sahaja. tetapi disebabkan bahasa melayu, saya lulus upsr lalu ke sekolah menengah dan lulus kesemua peperiksaan. tanpa mu bahasa melayu, apa kah erti hidup?

lihat sahaja sesiapa yang tidak fasih dalam bahasa melayu atau terlalu lewat belajar bahasa melayu? kebanyakan mereka telah membuang masa sebanyak setahun untuk belajar bahasa melayu di kelas kelas peralihan. namun jua, kebanyakan nya gagal akibat pengaruh sahabat pada umur 12-21 adalah amat tinggi. di sesuatu kelas (secara midium nya ada 40 pelajar) dimana majoriti pelajar nya masih terkapai kapai untuk khatam bahasa rumi dan cara pengajaran yang kurang efficient (ini telah terbukti, lihat saja phonetik dan tatabahasa pengguna bahasa melayu dikalangan pengguna kedua [malahan juga penguna prima], boleh dikatakan serabut). tanpa pengajaran yang ilusif dan ekslusif, pelajar pelajar yang masih terkapai kapai itu mungkin hanya akan mendapat 20%-30% proefiyensi selepas belajar bahasa melayu. justeru itu, dalam 5 tahun atau tahun tahun yang akan datang, mereka mungkin akan terkapai kapai lagi untuk memahami apa yang telah di didik kepada mereka dan cara penyampaian mereka akan menjadi lebih songsang. Jadi siapa kah yang patut di persalahkan?

1.para pelajar yang kurang minat untuk belajar bahasa akibat keadaan kelas yang penuh dengan "kos peluang" (opprtunity cost) untuk membelajar banyak pekara baru di luar kelas?

2. guru guru yang mempunyai peralatan yang kurangan dan juga harus mengajar 40 pelajar didalam satu kelas dalam masa satu tahun?

3. ibu bapa yang kurang menggunakan bahasa melayu di rumah?

4. atau sistem pengajaran?

untuk menjadi lebih maju, rakyat tidak sepatut nya memikirkan masalah dalam (batin) negara seperti politik isu socio dan juga isu ekonomi. jika ada itu bererti negara masih lagi bermasalah dari segi kebatinan. apakah fungsi sebuah kerjaan? apa yang saya fahami, kerajaan adalah sebuah badan yang memikirkan dan memulihkan masalah batin dan zahir negara. - kata kata dari ali le pointe, seorang penentang penjajahan peranchis di algeria.

untuk menjadi raja bahasa, hanya 4 pekara sahaja yang perlu di beri fokus,

1. Bacaan
2. Phonetiks (cara bunyi setiap huruf dan perkataan)
3. Pilihan perkataan
4. Pengunaan Tatabahasa

Tanpa bunyi, frekuensi apa yang di sampai kan!
tanpa membaca apa ilmu yang ingin disampaikan!
Tanpa perkataanan yang sesuai, diskripsi akan mejadi kucar kacir!
tanpa tatabahasa, jalan cerita akan menjadi berbeza!
Tanpa ke-empat empat itu, keindahan bahasa hanyalah mitos semata mata.

bahasa jiwa bangsa? salah sekali, jika kini di pertubuhan bangsa-bangsa mempunyai 192 ahli (negara) dan kita masih lagi sibuk untuk menyeru dan juga sibuk menobatkan budaya dan bahasa ibunda.

yang maha esa selalu memberi tahu kepada hamba hamba nya di dunia, dan berkali kali tentang sikap keduniaan yang telah diberitahu didalam quran.

Short is the enjoyment of this world. And the Hereafter is the best for those who do right. And you will never be dealt with unjustly in the very least. Wherever you are, death will find you out, even if you are in towers built up strong and high.”

Sekian,

J.ack Li.ngam

2 comments:

Santi said...

Bahasa adalah jiwa bangsa? Ya. Saya amat setuju.Asas bahasa pada mulanya adalah suatu penggerak dalam berkomunikasi antara bangsa yang sama yang telah diadaptasikan mengikut cara berfikir (kognitif) dan estetik budaya. Walaupun terdapat 192 ahli PBB yang mempunyai bahasa yang berbeza, bahasa merupakan suatu komponen yang amat penting dalam budaya. Budaya pula merupakan tonggak atau 'Grounding/Gerund' dari segi identiti sesuatu bangsa. Walaubagaimanapun saya tidak setuju jika kita 'mencintai' bahasa semata-mata supaya bahasa kita tidak pupus.Penghayatan bahasa memerlukan penghayatan budaya secara keseluruhan. Kekurangan dalam penghayatan bangsa pula akan menjadi kan sesuatu masyakarat 'lost' dan terumbang ambing tatkala bersaing dalam dunia yang semakin kecil ini.

Monolog said...

bahasa hanya tinggal nama, hakikatnya.

Dari mana?

Analytics