Saturday 24 January 2009

SELAMAT MAJU JAYA PROTON!

Per cerit blad? Tahun baru ko ada on? Pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada readers BENDA BENDA BOLEH BLA LA KIRA. Aku mintak maaf kerana lama menghilang. Sebab-sebab kenapa aku lama hilang, itu tak penting so aku takkan citer. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jacky, KT, dan Shaf kerana tak putus-putus usaha nak educate kan ko semua walaupun ada yang kena sound. Soldier on bai.

Mungkin ada antara ko semua dah terdengar akan news: PROTON MUNGKIN JOIN BALIK WRC BAI!!!

Kejohanan rally dunia musim 2010, kita mungkin akan dapat melihat kereta Malaysia beraksi di litar-litar rally seluruh dunia. Kereta yang akan digunakan adalah berdasarkan Proton Satria Neo, tapi telah dimodifikasikan oleh Mellors Elliot Motorsport supaya mematuhi spesifikasi kelas Super 2000 yang telah ditetapkan oleh FIA. Sebenarnya kelas Super 2000 ni direka bertujuan untuk mengurangkan kos dalam perlumbaan rally dan juga kereta touring. Buat masa kini, British Touring Car Championship, Intercontinental Rally Challenge, dan Production Car World Rally Championship semua beroperasi dibawah spesifikasi Super 2000.

Kepada mereka yang gila tuning kereta dan tak tau malu nak buat kereta ko pun Super 2000, sini aku terangkan. Bagi mematuhi kelas Super 2000, kapasiti enjin kereta ko tak boleh melebihi 2 liter dan haruslah bersifat naturally aspirated. Dalam kata lain ko takleh letak turbocharger ataupun supercharger. Enjin ko gak takleh menghasilkan lebih dari 280 kuasa kuda. Pasal gearbox pulak, six-speed sequential je boleh.

So siapa yang akan memandu kereta rally Proton kali ni? Adakah ia akan dipandu oleh Sikh Terbang AKA Karamjit Singh? Belum ada kata putus yang telah dikeluarkan tetapi bekas juara dunia tahun 2003, Peter Solberg sedang dalam proses berbincang dengan Proton dan kemungkinan besar beliau akan memandu kereta rally Proton musim 2010. Dulu Solberg memandu untuk Subaru, tetapi untuk WRC musim 2010, Subaru tarik diri. Siannn member. Well, bak kata Jacky, "C'est la vie mon ami, c'est la vie."

Aku harap Solberg akan memandu. Ye ah, banyak kepakaran dapat dikongsi bai.

Walaubagaimanapun, semua ni belum confirm lagi. Tapi macam dah ah.

Sempena post aku ni, aku nak ambik kesempatan mengucapkan KUNG HEI FAT CHOI kepada para pembaca yang bermata sepet-sepet tu. APA LAGI BAI? YUMMMMM SEEEENNNGGG AH!

Yang takde idea nak tulis apa kat sini lastu aku call Shaf member suggest tip-top cat (?), aku reject, dia snappy buat perangai sebab tengah lost bai,
Armaya Maaroff


Thursday 22 January 2009

Apakah pendapat anda?

ANALITIK MODE!

Tidak dapat dinafikan, scholarship diberi kepada pelajar pelajar Malaysia.
Ini merupakan tindakan bijak kerana scholarship merupakan satau bentuk pertolongan kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari segi keuwangan.

Secara idealnya, aku percaya scholarship seharusnya diberi kepada pelajar yang berjaya mendapat gred gred yang mantap tetapi tidak berkemampuan dari segi keuwangan untuk melanjutkan pelarannya.

Tetapi kenapa terdapat sebilangan pelajar yang bernas memperolehi scholarship walaupun mereka mampu untuk membiayai kos kos untuk melanjutkan pelajaran?

Tenangkan otak anda, dan marilah ANALITIK!

Peace out

Hamdan

Tuesday 13 January 2009

Bersatu


(Lagu Lily Allen - The fear berkumandang)

Gelak la kalau nak aku tak kisah. Aku tengah mengalami minggu yang rough. Kereta aku eksiden, data data pergerakan batu pulau Cyprus (sebanyak 547 data) yang aku kaji bulan 7 itu hari hilang, climate control rumah aku rosak, draft projek aku due lagi 14 hari, aku hampir putus tunang, bos aku cakap performance kerja aku jatuh, rambut aku berserabai, duit sengkek, kulit aku kering gila dan aku rindu kampung halaman.

Semoga tahun baru korang bahagia.

Saje je nak terangkan gambar kat atas. Sini aku explain. Member tua kanan sekali dengan budak kecik tu pun Yahudi. 2 orang kat sebelah kiri tu orang Palestine. Dorang pegang sign cam "Jews for justice in Gaza" dan sebagainya (korang boleh baca sendiri). Aku terkejut masa tengok derang so aku tangkap gambar.

Bro??? Apahal dorang tak bergaduh bro???

Sebab dorang bersatu.

Dorang dah bersatu dah. Bila masa aku tatau. Yang aku nak tanya ni, bila kita orang Malaysia nak bersatu dah justice kepada semua?

Kita memang bersatu ah bro.. pebenda lu cerita ni??

Itula kau, asyik asyik baca FHM je. Buat penat je mak kau langgan surat khabar.

Justice untuk apa bro? semua adil apa?

Tolonglah baca surat khabar dan proses article article tu sendiri. Analytic sikit je.

Give up aku.

Shaf

p.s: Bebudak kamera bergantung kat tengkok sebab pengcukup image, bukan hari tu aku dah sound ke pasal tangkap? Sudah sudah la ngan tangkap gambar candid member pastu cakap intrest fotografi. Gambar kat atas tu aku tangkap guna polaroid atok aku yang berharga RM100 je tapi aku rasa gambar aku lagi cun dari korang.Camera korang beribu ribu tangkap gambar member Baik guna handset.

Wednesday 7 January 2009

Bahasa Pasar 101: Pika


Pe citer blad? Sebelum ko belajar bahasa pasar ni ko kena tahu binatang Pika ni apa. Dia bukan jenama coli awek ko yang dari Eropah tu, itu La Senza. Pelukis Pokemon pun ambik inspirasi dari binatang sial ni. Binatang Pika ni rupa cam hamster sikit dan ko leh jumpa dia kat Asia atau Eropah Utara. Pasal kes pemanasan bumi atau global warming, binatang ni akan pupus sebab kulit dia tebal bai, semakin panas cuaca, semakin crack ah diorang. Ko Wikipedia je la.

Jadi camana nak guna Pika sebagai perkataan?
Contoh ayat: (berdasarkan gambar pertama) 
Budak baju hitam: "Wei, ko tau tak camana nak baca?"
Budak baju putih: "Err...err...er...therree...was...a...crok-..o..dilay"
Budak baju hitam:"Crocodile la! Ko ni, kerut muka macam Pika, kalau tak tahu cakap je la"
Bebudak kecik: "Ha! Ha! Ha! Pika! Pikaa!"
Budak baju putih: *berlinangan air mata* 

Sekian,
Kwaidan 'masih sharp' Tarmizi

Tuesday 6 January 2009

2009: Satu Langkah Heavy Untuk Blog Ini

Apa cerita blad? Aku, Kwaidan Tarmizi ingin mengumumkan bahawa blog telah kembali aktif pada tahun 2009. Aku tahu korang akan tanya tentang kehilangan aku. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk cerita sikit tentang kelesapan blog dan blogger-blogger sejak kebelakangan ini. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang taat kepada blog ini. Pada pendapat aku, apabila satu benda/produk/blog mendapat ekpos yang ketara, memang amat sukar untuk memuaskan hati orang yang meminatinya dan maintain gempak dari semasa ke semasa. Jadi kehilangan aku dan para blogger merupakan satu 'hiatus demi kreativiti' masing- masing. Maklumlah, ekonomi semakin lost dan aku pun semakin tertekan dalam kehidupan peribadi aku. Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk bagitahu korang apa telah jadi dengan para bloggers dalam blog ini, dan apa akan datang pada masa akan datang.

So, abang Kwai. Cerita sikit tentang apa yang baru kehidupan dan status para bloggers.
Takde hal, kita mulakan dengan diri aku.

a) Kwaidan Tarmizi
Selepas bertunang lagi, aku mengambil masa untuk berehat dari alam blog ni dan berbincang ngan tunang aku tentang hidup aku, merancang untuk masa depan dan sebagainya. Aku juga telah berhenti bekerja di syarikat lama, kerana ingin membuat sesuatu yang lebih mencabar. Jadi tahun 09 ni, aku tidak bekerja 5 hari seminggu, dan cuba untuk meng-heavykan blog ini. Aku juga telah mengumpul duit dan membeli sebuah akuarium besar untuk letak kat ruang tamu. Kalau korang nak tahu, aku ni suka ikan.

b) Jack Lingam
Jack dapat naik pangkat dalam kerja hariannya, dan juga telah naik pangkat dalam hairaki blog ini, dan dia akan menjadi Vice CEO blog ni. Aku mengucapkan tahniah kepada Jack kerana layan karenah aku dari hari pertama dan tabik atas jasanya dalam blog ni. Maklumlah, aku lebih kepada topik- topik yang tidak se-heavy Jack. Dia kena selidik gila babi, gi temu bual bos-bos besar syarikat bank dan sebagainya untuk bagi korang info paling top. Aku pula hanya temu bual orang- orang ternama di alam rekaan dan pada pendapat aku, lebih senang la handle orang dalam industri rekaan daripada taiko- taiko korporat ni. Jack juga masih tidak berpunya, jadi aku syorkan chikaro- chikaro single tu, kalau minat Jack, make a move la chiky.

c) Shaf Hamdan
Shaf telah tamat kontrak beliau sebagai intern dan naik posisi dalam blog ini sebagai penulis penuh masa. Dia akan menceritakan korang lebih kepada cinta pertamanya, iaitu alam sekitar dan hal luar negara. Aku tabik Shaf atas jasanya juga dan kesabarannya masa dia jadi intern dulu. Jack selalu buli dia, suruh beli nasi bungkus la ni la tu la. Shaf sabar je. Memang dia ni Top Boy.

d) Armaya Maarof
Member ni juga telah naik posisinya sebagai penulis penuh masa. Aku takleh bagitahu korang banyak sangat pasal mamat ni, sebab dia ni penuh misteri, datang opis pun pakai semua hitam, tapi tak pakai celak, kalau pakai celak, memang dah lama gua pecat. Armaya akan tulis lebih lanjut tentang teknologi kenderaan dan sukan, kot. Apa- apa hal, Armaya ni kira macam Bezita dalam Dragon Ball la, turun padang bila perlu je. Kata mat Dark.

e) Ayman Aiseyman
Member ni dah lama jadi penulis penuh, tapi jangan risau atas kehilangannya, sebab dia ni kuat berjelajah dan tahun ni, aku rasa dia akan travel banyak negara kot. Tapi apa-apa hal dia ni memang aset penting dalam blog ni, Jadi aku tabik Ayman atau dikenali sebagai "the youngest top boy" dalam blog ini.

Para blogger lain yang hiatus. Diorang freelancer je. Kalau diorang tak tulis, diorang tolong selidik untuk kita. Cunz.

Jadi, apa yang kita boleh dapatkan dalam blog ni pada tahun 2009?
Banyak blad. Ada segmen-segmen baru dalam blog ni, jadi baca la bingai.

Abang Kwai. playboymelayuterakhir.blogspot.com tu apa?
Oh ya, blog baru ni telah ditubuhkan dan akan bermula aktif awal tahun 2009. Blog ni akan memuatkan cerita-cerita pendek tentang kehidupan playboy-playboy melayu terakhir yang patut mendapat penghargaan dalam masyarakat kita. Blog ini juga mengajar cara-cara untuk menjadi seorang playboy melayu handal, dari segi pakaian, masakan, dan lain lain. Pendek kata, kalau ko nak dapat chikaro, blog ni la akan tolong ko. Siap ada sesi soal jawab lagi. Azman- Azman lain takleh lawan blog ni bai. Tak tipu ko. 

Jadi, oleh demikian, aku mengucapkan selamat tahun baru dan terima kasih atas sokongan anda tentang blog ini. Dan kolaborasi antara blog ni dan blog sharp cat akutakpeduli.blogspot.com juga akan diadakan. 

Wasalam.
Kwaidan Tarimizi 09

Saturday 3 January 2009

quote - soal & siasat (q&a)

aku pagi pagi tadi bukak e-mail sekali ada bagero mana la bagi komen pemerah otak untuk di buar buar kan. ini dia soalannya;-

"blad, gua bagi lu satu pointer.

the wait that did not end.

how 2009 rolled in, with a disappointment.
government did not revise the petrol price when they should have. how they fail to live up the promise, and enjoying too much from the petrol tax.

would you be able to comment the rationale of the government's actions (revision of petroleum products prices)
and implementation of petroleum tax?

its like they are deciding whether we should or should not enjoy cheap prices.

but, when the commodity price increase, we are supposed to bear the sky-rocketing prices?

comment blad comment."


soalan soalan begini memang aku telah nanti nantikan selama ini pasal masa harga minyak jadi 1.8 aku pun terpikir dan gairah untuk menunggu reaksi orang malaysia apa bila harga minyak naik balik kepada harga palat (ie RM 2.5 ke atas). Aku dah berimiginasi mogok, traffik jam dan cacian dan makian kepada pihak kerajaan..seperti kejadian yang telah kita lihat masa harga minyak naik 40%. Tahu kah anda bila kerajaan membuat aksi untuk menaik kan harga minyak iya telah meninggal kan banyak kesan buruk seperti inflasi dan merendah kan kos hidup orang orang di malaysia. Dengan mempunyai sebab untuk menyimpan billion, kerjaan sendiri telah rugi dari segi ekonomi dan juga dari segi sosial. 

Sebagai Contoh:-

1. Hilang Kredibiliti Sebagai pemimpin oleh rakyat
2. Inflasi; harga naik nak turun balik silap ar. cuba bayang kan kalu hargi meter parking dekat jalan jalan di kota raya naik -abang abang dbkl mesti kene adjust kos untuk parking meeter itu. kalau harga turun balik mesti kena adjust balik. itu semua kos bai. lain la kalu semua mesin tu automated boleh ubah dengan satu klik je. Malang sekali negara kita belum celik IT lagi, tetapi syarikat yang berstatus MSC banyak lah. Konsep atau model ini boleh di guna kan untuk semua benda benda. kalu lu rajin, kira la berapa banyak adjustment dan kos yang perlu di hitung kan. dengan kebebalan tauke tauke, macam la dia nak tukar. kalu lu suruh. dia tanya lu balil " lu siap?"

walaubagai mana pun aku tak mau memperlekeh kan informasi yang lu orang dah tau, kata dah lama follow blog ni en? lu orang pun misti dah jadi intelek dah sekarang...

untuk menjawab soalan si idealist aku rasa lu kene sedar la bro pasal lu tak idup dalam dunia yang ideal. "ideally" minyak sepatut nya free la kut en? baru ideal. nak lagi ideal? lepak kat granada, baca buku, makan tapas, jalan kaki pusing pekan dan pada waktu malam lepak sembang dengan chikaro di mirador san nicholas sambil isap yaw. baru ideal tu bai. bagi aku ideal itu hanyalah fantasi dan igauan. 

Soalan kamu-" government did not revise the petrol price when they should have. how they fail to live up the promise, and enjoying too much from the petrol tax.

would you be able to comment the rationale of the government's actions (revision of petroleum products prices)
and implementation of petroleum tax?

its like they are deciding whether we should or should not enjoy cheap prices.

but, when the commodity price increase, we are supposed to bear the sky-rocketing prices?"

1. why would they want to revise the petrol prise when they should have. and yes the petrol price had plummeted to its lowest since ages ago eg. USD >50. so what is the ideal price of of petrol now? RM 1.00? it would be a disaster for the country as a whole if such actions were in place. why? the price of oil will definitely skyrocket another round.  the question is are we ( globally) ready for such price hike again? -back then during the yom kippur war(70s) (contra israel) it took many years before the global economy naturalize the shocks- it took many years before the japs came out with the idea of an ideal car "datsun, vice-murano or non land rover". with the excitement over the past years that we had, it will take many years for us to adjust with the future shock of the global economy and future hikes of petroleum. 

2. Why am i so optimistic? its a fact that the import of oil from the states decreases since Fannie mae and freddie mac. with crisis and the bailout plans for all big banks and car manufacturers, the country itself is on its safe mode  by all mean focus on the supply side economics in order to become the god of the world another time. It is not that the states is reducing the consumption of petroleum products, in fact it is not possible for them to cut down the use of the petroleum products as its is the key driver for America economy. Having stored billion of gallons of petroleum, the country is now using it to revive the economy of all 50 states (+ hawaii). With models enticed by the united states seems viable and feasible to ensure the stability of future setbacks, it is not impossible for fast movers such as China, india and others to follow the storage model. If china, india or others were to follow such model; the imported volume will definitely increase over next couple of years or hundred years. Such increase in demand of oil will definitely increase the price of oil . Not only that, if the bail out plans were to be successful; the yanks will be the key player again in the petroleum market. Hence; the petroleum price will definitely skyroket anthor time (higher than before).

3. so if the government wants to reduce the price of petroleum products and other products; what goood will it gives? we may be able to save atleast 600 ringgit per month up until the price increase again. say the price of oil will increase in the next 36 months (how ideal) we may be able to save up to 21k for the next 3 years. what good will it bring? we may be enticed to use up the money to pay for the down payment of a brand new gazz guzzling machines which is quite an irony.

4. we cant blame the government on the price of oil. if we cant afford means we got to change. bak kata pushkin bai, " there is no such thing as happy ending ennnnnnnnnnnnnnnnnnnn."


jack "kah kah kah" lingam





Dari mana?

Analytics