Monday 25 May 2009

Temubual Bersama KT: Volume ONE

Salam fren, harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, oleh kerana blog telah pun menjadi Satu Tahun, mesti ada ramai pembaca baru yang ingin suai kenal dengan blogger dan blog ini. Jadi  kita akan buat temubual mini tentang para blogger, dari semasa ke semasa. 

Yo, brader KT. Citer sikit kat semua apa yang kamu bikin lately? We wanna know, dawg!
Hello. Wah abang hip hop rupanya ko. Sejak kebelakangan ini, aku sedang membaca buku SKINNY BASTARD, dan akan memberi satu review kat blog selepas temu-bual ini. Harap temu-bual ni pendek, sebab mak saya masak lempeng bawang dan dia mahu saya pulang untuk brunch. Oh, dan juga saya sedang bikin satu projek untuk sebuah pertandingan rekaan di Jepun.

Oh, word. That's cool G. Hmmm, takkan takde masa untuk blog Playboy Melayu Terakhir?
Actually blog tu, kita sengaja tangguh sebulan kerana takut inconsistent. Jack Lingam ada banyak hal lately, dan aku pun sedang buat research on costume, untuk satu fine artist terkemuka ini. Dia nak bikin short filem tentang zaman Jepun datang Malaysia dahulu. Tapi aku janji akan hidupkan blog tu, sekurang- kurangnya season 2, ada 65 episode. Jadi harap bersabar. 

Apa yang kita boleh expect dari blog PMT ni, yo? Jack Lingam jatuh cinta? Kwaidan pukul budak?
Haha. Mungkin, tapi apa yang saya boleh katakan, ianya lebih complex, lebih dark dan lebih kepada social observational skills aku. Sebab aku ni aspiring screen writer. Mungkin ada yang kurang minat tentang cara aku bertulis, tapi fikir balik. Kalau takde orang tension pasal kau, kemungkinan besar kau bukan hot topic langsung.

Word, word. Mad respect yo. Jadi orang juga nak tanya lebih lanjut tentang VIDEO BLOG yang kamu ada plan nak buat.
Oh, tentang video blog tersebut. As usual, ini semua bergantung kepada bajet. Kalau aku dan Jack tulis satu post dapat RM500. Sorted hidup kita, Jack boleh gi Madras selalu, aku boleh gi Tokyo every year dan beli sepasang kasut VISVIM. Tapi ni cuma serious hobby, dan kadang- kala kita ada kekeringan idea, masalah peribadi dan lain- lain lagi. Syukur kita ada FZ kerana turut sertai blog kami. Itu pun dia buat voluntary, dah la dia dah berbini. Susah bai nak juggle bini dan blog *chuckles*

Tentang VIDEO BLOG tersebut. Kamera dah ada, cuma nak saving duit untuk props. Make up artist dah ada untuk air-brushing etc. Wazir Suleiman dah kata anytime. Skrang cuma aku dan Jack duduk berbincang dan mula tulis script tersebut. Plot-nya dah ada, iaitu sebuah weekly news dan aku dan Jack akan berwatak sebagi newscasters. As usual, kita takkan masuk sangat dalam bab politik kerana kami dua masih suka tidur di bilik kami masing- masing. Kalau kita terus go sharp macam John Stewart, Jimmy Kimmel, esok lusa habis la blog ni. We are dealing with alot of chemically imbalanced people here. So we have to be smart on that.

Word, word. Cool, cool. Been reading the blog, G. Asal ada controversy lately tentang band dan para pembaca?
Sebenarnya takde masalah. Aku shout out band tu, compare diorang ngan band power dalam freestyle aku, then next line aku cakap pasal satu mamat tele-filem ni, aku tak tulis nama dia sebab takde benda yang rhyme ngan nama dia. Aku rasa band aku mention tu gempak, dan tetiba ramai pembaca- pembaca nasi putih bang blog gua, kata aku racist socially etc. Jadi aku hairan, lu compare orang ngan benda credible pun dia tension. Nasib baik gua tak compare dia ngan benda tak relevan macam 1901 Hot Dogs atau Memory Lane tempat jual cards.

Jadi aku sedar bahawa, rakyat kita masih tidak boleh ambik usikan. Satu hari aku akan buat satu 'Hug Day' dan memberi dakapan kepada orang- orang Malaysia yang cukup panas baran. Mana tahu, sebuah dakapan boleh menyejukkan seseorang.

Dan tentang reaksi diorang, tu aku tak boleh kata apa-apa. Ini semua kita kena expose diri kita sendiri, kita kena take ourselves not too seriously, kalau tak asyik tensed je. Tak pasal-pasal darah tinggi. So kepada pembaca, thank you. and thank you juga kalau lu rasa blog ni tak relevan.

Word, dawg, word. Jadi apa yang kita boleh expect di tanah air yang 'boleh bla la kira' pada masa akan datang ?
Dari segi muzik.Hmm.. Aku dengar khabar angin bahawa Lewis Pragasam (drummer ikon negara) akan buat comeback dan mungkin akan buat album Gamelan yang offbeat dan agak experimental, jadi aku look forward tentang tu. Yuna pula masih kedengaran di XFM setiap 40 minit dan harap kerjaya beliau sukses.Dia memang one in a million. Komplot pula pada pendapat aku, local band paling 'dangerous'. Diorang ada raw energy dan sikap 'bring it on' yang amat charming. Siapa lagi...err...Kalau Monoloque keluar new materials, itu mesti aku tak sabar nak dengar. Local legend dia tu..Hmmm itu je kot tentang muzik tanah air. Best local band yang baru..hmmm..Meet Uncle Hussein? Atas bunyi-nya yang 'lentok-basah' (what the f- punya phrase).

Hujan?
Hujan...bolehhh-lah. One thing aku respek at least diorang buat lagu Melayu dalam Bahasa Malaysia bukan dalam Bahasa Indonesia dan sekarang orang Indonesia pun dig muzik diorang. Aku tak leh tahan je band- band Malaysia nak nyanyi macam Indonesia sebab nak pasar album diorang kat sana. Geli aku.

Tetiba nak guna perkataan bisa. Kat BM, bisa tu venom bai. Dan sejak bila kita pronounce cuba as coba, erti as arti. Brothers be crazy!

Dan selain muzik, filem Sell Out! Arahan Yeo Joon Han, merupakan filem tempatan yang paling bermutu yang keluar baru- baru ni. Tahniah untuk beliau, betul- betul respek tu. Filem Karaoke pula telah dipamerkan di Cannes Filem Festival, dan dilakonkan oleh bakal ikon tanah air, Zahiril Adzim. Dia akan pergi jauh dalam kerjaya-nya. Nasib baik dia datang dalam scene filem tempatan. Betul- betul rasa ada nafas baru dalam industri.

Cun. cun, so any message to the readers?
Terima kasih untuk membaca blog kami. Maaf orang yang temubual aku ni, mat hip hop poy, aku harap dia kena lauk dengan Jin Hackman yang merupakan MC up and coming tanah air. Shout out to him. Dan stay tuned kepada temubual minggu depan, bersama blogger maut, blogger controversial, Jack Lingam. 

Thanks KT for your time, Peace out.
*aku stare kat dia macam aku tak dapat paham ni spesis apa*


5 comments:

Faisal Zakaria said...

kau ye kau sebulannnnn.

▲▲▲ said...

ghapo dia taksub panggil kau G?
cool gila the interviewer.
brudda towdly be frum ma planet.

John Kurt Music Collection said...

2 benda aku setuju dgn lu.

- Monoloque. aku pn x sabar nk dgr full length album dia.dan ko betul, Local Legend.

-aku setuju.aku pun benci dgn band2 Malaysia yg guna word 'bisa'. Wabak ini ketara 4 ,5 tahun lalu.tp dh berkurangan dh skg.Bajet bley bwk pi indon la..hahah.Kita pun mula loya dgn lagu Indon yg sume formula sama je.Nasib baik ada The Changchuters

tak halal tapi halal said...

ada satu lagi band kat weeknd session bleh jadik target bai psl dorang punya tahap syok sendiri agak gampang..

tenderfist.

nama confuse yang tahap lahanat. ade ke kat gig flyer dorang self-coined ghetto-tech...

dia punya brittle beats memang stok bleh kasi lu sengal gigi baiii. gila sua, aku tau la lu bengap pro-tools tapi at least mix down la skit.

lu nak rakyat malaysia jadi pekak ke.

raster noton installation lain citer la dia kasi lu ear plug.

Anonymous said...

HUG day dgn PANCUT day mana lagi efektif?

Dari mana?

Analytics