Friday 23 October 2009

Lagu Minggu Ini: Banhart; apa nak jadi, jadi

Jawa campur yahudi barpakaian ala ala bapak ayam


Salam Semua,

Dengan segala gembar gembur budget 2010, sure lu orang tension. yang jadi cikgu lagi lah tension pasal pekerja pekerja civil telah di beri tahu dimana pada tahun 2010 tiada bonus untuk pekerja pekerja civil. gua pun tahu bagaimana rasannya apa bila bonus di batal kan, walhal aku pernah bertekak dengan bos aku tentang kenaikan gaji gaji para pegawai pegawai yang berkerja di bawah naungan nya. bukan itu saja, malahan aku terpaksa di halau dari meeting kerana bersikap money-orientated.




anyways, aku cadang kan para perkerja pekerja sivil supaya tidak membuat mogok atau riot setelah mendengar budget tahun 2o1o. kerana ia bukan saja menjejas kan ekonomi malahan ia juga bercanggah dengan falsafah 1malaysia. Dengan itu, aku cadang kan lu orang dengar apa yang aku nak offer di bawah ini.

Siapa tak kenal devendra banhart, kalau lu tak tau abang yang boleh main gitar plucking macam man bai memang maksud nya lu belum sharp dan lu kena lebih banyak membaca buku buku informasi dan bukan nya baca buku buku yang mencerita kan tentang spesifikasi gadget macam majalah, Stuff Magazine kerana gua gerenti lu orang yang soalan soalan tentang gadget tak kan keluar dalam kuiz seperti Famili Ceria, who wants to be a millionaire, jom teka lagu dan macam macam.

anyways, kalau lu tak kenal devendra banhart tak pa beb, untuk mengelak kan bias punya rating, gua rasa baik tak payah tau latar belakang si ahli muzik. Gua ingin memperkenal kan album terbaru mr. banhart yang bakal keluar pada 29 october ini.

Album yang terbaru ini berjudul, apa nak jadi dengan kita atau pun que seramos (bahasa spanyol) atau quoi nous serons (peranchis) atau pun what will we be (bahasa orang putih). Album yang bermotif romantisma ini mempunyai ciri ciri yang unik. dari segi bunyi, merdu dan stimulan. Secara ringas, ketiga tiga aspek ini memainkan peranan yang penting untuk membentuk latar belakang muzik banhart. Atau lebih pendek, ketiga tiga unsur itu mempunyai karma yang mempunyai mutual synchronized pependicular. In short, co-related.

Album yang terang terang jiwang ini sememangnya penyedap hati pendengar. Dengan irama yang berentak mellow sememangnya warja didendangkan pada musim monsoon. Pendek kata, gua label album ini sebagai album monsoon tahunan.

Anyways, kalau lu orang nak tibai laguu ni, gua rekemen lu tekan kat sini


Sekian

Jaki

2 comments:

Ahmad Achtung said...

ketat dan padat!

dena_r said...

cayalah jack. seeing him this december woot!

Dari mana?

Analytics