Sunday 31 May 2009

Bahasa Pasar 101: Musim Mengawan

Pe cite fren?

amacam ari minggu lu orang beb? ada on ke tak? aku cam biasa je ah. member aku badul ajak roaming pusing pusing parlimen, jamek, mahameru lastu cam biasa ah, rendez-vous kat dataran ah beb. Tapi lately ni agak tight gak ah, banyak seh otek yang tak pakai baju otek buat checking kat tepi jalan. aku harap lu nye hari minggu boleh bla la en?

Ok bai, bahasa pasar minggu ini adalah : Musim mengawan. 

Contoh Penggunaan:-

taniah dan selamat maju jaya kepada para pengantin yang akan kahwin di musim mengawan kali ini. 

Gila beb, ini hari jalan semua pun jam bai satu malaysia. memang ah budak sekolah cuti bai, tapi bila lu masuk jalan lama, bunga manggar lagi banyak dari bunga pokok durian bai. time cuti sekolah membuat kan kebanyakan orang orang melayu gersang macam musang jantan tak main ngan musang betina 

dan yang last sekali aku saja je nak wish good luck kepada segelintir sharpshooter untuk season kali ini. kita tunggu result dalam 3-6 bulan lagi. shotgunners semua wa tak kira tau bai. Tapi kalau nak partake, dalam season kali ini, lu email aku lu nye tarikh perkahwinan lastu dalam masa 3-6 bulan sama ada telinga atau hidung bayi dalam perut bini lu dah menjadi. All the best ah 

Sekain

Jack "Thonarai" Lingam

Saturday 30 May 2009

FREESTYLE BATTLE JIN VS VERSE

Saje je nak hype video ni dah lama dah. Tapi disebabkan aku rasa rakyat malaysia masih lagi belum biasa dengan battle freestyle usik mengusik (sebab tu kwai ada kes hari tu, member freestyle sesaja kena attack) aku tunjuk video ni. Ye la, takkan nak freestyle do that do that do do that that that kan? tak pun macam inikah? macam itukah? macam, macam inikah?

Dalam sesi mengusik healthy battle ni, Jin kena panggil immigrant, Jin cakap die main isteri mamat tu, usik all out bai depan depan muka. Takde bertumbuk tade sounding. Ko rasa rasa la kan? Jin ngan Verse ada kena sound suruh minta maaf? PEACE!

Kira kalau ko tak faham culture freestyle, camni ah kira. Ko kira gentleman ah, ko usik opponent kau dengan flow yang power, kalau ko usik ngan flow tak power, ko nampak bodoh. Sebab tu ada geng geng die kat belakang yang tak habis habis jerit "OOOOWWHHH!!!" "O SHIETTTT!". Kira tde minta minta maaf la sebab ko punya FLOW POWER BERMAKNA KO THE MAN!

So check it










Shaf bad boys for life

Wednesday 27 May 2009

Buku Lost: Skinny Bastard


Amacam semua? Setelah membaca buku di atas selama dua setengah hari dan membuat kajian-kajian lain, aku bersedia untuk memberi sedikit sebanyak tentang buku ini. Aku tahu blog ini adalah tentang benda-benda yang boleh bla la kira, tapi dari tajuk buku ini, dan penulis buku ini, yang sebelum ini menulis buku  SKINNY BITCH, (yang telah dijual sebanyak 2 juta cetakan)..Hmmm...Adakah buku ini boleh bla? 

*Tiba-tiba Aku mendapat panggilan telefon*

Word up muh-brotha! Apa cer? Ini abang G yo, yang temubual bersama ko dan FZ hari-tu. Aku bengkek sikit la bro, sebab aku try nak temubual Jack Lingam but he's so busy dating and work, yo! That's not tight!
......Apa kau nak bai? Aku tengah nak review buku ni.

Word? Cun! Apa kata kalau aku temubual kau tentang buku itu, dan kau bagitahu aku sedikit sebanyak , yo! That sounds tight, G! I TOLD YOU IM'MA BE BIG ONE DAY!!!
....Semangatnya ko, Ok-lah. Aku tahu ko ni lonely. Perangai je hip hop tetapi sensitif kalah Balada- Balada meleleh di tanah air kita.

So, Mr KWAIDANN YO! Bagitahu kami sedikit sebanyak tentang buku ini, dan siapakah buku ini ditargetkan, uh huhhh!
Secara dasarnya, Skinny Bastard merupakan satu spin-off kepada buku pertama Rory Freedman dan Kim Barnouin iaitu Skinny Bitch. Mereka merupakan pejuang-pejuang prinsip mereka, iaitu memakan makanan yang asli, organik, tidak diproses, tidak diawetkan dan anti memakan produk-produk haiwan, atau haiwan. Mereka ni vegan la kiranya. Kalau ko tak tahu vegan tu apa, ko google. Tapi explanation yang simple, vegan ni tak makan apa apa haiwan atau produk haiwan, hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan tumbuhan- tumbuhan lain yang boleh membekalkan gizi yang seimbang. Apa yang dikeluarkan oleh binatang seperti susu dan telur pun diorang tak makan

Are you serious, dawg?! No KFC? No Burger King?! Gila ah. Aku tak mahu kenal diorang.
Dari awal buku ini, penulis- penulis cunz ini akan menjelaskan kepada pembaca tentang keburukan makanan- makanan yang diamalkan oleh orang ramai. Mereka pula memberi dalil- dalil yang padu, akan kadar kegendutan, kanser dan penyakit jantung di dunia ini. Mereka memfokuskan keburukan makanan-makanan yang diamalkan oleh orang ramai mengikut bab. I,e: Keburukan daging, keburukan susu, keburukan bahan-bahan pengawet dan sebagainya.

Memang lost. Bab tentang keburukan penyembelihan ayam dan daging tersebut memang akan membuatkan ko rasa janggal sebentar sehingga hendak muntah. 

Susu atau produk dairy juga telah dilabelkan oleh mereka sebagai pembunuh orang ramai dan juga pembunuh kemaluan lelaki ( kebanyakan kes kanser prostat disebabkan oleh produk dairy ).

Mereka juga mempamerkan atlit-atlit sukan yang mengamalkan makanan vegetarian/ vegan tetapi badan mereka masih sasa dan kuat. Jadi mereka mensyorkan bahawa kita tidak perlu memakan daging merah untuk menaikkan tubuh atau otot kita.


Jadi, ko nak rakyat Malaysia mengamalkan makanan vegan la bro?
Aku tampar ko kang. Ko sama one sided, too conclusive, over sensitive seperti kebanyakan orang aku tahu. Sigh. Aku tak syorkan kaum lelaki tanah air mengamalkan makanan vegan, tapi buku ini at least bagitahu orang tentang kepentingan tumbuh- tumbuhan dan buah- buahan. Misalnya ko gi mamak, banyak doh lelaki dan juga pompuan order 'maggi goreng satu, tak mahu sayur'. Ini satu tabiat yang tak bagus, dan juga makan di mamak dengan kerap juga merupakan amalan yang amat jijik.

Kadar kesihatan di Malaysia merosot gila teruk. Kita merupakan negara Asia Tenggara yang pertama dalam kegendutan, dan kadar diabetes, darah tinggi kita juga melambung tinggi setiap hari, penyakit jantung etc..

HA! Diorang cakap rokok penyebab penyakit jantung, tapi tahukan anda di IJN, satu banci telah dibuat bahawa 53% kes jantung merupakan pesakit- pesakit yang TIDAK MEROKOK?

Lu fikir la sendiri. 

Malaysia pula juga mempunyai gizi yang mencampurkan lebih daripada satu protein dalam makanan. Contoh, nasi kandar, campur etc. Ramai yang letak ayam dan daging, atau ayam dan sotong dalam satu pinggan. Tahukan anda ini amat merbahaya kerana dengan mencampurkan dua jenis binatang, ia boleh melebihkan kadar intake protein dalam sehari, dan jika badan kita satu hari dah tak larat mencernakan protein-protein tersebut, gout la ceritanya lepas tu.

Di Malaysia juga, terdapat kes tentang reban ayam di atas, dan bawah kolam tersebut mempunyai ikan keli, dan ikan keli tersebut diberi makanan tinja ayam yang jatuh dari atas tersebut. Sigh...

Kalau kita fuck-up gizi makanan diorang, lepas tu kita sembelih diorang dan makan. memang hidup ini macam cycle bai. Tuhan dan buat haiwan- haiwan ada kategori diorang masing masing, harnivor, karnivor etc. Ko gi tukar la, letak hormon untuk diorang besar cepat la. Satu hari nanti, balasannya tetap akan kena kepada orang yang memakannya.

Iaitu rakyat-lah.

Konklusinya, tengok orang keliling kita. Ramai yang semakin gendut, ramai yang mempunyai kencing manis, banyak yang panas baran, (kadang kala panas baran dan terlalu emosi dan sensitif terjadi atas ketidak seimbangan kimia dalam badan, yang juga terjadi akibat gizi yang tidak baik, seperti banyak bahan pengawet, MSG dan sebagainya) .

Kita perlu ubah dan tidak perlu ubah secara drastik. Mungkin dengan kadar membaca, kita tahu betapa pentingnya tumbuh- tumbuhan asli, dan kebaikannya, dan kita boleh tukar skit cara kita. Kurangkan nasi sikit, lebihkan ulam- ulam, kurangkan gula yang 'refined', amalkan gula- gula asli seperti gula perang atau madu.

Gua bukan doktor bai, tapi ramai orang lately acting weird siot sebelah aku. Or is it just me?

*Bunyi berdengkur*
....guys , you see what i mean? dia yang call, dia lak tertidur.

Sekian,
Kwai 'awek 8tv cuteeee' Tar

Monday 25 May 2009

Lagu Minggu Ini: Black Motor




Kumpulan dari rekod lebel yang selalu record lagu lagu experimental, lagu lagu avant garde, post modernism, lagu post rock yang riff panjang sampai lu lentok tengok siling atas, lagu lagu ambient yang buat lu orang rasa macam lu orang ada kat tepi sungai congkak dan lagu lagu non maths related.  Kini, syarikat rekod (ruby red editora) telah merekod kan sebuah band yang mempunyai bunyi bunyi yang lebih organik atau lain dari pada apa yang mereka telah keluar kan. 


We perkenal kan beb, Black Motor, sememangnya tak ada kaitan ngan Peter Haynes (BRMC). Black motor ini sebuah band dari finland sememangnya epik bila dengar taim layan lentok di tengah malam setelah lu orang buat kerja bagai nak rak. Album yang berjudul Varaat Vastusket atau pun "mimpi kambing" dalam bahasa melayu sememangnya on. 


Album ini sememangnya agak sharp dan lagu lagu mereka semua didalam album ini agak "well versed" dalam konteks mordern swing dimana abang abang atau chikaro yang berminda minda minda experimantal pasti akan suka dan akan merasakan album ini agak appealing pasal album ini agak mind challenging dan agak advance atau avantgarde untuk para pendengar muzik yang kurang terbuka.


Gila beb, cuba check out lagu Yksi Sinulta Puuttuu ngan lagu Aamen. Aku bajet lu orang terus nak beli Garritan Orchestra terus beb lastu buat lagu cam diorang.


mana nak cari lagu lagu ni ? tekan sini.


aku rasa lagu ini memang boleh bla


Jack "no black tie" lingam


Siri Dialog Dengan Jin : FZ

Memang sharp.
Sewaktu gua tengah sibuk baca readers-readers BBBBLK bertekak pasal Khottal dan Lima Kaki Lima, gua ditelefon oleh seorang independent interviewer yang agak hiphop, apa mungkin budak bodoh yang interview KT tadi interview aku pulak? Sharp macam sharpener lah trooper. Sharpener baby.

Hey yo G. What's happenin' dawg?
....

What's with silence my brotha? Apa macam sekarang brotha? Lama gua tak nampak lu post. Lu merajuk ke kena sound dengan paratrooper pasal isu satay lu, and tagline separa gay lu " Sharp macam sharpener"? Ilek ah G, you and me rollin on the west side, chilling on jamaican grass. Heavenly baby heavenly! Tak payah merajuk merajuk.
Sorry ah bro gua clean beb, no grass no substance. Bukan gua merajuk la siak. Gua busy dan mempunyai sindrom writer's block seperti yang KT alami dekat blog PMT. Tapi KT dahsyat sikit ah dia writer's block+in denial. Pada gua, posting gua dalam blog BBBBLK ni lebih kepada nak merelease-kan stress lu orang dari membaca pengaplikasian konsep economics oleh brother Jack Lingam dan post arty-farty-schmarty dari KT. (shit that rhymes. Can we freestyle now?) Gua lepas ni ingat nak buat kerja lu, bersembang dengan strangers mengenai isu-isu am, dan post dalam blog ini untuk lu orang tahu apakah yang terjadi di jalanan sekarang.

Eh eh pokewak lu. Lu apa cerita nak potong kerja gua plak? Gua terjah lu nanti.
....

Tau lu goyang. You know something brotha, gua duk masuk dalam blog sharp cats lu orang ni, gua notice sekarang agak tidak aman-damai lah blog lu orang. Apa cerita? Boleh bagi gua 411 lowdown sikit ah brother.
Hakikatnya, gua sendiri pun tak tau siut apa terjadi. Yang gua nampak, KT bertekak dengan brader aizard pasal Khottal, dan benda-benda lain yang gua sendiri tak tau hujung pangkalnya. Dan gua nampak sekarang telah muncul suatu kelompok avid reader blog ini, seperti saudara AJ, paratrooper (whats up brother! bila nak join Top Boyz?) dan dill yang stylo. Ini suatu perkembangan yang baik.

Gua pun perasan gak ah bro. Memang gua pun mengaku gua avid reader, tapi gua low-key. Takde ah mencari publisiti murahan macam budak-budak anon tu. Wey bro, bila BBBBLK nak buat writer's gathering? Kitorang ni nak jugak lepak dengan seluruh lineup sharpeners ni. Jom ah paratrooper!
Hahaha. Gua pun ada dengar desas-desus gathering aritu KT nak buat masa one year anniversary. Tetapi dengan ikatan gua dengan kerja dan universiti, maka gua mengucapkan fuck off kepada semua pelan gathering, jumpa gua bila gua dah dapat PhD.

Alright ah son. Daddy got a freestylin showdown goin on.
Fuck off lah. Jangan telefon kerap sangat. Ini semua KT punya pasal.




Temubual Bersama KT: Volume ONE

Salam fren, harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, oleh kerana blog telah pun menjadi Satu Tahun, mesti ada ramai pembaca baru yang ingin suai kenal dengan blogger dan blog ini. Jadi  kita akan buat temubual mini tentang para blogger, dari semasa ke semasa. 

Yo, brader KT. Citer sikit kat semua apa yang kamu bikin lately? We wanna know, dawg!
Hello. Wah abang hip hop rupanya ko. Sejak kebelakangan ini, aku sedang membaca buku SKINNY BASTARD, dan akan memberi satu review kat blog selepas temu-bual ini. Harap temu-bual ni pendek, sebab mak saya masak lempeng bawang dan dia mahu saya pulang untuk brunch. Oh, dan juga saya sedang bikin satu projek untuk sebuah pertandingan rekaan di Jepun.

Oh, word. That's cool G. Hmmm, takkan takde masa untuk blog Playboy Melayu Terakhir?
Actually blog tu, kita sengaja tangguh sebulan kerana takut inconsistent. Jack Lingam ada banyak hal lately, dan aku pun sedang buat research on costume, untuk satu fine artist terkemuka ini. Dia nak bikin short filem tentang zaman Jepun datang Malaysia dahulu. Tapi aku janji akan hidupkan blog tu, sekurang- kurangnya season 2, ada 65 episode. Jadi harap bersabar. 

Apa yang kita boleh expect dari blog PMT ni, yo? Jack Lingam jatuh cinta? Kwaidan pukul budak?
Haha. Mungkin, tapi apa yang saya boleh katakan, ianya lebih complex, lebih dark dan lebih kepada social observational skills aku. Sebab aku ni aspiring screen writer. Mungkin ada yang kurang minat tentang cara aku bertulis, tapi fikir balik. Kalau takde orang tension pasal kau, kemungkinan besar kau bukan hot topic langsung.

Word, word. Mad respect yo. Jadi orang juga nak tanya lebih lanjut tentang VIDEO BLOG yang kamu ada plan nak buat.
Oh, tentang video blog tersebut. As usual, ini semua bergantung kepada bajet. Kalau aku dan Jack tulis satu post dapat RM500. Sorted hidup kita, Jack boleh gi Madras selalu, aku boleh gi Tokyo every year dan beli sepasang kasut VISVIM. Tapi ni cuma serious hobby, dan kadang- kala kita ada kekeringan idea, masalah peribadi dan lain- lain lagi. Syukur kita ada FZ kerana turut sertai blog kami. Itu pun dia buat voluntary, dah la dia dah berbini. Susah bai nak juggle bini dan blog *chuckles*

Tentang VIDEO BLOG tersebut. Kamera dah ada, cuma nak saving duit untuk props. Make up artist dah ada untuk air-brushing etc. Wazir Suleiman dah kata anytime. Skrang cuma aku dan Jack duduk berbincang dan mula tulis script tersebut. Plot-nya dah ada, iaitu sebuah weekly news dan aku dan Jack akan berwatak sebagi newscasters. As usual, kita takkan masuk sangat dalam bab politik kerana kami dua masih suka tidur di bilik kami masing- masing. Kalau kita terus go sharp macam John Stewart, Jimmy Kimmel, esok lusa habis la blog ni. We are dealing with alot of chemically imbalanced people here. So we have to be smart on that.

Word, word. Cool, cool. Been reading the blog, G. Asal ada controversy lately tentang band dan para pembaca?
Sebenarnya takde masalah. Aku shout out band tu, compare diorang ngan band power dalam freestyle aku, then next line aku cakap pasal satu mamat tele-filem ni, aku tak tulis nama dia sebab takde benda yang rhyme ngan nama dia. Aku rasa band aku mention tu gempak, dan tetiba ramai pembaca- pembaca nasi putih bang blog gua, kata aku racist socially etc. Jadi aku hairan, lu compare orang ngan benda credible pun dia tension. Nasib baik gua tak compare dia ngan benda tak relevan macam 1901 Hot Dogs atau Memory Lane tempat jual cards.

Jadi aku sedar bahawa, rakyat kita masih tidak boleh ambik usikan. Satu hari aku akan buat satu 'Hug Day' dan memberi dakapan kepada orang- orang Malaysia yang cukup panas baran. Mana tahu, sebuah dakapan boleh menyejukkan seseorang.

Dan tentang reaksi diorang, tu aku tak boleh kata apa-apa. Ini semua kita kena expose diri kita sendiri, kita kena take ourselves not too seriously, kalau tak asyik tensed je. Tak pasal-pasal darah tinggi. So kepada pembaca, thank you. and thank you juga kalau lu rasa blog ni tak relevan.

Word, dawg, word. Jadi apa yang kita boleh expect di tanah air yang 'boleh bla la kira' pada masa akan datang ?
Dari segi muzik.Hmm.. Aku dengar khabar angin bahawa Lewis Pragasam (drummer ikon negara) akan buat comeback dan mungkin akan buat album Gamelan yang offbeat dan agak experimental, jadi aku look forward tentang tu. Yuna pula masih kedengaran di XFM setiap 40 minit dan harap kerjaya beliau sukses.Dia memang one in a million. Komplot pula pada pendapat aku, local band paling 'dangerous'. Diorang ada raw energy dan sikap 'bring it on' yang amat charming. Siapa lagi...err...Kalau Monoloque keluar new materials, itu mesti aku tak sabar nak dengar. Local legend dia tu..Hmmm itu je kot tentang muzik tanah air. Best local band yang baru..hmmm..Meet Uncle Hussein? Atas bunyi-nya yang 'lentok-basah' (what the f- punya phrase).

Hujan?
Hujan...bolehhh-lah. One thing aku respek at least diorang buat lagu Melayu dalam Bahasa Malaysia bukan dalam Bahasa Indonesia dan sekarang orang Indonesia pun dig muzik diorang. Aku tak leh tahan je band- band Malaysia nak nyanyi macam Indonesia sebab nak pasar album diorang kat sana. Geli aku.

Tetiba nak guna perkataan bisa. Kat BM, bisa tu venom bai. Dan sejak bila kita pronounce cuba as coba, erti as arti. Brothers be crazy!

Dan selain muzik, filem Sell Out! Arahan Yeo Joon Han, merupakan filem tempatan yang paling bermutu yang keluar baru- baru ni. Tahniah untuk beliau, betul- betul respek tu. Filem Karaoke pula telah dipamerkan di Cannes Filem Festival, dan dilakonkan oleh bakal ikon tanah air, Zahiril Adzim. Dia akan pergi jauh dalam kerjaya-nya. Nasib baik dia datang dalam scene filem tempatan. Betul- betul rasa ada nafas baru dalam industri.

Cun. cun, so any message to the readers?
Terima kasih untuk membaca blog kami. Maaf orang yang temubual aku ni, mat hip hop poy, aku harap dia kena lauk dengan Jin Hackman yang merupakan MC up and coming tanah air. Shout out to him. Dan stay tuned kepada temubual minggu depan, bersama blogger maut, blogger controversial, Jack Lingam. 

Thanks KT for your time, Peace out.
*aku stare kat dia macam aku tak dapat paham ni spesis apa*


Prospek Ekonomi: Separuh pertama 2009.

Salam fren? 

ape story bai. sorry ah lama tak posting beb pasal. mungkin pasal pikiran aku berada di dalam cakrawala yang agak berbeza. tapi layanzz bai. Tengs  kepada abang KT yang ari tu ada skandal kejap ngan abang Mpelir Manis. Tak lupa juga kepada chikaro chikaro dan abang abang yang selalu roaming kat sini bai. 

anyways, bulan enam dah nak kejap dah. sekejap lagi report tengah tahun bank negara akan keluar dan report report semi annual akan dilaporkan kepada para para pelabur dalam masa yang sama. yang paling gemurun sekali sememangnya report bank negara pada bulan june ini menentukan haluan atau  tapak perkembangan untuk separuh kedua untuk tahun ini. 

Pada suku terakhir 2008 tahun, cik zeti akthar telah menlaporkan kadar perkembangan negatif sebanyak negatif 0.7, dimana suku pertama tahun 2009 pula di lapori adalah 0.5%. 

untuk separuh masa 2009. pula sememangnya ditunggu tunggu dan di nantikan oleh bojan bojan malam di bank bank lokal sebelum menyubmitkan report report kepada boss masing masing. 

so bai ape cerita? lu rasa malaysia dapat revive tak bai akhir tahun ini untuk meng coverkan shortfall yang di alami pada 2008? aku akan tulis sedikit negatif prospek untuk market condition untuk industri industri, oil and gas, logistik, pemakanan dan sektor ke-ewangan.

Sektor Minyak dan Gas
dengan kadar minyak yang masih positive tetapi impak chain reaction keturunan harga minyak sudah dapat di rasai. mana tak bai, harga turun macam sial dari satu empat kepada 40+_ usd. kalu lu tauke minyak lu pon fenin beb, berbaloi ke tidak. bukan tauke market aja beb yang pening, malah mentri minyak dan otai otai besar seperti hasan merican akan kool down dan control market minyak punya output.  Walau bagai mana pun, trend minyak kini dalam trend menaik. kini harga minyak satu beral sudah mencecah 61 USD. tidak heran lah foward market semakin aktif dan macam macam yang dah bunyik kat market sampai analyst analyst malaya telah forecast bahawa minyak akan naik sehingga 80USD dalam jangka masa 6 bulan. 

Industri logistik
Heavy beb, itu baru satu industry je bai. belum usha tengok industri lain beb. sebagai sebuah domino effect dengan kenaikan harga minyak, industry logistik yang paling akan terjejas dalam masa yang terdekat, lebih lebih lagi apa bila harga minyak semakin berbunga. so wa advice sapa nak beli share MISC, atau shipping co yang listed kat main board tu berfikir 10 kali dan juga tepuk dada dan tanya selera nak makan apa dalam masa 2 tahun yang akan datang. kalau lu nak member lu datang lastu belikan air kotak masa lu kat wad di hospital bahagia, go for it. pasal apa wa bajet lu akan jadi crack bila ada buaran kononnya market utilization untuk industry logistik akan nak naik pasal MISC baru je install 2 bijik homogenizer dalam setiap kesemua 150 kapal kapal mereka.  ilek la beb, company tu baru implement cost improvement plan lu dah pancut tapau guna duit tabung haji lu dan duit universiti untuk anak anak lu orang. Apadahal pun jgan optemistik sangat beb bila lu nak beli share. ini termasuk syarikat logistik seperti onshore freight services company. Walaupun MISC kini sedang menjalani process restructuring dan juga cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak untuk mengoperasikan kapal kapal mereka. Oh ya, kini struktur di MISC kini menjadi lebih sentral. pada tahun tahun yang lalu, mereka lebih indepent dari segi procument operations. kini ada sorang saja yang boleh buat decision. bai tak kan ada sorang je dalam kompani besar tu boleh buat decision. gua rasa impak cost improvement program mereka agak lampat kerana ia memerlukan long term gestion period.

Industri Pemakanan.
Industri pemakanan juga mungkin akan terjejas. Menurut analysis Pemodalan Nasional berhad, 70% sektor pemakanan dia kawali oleh golongan golongan SMEs. Namu demikian, pada karnival MIHAS 2009, mohiyideen yasin telah menegahkan inovasi dan kreativiti SMe Lokal perlulah di gilap. Pada MIHAS 2009, beliau terasa agak tersinggung untuk melihat 20 syarikat yang mengahasilan produk yang agak identikal dengan penyaing beliau. Bukan itu saja, apa yang amat menyedih kan adalah apabila key market player sesebuah industri atau sub industri  adahlah pemain seperti Nestle dan Ayamas. 

Dengan pembukaan share equiti di malayasia, gua rasa pak pak gringo akan melaburi kedalam sektor pemakanan terlebih dahulu sebelum industri industri yang lain..kerana kadar kestabilan pasaran industri retail dan yang lain laing agak pudar. akan apa prospek malaysia industri ini di Malaysia? walau pun market di lokal agak ketat dan kurang meletup, wa rasa banyak syarikat syarikat pemakanan di secondboard akan berbeza diantara "well know locally" "well known internationaly" dan "company ringan ringan". Jadi pilih lah dengan was was. aku pon tak tau sangat industri makanan ni.

Malaysia Secara Menyeluruh.

Kadar perkembangan ekonomi malaysia tidak akan sama apa yang telah kite dah dapat selama 4-5 tahun lepas dimana kadar perkembangan tiap tahun adalah 4-6% setahun. Septi yang aku dah cite tadi, tahun lepas punya economic growth agak shortfall dengan pengeliminasi sebanyak -0.7% setiap detik. 

Ramai yang kata, mana recessio bro? aku dah kata beberapa kali dah, walau ada recession pon ke apa hal, gomen tak akan announce kan supaya orang tak panik macam pandemic demam babi kusta tu beb. melaysia memang sekarang tengah sengkek sikit. Kadar reserve wang kini hanyaboleh bertahan selam 8 bulan maksimum. Dengan kelembapan sektor eksport, sememangya ia telah mengegarkan golongan yang merangkumi 90% peneraju ekonomi negara dengan cara yang agak teruk. iye la bai logistik palat, harga minyak baru nak pikap naik telah menybabkan ekonomi dunia tidak bergerak se-optimum semungkin. padan la banyak deal yang tak jalan. mana tak bai semua orang nak playsafe palat ah. itu serupa main counter force lastu semua orang camping je bai kat map cs_assault. 

Selain itu, beberapa corporate guarantee corporation (CGC) telah di di tubuh kan. Ini merupa kan salah satu cara pengkondukturan yang dikatakan teratur supaya CGC dapat membeli pulangan kepada bank jika saintis yang dilaburi kurang berjaya. Padahal, screening akan menjadi lebih intense dan ini akan menyebabkan impak yang kurang betul kedalam perkembangan peneraju ekonomi malaysia.

So bai, apa pendapat you all tentang masa 6 bulan akan datang? boleh bla atau tak leh?

Jack "bile nak declare?" Lingam



























Sunday 24 May 2009

Soalan Hari Ini

Kenapa Orang Malaysia mempunyai reaksi kurang baik apabila mendapat kritkan ataupun mendengar teguran yang tidak begitu positif tentang sesuatu yang local? 

Blad, lu kena masuk art school international, dengar diorang critic sure lu orang kencing ah.

So apa pendapat you all huh?

(Nampak sangat blogger nak rehat hari Ahad)

K

Saturday 23 May 2009

8TV Late Night Quickie: Or Something Like That

...aku terserempak ngan salah satu host 8TV (bukan Henry Golding atau mamat lelaki yang ada mohawk tu), tapi chikaro yang ada tindik lidah tu...

DIA CUTEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

happy weekend blads!

KT

Friday 22 May 2009

Hobi Serious: Lego Architecture


Pergh, aku memain freestyle tetiba ramai orang comment, gila ah, patutkah aku buat demo sebagai seorang rappers Melayu? Yes? No? Bai, anyways aku harap korang enjoys korang punya Friday Night, kalau sesiapa yang gi clubbing nak usya chikaro tu, dan dah dapat bawak rumah, stay safe ye! Jangan kencing podeh pulak next week. Susah oden nanti. 

Memperkenalkan Lego Architecture yang merupakan join venture antara The Lego Group dan Adam Reed Tucker dari Brickstructures Inc. Gabungan sensasi ini telah dirasmikan pada tahun lepas, dan baru- baru ni terdapat edisi "Frank Lloyd Wright Collection." Edisi ini mempunyai binaan- binaan ikonik beliau seperti Solomon R. Guggenheim Museum dan juga "Fallingwater". Kepada yang tidak tahu tentang beliau, mamat sharp ni merupakan 'bapa modernist' dalam bidang arkitek dan merupakan salah satu pereka yang paling berpengaruh sehingga sekarang.

Jadi kepada sesiapa yang ada wang lebih, dan ingin mempunyai hobi yang serious, Lupakan RC dan dapatkan LEGO ARCHITECTURE BAI!

ps: AJ, sorry bai Lego Zaha takde dalam pasaran lagi.

KT "JACK DATING!" ROSS

Thursday 21 May 2009

Single Minggu Ini: Rick Ross



Rick Ross- Cigar Music
Korang boleh layan rock kempeng/post pancut rock korang/elektro seluar merah ketat korang/ minimal 'korang 4 tahun lambat' korang. Aku tetap letak Rick Ross sebagai single minggu ini. Dan aku nak rap pulak dalam BM.
Check-check

Korang Ingat Korang Boleh Bla,
Buat Band 3 Gitar,
Bai/ Arcade Fire dah lama buat sial,
Tetiba kat Melaka ada Khottal,
Bebudak Hingus/ Suka jadi Pak turut,
Bila Gertak/ Lutut Longgar,
Baik gi/ Rumah Urut,
Ketua Ko/ Pun Sama,
Claim Tinggi/ tapi hanya 5'5
Kasihannnn...

Aku respek Rebel Scum,
Tapi ni KT,
Gua ngan Jacky L/ Takleh duduk diam,
Jadi kitaorang pamerkan Blog/ Untuk Lecture Korang,
Apa yang korang Agungkan, Semua takde Bahan

Lagi- Lagi Blog MM,
Lagi- Lagi Pamer Gambar,
Terry Richardson yang Kurengg,
Baik bukak Flick-R, (YUP!)

Peace. 

KT Ross.


Monday 18 May 2009

Info Panas 101: Operasi Cegah Rempit


sebagai loyalis mat rempit malaya, aku dapat hot news baru. otek otek akan buat operasi mencegah mat rempit besar besaran kat duke highway kol 2315 pada hari jumaat dan sabtu. lokasi kat duke highway. otek tunggu kat exit pahang. 

pandai pandai la geng.

Jack 'kuzi" Lingam


Saturday 16 May 2009

GM x Segway PUMA

Apa cerita readers BBLK? Ya aku tau aku dah lama tak post. Pertama sekali, syabas kepada Kwai dan Jack kerana kerap berkarya ko dua memang cool cats cats cats. Tidak lupa gak kepada Faizal Zakaria, selamat datang.

Anyways, aku rasa hari ini aku nak start light, cerita pasal projek PUMA. Aku pasti ko semua kurang-kurang pun pernah dengar pasal benda ni, jadi sini aku nak bagi lowdown sket.

Sebelum aku citer pasal PUMA, aku rasa aku patut citer sket ah pasal Segway untuk readers yang tak sure benda ni apa. Segway Personal Transporter ni adalah kenderaan persendirian yang direka oleh Segway ah sapa lagi. Basically benda ni memang hot ah kat negara-negara barat sampai Karl Lagerfeld pun ada design satu untuk Chanel blad.

PUMA (Personal Urban Mobility and Accessibility) adalah sebuah kenderaan berkuasa elektrik dua tayar macam Segway Personal Transporter tu. In fact projek PUMA ni hasil collabo Segway dengan General Motors.


PUMA direka untuk dua penumpang dan mampu bergerak selaju 56 KM/sejam. Ia juga mempunyai range dalam 56 KM. So kalau ko drive top speed je memanjang ko dapat bawak benda ni selama sejam je ah. Tu pun aku bajet optimistik.


Projek PUMA menggabungkan pelbagai teknologi termasuk dynamic stabilisation, electronic acceleration, komunikasi antara kenderaan, dan autonomous driving and parking.

Teknologi yang diaplikasikan bertujuan untuk pemanduan dalam bandar, mobility freedom so kepada ko yang takde kereta tu takyah berharap kepada public transport dan jugak mengurangkan pencemaran. Ye ah ko tau ah kan majoriti orang drive sorang je lastu time ko drive dalam bandar ah kereta ko paling inefficient dan dan paling banyak CO2 emission. Plus benda ni kecik so secara langsung mengurangkan congestion. Sebab size dia, aku rasa ko lalu pedestrian walkway pun tadahal bai.


Armaya 'Maverick' Maaroff

Untuk peminat peminat Zee avi: album, zee avi

Yo bai,

ape story bai? wa tadi pusing pusing kat chow kit ngan jubin sorang beb. memang on bai, lu penah ke bai, jubin lu bawak motor kriss suspension sebijik macam suspension BMW Telever pastu dia bawak lu jalan jalan.  wa dibonceng jubin tu. pergh bai, bau dia macam bantal busuk aku beb. aku ngan jubin tu pusing pusing ah kat chow kit. Lastu, makan brunch, minom kopi dan lalu aku ngan dia kat kedai  Laser Disc. Ok gak ah kedai tu bai, not bad ah bayar 50 dapat pilih satu filem lebih dua jam ngan air free flow beb. tapi pane (booze) tak ada bai.  lu nak cari kedai tu senang gak ah, ada sign board tulis LDisc. pastu dia buat corak louis vuitton tapi tulis LD beb. inovativ gak ah. nampak cam classy sikit en? 

sound system dia not bad gak ah, pastu Tv dia agak sharp dan paling penting dia punya sofa ah beb. boleh geli geli bai. 

anyways, ari ni wa bukan nak cite panjang pasal kisah jalan jalan aku beb. tapi wa nak bagi lu link cung beb. boleh kata boleh bla la kira. lu pun tau en, yang si KT ada buat write up pasal zee avi. so, aku malas la nak tulis panjang beb. 

anyways, kalau lu orang nak dengar album dia, tekan ah kat bawah ni. 


atau


ok wei,


Jay


Friday 15 May 2009

Liberalisasi atau liberachi?

Salam semua, apa cite? Aku baru je balik main golf dengan budak bank Negara Malaysia (BNM) tadi masa semayang jumaat. Gila beb. Dia beli R9 talyor made memang mengancam. Bola tu dia slice macam slice kek afogata kat delicious bai. Lain macam. Pendek kata, lepas lu pukul lu tak payah nak tabik bola tu bai. Lu boleh terus Tanya kat lu punya golf partner “amacam? Ada beran tak?” tapi beb. Kayu golf R9 tu memang sepatut nya di beli kalau lu nak secure deal atau nak tau info dalaman yang agak heavy ketika main golf.

Anyways, aku ari ni bukan nya nak cerita pasal golf, saja je nak kongsi pengalaman golf aku ngan lu orang semua tengah ari tadi kat Royal Selangor Golf Club. Anyways, nasik goreng cina kat sana memang lain macam beb. Apa apa pun, lu orang mesti dah tau tentang langkah langkah pengliberisasian struktur equity di Malaysia.

Aritu abang bijan baru je announce untuk melonggarkan partisipasi Ekuiti orang luar melebihi jangkauan 70%. Walhal sebelum ini seharusnya ada dalam basis 51:49. Dimana 49% itu untuk orang luar walhal kini 70% limit untuk orang luar dan 30 untuk rakyat Malaysia.

Banyak orang orang korporat berkata, prosses liberisasi ini dapat menaik kan satu competitive alam biznez yang semakin kompetetif dunia ini? Nazir pula berkata, liberisasi ini akan meningkat kan mutu dan gaya dan juga keunggulan alam biznez di Malaysia sini. Pergh. Memang tak boleh bla.

Sememanngnya liberisasi ini untuk orang luar sememangnya merupakan sebuah penjajahan dari segi Ekuiti yang boleh menyebabkan competitiveness yang agak mencanak untuk SME lokal bersaing. Pergh bai, ini bukan lagi tuah lawan jebat beb. Kali ini memang lebih heavy. Macam Sapok Biki bertumbuk dengan Ricky Hatton. Adakah kita bersedia? Wa kurang was was.

Walaupun ekonomi yang semakin pulih, sudah tentu tsunami ekonomi yang akan datang akan menyebabkan kesan atau impak yang lebih oleh disebabkan oleh influx foreign Ekuiti di bumi Malaysia. Gila bai, lu bayang kan bila time yang agak shaky nanti, adakah foreign foreign player ini boleh komit untuk proxy proxy mereka di Malaysia? Ada apa penting nya kat Malaysia ni bagi foreign players ini?? Adakah Malaysia ini macam sebuah crown jewel asia pacific seperti jepun atau korea?

bak kata lenin, " war has been declared and begun" (1905)

SO apa pendapat you all huh?

Jack 'bila nak jalan jalan lagi beb" Lingam

Presiden DKSPK Shout

Gua melaporkan dari kota Cyberjaya yang panas macam celaka.
Gua mengucapkan terima kasih kepada Kwai kerana melantik gua menjadi Presiden Dalam Kota, Sosiologi, Psikologi dan Keamanan. Gua tau gua memang sesuai untuk kerja tu. Dulu gua paling up pun jadi ketua keceriaan. Memanglah rasa high pegang jawatan.

Setelah gua menziarahi kawasan jajahan gua di Seri Kembangan tadi untuk menunaikan solat Jumaat (Jack lu solat kat mana dol!? Apasal lu tak ajak gua lepak Capsquare tengok chikaro? Gaaaame.) sambil makan nasi dan minum teh C ais, gua perhatikan alam sekeliling. Gua tengok satu-satu muka orang yang sedang lalu-lalang di sebuah permukaan yang dinamakan jalan.

Gua tengok diorang seberang jalan besar tak pakai jejantas, gua tengok diorang pakai kopiah, jalan kaki tengah panas terik. Ada pulak tengah cakap mobile, ada pulak jalan berpegangan tangan dengan kawan dia. Aku tertanya-tanya "Apasal ramai gila diorang ni?".

Lu paham tak gua tengah cakap pasal sape? Memang bukanlah kalau lu ingat chikaro. Lu ingat gua tengah cakap pasal Jack ke yang sedang berbicara di mobile phone beliau tadi tu? Bukan bai.

bukan dia ni.

Gua sedang bercakap pasal foreigners. Memang ramai gila. Dan berbondong-bondong pergi sembahyang Jumaat. Gua sedikit malu di situ. Hehe. Tak kisah lah. Persoalan utama yang gua nak bangkitkan adalah lebih kepada APASAL diorang ni ramai gila kat sini?

Lu pergi minum, ada mereka bekerja disitu. Lu pergi isi minyak, diorang yang guide lu masuk pam yang mana, yang lap lu punya tingkap. Lu drive nak pergi kerja, diorang tengah gardening kat pokok bunga tepi jalan. Time kereta gua berpusing naik atas divider, teka lah sapa tarik gua keluar dari kereta? Diorang jugak.

GILA RAMAI???

Gua tak anti diorang. In fact gua ramai ada kawan dari kalangan diorang. Gua kan Presiden Dalam Kota, dah pasti ah diorang gua punya kuncu-kuncu. Gua takdehal punya dengan diorang. Lagipun, keramaian mereka adalah pilihan generasi-generasi sebelum ini dan sekarang. Lu tanya mat pet bawah jambatan dekat KL, lu nak kerja cleaner? "Lancau lu, pebarang cleaner." kata beliau yang berpelajaran tinggi di sebuah sekolah empat tingkat.

Gua perasan, ramai antara masyarakat kita yang berlaku keji terhadap budak-budak foreigner, senang gua cakap pendatang-lah. Cilakak betul. Gua tengok abang member gua yang panggil macha di maple dengan panggilan "Oi bengap. Sini kau.". Yang memperkudakan brader-brader Indo (bukan Indon! Indon adalah satu derogatory kepada Indonesians.) kerja kontrak dengan membayar gaji ciput, dan lambat pulak tu. Yang maki Gurkha jadi pak guard dekat Country Heights.

We fail to realize that they are humans too. Dan tidak ada seorang manusia pun layak dilayan seperti itu.
Apasal lu orang nak maki dia time dia hantar air lambat? Apasal lu orang nak maki dia angkat gate lambat?
Pasai pa hang nak pandang hina diorang?

One thing for sure, kita secara separa sedar, menjadi semakin dependent kepada mereka.
Memetik kata Tyler Durden - "Look, the people you are after are the people you depend on. We cook your meals, we haul your trash, we connect your calls, we drive your ambulances. We guard you while you sleep. Do not... fuck with us."


Think twice before you want to fuck things up with people who handle your daily routines.
One day, they just might turn back and turn the bloody table.

Dan, sebagai trademark gua sebagai Presiden Keamanan di BBBBLK.
RESTECP.

ps : jangan main gila dengan abang bangla.



Thursday 14 May 2009

Rumah Panama: Cuba Kau Bayangkan!




Amacam semua? Aku tahu KL panas gila, aku tengah tulis ni tetiba gua ada nosebleed baii! Aku kadang- kadang harap time time cam ni, awek aku ada sayangkan aku, pakai nurse outfit, baringkan aku kata 'yang, nak body check tak'

EH GUA OUT OF TOPIC LA JOE!

Anyways, aku nak kongsikan ngan korang satu rumah Lost dari arkitek Marcio Kogan. Rumah yang dilokasikan di Brasil ini untuk client dia yang merupakan seorang pengumpul barang- barang seni. Jadi dengan ruang bersih, luas dan minimal, kita dapat saksikan hasil pelukis- pelukis atau sculptor ke dalam rumah dia. Pergh, rumah cam ni la aku nak kat KL. Serious. Bayangkan, rumah aku cam ni, siap ada lukisan dari Rothko, Beuys dan Ron Mueck punya sculpture. Kalau chikaro datang rumah tak tahu siapa artis- artis ni, terpaksa break ah apa lagi!

Aku juga dengar member kita FZ sejak kawin asyik buat lawak- lawak naughty. Kinky guy rupanya dia, tapi bila dia nak 'get down' aku dengar dia pasang CD mamat indon jambu tu, Afghan, apa kelas bro, Al Green ah.

AH AKU NAK RUMAH NI, LOST!

KT

Tuesday 12 May 2009

Blog Sudah Satu Tahun!

Amacam semua? Hari ini aku nak umumkan bahawa blog ini sudah pun meningkat usia dan dengan izin Tuhan, kami dari anggota TOP BOYZ berharap tidak akan mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan memberi maklumat- maklumat heavy kepada korang semua.

Hari ini, aku dan Jack telah berbincang tentang apa yang boleh anda saksikan tidak lama lagi. Kami ingat, kami nak guna duit sendiri untuk meluaskan kreativiti kami dalam blog ini. Oleh itu, aku ingin umumkan apa yang akan datang dalam blog ini dalam tahun kedua, dan jawatan- jawatan yang dipegang oleh BM-BM(blogger maut) ini.

Kwaidan Tarmizi.
Presiden Dalam Rekaan, Seni Dan Gaya Hidup.
-contohnya, filem, muzik, seni, makanan dan kegiatan orang kota semua aku handle/ approve dulu

Jack Lingam
Presiden Dalam Ekonomi, Perniagaan, Pemasaran dan Human Resource
-dia akan bagitahu korang tentang latest apa patut invest, apa patut elak, recruit blogger baru dan lain- lain lagi.

Faizal Zakaria
Presiden Dalam Kota, Sociologi, Psikologi, dan Keamanan
-dia ni kira mamat yang tahu 'what's the buzz on the streets' la kira

Shaf Hamdan
President Tentang Alam Sekitar, Belia dan Penerangan
-mamat suka geology, mamat suka explain. simple.

Armaya Maarof
President Dalam Automobil dan Perkilangan
-nak kereta atau motor paling sharp, mamat ni tahu jawapannya. Dan juga pengangkutan jalan raya.

Ayman Aiseyman
Ketua Pemuda Dalam Kota
-dia ni, apa- apa dalam kota, hingga ke perkampungan orang asli, dia akan bagi laporan. Mamat 'street team' kami.

Wazir Suleiman.
Pengarah Kreatif "BBB TV"
-kamu ingat Wazir? Dia dah lama tak blogging sebab dia pergi khusus pembikinan TV dan terbitan. 

..YA! kami rancang setiap 12 hari (kalau tak malas) Blog ini akan buat satu News Program bertajuk BBB NEWS. atau Benda Boleh Bla. Jack, Aku dan Wazir akan menjadi newscaster anda melaporkan segala berita- berita kamu patut tahu di dalam negara ini. Dan juga berita luar negara. ( Macam Anchorman La Kira )

Jadi kalau ada orang nak sponsor pun tarahal, sekarang aku dan Jack dalam proses pembikinan skrip dan storyboard.

BBB News akan melaporkan segalanya, dari temubual hinggalah ke bola sepak.

TERIMA KASIH UNTUK MENYOKONG BLOG INI! TAHUN KEDUA, DOUBLE GEMPAK-NYA

kt

Dari mana?

Analytics