Sunday 20 September 2009

selamat meRIUHKAN KAMPUNG.

Wei..
Selamat Hari Raya.Pada orang orang kampung...dan juga orang orang kotaraya yang beraya di kampung.

Chekedaut band tempatan yang agak baru dan mantap 'Alert The Village'. Kasitau orang kampung semua pasal band ni jemput main kenduri kawin.

Selamat bercuti.

Thursday 17 September 2009

Lagu Minggu ini : woo hoo layne Stanley dah mati William DuVall pon OK WEI






apa cite geng.

harap harap semua orang on form dan gua harap mood raya tidak akan menggangu konsentrasi anda sewaktu berkerja dan bersekolah. anyways, gua nak inform lu orang lebih lebih lagi kepada season players yang suka musik ala ala crude grunge.

gua ada dapat info baru daripada boy seattle gua yang bernama roger menyata kan album baru Alice in Chains yang berjudul "Black Gives Way to Blue". Jangan risau beb, diorang tak sell out macam audioslave dan diorang tak main lagu ala ala Blues Geng. Pendek kata, diorang masih stay true macam M.Nasir dan konsep lagu ethnik nya. tapi Dengan si - alice in chains ini pula diorang masih main lagu ala ala era Layne Stanley, masih sharp dan tone tone lagu ala ala seattle boys masih lagi menjadi prinsip no 1. so, lu orang jangan risau la dengan penyanyi baru mereka yang bernama Mr.Will.i.am DuVall. Suara dia memang lebih kurang seperti si arwah Layne. Dan bila lu orang dengar album ni, memang bunyi album ni tak off key macam bila Zach.D chow dari Rage against the machine.

Cerita dia macam ni, setelah 14 tahun mendiam kan diri, Mr Cantrell dan rakan rakan telah buat re-union punya konsert pada tahun 2005 untuk raise fund mangsa mansa tsunami yang meletus dia Acheh. Untuk membuat band ini stay true kepada roots masing masing, Mr Cantrell telah memanggil rakan nya Mr. DuVall untuk menjadi front liner konsert yang telah di ada kan di Seattle. tight beb gua cakap lu. Pada konsert itu, kumpulan ini telah mendapat sambutan hangat dari pada peminat peminat Alice In Chains. memang heavy

Anyways, album 54 minit ini mempunyai 11 lagu yang boleh bla la kira dan gua gerenti lu memang sedap di dengar sewaktu lu orang buat assignment, paperwork, cashflow dan bila lu sasau (pasal suara dia memang STIM BAI).

Album ini di jangka akan keluar pada 29 September 2009. Oleh sebab gua top dan sharp, lu boleh tekan kat sini untuk tibai lagu ni beb..

Pendek kata, album ni memang boleh bla la kira bai..

sapu jangan tak sapu

J.L

Monday 14 September 2009

Snapshot Ekonomi



Amacam kengkawan? Harap harap lu gentle dan jangan sampai terasa nak mengentel pulak time tengah hari yang panas ni. Ada hari tu salah seorang avid reader yang atas nama aming Tanya kat aku situasi ekonomi yang Nampak cam ok tapi ok ke? Anyways Nampak semua macam ok geng. Biasa la, festive season. Semua orang joli bukan main lagi, aku tahun ni siap dapat baju raya sampai 4 helai. Seluar chequered je 2 pasang. Topi Tropicana life ada girl beli kan tuk aku satu tetapi kasut hobbs yang gua nak sau kat KLCC tu bukan main siak. Harga RM 2,020. Memang bikin tekak gua berlobang macam iklan kat atas rokok tu bai. Tapi gua dah promise kat sally yang gua akan beli kasut itu dalam masa yang terdekat ah joi.

Anyways, tentang ekonomi Negara pula, jom kita analyze graf graf yang gua dapat dari top analyst dari bank unta. Tetapi sebelum itu, kita usha dulu indicator indicator sharp untuk long term performance. Apa cite kalau tengok benda lepas aje kan? Prospek masa depan pon nak kena tau gak aaan? Kalau lu tgk benda yang lepas je buat pe beb, lu tak kan jadi top boyz.

Anyways, dalam masa 5-7 tahun akan datang, Negara kita akan menjoli sebanyak RM 61.7 billion atau 17.8 billion USD. Kalau lu rasa itu satu pembaziran yang besar gua rasa lu wrong. Pasal ciput je bai 17.8 USD tu. Budget 61.7 billion tu semua nya approved contracts dan semua nya ada lah public service orientated punya investment. Meh gua selongkar sikit untuk lu punya pengetahuan dan lu boleh la cite lebih besar kat member member lu yang suka cite pasal project, meeting , project dan meeting. Budget 61.7 billion itu meliputi pelaburan kepada

  • a) Pahang Selangor Water transfer
  • b) Klang Valley LRT extension
  • c) Langat 2 water supply scheme
  • d) Bakun Transmission Line
  • e) West coast expressway
  • f) LCCT
  • g) Gemas- Johor Bahru Double Tracking Project

Kebanyakan projek projek ini akan di monitor oleh syarikat syarikat tempatan. 40% dari pada projek ni akan di beri kepada kontenda kontenda dari jepun, india dan Canada. Nampak gaya, kalau lu nak buat business dalam jangka masa yang akan datang, gua bajet lu carik la produk produk luar yang tight lepas tu lu approach la contractor contractor yang di beri projek ini untuk mengguna kan produk produk lu. Gua rekemen lu buat mikro analysis ah sub produk yang boleh digunakan untuk kesemua 7 projek besar ini.



Dari statistic di atas, Negara kita telah mengalami negative growth. Pada suku akhir tahun 2008, Negara kita punya GDP hanyalah 0.9%, pada suku pertama pula lebih kurang -6%, dan -4% pada suku ke dua. Jangkaan aku pada akhir tahun lepas sememang nya bolsai (bullseye) dan Negara kita sememang nya berada dalam keadaaan recession. Jangkaan pada suku ke-3 pula, analyst analyst maut menyata kan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik. Walaupun suku ke tiga masih negative, tetapi trend nya menghadap ke utara. Jangkaan pada suku ke-4 pula, ekonomi Negara akan meloloskan daripada ceiling yang membeza kan negative dan positif. Di jangkan bahawa GDP Negara akan meningkat sebanyak 5% pada suku ke 4. Secara rumusan nya, GDP Negara tahun ini sememang nya akan berada di atas pagar sama ada negative atau positif kita tunggu dan lihat. tapi baunya macam bau negatif je beb

Dengan adanya musim musim perayaan yang bergiat berlaku di Negara, sememangnya banyak pelaburan pelaburan kecil berlaku dengan volume yang banyak. Tetapi jangan lah sangka kan semua nya baik baik belaka. Dengan kadar minyak yang kurang aktraktif di sektor ekspolrasi dan produksi, projek projek minyak yang besar Nampak kurang aktif dan majority operator pelantar minyak semua nya sedang menuggu minyak naik lebih kurang $80 sebelum bergiat aktif semula.

Ini dapat dilihat dengan introduksi produk minyak yang kualiti rendah dan kadar pengeluaran harian semakin merosot setiap bulan. Di kota Labuan pula, kapal kapal banyak melabuh di pinggiran pantai kerana supply kapal yang berlebihan namun kadar pengunaan yang rendah. Bukan itu saja, indikasi seperti “shipment period” (semua syarikat perkapalan sekarang ni semua akan menyinggah ke port A, Port B , Port C dan Port D sebelum sampai ke port Klang, pendek kata memang mereka sedang all out dengan cost saving punya activity) yang semakin lembab juga telah menunjuk kan bahawa secara makro nya ekonomi dunia masih lagi lembab.


Kepada sesiapa yang tidak reti membaca graf, graf di atas itu menjunjuk kan accumulated loans disbursed. Nampak gayanya, sektor perbankan masih lagi lembab . walau bagaimanapun, indikasi diatas menunjuk kan bahawa kadar pengeluaran loan semakin meningkat dengan kadar yang agak terkawal. Peningkatan yang di lihat hanya lah lebih kurang 0.005% boleh di katakana agak slow. Kalau lu tak percaya, cuba la Tanya bapak lu kalau diorang ada mintak loan kat bank ke mana ke. Menurut info dalaman aku, kebanyakan wany yang di keluar kan ini lebih kurang 70% adalah terdiri daripada program program microfinance oleh syarikat bank. Lu nak tau apa itu mikro-finance, lu tengok ah cerita “yes man”. Anyways, kebanyak kan loan loan ini di saran kan kepada pembeli pembeli kereta. Kita pun tahu sejak kebelakangan ini semua benda lu nak beli boleh pakai credit. Konon nyaa di sebab kan oleh keadaan ekonomi yang menusup kalbu tat kala masyarakat. Sememangnya benar, kempen penjualan kereta nasional seperti MyVi semakin meningkat, kadar pembelian proton juga meningkat. Lu nak beli kereta sekarang tak payah bayar down payment pon tak pe bai, semua bank tanggung. Cuba lu tengok graf bawah ni, kadar pembuatan kereta kereta nasional meningkat sejak akhir akhir ini.


Di sektor kelapa sawit pula, harga pasaran sememang nya rendah. Dengan announcement yang di buat oleh Presiden bambang untuk membina Highway highway besar di Indonesia untuk menyambung Bandar Bandar besar Indonesia dan juga menambah output kelapa sawit telah menyebab kan harga pasaran menjadi kurang dari pada RM 2500 se-tan. Namun jua, kadar pengguaan di Malaysia dan dunia semamang nya masih tinggi dan kadar peningkatan harga sawit akan meningkat sebelum pengeluaran kelapa sawit di Indonesia meningkat. Jika anda tidak tahu, Malaysia merupakan pengeluar sawit terbesar dunia dan Indonesia merupa kan pensaing utama Malaysia di dalam industri pengeluaran sawit. Pada julai 2009, stok kelapa sawit di Malaysia, ada lah dalam lebih kurang 100% dari pada kadar pengunaan nya. Persoalan persoalan yang harus di tegar kan untuk memastikan industri Kelapa Sawit menjadi kukuh adalah

  • a) Mampu kah kita menjadi pengeluar terbesar kelapa sawit jika impian Bambang menjadi realiti?
  • b) Mampu lagi kah kita untuk mengawal harga pasaran?
  • c) Menciptaan mesin atau jentera jentera bio diesel bila nak siap? Kerana jika plant plant biodiesel menjadi 100% optimum, kadar pengunaan sawit boleh di diversifikasi kan lalu meningkat kan kadar pengunaan sawit untuk masa hadapan.


Akhir kata, Negara kita kini mengalami deflasi. Tak percaya, lu boleh dapat makan teh tarik dengan roti canai dengan pakej 1Malaysia. Anyways, dengan ada nya deflasi ini, nilai wang yang ada di dalam kocek anda semua nya akan meningkat, jika kejadian ini tidak di kawal, ia boleh member kan impak negative kepada nilai matawang Negara dan secara rawak nya boleh meninggal kan kesan kepada movement import dan export. Bagai mana kah zeti akan mengawal kadar deflasi yang semakin menurun ini? Jika potongan interest yang semakin menjadi jadi, ini akan menyebabkan pelaburan asing di Negara ini menjadi kurang aktraktif dan rating bond Negara menjadi lebih rendah kerana yield yang diberi menjadi kurang. Dengan kadar interest yang sudah rendah ini, mampukah kita me-rejuvinasi kan keadaan ekonomi yang lembab ini?

Lu pikir la sendiri

Sekian,












JACK LINGAM

Sunday 13 September 2009

Ganyang Malaysia: 1jawa


First off, fuck your bitch

And the culture you claim

1Malaysia when we ride

Come equipped with game


chey, gua bajet nanti kalau gua posting ini macam 2 pac dan konco konco nya sure datang mintak blog ni suruh kita bayar royalti pasal guna tag line lagu maut diorang. Anyways? Gua tak bovverd (bothered) ah geng. Isu benci membenci antara adik beradik dari benua yang serumpun ini sememang nya telah lama di bendung dan kes kes ini hanya tunggu masa saja untuk meletus. Nampak gaya macam dah meletus. Provokasi King of Sapu untuk menyapu Malaysia sebijik seperti ledakan "annihilation of jews" semasa perang ke2 dahulu. Lu cuak ke beb? Gua agak cuak juga. Tetapi takde hal la kan. Biasa la, adik beradik yang sering sahaja mengusik dan mem-provoke semesetinya sebuah lumrah keluarga. Macam la lu tak pernah nak usik adik kau bai...


anyways, apa cerita ni kata kita cilok budaya budaya yang disanjungi besar? Apa salah kongsi budaya ? kongsi tuhan boleh la pulak kan? Tak paham betul aku dengan sikap sikap ethnocentric yang terdapat didalam budaya orang asia. Tapi nak buat macam mana. Penduduk asia adalah sememangnya golongan ethnocentric. Dalam buku management yang ditulis oleh Richard L. Daft, secara saintifik nya golongan golongan dari asia mempunyai sikap ethnocentric. Ethnocentrism merupakan sebuah budaya yang memandang rendah terhadap budaya lain tetapi budaya nya sendiri di agung agung kan. Dari segi bisnes dan juga decision making, ketika membuat business dengan masyarakat asia semestinya unsure unsur budaya mempunyai weightage yang tinggi untuk seorang dari Negara luar untuk membuat investment yang tight. Macam la kes Corning (time raya nanti lu usha la kat kampong lu, majority glassware nenek, tokcik atau makcik lu majority nya dibuat oleh Corning), bukan main lama untuk tauke tauke Corning nak buat investment periuk beb. Unsur unsur budaya mereka membuat business dan model model pinggan semua dipilih mengikut cita rasa penduduk Indonesia yang puratanya setiap rumah mempunyai 2 set periuk procelin.


Contoh contoh enthocentrism di Kawasan Asia yang lain


  1. Di India, sememangnya orang orang india tidak makan lembu. Lalu pihak mcdonald terpaksa mengubah suai rasa kambing menjadi rasa lembu.
  2. Di serata asia, syarikat multi national terpaksa mengikut cuti cuti umum seperti nuzul quran, hari raya, hari buruh dan wesak. Kalau tak nanti kitorang ganyang diorang ah beb.


Contoh contoh lain lu orang fikir sendiri la beb.


Apa dehal la nak gadoh gadoh lagi beb, mak gua minang, bapak gua jawa totok. Pak cik gua yang masih menetap di Ponorogo semua nya King of Jawa Kendal. Lu nak makan ayam penyet tak payah nak pegi jauh jauh. Restoran restoran ayam steam roller semua nya senang nak dapat dah sekarang. Diorang takde pon nak kena bayar royalty. Bukak puasa minggu lepas gua makan dendeng. Malam semalam mak aku masak pecal. Memang jawa habis la aku. Kain batik ungu nenek aku masih aku gunakan untuk menunaikan solat. Kadang kadang aku pakai belangkong kalau menziarahi kubur kubur keluarga yang telah meninggal dunia. Seluar katok aku selalu aku pakai semasa tido atau main bola. Rokok gudang garam sememang nya menjadi citarasa kontraktor dan abang abang yang berkerja keras di waktu panas. Masa bekerja di kilang National dulu, akak akak contract dari seberang selalu berkongsi epok epok yang di buat daripada kulit lembu atau pun beras. Perkataan seperti mentong, rewang, jajan, maktok, ngebrok dan rembes masih lagi aktif digunakan oleh keluarga aku sejak kedatangan mariam barko dari Kendal (150+/- tahun lepas).


Lu nak panggil kitorang pelarian dari jajahan Holland? Gua panggil lu orang tali barut Holland. Amacam? Siapa realist sekarang? Kalau lah wali songo hidup lagi sememangnya dia akan keluar fatwa baru supaya menghenti kan segala epokrasi yang tak boleh bla ini.


So bai, gua call segala siapa yang membaca benda ni supaya kita membuat Ngok Ngek dan tak payah nak melayan segelintir golongan ganyang ini pasal


  1. Tak boleh bla
  2. Provokasi ini macam adik beradik gaduh.
  3. Setiap orang mempunyai pendirian yang tegah terhadap budaya dan kesenian (termasuk la orang Malaysia)
  4. Banyak benda harian yang perlu dibuat selain begaduh.
  5. Ekonomi baru nak pulih dan kalau nak beli beberapa bijik kapal terbang baru mahal beb,
  6. Kita semua jawa totok, mongol, bugis, minang, pashtun, nepali, boyan, india, shen, dan banyak lagi.
  7. Media freedom, cheque book journalism
  8. Budaya mikro culture? Valid lagi ke? Your call man


Kata kata terakhir, influx imperialism telah lama berlaku dan telah banyak mengubah dasar kemahuan tok nenek kita dulu( seperti idea soekarno untuk membuat IndoRaya) dan jugak hero hero yang terkundas berperang dengan kuasa kuasa imperialism. Sahutan tok nenek kita masih lagi berbuak buak di dalam hati. Lu carik la buku Oriantalism, yang ditulis oleh Edward Said kalau lu nak selidik tentang postcolonialism. Memang sharp tight dan heavy. Lu nak fight mengunakan bendera lama apa dehal? Ingat ini filem star wars ke beb?


Jack Lingam

Saturday 12 September 2009

Video Clip Hari Ini

Sssup Son?

Mana aku pergi? Aku lama menghilang? Aku saje je malas nak menulis. Plus aku mengambil kesempatan penulis penulis lain yang jauh lagi rajin dari aku untuk menulis sementara aku lepak usha tv main pusat dan goyang kaki.

Anywayz, Video clip kat bawah ni bagi aku memang cantik. Idea sempoi tapi cukup untuk buat kau rasa kesuaman badan seorang awek yang ko sayang.

Ala takkan la lu orang tak pernah jiwang sesorang masa single terfikir "Awek yang mana satu kat dunia ni merupakan cinta sejati aku? Aku tak sabar nak memeluk si dia dan membau kewangian badan dia. Aku nak stroke rambut dia sambil melihat mukanya tersenyum. "

Basically aku rasa lagu kat bawah ni try nak convey message tu ah tapi diwakili oleh tarian warna warna gerak itu (FUYOOO ARTYY SIAL WAAA)

Chow





Ps: Cuba creative industry kita buat vid clip artis tempatan camni. Kan best sikit tengok. Innovative dan Creative. Tapi last call vid clip kita kalau tak dalam semak buat vid clip jalan terbalik. Malaysia aku cintakan comedy kamu.

Tuesday 8 September 2009

Filem Minggu Ini: Bruno

Alright? Pertama sekali sorry kerana terlalu lama menghilang. Aku baru je balik dari menjelajah satu Canada, dari timur ke barat naik kereta lalu Trans-Canada highway. Macam-macam benda sial aku experience. Tapi kalau ko ada kat daerah British Columbia, ko kena try yau kat sana. Memang lost bai! Pastu time ko tengah stim, aku syorkan ko pergi Selat Georgia atau dalam bahasa omputih Straits of Georgia. Dekat je dengan Vancouver. Pemandangan dekat situ memang epic!

Anyways, kelmarin selepas berbuka bersama keluarga di The Curve, aku jenjalan ah masuk MPH cari Monocle bulan ni. Ko tau dia jual majalah tu kat sini RM49! Gila bai harga dia hampir dua kali ganda dari UK, memang aku snappyyy time tu gak. Aku tau ah harga tu memang standard satu Malaysia tapi per cer majalah international harga mark-up gila? Macam mana budak-budak localz nak baca majalah-majalah sharp camni? Takkan asyik nak bertandang kat MPH buat muka tebal duduk bersila baca free kot? Akibatnya mulalah baca FHM, August Man, Clive, URTV, ROTTW dan sebagainya. Apa-apa pun majalah ni semua takleh blaaaahh!

Harga buku bukanlah topik yang aku nak citer hari ni. Ko semua dah tengok filem Bruno? Selepas mengeluarkan filem Borat pada tahun 2006, kini Sacha Baron Cohen kembali lagi dengan filem terbarunya, Bruno.

Bruno mengisahkan pasal seorang fashionista homosexual yang berasal dari Austria. Dalam filem, Bruno memang famous siap ada siri television mengenai fashion yang dinamakan Funkyzeit. Siri television Funkyzeit memang big deal ah di negara-negara Eropah yang menggunakan bahasa German, selain Germany. Tapi selepas member buat perangai di salah sebuah pertunjukan fashion yang dihadirinya, dia terus dipinggirkan dan nama Bruno di blacklist kan di mana-mana pertunjukan fashion di negara-negara Eropah yang menggunakan bahasa German. Sedar yang dia tidak boleh lagi pergi jauh dengan karriernya di Eropah, Bruno dan assistant nya Lutz berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mencipta nama. Tapi bila ko tengok filem ni, ada satu part masa dia buat screening untuk network representatives, part tu intense bai!! 'Dush dush dush dush dush Bruno!'

Seperti filem Encik Cohen sebelum ini, Bruno sememangnya satu filem yang AMAT KELAKAR dan agak controversial. Filem ni memang takkan keluar di TGV dan GSC mahupun panggung-panggung wayang kecil di Malaysia. So kalau ko nak tengok, kenalah beli DVD dari Sungei Wang atau port-port lain yang jual DVD. Apa-apa pun aku recommend ko nak tengok filem ni, tengok sekali dengan mak, bapak, tokcik, nenek, mak ngah, pak long, bang cik, kak cik ko semua kat kampung lepas sembahyang raya, confirm awkkwaaarrrrddd~

Armaya Maaroff

Monday 7 September 2009

Single Minggu Ini: Dizzee Rascal


YAHOO! Brov kita dari Bow, East London telah mengeluarkan single terbaru-nya berjudul HOLIDAY dan damnn! aku still sayang ko DIZZEEE RASCALLLLLLLLLLLL

KT

Sunday 6 September 2009

Hiburan Waktu Sahur: Tonnelage




Salam fren,

lu orang sahur apa semalam. kami dari kem benda benda boleh bla la kira ingin mengucap kan selamat nuzul quran. Kepada sesiapa yang berkerja di Kuala Lumpur, kami harap tiada yang rasa, depress, stress dan kurang beres dengan tidak dapat menyambut nuzul quran.

anyaways, sebelom lu orang gerak gi kerja, apa kata lu orang layan filem pendek ini yang berbeza daripada kartun Upin dan Ipin.

Filem pendek ini asal nya dari russia dan dibuat oleh seorang animator yang bernama Ivan Maximov. Gua warning lu awal awal. benda ni agak heavy dan deep.

Jack" pont d'or" lingam

Kemandulan Asas Sosial Negara: Episod dua; Abang Long Mengamuk Dihadapan 2 Khalid dan satu Ma'am


Salam Semua,

apa cerita, aku bajet korang pon dah jemu dengan kesah kesah yang berlaku di bulan puasa. pada segelintir ada yang kesian melihat kaum yang di tindas. Bagaikan bangkai kepala lembu di guling dari satu tempat ke satu tempat dan kesatu tempat yang belum pasti lagi. Segelintir golongan terasa amat hebat apabila mentaliti mereka berasa mereka buat ini semua untuk agama, apatah lagi bulan puasa ini, nafsu untuk konon nya meneggakkan shiar islam bukan main lagi, kalah osama ben laden. Mufti mufti negara pon tahu bila time rileks dan bila nak buat kerja.. dari pandangan yang tidak mengambil endah tentang kejadian di shah alam baru baru ini, sememang nya seperti kemandulan Asas Sosial Negara/Negeri.

So apa yang kita boleh buat untuk negara/dunia semasa kita hidup ini??

Sememangnya semua kaum adam dan hawa ingin untuk berbakti kepada semua benda hidup. bak kata Trostsky, "for mankind", seperti juga motto universiti aku, "for mankind". tetapi, otak setiap manusia akan di penuhi dengan konfusi dan kuasa masing masing agak infinitesimal atau tidak tahu apa limitasi. Pendek kata, mereka semua gagal atau despair.

Minat yang berbeza, latar belakang yang berbeza, mentaliti yang berbeza dan kebanyakan diantara mereka agak Liable terhadap agama dan spiritualisma masing masing kerana tidak mempunyai impian yang sejagat.

apabila kita berfikir panjang tentang masa hadapan, kita pasti akan terasa kita tidak akan dapat buat banyak atau berbakti untuk masa hadapan. Ini kerana secara automatik kita akan terasa bahawa kita tidak dapat menghentikan benda benda yang tidak di ingini akan jadi pada masa hadapan. Kerana, kuasa kuasa luar dari kawalan sendiri sememangnya bukan nya mudah untuk di padam kan seperti memadam kan lampu sebelum tidur.

Sememangnya edukasi bukannya cara yang ideal untuk mengubah nasib masa hadapan. cara yang rebel ala Ali la Pointe sememang nya diperlu kan untuk asas sosial negara bernafas kembali.

Menurut filosof Ali La Pointe,

1. Kita beramai ramai seharus nya mengiktiraf bahawa, asas sosial negara sememangnya rosak. Dan cara perubahan atau perombakan sistem asas sosial tidak akan berlaku pada suatu hari atau ke-esokkan harinya.
2. Perubahan aspektasi. Kita tidak seharusnya berfikir tentang generasi akan datang. Tetapi, pada waktu atau masa perubahan itu di ingin kan. Iaitu, Sekarang. Bukan besok.
3. Pekara pertama yang kita harus lakukan adalah, memastikan kehidupan yang di ingini (tidak semestinya ideal) dan juga perubahan yang di ingini di bumi sekangkang kera ini.
4. Kesabaran dan Keberanian akan mendorong harapan dan juga memberi inspirasi untuk mengstimulasi unsur unsur negatif menjadi tenaga dan passion.

Lu orang buat ar research pasal ali la pointe. kat Peranchis dan negara negara meditereanean memang anggap mamat ni sebagai legend.

banyak agi buku yang di tulis oleh mr Ali time perang algeria dulu. memang deep stuff. Abang Brel sure suka

Jack "tomorrow is yesterday and now will never be forgotten" Lingam

Saturday 5 September 2009

Bahasa Pasar 101: Mat Tetiba



Masih kekal dengan topik minggu kita hari ini "Melayu Singapore". Saksikan-lah klip / dokumentari ini dan terdapat beberapa "mat tetiba" kat dalam dokumentari bosan ini.

DINEEZYYY! Im richest too!

KT

Thursday 3 September 2009

Hiburan Waktu Sahur



Salam 1Malaysia bro, aku dapat info diorang ni dari Singapore, sama gang ngan Ya Boy pRINZE tu ah. Amacam, Jack Lingam? Teruja tak? FZ aku tahu dah usya belakang takut bini dia kantoi dia tengok toron ni.

Apparently, minah ni kata penyanyi yang nyanyi merdu kat lagu ni, demam bila masa rakaman. So apa pendapat you all huh?

1malaysia

KT 'still in love'

Wednesday 2 September 2009

Mana nak Re-chill atau Ponteng Puasa ?

Adakah anda konfius? stress buat kerja sampai lewat malam sehingga lupa sahur? saja saja nak buat pe'el? atau adakah anda terlampau liberal? untuk tidak menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ini?

Meh sini aku bagi tips tempat tempat untuk rechill dan juga tempat nak ponteng puasa time tengah hari buta?

1. Traders Lounge (MATRADE)


Tempat ni sememang nya epic untuk lu orang nak lelap mata time tengah hari bila lu stress dan tension apabila kakak kakak kat pejabat dah tapau semua tempat lelap mata. Jangan risau beb, dari gambar memang nampak posh, dan exquisite. tetapi time puasa ni tempat ni tutup. So, line memang clear dan budak budak Matrade jarang lepak sini tengah hari pasal konfirm tak dapat bonus raya tahun ini. Sofa yang empuk dan terbenam bila lu orang duduk dan sandar, memang boleh lelap paling busuk 10 minit dan segala penat dan beban akan hilang. Oh ya, abang abang yang jaga maintainence Matrade selalunya ada surat khabar seperti Metro atau pun Kosmo untuk korang mengetahui liputan berita tentang cerita Linda Jasmin yang tengah mengandung.

2. Burger King KLIA



Sememangnya tempat ini khas untuk para pekerja pekerja yang berkerja di Sepang, Cyber Jaya dan juga Putra Jaya. Kalau nak makan kat Alamanda apa cerita, nampak abang yang pakai tux secara tiba tiba akan membuat kan diri anda sedar supaya agar teguh untuk berpuasa. Kalau kat port lain di kawasan kawasan yang sama waktu berbuka pulak lain macam pulak jadinya. Karang kantoi dengan akak akak yang cuti berpuasa pun payah. So nak senang cerita, gerak saja ke KLIA untuk makan mushroom swiss atau double whooper. Pasti lu akan kenyang dan masuk meeting mulut korang tak kan bau air liur kering je beb, sure paling busuk bau Coke Vanilla. Amacam?

3. Kueh Teow Subang Ria? gila beb

Kalau dulu time puasa boleh suruh orang runner atau kalau telor korang besar sikit korang terus runner makan kat sana. Tapi kini nyonya kueh teow tu pon dah cabut pergi kedai Jamal sebab kenaikan harga sewa. Tak kan nak makan sana? memang lu orang kena lecture dengan mamak mamak kat sana. Lebih lebih lagi kalau korang regular pulak kat sana en?

Ada satu tempat kueh teow yang boleh tahan jugak kalau korang nak bedal time tengah hari di bulan puasa ni. Tempat ni terletak nya di Plaza Kelana Jaya. Aku tak ingat nama kedai, tapi bila on the way ke damansara kalau korang lalu LDP, belok kiri sebelum Tasik Kelana jaya kat sebelah kiri korang. Bila dah masuk lengkok ke kiri, first junction ke kiri korang terus belok kiri. Kedai tu kedai cina dan kueh teow dia boleh bla gak. tapi kene bilang kat akak tu supaya jangan letak ajinamoto. Memang syiok bai. Kalau nak lagi syiok, lu order ah telur ceplok (telur tengah cair). Memang leleh bai...



4. Sky Park, Subang

Kalau korang nak lepak minum kopi pulak, aku rekemen lu orang lepak kat Sky Park Subang. Sememang nya tempat ini khas untuk abang abang urban yang suka benda benda post modern dan tempat tempat yang masih bau simen lagi. Semua ada kat Skypark ni, Maybank, tempat urut, starbucks, dan kedai jual rokok. Sememang nya boleh kata heaven lah di bulan puasa ini. Bukan itu aja, nak flirt dengan stewardess pon no hal dan sememangnya chikaro AirAsia memang boleh buat lu nak bersifat nakal aja.



So bai, aku bagi empat cukup la, kalau lu nak tambah port port yang lu selalu buat hal share la..

Selamat Berbuka

jack "bukan jin notti" Lingam



Cerita Pendek Minggu Ini: Los Asesinos





Kabare fren?

apa cite? harap harap semua on form dan tengah stay true dengan uji kaji the real PAFA (macam sebelum amik spm tu dulu), jangan jadi macam aku pulak. Sekarang ni gua tengah lepak kat Ara damansara tengah minum kopi kurang manis kat little Rangoon.

Anyways, aku nak kongsi sikit sebuah short filem yang agak Heavy dan aku bajet ramai gak yang akan lost bila korang tengok cerita yang agak to short to be true dan terlalu immediate ending sequence.

Apa dahal, cerita yang bajet nya sebanyak 1000Usd ini, sememang nya boleh bla la kira. Tetapi nukilan kali ini di tujukan kepada abang Manolo yang sering memberi sokongan dan dorongan kepada blog yang sejagat ini.

Anyways friend, yang aku ingin kongsi ini berjudul Los Asesinos atau The Assasins dalam bahasa omputih, atau si pembunuh upahan dalam penterjemahaan bahasa melayu. Filem ini di bikin oleh seorang aspiring director yang bernama Alejandro Lopez. Takde sapa kenal mamat ni. aku dapat info ini pon daripada one of the top informer dari Cadiz.

Anyways, kalau lu orang memang peminat ernst hemmingway lu orang mesti akan terus clik dengan short filem ini (tetapi aku tak blame korang kalau lu orang tak baca hemmingway, pasal buku kat malaysia ni bukan nye murah macam beli satu packet rokok.). tetapi kalau lu orang peminat quentin tarantino, lu orang mesti akan teruja ringan ringan dengan cara pertuturan filem ini. Boleh di katakan tight jugak lah. tepi untuk low key budget filem 7 minit, sememangnya boleh bla la kira.

Anyways, sila enjoy filem yang back drop dia macam cerita blue yang shoot/main kat dalam pub di southern state. jangan u all terpancut sudah..

Safe

Jack "Li" Lingam

Dari mana?

Analytics